Wednesday, September 15, 2010

Adab Dalam Islam -

KEPENTINGAN ADAB DALAM MASYARAKAT

Adab atau akhlak bererti budi pekerti, perangai, tingkahlaku, tabiat dan adab kebiasaaan. budi pekerti ada yang baik dan yang buruk. 

Ia dipanggil sifat mahmudah seperti penyabar, amanah, jujur dan lain-lain. begitu juga dengan sifat mazmumah seperti sombong, dengki dan lain-lain. 

Akhlak sesuatu bangsa yang baik bermula dari rumahtangga. Apabila anggota dalam rumah tangga itu baik maka baiklah sesuatu masyarakat itu. Apabila sesuatu masyarakat itu baik maka baiklah sesuatu bangsa itu. Oleh yang demikian sesebuah negara itu menjadi baik apabila mempunyai masyarakat yang baik dari akhlak yang luhur, sebaliknya jika mempunyai masyrakat yang berakhlak buruk maka rosaklah pula bangsa dan negara. 

Penyair Ahmad Syauqi pernah berkata :”Satu bangsa dikenal kerana akhlak (budi pekerti) . Jika budi pekertinya telah runtuh, maka runtuh pula bangsa itu”

Akhlak yang baik adalah penting. Oleh sebab itu tugas Nabi SAW diutuskan oleh Allah adalah untuk memperbaiki akhlak umat manusia. 

Nabi SAW bersabda:”Sesungguhnya aku diutuskan untuk meyempurnakan akhlak yang mulia”

Dalam agama Islam, akhlak adalah pengukur ama ada sempurna atau tidak iman seseorang. Nabi SAW bersabda:”orang mukmin yang sempurna imannya ialah yang terbaik akhlaknya”

Sesungguhnya akhlak memainkan peranan penting dalam pembangunan satu-satu bangsa. Berikut ialah adab-adab dalam Islam:

ADAB BERPAKAIAN

- Menutup aurat
- Bentuk pakaian lelaki tidak menyerupai pakaian perempuan atau sebaliknya
- Sebaik-baiknya pakaian adalah yang meniru Sunnah Rasulullah SAW. haram bagi lelaki memakai sutera atau emas seperti rantai, gelang, cincin dan sebagainya
- Pakaian bukan dari sumber pendapatan haram
- Pakaian longgar, tidak menampakkan bentuk badan
- Pakaian dari jenis yang tebal, tidak jarang dan tipis menampakkan warna kulit
- Bagi lelaki elok berwarna cerah dan tidak berbunga-bunga
- Memakai pakaian yang bersih
- Sunat memakai wangi-wangian bagi lelaki. Bagi wanita hanya sunat bila bersama-sama suami atau muhrimnya. 
- Memakai baju dengan mendahului tangan kanan
- Haram memakai pakaian dari sutera dan emas bagi lelaki
- Tidak melabuhkan pakaian atau seluar sehingga menutup kedua-dua buku lalinya ertinya tidak labuh hingga menyapu lantai
- Bagi perempuan hendaklah melabuhkan pakaiannya sehingga menutup tumitnya dan melabuhkan tudungnya hingga kedadanya

AURAT LELAKI

- Dihadapan lelaki ialah menutup sekurang-kurangnya antara pusat dan lutut
- Di hadapan wanita yang halal dinikahi sekurang-kurangnya antara pusat dan lutut. Sebaik-baiknya menutup sebahagian besar badannya
- Didalam solat, sekurang-kurangnya antara pusat dan lutut. Afdhalnya berpakaian lengkap yang sebaik mungkin kerana menghadap Allah
- Bersama isteri tiada batasnya
- Ketika bersendirian menutup dua kemaluannya

AURAT WANITA

- Di dalam solat seluruh tubuhnya, kecuali muka dan tapak tangan
- Bersam wanita kafir, menutup seluruh tubuhnya kecuali muka dan tapak tangan
- Di hadapan lelaki ukan muhrimnya, seluruh tubuhnya kecuali muka dan tapak tangan
- Dihadapan suami tiada batasnya
- Ketika bersendirian antara pusat dan lutut

WANITA DILARANG MENDEDAHKN PERHIASANNYA

Perhiasan bagi wanita biasanya ialah gelang, rantai, gelang kaki, anting-anting dan kalung. barang-barang ini kemas ini biasanya dipakai pada anggota tubuh yang wajib ditutup iaitu lengan, betis, dada, leher dan kepala. Oleh sebab itu, wanita hendaklah menutup auratnya dan berdosa jika dibuka kepada yang bukan muhrimnya

MENDEDAHKAN PERHIASAN HANYA BOLEH DILAKUKAN KEPADA :

1. suami
2. ayah
3. ayah mertua
4. anak-anak
5. anak tiri
6. adik dan abang
7. anak saudara laki-laki
8. wanita rakan sejawat
9. hamba sahaya
10. kanak-kanak kecil belum bernafsu

ADAB BEMASYARAKAT

- menghindari diri dari menyakiti hati kawan
- merendahkan diri
- tidak bermasam muka
- memberi layanan yang baik dan sama rata
- meminta izin jika mahu masuk rumah
- mengasihi anaknya dan menghormati orang tua
- menepati janji
- mengamankan perselisihan
- merahsiakan keaiban
- membantu sesama Islam
- berbaik sangka
- mententeramkan yang ditimpa musibah
- tidak meremehkan orang lain
- membantu golongan miskin
- mudah memberi maaf
- sentiasa bermanis muka

ADAB KEPERIBADIAN WANITA (ISTERI) 

- selalu berada di rumah
- mengutamakan tugas-tugas dirumah dari yang lain
- dilarang memasuki rumah jiran tetangga jika ada keperluan
- selalu mendampingi suami dan sentiasa menggembirakannya apabila disampingnya
- memelihara kehormatan diri jika suami tiada dirumah
- meminta izin ibu bapa atau suami jika ingin keluar rumah
- apabila keluar dari rumah hendaklah tidak menarik perhatian orang ramai
- tidak memakai pakaian yang ketat atau mendedahkan aurat jika berada di luar rumah
- menundukkan pandangan dari yang haram dan jelek
- selalu muraqabah (memeriksa kelalaian diri) dan memperbanyakan zikir
- memperbanyakan puasa
- mendorong dan membantu suami mencari rezeki yang halal
- tidak menuntut pemberian yang banyak dari suami
- melahirkn sifat malu dan sedikit tertawa, banyak bersabar dan bersyukur
- jika sahabat suami atau laki-laki dating kerumah tidak membenarkan masuk kerana takut oleh berlaku fitnah, tunggu sehingga suami balik
- memperbanyakan mempelajari ilmu agama terutama al-quran bagi pendidikan anak-anak

ADAB WANITA DI DALAM RUMAH

- Menghormati orang tua dan menerima nasihat yang diberikan
- Memperbaiki diri untuk menjadi wanita yang solehah
- Menjaga nama baik orang tua dan keluarga
- Melatih diri dalam urusan rumahtangga
- Memperbanyakkan puasa dan solat

ADAB WANITA DI LUAR RUMAH

- Jika hendak keluar rumah hendaklah bersama orang tua atau muhrimnya
- Tidak memakai pakaian yang mendedahkan aurat atau menghairahkan
- Menghias diri dengan sifat malu
- Berkata yang benar
- Menghindari diri dari pergi ke tempat-tempat umum kerana boleh menimbulkan fitnah
- Menghindari bersahabat dengan laki-laki

ADAB ISTERI TERHADAP SUAMI

- Sentiasa bersifat malu, taat dan hormat pada suami
- Diam ketika suami sedan berbicara
- Memelihara diri ketika suami tiada di rumah
- Memakai wangi-wangian dirumah dan sentiasa membersihkan mulut
- meyakinkan diri bahawa suami mempunyai kelebihan
- menampakkan rasa gembira ketika suami datang
- memuliakan ibu bapa dan keluarga suami
- sediakan makanan kepada suami tanpa dipinta atau disuruh
- menjaga harta suami dan tidak diserahkan kepada orang lain kecuali dengan izin suami
- memberi didikan yang baik kepada anak-anak
menjadi permaisuri dan bidadari bagi suami ketika suami berada dirumah dengan layanan yang baik dan mesra

ADAB SUAMI MENDIDIK ISTERI

- suami hendaklah mengajar suami-suami fardhu ain. Jika tidak mampu handaklah menyuruh isterinya blajar dengan orang lain atau mencari guru untk mengajar isterinya
- suami hendaklah mendidik isterinya dengan lemah lembut dan kasih sayang
- suami hendaklah menunjukkan sifat amanah dan ikhlas
- suami hendaklah menyempurnakan kewajipannya dengan memberi makanan dan pakaian yang sempurna untuk isterinya
- jananlah suami memberi isterinya lebih dari yang patut
- ajar isteri supaya bersabar didalam menghadapi kesusahan
- didik isteri agar berbuat baik dengan orang tuanya dan mertuanya

ADAB MENDIDIK ANAK-ANAK

- menguatkan dan menyuburkan jasmani anak-anak dengan makanan yang halal dan kecerdasan mereka
- menghindari mereka dari segala bahaya
- memahami dan mengembangkan bakat dan minat mereka
- menyuburkan jiwa dengan iman
- mengajar dan membiasakan mereka dengan akhlak terpuji
- mengajar mereka menghormati ibu bapa dan orang yang lebih tua
- mendidik mereka menghormati gurunya
- menjaga hidup mereka dengan cara Islam
- mengajar mereka al-Quran dan menghayati ajarannya
- mendidik mereka mencintai Rasul dan Allah dan mematuhi perintah dan larangannya

ADAB SESAMA ISLAM

- memberi salam ketika bertemu
- menziarahi ketika sakit
- melawat jenazah bila mati
- memberi nasihat bila diminta
- menyukai sesuatu yang disukai oleh saudaranya dan membenci sesuatu yang dibenci oleh saudaranya
- sentiasa menolong dan jangan menzaliminya
- tidak menyakitinya sama ada dengan perbuatan atau perkataan
- tidak membesar diri, angkuh atau sombong
- haram hukumnya jika tidak bertegur lebih dari tiga hari
- jangan menghina, mencaci, mengumpat atau merendah-rendahkan mereka
- tidak membuat tuduhan palsu sama ada yang masih hidup atau yang mati
- tidak berlaku hasad dengki, sangka buruk atau mengintip rahsia saudaranya
- tidak menipu atau membohongi
- hendaklah bergaul dengan baik
- hendaklah menghormati yang tua dan mengasihi yang muda
- hendaklah menutup keaibannya dan kecacatannya
- handaklah menolongnya jika memerlukan pertolongan
- hendaklah melindunginya dan memberi jika diminta

ADAB DENGAN HAIWAN

- memberi makan minum bila ia lapar
- menyayanginya dan mengasihinya
- berlaku ihsan (baik) ketika menyembelihnya
- tidak menyeksanya seperti memukul dan mengikatnya
- harus membunuh binatang yang berbahaya seperti lipan, kala jengking dan ular
- menunaikan zakat binatang jika cukup hisabnya
- tidak melalaikan diri dengan binatang hingga lupa atau cuai mengingati Allah

Disediakan oleh: Nurulhuda Binti Mohd Johari

Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau 
PERLIS
MALAYSIA

H: 013-4006206
P: 04-9882701
abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
http://abdazizharjin.blogspot.com

Al-Quran and Modern Science -

Segala puji-pujian kepada Allah Tuhan semesta alam dan salam ke atas penghulu yang diutuskan, dank e atas keluarga dan sahabatnya dengan keelokan pengarang buku amalan dengan tangan kanan dan begitulah seterusnya

Apabila kita mengatakan fikrah Islam sentiasa mengiringi dan mengikuti perkembangan tamadun manusia, ini bermakna ia mengandungi keistimewaan berkekalan yang memungkinkannya untuk memberikan sesuatu yang berterusan tanpa henti. Kata-kata ini bukanlah semata-mata dating daripada naluri seorang muslim yang dijadikan untuk mencintai agamanya, bahkan ia adalah suatu kenyataan yang sebenarnya, yang diambil akar umbi daripada kitab Allah SWT yang tidak didatangkan kebatilan samada di hadapan mahupun di belakangnya.

Agama yang benar telah diturunkan bersamanya kebenaran, menjamin serta memeliharanya dari campur tangan manusia dan pentafsiran lemah yang berbau sangkaan, serta kesilapan catatan masa. Dan tidak pula diturunkan ayat-ayatnya kecuali untuk merealisasikan kebahagiaan manusia di dunia dan akhirat.

Pengetahuan ini membuktikan Al-Quran yang mulia dan suci daripada kesilapan. Ia bukan sahaja mengikuti perkembangan lampau, bahkan mencipta dan membenarkan tamadun lampau, serta juga dapat menerangkan keajaiban dan kejadian alam di sekeliling kita.

Apabila tersebarnya ayat-ayat dari Al-Quran, sesetengah ilmuan Barat yang tidak menghiraukan taksub agama akan menjadi takjub. Mereka berusaha merealisasikan hubungan antara ayat-ayat Al-Quran dan pengetahuan moden berkaitan kejadian. Bahkan, mereka turut mengaitkannya dengan kitab-kitab suci yang lain. Antara yang dilakukan ialah usaha seorang penyelidik Perancis yang bernama Mourice Bucaille dalam bukunya ‘Pengajian Kitab-kitab Suci Dalam Cahaya Pengetahuan Terkini. ’ Telah didapati ia memberikan gambaran tentang hubungan ayat-ayat kejadian dalam Al-Quran yang melampaui pengetahuan manusia tentang hakikat cakerawala. Dalam masa yang sama, telah gagal untuk menghubungkaitkan kitab suci yang lain dengan hakikat kejadian ini.

Buku bertajuk Al-Quran dan Sains Moden ini tidak lain dan tidak bukan melainkan suatu percubaan dari seorang mukmin, bernama Ali Abdul Hamid Abu al-Khair yang merupakan seorang pelajar, pengkhusus dan penyelidik ilmu angkasa, bumi dan manusia. Ia juga merupakan satu percubaan untuk membuka rahsia hubungan di antara tanda-tanda kejadian alam semesta dan ayat-ayat Al-Quran. Saya hangat menghargai usahanya ini, khususnya kerana ia telah mengambil masa yang lama dalam hidupnya dan memohon agar Allah SWT mencucuri rahmat yang tinggi kepadanya.

Rumusan Buku Al-Quran dan Sains Moden

Dalam zaman ini mulalah terzahir dengan bentuk yang jelas, mukjizat keilmuan Al-Quran. Inilah yang dilihat dari hakikat-hakikat kejadian dan ilmu pengetahuan yang terhasil darinya berdasarkan pendedahan yang dibuat oleh ilmu moden secara sedikit demi sedikit.

Benarlah bahawa Al-Quran adalah sebuah kitab yang mempunyai manhaj dan syariat yang sesuai untuk setiap zaman dan tempat. Namun, ilmuan pada zaman ini mempunyai kemampuan akal yang hebat, mestilah mengetahui bahawa punca utama pemikiran mereka adalah dari pemikiran yang paling tinggi yang wujud sejak azali lagi iaitu Allah, Pencipta segala sesuatu dan Penyusun langit dan bumi. Sebelum kurun ke-15, telah diturunkan kepada para nabi yang ummi, nabi Muhammad SAW, sebuah kitab bernama Al-Quran yang mulia. Terangkum di dalamnya sebuah manhaj dan syariat yang mengandungi berita-berita yang ditemui para ilmuan dari pelbagai pengetahuan yang membuktikan kebesaran Pencipta dan kelemahan makhluk.

Oleh itu buku ini telah mempersembahkannya dengan membentangkan kebenaran dan syarat-syarat secara ilmiah, menerangkannya dan menjelaskan dengan pendekatan baru.

Dalam bab pertama, ianya menerangkan subjek persekitaran, pemeliharaan Al-Quran, kekuatan Al-Quran dari segi bahasa, kedudukan Al-Quran dari sisi ilmu dan ulama’ serta peranan menyebarkan Islam dahulu dan sekarang.

Dalam bab kedua pula ianya menerangkan cakerawala yang luas dan rahsianya serta apa yang disebut di dalam Al-Quran. tentang kejadiannya. Keterangan bagaimana bermula kelahiran alam cakerawala, bagaimana terbentuknya galaksi, mengenali bintang-bintang dan cerita mengenai kelahiran dan kematiannya dan juga bagaimana planet terbentuk.

Dalam bab ketiga pula ianya mengaitkan bumi dan geografinya serta apa yang disebutkan di dalam Al-Quran mengenai rahsianya. Ia adalah tempat menginap bagi manusia seperti ayat 10 Surah ar-Rahman yang bermaksud”Dan bumi pula dijadikan rata untuk kegunaan manusia dan makhluk-makhluknya yang lain. ”

Bab keempat pula menceritakan mengenai manusia yang merupakan sebesar-besar kejadian Allah dan yang paling mulia sekali. Kejadian-kejadian lain diciptakan kerananya dan untuknya.

Bab kelima pula membentangkan kekuatan Al-Quran dari segi sejarah Islam yang lampau mahupun akan datang serta juga menceritakan perihal yakjuj dan makjuj.

Mukjizat Al-Quran adalah berbeza dengan mukjizat rasul-rasul terdahulu. Setiap rasul mempunyai mukjizat yang melanggar peraturan semulajadi alam da manhajnya diterangkan oleh kitabya. Sebagaimana mukjizat Nabi Musa (seperti yang telah disebut) adalah kehebatan tongkatnya dan manhajnya ada di dalam Taurat. Mukjizat Nabi Isa adalah kemampuannya dalam perubatan dan manhajnya ada di dalam Injil. Berbeza dengan Nabi Muhammad kerana mukjizatnya adalah manhaj itu sendiri, manhaj sentiasa dijaga oleh mukjizat dan mukjizat dijaga oleh manhaj. Kitab-kitab yang diturunkan sebelum Al-Quran terikat dengan amanah pemeliharaannya. Ia bermakna Allah SWT menyerahkan tanggungjawab memelihara kitab-Nya itu kepada hamba-Nya. Namun, apa yang berlaku ialah manusia yang dipertanggungjawabkan itu telah memasukkan keinginan hawa nafsu mereka ke dalamnya. Mereka lupa sebahagian dari peringatan yang diberikan kepada mereka tentangnya. Malah ada yang cuba memesongkan dan menokok-tabahkan sesuatu yang datang dari diri mereka sendiri.

Kemudian Allah menegaskan bahawa kitab-Nya yang mulia ini adalah sesuatu yang berada di luar kemampuan manusia dan jin, sebagaimana firman-Nya (surah al-Isra : 88) yang bermaksud”Katakanlah (Wahai Muhammad) ”Sesungguhnya jika sekalian manusia dan jin berhimpun dengan tujuan hendak membuat dan mendatangkan sebanding dengan Al-Quran ini, mereka tidak akan dapat membuat dan mendatangkan yang sebanding dengannya walaupun mereka saling bantu-membantu sesame mereka. ”

Ilmu sebagaimana yang diketahui merupakan asas perkembangan dan pembangunan, anak kunci tamadun dan kemakmuran. Manakala kejadian adalah yang membawa kepada kemunduran dan pintu kepada kemiskinan dan penyakit.

Keajaiban ilmu moden (yang diisyaratkan oleh Al-Quran) memainkan peranan yang besar mengikat para muslimin yang bijak pandai supaya berpegang teguh dengan agama mereka selepas hampir musnahnya ketamadunan Barat kerana membuang jauh agama mereka. Itu semua membawa kepada tersebarnya Islam di kalangan tokoh ilmuan bukan Islam yang banyak mendalami Islam, membaca Al-Quran dalam bahasa Arab atau menterjemahkannya kepada bahasa mereka.

Hakikatnya, hidup kita di akhir zaman ini adalah saling berkaitan. Sebuah Negara atau seseorang manusia itu tidak akan mampu hidup terasing dari negara atau bangsa lain, apatahlagi perkembangan, kekayaan dan kebaikannya yang banyak. Semua usaha-usaha untuk membangunkan keajaiban Al-Quran boleh dilakukan seperti mengarang dan menyusun buku, menterjemahkan Al-Quran kepada semua bahasa untuk memudahkan bangsa-bangsa lain mendalaminya serta memperkenalkan ajaran agama Islam yang toleran.

Kejadian cakerawala ini tidak mempunyai penghujung, berenang di dalamnya galaksi-galaksi yang besar dan banyak dan tidak diketahui bilangan sebenar mereka kecuali Allah SWT Pencipta alam ini. Contohnya, Surah Ali Imran, ayat 190 sehingga 191 yang bermaksud, ”Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan (pada) pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang berakal; (iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah SWT semasa mereka berdiri atau duduk, dan (semasa) mereka berbaring dan mereka memikirkan pula tentang kejadia langit dan bumi (sambil berkata) ”Wahai Tuhan kami! Tidakkah engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha suci engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka. ”

Berkenaan dalam alam galaksi pula, ia merupakan kesatuan asas alam bintang yang besar. Graviti pula ialah satu kekuatan yang tersembunyi, dijadikan oleh Allah SWT di lam yang besar ini. Sebagaimana dikatakan dalam Surah az-Zariyat, ayat 47 yang bermaksud :”Dan langit itu Kami dirikan ia dengan tangan Kami (dalam bentuk binaan yang kukuh rapi) dan sesungguhnya Kami adalah mempunyai kekuasaan yang luas tidak terhingga. ”Serta Surah ar-Ra’du ayat 2 yang bermaksud, ”Allah jualah yang menjadikan langit terangkat tinggi dengan tidak bertiang sebagaimana yang kamu lihat”

Semua ayat-ayat tersebut menggambarkan tentang peranan gravity dalam meneguhkan langit dan memegangnya. Bagi setiap material, masing-masing mempunyai orbit yang khusus, mereka beredar di atasnya tanpa tergelincir sedikit pun. Firman Allah SWT. dalam Surah Yasin yang bermaksud, ” (Dengan ketentuan yang demikian) matahari tidak mudah baginya mengejar bulan, dan malam pula tidak dapat mendahului siang, kerana tiap-tiap satunya berapung-apng di tempat edaran masing-masing.

Lebar galaksi adalah berbeza-beza, ada yang besar dan ada yang kecil. Masing-masing beredar mengelilingi pusatnya dan lengan-lengannya yang menakjubkan itu berenang bersama-samanya.

Dalam galaksi-galaksi inilah lengkapnya satu pusingan hidup bagi bintang-bintang. Bermula dari kelahirannya sehinggalah kematiannya. Di dalamnya kita akan dapati peringkat kelahiran dan pembesaran, kemuncak keremajaan dan penghujung kehidupannya iaitu kematian. Kematian ini berlaku dalam keadaan yang sunyi atau gegaran dengan letupan yang kecil iaitu”Nova”atau letupan yang sangat besar iaitu”Super Nova”. Bangkai-bangkainya akan bersepah di angkasa raya dengan membentuk bahagian-bahagian seperti kabus, debu kosmik, bintang, dan planet baru. Tepat sebagaimana firman Allah SWT dalam Surah al-Anbiya ayat 104 yang bermaksud, ”Sebagaimana kami mulakan wujudnya sesuatu kejadian, kami ulangi wujudnya lagi, sebagai satu janji yang ditanggung oleh kami, sesungguhnya kami tetap melaksanakannya. ”

Surah Yunus ayat keempat juga yang bermaksud, ”Sesungguhnya Dialah yang memulakan kejadian sekalaian makhluk kemudian ia mengembalikan (hidup semula sesudah matinya) . Juga terdapat kaitan di dalam Surah al-Buruj ayat 13 sehingga 16 yang bermaksud, ”Sesungguhnya Dialah yang menciptakan (sekalian makhluk) pada mulanya, dan yang mengembalikan (hidup semula sesudah mati) dan Dialah yang amat Pengampun, lagi amat Pengasih; Tuhan Yang Mempunyai ‘arasy yang tinggi kemuliannya; Yang Berkuasa melakukan segala yang dikehendakiNya.

Kemudian buku ini menceritakan berkenaan kejadian lubang hitam. Tidak ada seorangpun yang mengetahui susunan material di dalam Lubang Hitam kerana apa saja yang termasuk ke dalamnya akan lenyap begitu sahaja. Namun, hasil daripada tekanan yang sangat kuat kepada material serta kehilangan ruang di antara nitroennya dan bertambahnya ketebalan dalam bentuk yang luar biasa, menjadikan susunan material di dalam bintang yang ganjil ini berbeza dengan mana-mana susunan material yang dikenali. Dipercayai bahawa sesuatu yang masuk ke dalam Lubang Hitam ini akan hiang asal-usul dan identitinya.. Mereka tidak mungkin dapat dibezakan atau dipisahkan apabila electron pecah disebabkan daya gravity yang amat kuat.

Ramai di kalangan ilmuan-ilmuan moden mempercayai bahawa pusat galaksi-galaksi (termasuk galaksi kita Bima Sakti) apabila ia menjadi Lubang Hitam, mampu menelan bintang-bintang lain sekaligus. Ia musnah di dalamnya dan tidak diketahui apa yang telah berlaku. Mereka juga mempercayai bahawa hampir 90% daripada sebahagian besar ketulan cakerawala mungkin terlindung daripada pandangan kita oleh tubuh Lubang Hitam ini. Ahli fizik Amerika yang bernama Herbert Gorosky telah mengemukakan pendapatnya bahawa pada suatu masa nanti angkasa ini keseluruhannya akan bertukan menjadi satu Lubang Hitam dan akan menelan material angkasa yang lain tanpa pengecualian. Material ini akan kembali pada asalnya, iaitu sewaktu atau sebelum kelahiran angkasa ini dengan ‘Letupan Agung’ sebagaimana yang bertetapan dengan firman Allah SWT Surah al-Anbiya’ ayat 104 yang bermaksud” (Ingatlah!) Hari kami menggulungkan langit seperti menggulung lembaran surat catitan, sebagaimana kami mulakan wujudnya sesuatu kejadian, kami ulangi wujudnya lagi sebagai satu janji yang ditanggung oleh kami sesungguhnya kami tetap melaksanakannya. ”

Fenomena Lubang Putih juga telah dibincangkan di dalam buku ini berkenaan akan fungsinya yang bertentangan dengan Lubang Hitam di mana sekiranya Lubang Hitam menelan material ke dalamnya, Lubang Putih pula menyebarkan dan memuntahkannya ke angkasa. Telah banyak dikatakan mengenai fenomena angkasa ini seperti Surah ar-Rum, ayat 19 yang bermaksud

”Ia mengeluarkan sesuatu yang hidup dari yang mati dan mengeluarkan sesuatu yang mati dari benda yang hidup. ”

Bumi merupakan alam kita yang kecil, diciptakan oleh Allah SWT untuk manusia seperti dalam Surah ar-Rahman, ayat 10 yang bermaksud”Dan bumi pula dijadikannya rata untuk kegunaan manusia dan makhluk-makhluknya yang lain”. Kemudian Allah SWT menjadikannya daripada tanah (Surah Nuh ayat 17) yang bermaksud”Dan Allah telah menumbuhkan kamu (hidup dari benda-benda yang berasal) dari bumi dengan pertumbuhan yang sungguh sempurna. ”

Bumi merupakan sebuah planet daripada planet-planet dalam system solar. Sistem solar kita terdiri daripada matahari dan sembilan buah planet, bulan adalah salah satu di antara planet-planet ini. Matahari pula bertugas dengan menerangi system kita ini dengan kepanasan dan cahaya seperti dalam Surah Yunus ayat 69 yang bermaksud”Dialah yang menjadikan matahari bersinar-sinar (terang-benderang) dan bulan bercahaya. ”Selain itu, seperti Surah az-Zumar ayat 69 yang bermaksud”Dan akan bersinar dengan terang benderanglah bumi dengan cahaya Tuhannya. ”

Manusia merupakan makhluk Allah yang paling ajaib. Ia disebut dengan banyak dalam Kitab-Nya dan merupakan kejadian yang dinyatakan dengan jelas di dalam Al-Quran ini. Manusia adalah makhluk yang diperintahkan malaikat supaya sujud kepadanya (sujud sebagai tanda hormat dan alu-aluan) . Firman Allah SWT Surah al-A’raf ayat 11 yang bermaksud, ”Kemudian Kami berfirman kepada malaikat-malaikat:”sujudlah kamu kepada Adam. ”Surah al-Isra ayat 70 yang bermaksud, ”Dan sesungguhnya Kami telah muliakan anak-anak Adam; dan Kami telah berikan rezeki kepada mereka dari benda-benda yang baik serta Kami telah lebihkan mereka dengan selebih-lebihnya atas banyak makhluk-makhluk yang telah Kami ciptakan.

Manusia juga dianugerahkan sifat yang ada pada hidupan yang lain, iaitu kemampuan untuk membiak, dianugerahkan dengan sifat yang ada pada haiwan iaitu kemampuan untuk merasa dan berperasaan serta disulami dengan naluri dan keingininan, dianugerahkan sifat yang ada pada malaikat iaitu mengenali Pencipta, tunduk dan beribadah kepada-Nya.

Makhluk yang menakjubkan ini adalah dijadikan oleh Allah SWT yang disempurnakan penciptaannya seperti dalam Surah al-Infitar ayat 6 sehingga 8 yang bermaksud, ”Wahai manusia! Apakah yang memperdayakanmu (berlaku derhaka) kepada Tuhanmu yang amat pemurah?; Tuhan yang telah mengaturkan kejadianmu lalu menjadikan anggotamu sesuai serta menjadikannya sama padan dengan kekuatanmu; Dan dalam bentuk dan rupa apa sahaja yang dikehendaki; Dia susunkan kejadianmu.

Allah SWT memberikan manusia penglihatan dan pendengaran. Dengan kedua-dua pancaindera ini, mereka mampu unutk mengenali apa yang ada di dalam alam yang besar ini.

Seterusnya buku ini membincangkan tentang menyingkap hijab perkara yang lampau dan akan datang. Sesungguhnya Al’Quran memberitahu kita apa yang telah berlaku kepada umat-umat yang lalu, kisah rasul-rasul yang lepas dan sesuaty yang tidak diketahui oleh sesiapapun. Semuanya itu disampaikan kepada kita melalui lidah nabi yang tidak dapat membaca dan menulis.

Bukti yang memadai untuk perkara ini ialah apabila kita membaca Al-Quran, kita menemui banyak kalimah-kalimah yang menunjukkan betapa banyak perkhabaran ghaib yang telah dikhabarkan oleh Allah SWT kepada Rasul-Nya. Antaranya ialah seperti di dalam Surah Ali Imran ayat 44 yang bermaksud, ”Sedang engkau tidak bersama-sama mereka ketika mereka mencampakkan kalam masing-masing (untuk mengundi) siapakah di antara mereka yang akan memelihara Maryam. ”Surah al-Qasas ayat 45 pula menerangkan, ”Dan engkau pula tidak pernah tinggal bersama-sama penduduk negeri Madyan membaca dan mempelajari daripada mereka ayat-ayat keterangan Kami. ”

Selepas itu buku ini membincangkan mengenai Yakjuj dan Makjuj. Seperti dalam Surah Al-Kahfi ayat 97 sehingga 98 yang bermaksud, ”Maka mereka tidak akan dapat memanjatnya dan mereka tidak dapat juga menebuknyal (Setelah itu) berkatalah dia:”Ini adalah satu rahmat daripada Tuhanku, dalam pada itu apabila sampai janji Tuhanku, ia akan menjadi hancur lebr dan adalah janji Tuhanku itu adalah benar. ”

Natijahnya, syariat Islam merupakan syariat terbesar yang paling teliti dan yang paling suci. Di dalamnya terdapat setiap perkara yang memperbaiki individu dan masyarakat, serta membantu individu untuk melaksanakannya – apa yang diciptakan untuknya – daripada beribadat kepada Allah dan memakmurkan bumi ini. Oleh itu, setelah habis membaca dan merumuskan buku ini, saya berharap segala ilmu yang telah saya dapati dapat digunakan untuk pembelajaran saya yang akan datang agar dapat saya tempuhi cabaran-cabaran yang mendatang mahupun duniawi ataupun akhirat. Begitu juga saya memohon kepada Allah agar diberikan sebaik-baik balasan seperti di dalam Surah Al-Baqarah ayat 255 yang bermaksud, ”Sedang meraka tidak mengetahui sesuatupun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki. ”

Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau
PERLIS
MALAYSIA

H: 013-4006206
P: 04-9882701
abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
http://abdazizharjin.blogspot.com

Keruntuhan Akhlak Remaja -

Remaja sering dikaitkan dengan masalah walaupun daripada sifat semula jadi, remaja adalah zaman yang penuh bertenaga dan mempunyai potensi diri yang cemerlang. Masalah sosial dan jenayah yang membabitkan remaja hari ini benar-benar mem-bimbangkan. Ketidakupayaan dan kegagalan mengatasi halangan ini menimbulkan pelbagai masalah. Walaupun terdapat banyak isu yang berlaku, namun bahagian ini hanya membincangkan beberapa isu terpilih yang kerap berlaku di kalangan remaja. 

Alam remaja dikatakan sebagai saat yang rapuh kerana pada peringkat ini mereka terdedah kepada pelbagai pengaruh serta tekanan luar yang kebanyakannya menje-rumuskan kepada perkara negatif. Apabila terpedaya dengan pengaruh negatif yang mengkhayalkan, akhlak remaja mudah rosak sehingga menimbulkan pelbagai masalah seperti salah laku dan juvenil. Keruntuhan akhlak dan kemerosotan disiplin remaja boleh dibahagikan kepada dua bahagian utama iaitu salah laku dan jenayah yang dilakukan oleh pelajar seperti membunuh, mencuri, menyalahgunakan dadah, rogol, samun, senjata api dan lain-lain manakala yang kedua ialah salah laku yang melibatkan kesalahan ringan seperti ponteng termasuk salah laku seperti ponteng sekolah, ponteng kelas dan kerap keluar kelas. Kategori tidak patuh arahan pula mencakupi salah laku seperti tidak memberi perhatian kepada pelajaran, tidak membuat kerja rumah, tidak membawa buku, tidur di dalam kelas dan tidak dapat mengikuti pelajaran yang diajar manakala kategori gangguan pengajaran adalah seperti membuat bising, merosakkan alat bantu mengajar, mengganggu kawan semasa guru mengajar dan mempertikaikan ajaran guru. Tidak sopan pula merupakan salah laku seperti berpakaian tidak kemas dan bercakap kasar dengan guru. 

Kes jenayah di kalangan remaja menyebabkan fungsi sekolah dikritik dan di anggap sebagai puca kepada peningktan jenayah dalam masayarakat. Pelbagai masalah juvenil (jenayah yang dilakukan oleh golongan remaja di sekolah) seperti menjadi samseng, menyertai geng motosikal, memeras ugut, menumbuk guru, merosakkan harta sekolah, mencuri, menipu, merogol, berjudi dan mabuk mencerminkan kelemahan institusi sekolah sebagai mekanisme pengawal sosial remaja. Meningkatnya pelbagai gejala sosial dan jenayah remaja ini adalah manifestasi krisis dan keruntuhan moral yang tinggi dalam masyarakat. Jenayah remaja adalah produk sosial dan budaya masyarakat keseluruhannya. Sering juga dikatakan remaja adalah kumpulan masyarakat yang bakal mencorakkan masa depan negara. Kenyataan ini tidak dapat dinafikan. Mereka adalah aset kekayaan semula jadi yang bakal memegang peranan penting dalam politik, ekonomi dan kemasyarakatan negara. Namun demikian, masalah akhlak remaja adalah ancaman kepada sumber tenaga manusia yang merugikan negara dalam jangka masa panjang. Oleh itu, segala masalah sosial yang dihadapi oleh remaja perlu dibendung dan diatasi supaya tidak terus mengancam aset yang tidak ternilai ini. 

Punca keruntuhan akhlak remaja ini, antaranya ialah mudah terikut-ikut dengan perangai rakan merek. Zaman sekarang, remaja mula terdedah kepada alam yang luas di luar rumah, malah persekitaran ini menjadi rumah kedua mereka. Remaja juga mempelajari banyak perkara daripada persekitaran sosial di mana ia membesar. Dalam tempoh-tempoh ini, remaja mula mengubah tingkah laku, sikap dan nilai. Malahan, mengubah seluruh cara hidup daripada alam kanak-kanak kepada alam yang lebih matang dan dewasa. Zaman remaja adalah tempoh kehidupan yang diselubungi harapan, cabaran dan ketegangan. Mengikut kajian yang dibuat ada tiga faktor yang penyumbang kepada ketegangan dalam zaman remaja iaitu perubahan fizikal yang cepat dan pencapaian kematangan jantina, kedudukan remaja sebagai manusia pinggiran (manusia marginal) dan keperluan menyediakan diri untuk memasuki dunia dewasa. 

Perubahan fizikal yang cepat dan kematangan jantina ini boleh menimbulkan beberapa perkara kritikal dalam hidup remaja seperti remaja perlu menyesuaikan diri dengan perubahan dan kematangan fizikal yang berlaku pada diri mereka. Remaja menjadi sensitif pada rupa dan bentuk badan. Perubahan fizikal dan perkembangan jantina yang dialami dapat menimbulkan rasa tidak selesa, tidak yakin, tidak selamat, malu dan segan. Konsep kendiri remaja kadangkala dipengaruhi oleh perubahan fizikal dan perkembangan jantina. Remaja mungkin menggunakan mekanisme bela diri bagi menjaga maruah. 

Keperluan menyediakan diri untuk dunia dewasa. Keadaan ini menimbulkan beberapa perkara kritis dalam hidup remaja iaitu mendapat pendidikan dan latihan bagi mencapai tahap kebebasan ataupun ketidakbergantungan kepada ibu bapa dalam aspek ekonomi dan kewangan. Memilih kerja yang sesuai dengan kebolehan, minat dan keperluan masyarakat.. Bersedia menjalani kehidupan berkeluarga. Remaja mestilah bersedia menghadapi masa depan yang mencabar dan juga mampu mencapai kebebasan pertalian emosi dengan ibu bapa dan orang dewasa lain disamping itu juga dapat berhadapan dengan harapan dan nilai hidup bertentangan yang menimbulkan kekeliruan dan kekecewaan. 

Keruntuhan akhlak remaja juga dapat dilihat daripada pelbagai sudut dan banyak puncanya. Langkah mengenal pasti masalah ini penting kerana hanya dengan mengetahui punca-punca, strategi penyelesaian yang berkesan dapat diatur dengan rapi. Faktor yang boleh mengakibatkan berlakunya keruntuhan akhlak di kalangan remaja. Proses urbanisasi iaitu kegiatan devian atau melencong dan keruntuhan moral di kalangan remaja juga berpunca daripada proses urbanisasi dan industri yang kita alami. Ini kerana kedua-dua proses itu mengendurkan kawalan sosial yang biasanya wujud dalam masyarakat tradisi kita. Akibatnya, anggota masyarakat bebas melakukan apa sahaja sesuka hati. Dalam masyarakat tradisi, hubungan antara anggota masyarakat begitu erat. Di dalam sebuah kampung misalnya, setiap orang saling mengenali, tolong menolong dan mengambil berat antara satu sama lain sehingga budaya ini meresap ke dalam jiwa setiap ahli kampung. Perhubungan ini secara tidak langsung menjadi suatu bentuk kawalan sosial yang dapat memelihara tingkah laku masyarakat. Perbuatan melanggar norma masyarakat kampung itu cuba dielakkan kerana bukan sekadar nama diri sendiri malah nama keluarga juga turut tercemar. Suatu masa dahulu, kempen remaja ‘rukun tetangga’ diadakan bagi menjaga keamanan di kawasan masing-masing. Tetapi malangnya, ramai yang menyalah gunakan kempen ini. Ada yang sekadar menandatangani buku kedatangan ataupun berborak dan bersembang kosong sehingga tiba masa pulang. Antara nilai yang dilihat dalam persekitaran proses urbanisasi dan industrialisasi adalah nilai individualistik dan materialistik yang menyebabkan setiap anggota masyarakat membawa diri masing-masing dan tiada masa mengambil tahu hal orang lain. Sikap individualistik ini menyebabkan tiada hubungan antara satu sama lain di dalam kawasan kediaman. Jika ada sekalipun adalah pada tahap minimum. 

Hubungan kekeluargaan juga merupakan factor yang dapat dikaitkan dengan keruntuhan akhlak remaja adalah penglibatan remaja dalam jenayah. Remaja atau pelajar khususnya yang terlibat dengan jenayah bukan sahaja datang daripada keluarga yang susah, malah sebilangan signifikan adalah mereka yang mempunyai latar belakang keluarga yang baik dan kaya. Dalam faktor sosial, peranan ibu bapa penting dalam mendidik anak-anak. Kebanyakan ibu bapa bekerja kerana wujudnya perubahan sosial hari ini. Ada kalanya mereka terlalu mementingkan pekerjaan daripada memberi perhatian kepada anak-anak. Mereka cuba memuaskan hati anak-anak dengan hanya memberikan keselesaan dan kemewahan kebendaan tanpa kasih sayang dan masa bersama anak-anak. Mereka lupa anak-anak juga memerlukan perhatian bagi mendapat maklumat dalam kehidupan seharian. Dari sini, anak-anak rasa terbiar tanpa kasih sayang dan jagaan yang sempurna. Mereka bercampur dengan rakan sebaya yang bermasalah dan akhirnya menimbulkan masalah disiplin kepada pihak sekolah. Terdapat juga ibu bapa yang tidak menghiraukan anak-anak walaupun pihak sekolah memberitahu mereka berkenaan masalah disiplin anak-anak di sekolah. Anak-anak ini meng-ambil peluang sikap tidak acuh ibu bapa mereka dengan bertindak lebih buruk lagi di dalam dan luar sekolah. Akhirnya, pihak polis terpaksa campur tangan dalam hal ini. Maka, tidak tepat apabila kita meletakkan masalah disiplin di atas bahu guru sahaja sedangkan ibu bapa melepaskan tangan dalam hal ini. 

Mengikut kajian yang dibuat berkaitan dengan faktor keluarga menyimpulkan beberapa perkara yang tidak dititikberatkan oleh ibu bapa iaitu tidak menunjukkan teladan yang baik kepada anak-anak, tidak mengambil berat pencapaian anak-anak, ibu bapa tidak sefahaman di rumah, pendapatan ibu bapa yang rendah menyebabkan anak malu ke sekolah kerana tidak mampu membayar yuran tidak mengambil tahu aktiviti yang dijalankan oleh anak-anak. Berdasarkan pemerhatian, ibu bapa yang berstatus rendah di luar bandar lebih merelakan tindakan guru kerana bagi mereka, tanggungjawab guru bukan sahaja menyampaikan ilmu, tetapi juga mencorakkan anak mereka supaya lebih bertanggungjawab dan berhemah tinggi. Manakala, ibu bapa berstatus agak tinggi sering mempersoalkan tindakan guru kerana anak mereka terlalu dimanjakan di rumah dan lebih cenderung memberi alasan anak mereka tidak pernah dipukul di rumah. Sepatutnya, mereka menyedari tanggungjawab yang berat perlu dipikul kerana ibu bapa hanya mengawal beberapa orang ataupun seorang anak di rumah sedangkan guru perlu menjaga 40 orang pelajar di dalam setiap kelas. Tambahan pula, terdapat ramai guru muda yang tidak berpengalaman mendidik anak-anak mereka berbanding ibu bapa yang lebih memahami sikap anak-anak mereka. Justeru, dapat diandaikan bahawa punca keruntuhan akhlak adalah kemerosotan asuhan, didikan, bimbingan dan kawalan ibu bapa ataupun penjaga. 

Tekanan hidup, kesibukan kerja, mengejar kemewahan serta aktiviti sosial menyebabkan ibu bapa dan anak tidak mempunyai masa ataupun kesempatan bercakap, berbincang, berdamping antara satu sama lain, malah jarang mempunyai peluang bersua muka. Ibu bapa tidak dapat memberi asuhan dan didikan. Sementara remaja pula tidak mendapat perhatian, bimbingan dan panduan hidup yang sempurna. Remaja itu cenderung membawa cara hidup bersendiri. Keluarga yang terlalu mewah juga menyebabkan keruntuhan disiplin anak remaja. Sebagai contoh, ibu bapa yang terlalu memanjakan anak-anak kerap memberikan wang saku yang banyak. Ini menyebabkan mereka mudah dipengaruhi oleh remaja lain supaya bersuka-suka. Pergaulan bebas dan pengaruh rakan-rakan sebaya yang rosak akhlak memburukkan lagi keadaan. Sikap ibu bapa yang tidak mengambil berat berkenaan kelakuan dan pergaulan anak remaja mendorong remaja mempunyai akhlak yang rosak. Remaja yang terdedah lebih awal kepada alam masyarakat yang mempunyai sikap yang kompleks tanpa bimbingan yang cukup daripada ibu bapa juga adalah faktor keruntuhan akhlak remaja. Antara punca lain keruntuhan akhlak remaja yang berkaitan dengan hubungan kekeluargaan adalah alam rumah tangga yang tidak teratur, perpisahan ibu bapa, pertengkaran yang kerap berlaku dalam keluarga, keadaan sosioekonomi yang sempit, suasana rumah tangga yang tidak harmonis dan tidak tenteram serta ketidakupayaan pihak penjaga mengawasi pendidikan anak-anaknya boleh menyebabkan remaja rosak akhlak. Justeru, sebagai ibu bapa dan anggota masyarakat yang bertanggungjawab, kita patut mempunyai kewajipan dan peranan yang besar dalam merancang aktiviti, memberikan peluang dan bimbingan serta menyediakan pelbagai kemudahan supaya golongan remaja mendapat panduan yang cukup bagi menghadapi zaman dewasa. 

Pengaruh persekitaran Pengaruh persekitaran luaran dan pengaruh media masa juga sentiasa membentuk perilaku para remaja yang masih mentah. Pelbagai dorongan kurang sihat dipaparkan melalui persekitaran ini dan seterusnya menyebabkan remaja terikut-ikut dengan pengaruh berkenaan. Lantaran itu, bagi memenuhi perasaan ingin tahu akibat dedahan persekitaran, mereka merayau-rayau di kompleks-kompleks membeli-belah, pusat snuker, pusat permainan video dan sebagainya. Perbuatan seperti ini selalunya mendorong kepada pergaulan yang kurang sihat. Selain daripada pergaulan kurang sihat, remaja juga turut menuntut kebebasan secara melulu daripada ibu bapa. Tuntutan seperti ini banyak dipengaruhi oleh media massa. Kemajuan dalam komunikasi mengakibatkan remaja terdedah kepada nilai-nilai baru yang belum pasti baik bagi perkembangan diri. Pengaruh negatif ini dapat dilihat daripada majalah-majalah hiburan, buku-buku yang mengandungi unsur-unsur lucah serta radikal, televisyen dan tayangan-tayangan filem barat. Mengikut pemerhatian kebanyakan akhbar mingguan, majalah hiburan dan buku-buku cerita di pasaran kini lebih mengutamakan hiburan, keganasan dan fantasi kosong. Bahan-bahan ini mendorong sikap negatif seperti suka mengelamun, berfoya-foya, boros dan pelbagai perlakuan anti-sosial. 

Pengaruh di sekolah dapat dibendung dengan disiplin iaitu asas utama mekanisme pengawalan sekolah. Disiplin sekolah biasanya diasaskan kepada etika, nilai, akhlak dan standard tingkah laku yang mulia. Bagi mencorakkan disiplin sekolah yang berkesan, semua guru perlu menunjukkan komitmen dan diberi tanggungjawab bagi menguatkuasakan disiplin. Kelemahan yang jelas di sekolah yang menjadi punca keruntuhan akhlak dan kemerosotan disiplin di kalangan pelajar adalah guru-guru tidak diberi kuasa bertindak mempertahankan disiplin. Disiplin sekolah secara rasmi adalah tanggungjawab guru disiplin, guru besar dan guru penolong kanan. Keadaan ini menyebabkan sebilangan besar guru-guru mengambil sikap lepas tangan dan tidak menunjukkan komitmen bagi menangani masalah disiplin yang dilakukan oleh murid-murid sama ada di sekolah mahupun di luar sekolah. Murid-murid nakal dan suka melanggar disiplin menjadi lebih berani dan bebas melakukan perbuatan yang melanggar peraturan dan undang-undang kerana mereka tahu guru-guru tidak mempunyai kuasa yang boleh dikenakan ke atas mereka. Malah, murid-murid ini berani mencabar kewibawaan guru yang tidak disukai. Bagi guru yang berasa keselamatan mereka terancam mengambil sikap tidak peduli dan membiarkan sahaja apa yang dilakukan oleh murid-murid bermasalah ini. Masyarakat guru terpaksa membodohkan diri sendiri, membutakan mata, membisu suara dan membenamkan rasa kecewa mereka sebagai golongan pendidik yang dayus dan tidak berwibawa. Sekiranya pada ketika dahulu guru mementingkan nilai kasih sayang dalam mendidik pelajar, tetapi hari ini nilai kasih sayang sebegini jarang dapat dilihat dan kadangkala terus hilang disebabkan kepentingan yang bersifat material. Tun Dr. Mahathir Mohamad pernah menegur sikap guru yang tidak memberi pengajaran menyeluruh kepada murid dan hanya menumpukan perhatian mengajar mata pelajaran yang ditugaskan kepada mereka. Sehubungan itu, sistem pendidikan tidak boleh dipersalahkan. Tetapi, sikap guru yang sekadar menyampaikan maklumat mata pelajaran yang dipertanggung-jawabkan ke atas mereka perlu dibetulkan. 

Di samping itu, ketidakseimbangan nisbah guru wanita dan lelaki yang kian meruncing di sekolah rendah dan menengah menimbulkan isu di mana guru wanita menyebabkan disiplin pelajar kian merosot. Sifat wanita yang lemah-lembut menjadi isu di mana pelajar tidak takut kepada guru wanita. Ketidak-seimbangan bilangan guru ini kian ketara bukan disebabkan Kementerian Pendidikan memberikan lebih tempat kepada guru wanita, tetapi kekurangan golongan lelaki yang memohon. Walau bagaimanapun, adakah semua tindakan disiplin hanya dapat dilakukan dengan tindakan keras seperti merotan? Masyarakat merasa bimbang kerana guru lelaki lebih ber-kemampuan mengambil tindakan tegas dan keras berbanding guru wanita. Guru disiplin dapat mendisiplinkan pelajar dengan menggunakan kelembutan seperti menggunakan pendekatan psikologi dan kaunseling serta mengenal pasti punca masalah sebenar. Keadaan pelajar yang sesak di dalam bilik darjah yang kecil juga boleh mendatangkan masalah tekanan dan disiplin di kalangan mereka. Begitu juga dengan sikap guru yang mempunyai suara garang dan menggunakan kekerasan mengikut perasaan dalam pengajaran harian. Bagi menyelesaikan masalah disiplin pelajar di sekolah, setiap guru perlu meng-gunakan budi bicara yang luhur di samping tatacara disiplin menyeluruh yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan. 

Masalah remaja juga boleh dikaitkan dengan kerjaya. Kebanyakan pelajar atau remaja hari ini tidak faham hubungan antara pelajaran dan kerjaya. Akibatnya, mereka berada di sekolah semata-mata ingin lulus dalam peperiksaan ataupun sebab ibu bapa mereka mahu mereka ke sekolah. Secara tidak langsung, ramai yang kurang bermotivasi di sekolah. Mereka tidak mempunyai matlamat hidup dan rancangan masa depan. Cadangan mengatasi masalah ini berkisar dengan isu pelajar remaja. Justeru, kebanyakan strategi penyelesaian yang dinyatakan di sini memberi tumpuan pada golongan pelajar remaja. Pendekatan akademik Ini dapat dilakukan dengan menambahkan lagi aktiviti-aktiviti berteraskan akademik dan separa akademik seperti kegiatan ko-kurikulum di sekolah-sekolah. Begitu juga dengan cara perubahan teknik-teknik pengajaran seperti penggunaan komputer, video, bantuan alat pandang dengar yang baru dan teknik pengajaran luar kelas, ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban pembelajaran dan tekanan yang dihadapi oleh pelajar di
sekolah. Strategi ini dapat menarik minat pelajar remaja menghabiskan lebih banyak masa di sekolah daripada di luar sekolah yang tidak memberi manfaat kepada perkembangan mereka. 

Aspek perundangan di sekolah perlu diberi tumpuan kerana ia dapat mengurangkan penglibatan pelajar dengan kegiatan disiplin ataupun jenayah di sekolah. Dengan wujudnya aspek perundangan seperti ini, ia dapat menimbulkan rasa takut di kalangan pelajar di samping dapat mengurangkan beban dan tanggungjawab pihak sekolah dan ibu bapa dalam mengawasi disiplin. Namun, ia perlu dikaji dengan mendalam kerana cara ini mungkin melibatkan kos yang tinggi dalam menambahkan unit kawalan tambahan. Ia juga mewujudkan tentangan daripada ibu bapa memandangkan langkah hukuman itu mungkin terlalu berat dan tidak adil bagi anak mereka. Perkara yang berhubung dengan aspek perundangan adalah penguatkuasaan undang-undang oleh polis. Ini bermakna, bidang kuasa polis boleh diperluaskan merangkumi kegiatan pelajar di sekolah-sekolah yang difikirkan menghadapi masalah disiplin pelajar. Jawatankuasa tindakan disiplin perlu ditubuhkan pada peringkat daerah, kawasan, negeri mahupun negara supaya segala kegiatan pelajar di dalam dan luar sekolah diawasi. 

Khidmat nasihat Kaunseling di sekolah memainkan peranan penting dalam membantu remaja mengatasi masalah mereka. Di samping itu, kaunseling juga dapat dilaksanakan sebagai penunjuk arah kerjaya yang patut dituju oleh remaja. Guru kaunselor di sekolah-sekolah juga boleh menganjurkan kaunseling rakan sebaya di kalangan pelajar-pelajar. Ini adalah jalan yang baik bagi membantu hubungan yang sihat di kalangan remaja dan memupuk rasa tanggungjawab antara satu sama lain. Menurut kajian, remaja lebih mudah meluahkan masalah mereka kepada rakan sebaya. Oleh itu, program ini bermanfaat apabila di-rancang dengan teliti dan mengambil orang yang berpengalaman serta mempunyai asas-asas kaunseling remaja bagi menganjurkan dan memantapkan program ini. Lanjutan daripada itu, golongan remaja perlu dibantu dan diberi perhatian kerana masa remaja adalah zaman pergolakan yang serius. Pertumbuhan jasmani yang berlaku semasa baligh banyak mempengaruhi jiwa, perasaan dan fikiran remaja. Ini menyebabkan mereka menghadapi banyak masalah menyesuaikan diri dengan keadaan yang berubah dan membentuk identiti diri. 

Tingkah laku keruntuhan akhlak di kalangan remaja dewasa ini, mempunyai hubungan rapat dengan kemasukan elemen-elemen negatif dari luar yang tidak terkawal ke dalam negara serta masyarakat dan budaya kita. Lantaran itu, kemasukan aliran muzik songsang perlu disekat dengan mengharamkan kemasukan muzik berunsur lucah. Pada masa yang sama, serbuan yang kerap perlu dilakukan ke atas premis-premis yang menjual barangan seperti rokok, pistol dan sebagainya bagi mengesan dalang yang mewujudkan fenomena keruntuhan akhlak di kalangan remaja. Usaha yang berterusan dapat membanteras jenayah di kalangan remaja hingga ke akar umbi. 

Bagi menangani masalah ini, pendekatan yang wajar adalah melalui ceramah-ceramah sivik yang dapat dilakukan pada peringkat sekolah. Walaupun demikian, wajar seandainya program ceramah sivik ini melibatkan ibu bapa. Contohnya, pada ‘Hari Ibu Bapa dan Guru’ yang diadakan setiap tahun, ceramah-ceramah dapat memberikan keterangan yang jelas berkenaan peranan ibu bapa dalam usaha mengeratkan hubungan kekeluargaan. Di samping itu, pengetahuan agama perlu ditekankan dalam ceramah-ceramah ini kerana lazimnya pengetahuan agama memberi garis panduan kepada individu apabila bertindak. Di samping pengetahuan agama, keterangan diri dan cara-cara bersosial perlu disampaikan kepada remaja dan ibu bapa. Penglibatan ibu bapa penting supaya anak, pendidik dan ibu bapa berada pada gelombang persefahaman yang sama dan dapat mengeratkan lagi hubungan. Sehubungan itu, terdapat banyak surat pekeliling yang bertujuan memberi panduan kepada guru besar dan guru-guru berkenaan pengurusan disiplin pelajar. 

Namun begitu, secara umumnya, didapati disiplin pelajar di sekolah-sekolah semakin merosot sejak kebelakangan ini. Mungkin surat-surat panduan ini tidak diberikan perhatian yang serius. Terdapat juga guru-guru yang tidak bekerjasama dalam menguruskan soal-soal yang berkaitan dengan disiplin, kurang rasa tanggungjawab dan hanya mempunyai tanggapan bahawa pelajar adalah punca utama masalah disiplin. Mungkin sikap guru yang negatif juga mempengaruhi sikap dan tanggapan pelajar pada konsep dan pelaksanaan disiplin. Justeru, pentadbiran sekolah perlu me-mastikan sekolah menyalurkan maklumat itu kepada guru-guru menerusi sesi-sesi perbincangan, bengkel dan seumpamanya bagi memastikan mereka faham berkenaan hak-hak dan tanggungjawab mengambil tindakan disiplin yang betul. 

Ada kalanya, sistem pendidikan negara dijadikan sasaran utama kerana ia adalah wadah terbaik bagi menetapkan nilai-nilai akhlak dan moral yang baik. Pendidikan moral memberi pengaruh besar dalam mencorakkan sikap dan akhlak remaja dan seterusnya mempengaruhi nilai-nilai sosial. Oleh kerana pendidikan moral disampaikan kepada remaja sejak kecil lagi, ia sedikit sebanyak dapat mewujudkan sikap dan nilai positif kepada diri individu berkenaan. Oleh itu, para pelajar perlu diberi penerangan yang jelas berkenaan alam remaja, masalah dan kesulitan yang mereka hadapi sebelum mencapai dewasa. Ini dapat dilakukan melalui ceramah dan majlis penerangan berkenaan masalah kehidupan remaja serta kempen memupuk kesedaran sivik. Masalah jenayah pelajar bukan sahaja masalah pelajar, ibu bapa dan guru tetapi masalah masyarakat. Dengan itu, pemimpin-pemimpin tempatan seperti penggawa, penghulu, pemimpin politik, pemimpin belia dan orang-orang yang berpengaruh perlu dihubungi bagi membantu dan bekerjasama menyelesaikan kes-kes disiplin. Penglibatan semua pihak dari-pada anggota masyarakat umum kepada ketua masyarakat adalah perlu kerana masalah akhlak remaja ataupun pelajar adalah masalah masyarakat. Kawalan sosial perlu diwujudkan di kalangan penduduk dan sikap ‘tidak apa’ ataupun tidak ambil tahu perlu diubah demi kepentingan masyarakat. 

Pusat kegiatan remaja merupakan satu lagi aspek pencegahan yang perlu diberi perhatian adalah penglibatan remaja dalam pusat kegiatan belia di mana semua aktiviti dirancang dengan teliti dan teratur. Dengan ini, program ataupun aktiviti yang diadakan di pusat-pusat latihan belia remaja membekalkan kemahiran-kemahiran supaya remaja dapat menggunakan kemahiran demi kepentingan diri mereka. Di samping kemahiran, pusat-pusat ini juga boleh memberi ceramah-ceramah, kelas-kelas bimbingan agama serta rekreasi-rekreasi sukan yang diperlukan dalam perkembangan sahsiah remaja. Seterusnya, pertukaran belia antara negeri dan negara yang diadakan dapat menambahkan pengetahuan dan pengalaman para remaja. Kerjasama antara agensi Pada masa ini, sudah wujud satu jawatankuasa yang dibentuk antara Polis Di Raja Malaysia dan Jabatan Pendidikan Negeri bagi memerhati perkembangan aktiviti-aktiviti pelajar dari masa ke semasa dan mengambil langkah-langkah yang perlu sebelum pelajar-pelajar terjebak ke dalam apa-apa aktiviti yang menyalahi undang-undang. Namun, keberkesanan jentera ini dapat dipertingkatkan dengan membuat kajian dari semasa ke semasa berkenaan aktiviti, program serta pelaksanaannya dalam menangani masalah keruntuhan akhlak remaja. Program pemulihan dalam komuniti dan institusi di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat perlu dikaji dari semasa ke semasa supaya perancangan dan program-programnya selaras dengan kehendak dan persekitaran remaja. 

Peranan media juga perlu diberi perhatian yang serius dalam usaha membendung gejala yang tidak sihat ini. Media cetak dan elektronik lebih mudah menganjurkan program berkaitan personaliti remaja berjaya. Remaja yang berjaya dalam lapangannya boleh memberi contoh yang positif kepada remaja secara keseluruhannya. Di samping dapat menjadi daya penarik kepada para pembaca, gambar-gambar remaja berjaya juga dapat merangsang pembaca remaja supaya turut berjaya dalam kegiatan yang mereka ceburi. Oleh itu, pihak penerbit, terutamanya yang mempunyai sasaran pembaca remaja perlu lebih sedar dan peka pada tanggungjawab sosial dengan menerbitkan lebih banyak bahan bacaan bercorak pengetahuan bagi melahirkan golongan remaja yang bertanggungjawab dan mempunyai sifat-sifat yang baik. Kesimpulan Matlamat utama Wawasan 2020 adalah membina sebuah negara maju tanpa mengabaikan nilai agama dan moral. 

Namun, apabila dilihat antara idealisme masa depan dengan realiti masa kini, terdapat jurang perbezaan yang besar di mana jumlah kes jenayah di kalangan pelajar ataupun remaja hari ini semakin meningkat. Nampaknya, semakin maju negara, semakin luntur nilai moral masyarakat. Justeru, dalam keghairahan merancang dan merencana pelbagai projek raksasa supaya negara seiring dengan ledakan informasi dan pembangunan industrialisasi yang mantap, kita juga tidak boleh meminggirkan projek raksasa dalam membina insan. 

Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau 
PERLIS
MALAYSIA

H: 013-4006206
P: 04-9882701
abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
http://abdazizharjin.blogspot.com

Akhlak Dalam Pembentukan Jati Diri Muslim -

Kehidupan yang indah adalah kehidupan yang dihiasi oleh nilai-nilai akhlak, moral dan etika yang menjadi asa kepada apa jua aktiviti kehidupan dan pergaulan. Pengajaran dan penghayatan nilai-nilai yang mulia ini dalam kehidupan, sebenarnya menjamin wujudnya keamanan dan kestabilan masyarakat. Semua ajaran keagamaan menekankan peri pentingnya nilai-nilai keutuhan, akhlak dan moral. Dalam Islam nilai akhlak adalah nilai samawi yang suci dating daripada Allah SWT. dan sebarang pencabulan merupakan penganiayaan terhadap hak-hak Allah oleh hambaNya.

Penghayatan nilai-nilai akhlak yang mutlak dan tinggi akan menjamin kesejahteraan, keharmonian dan keamanan dalam masyarakat majmuk. Ia juga akan menjadikan bangsa itu terhormat dan disegani. Ini bertepatan dengan firman Allah SWT. iaitu dari surah al- mukminin ayat 1 hinnga 2 yang bermaksud”Sesunnguhnya berjayalah orang-orang yang beriman. Iaitu mereka yang khusyu’ dalam sembahyangnya”. Dengan demikian kemajuan ekonomi dan teknologi Malaysia akan berjalan selari dengan keluhuran budaya dan ketinggian akhlak masyarakat berbilang kaum. Namun, gejala keruntuhan akhlak, kelemahan budaya integriti dan budaya ilmu dalam masyarakat Malaysia semasa, merupakan suatu cabaran besar kepada pelaksanaan pendekatan Islam Hadari.

Akhlak, moral dan ektika berperanan penting dalam menentukan keutuhan sesebuah masyarakat, bangsa atau juga negara. Dengan kata lain, utuh atau runtuhnya sesebuah bangsa bergangtung kepada akhlak, moral serta etika yang menjadi amalan bangsa itu sendiri. Islam sebagai agama dan cara hidup yang syumul menekankan agar umatnya menjalani kehidupan berasakan adab atau etika, akhlak dan perilaku yang mulia. Inilah misi yang dibawa oleh Rasulullah SAW. iaitu untuk memperbaiki akhlak moral manusia. Seperti di dalam Al- Quran ada menjelaskan melalui surah al-Qalam 68 ayat 4 yang bermaksud”Bahawa sesungguhnya kamu mmpunyai akhlak yang sangat mulia”. Misi yang penting ini menjadikan akhlak sebagai salah satu ciri terpenting dalam ajaran Islam. Dalam hubungan ini, Ibn Abbas pernah mengatakan bahawa setiap bangunan ada asanya dan asa bagi Islam ialah akhlak yang mulia. Malah Ibn al-Qayyim juga pernah menegaskan, seluruh aspek agama (Islam) ialah (akhlak yang mulia) ; oleh itu sesipa yang bertambah nilai akhlaknya maka bertambahlah nilai agamanya.

Akhlak dari segi bahasa ialah tabiat, perangai, tingkahlaku, sifat semulajadi, adapt kebiasan dan lain-lain. Manusia dicipta oleh Allah dengan sebaik-baik ciptaan dan terdiri daripada dua unsur, iaitu jasmani dan rohani. Menurut firman Allah SWT iaitu surah al-Tin ayat 4 yang bermaksud”Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalm bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapansesuai dengan keadaannya) ”. Unsur jasmani disebut dalam bahasa Arab”al-khaluq”dengan bacaan huruf kha berbaris di atas (keindahan bentuk luaran ) . Unsur rohani pula disebut”al-khuluq”degaan bacaan huruf kha berbaris di depan (keindahan bentuk dalaman) . Keindahan batin seseorang dapat dilihat melalui tingkahlaku, budiperketi, tutur kata ataupun tindakan zahir seseorang. Justeru itu akhlak adalah berkaitan dengan sifat-sifat batin dan dijelmakan melalui tingkahlaku. Aspek batiniah juga adalah keimanan yang ada dalam diri seseorang sehingga mereka melakukan sesuatu perkara berdasarkan suruhan iman tersebut. Ini bertepatn dengan definisi akhlak oleh Imam al-Ghazali;”sifat-sifat batin yang tertanam dalm jiwa seseorang dan ia akan lahir dengan mudah tanpa memerlukan pertimbangan akal yang mendalam. Sekiranya keadan jiw tu baik maka akan terbit perbuatan yang baik dan terpuji mengikut akal dan syariah, ia dinamakan akhlah yang baik. Sebaliknya jika keluar perbuatan buruk, ia dinamakan akhlak yang buruk”. Menurut Ibn Maskawayh pula akhlak bermaksud”keadaan jiwa seseorang, ia terbahagi kepada dua bahagian iaitu natural (tabie) , jiwa yang tabie ini berpusat kepad sifat semula terhadap pejadi seperti perasaan cepat marah terhadap perkara yang kecil, panas baran, cepat terkejut dan lain-lain dan yang kedua pula ialah keadaan jiwa yang dibentuk malalui latihan dan kebiasaan. Ia terbahagi kepada dua peringkat iaitu yang pertama peringkat pertimbangan dan pemikiran yang telitidan peringkat kedua ialah peringkat mempraktiskan sesuatu kebaikan sehingga menjadi kebiasaan dalam amalan hidup seseorang.

Etika berasal dari perkataan Yunani, iaitu ‘ethos’ yang bermaksud hukum, adapt resam, kebiasaan dan budi pekerti yang dimiliki oleh kumpulan tertentu. Menurut Socrates, Etika ialah hasil dari pengalaman-pengalaman yang dilalui oleh manusia. Jelasnya etika adalah sesuatu yang bersumber daripada akal manusia serta nilai-nilai yang mampu difikirkan oleh akal manusia.

Moral pula adalah berasal dari perkataan ‘mores’ yang bererti kesusilaan, adab, sopan santun, tradisi dan sebagainya yang menentukan piawaian atau norma. Sebagai masyarakat mengaitkan etika dan moral dengan peraturan masyarakat yang terdiri daripada tatahukum, tatasusila atau tetid masyarakat. Peraturan masyarakat biasa juga dimaksudkan sebagai tradisi, norma, kebiasaan atau adat, nilai dan pantang larang masyarakat. Walau apapun peraturan masyarakat wujud di luar diri individu. Peraturan juga bersifat wujud atau konkrit serta ditetapkan oleh autoriti dalam masyarakat tersebut. Moral juga bermaksud tingkahlaku dan tindakan manusia samada baik atua buruk yang dinilai oleh masyarakat bergangtung kepada tempat, masa dan keadaan. Oleh itu moral dalam pengertian ini adalah bersifat relatif. Ianya berbeza antara satu masyarakat dengan masyarakat yang lain dan boleh berubah mengikut masa dan keadaan.

Akhlak Islam terdiri daripada akhlak mahmudah dan akhlak mazmumah. Akhlak mahmumah ialah akhlak yang dituntut dalam Islam. Ia merupakan segala bentuk kebaikan yang dilakukan oleh manusia dari sekecil-kecil perkara hingga sebesar-besar perkara, seperti keimanan yang mutlak kepada Allah SWT., takwa, ihsan, benar, jujur, amnah, menyampaikan, bijaksana, pemurah, menundukkan pandangan dari perkara-perkara keji, memelihara lidah, lemah lembut, sabar dan tabah serta lain-lain sifat yang menggambarkan kebaikan. Sifat mahmudah adalah semua perbuatan yang mengambarkan perlaksanaan tanggungjawad kepada perintah Allah SWT. dan akur kepada laranganNya dengan cara tidak melanggar larangan tersebut. Dengan kata lain ia melaksanakan suruhan dan meninggalkan larangan walau di mana ia berada; di khalayak ramai atau keseorangan, bukan sahaja dari sudut perbuatan zahir tapi juga hatinya (batin) akur dengan tuntutan tersebut. Akhlak mazmudah pula ialah lawan kepada akhlak mahmudah iaitu akhlak yang keji dan cela. Ia merupakan segala bentuk perlakuan, sifat, tabiat dan perangai buruk dan cela. Ia merupakan segal bentuk perlakuan, sifat, tabiat dan perangai buruk yang dicela oleh syarak. Diantaranya ialah syirik, derhaka kepada ibu bapa, khianat, sombong, benci, fitnah dan lain-lain. Sifat mazmudah juga di katakan perbuatan melakukan larangan Allah dan meninggalkan suruhanNya.

Ilmu, iman dan amal merupakan faktor penting dalam pembinaan dan pembentukan akhlak. Pembinaan dan pembentukan ini perlulah melalui beberapa peringkat seperti peringkat pertama iaitu sebelum berumahtangga. Generasi cemerlang adalah hasil daripada pembentukan keluarga yang baik, lantaran itu Rasulullah SAW. menasihatkan supaya mengutamakan orang yang beragama dan berakhlak mulia dalam pemilihan jodoh, supaya dia dapat menjalankan tugas yang sepenuhnya terhadap pemeliharaan keluarga, memikul semua hak suami-isteri, memelihara dan mendidik anak-anak dan rumahtangga yang dibina sentiasa berada dalam keharmonian. Ini dapat dilihat melalui hadis Rasulullah SAW. yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim yang bermaksud”Seseorang wanita yang dinikahi kerana empat sebab: kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Maka hendaklah engkau memilih yang beragama, itulah pilihan yang terbaik. ”Peringkat kedua ialah semasa perkahwinan. Suami isteri harus melaksanakan tanggungjawab masing-masingdengan sebaik-baiknya sebagaiman yang dianjurkan di dalam Islam. Rumahtangga hendaklah sentiasa dipupuk dengan perasaan kasih sayang, belas kasihan, tolak ansur dan ras kemesraan. Dengan adanya sifat-sifat tersebut kehidupan berumahtangga akan tenang dan tenteram dan seterusnya akan meninggalkan kesan yang baik dan natijah yang menggalakkan dalam pemeliharaan anak-anak. Allah SWT. menggambarkan keadaanin dalam firmanNya melalui surah al-Rum ayat 21 yang bermaksud”Dan di antara tanda-tanda yang membiktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki) , isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir. Islam juga mengalakkan ibu-ibu yang hamil dan juga bapa memperbanyakkan amalan-amalan kebaikan, seperti membaca al-Quran, berzikir, berdoa dan lain-lain. Amalan-amalan ini akan memberi kesan dalam perkembangan jiwa anak-anak. Begitu juga syariat Islamiah telah menerangkan segala sesuatu yang berhubung dengan hukum hakam terhadap anak yang baru lahir, seperti di azan atau di qamatkan, tahnik, mencukur rambut, menamakan dengan nama-nama yang baik, aqiqah dan berkhatan. Peringkat ketiga ialah kanak-kanak. Kank-kank juga perlu di beri pendidikan yang seimbang di antaranay pendidikan yang seimbang, di antaranya pendidikan keimanan yang merupakan asas utama. Selain daripada itu kanak-kanak juga perlu diberi pendidikan akhlak seperti batas-batas aurat, adab-adab dengan rakan, kedua ibu bapa, guru dan orang-orang yang lebih tua. Seterusnya pendidikan jasmani, mental dan lain-lain. Oleh itu kedu ibu bapa murupekan orang yang bertanggungjawab untuk memberi pendidikan keimanan serta budi pekerti yang mulia. Mereka juga wajid membentuk mentak kanak-kanak supaya matang dan mendidik jiwanya supaya tahu bertimbangrasa serta memimpin mereka supaya menambah ilmu pengetahuan yang berguna. Sabda Rasulullah SAW. yang diriwayatkan oleh al-Bukhari yang bermaksud”Seorang lelaki adalah bertanggungjawad di rumah isterinya, dan dia akan ditanya tentang tanggungjawab dan wanita juga bertanggungjawab di rumah suaminya serta dia akan ditanya tentang tanggungjawabnya. ”Peringkat yang seterusnya ialah peringkat remaja. Menurut Kamus Dewan remaja bererti”Dewasa, sudah akil baligh”. Remaja merupakan golongan yang terbesar di Malaysia dan mereka adalah asset penting serta bernilai kepada bangsa dan Negara. Oleh itu mereka perlulah dibentuk dan didik denganiman, ilmu dan akhlak. Ini kerana zaman remaja merupakan mas yang paling mencabardalam kehidupan seseorang dan mereka mudah terpengaruh dengan perskitarannya. Oleh itu menjadi kewajipan ke atas ibu bapa untuk memastikan pendidikan yang sempurna yang terbais terhadap anak-anak. Kesibukan ibu bapa menyebabkan anak-anak kehilangan kasih sayang dan tempat bermanja. Keadaan ini menyebabkan golongan remaja tidak ada kekuatan untuk melawan godaan nafsu dan persekitaraannya. Golongan remaja merupakan pemimpin pada masa akan datang dan jatuh bangunnya sesebuah Negara terletak di bahu mereka. Tindak tanduk mereka sentiasa mendapat perhatian daripada masyarakat. Sesebuah Negara akan berbanga jika para remajanya berakhlak mulia. Justeru itu golongan remaja tidak harus dibiarkan terumbang ambing dalam menjalani kehidupan mereka. Tanpa tunjuk ajar dan bimbingan yang baik daripada golongan tua mereka tidak dapat menjalani kehidupan yang sempurna.

Kepentingan ibadah dalam Islam bukan sahaja membuktikan kepatuhan kepada Allah SWT., tetapi ia juga mempunyai kesan secara langsung dalam pembentukan peribadi seseorang Muslim, apabila ibadah itu dilaksanakan sebagaimana disyariatkan oleh Allah SWT. solat mempunyai kesan yang mendalam terhadap pembentukan akhlak. Kesannya bukan sahaja ketika mendirikan solat tetapi ianya bermula dari sebelum mendirikan solat iaitu dari azan dan wudu’. Seterusnya kesan solat boleh diperolehi setelah selesai solat, iaitu zikir-zikir dan wirid-wirid. Selain solat, zakat juga memainkan peranan dalam membentuk akhlak seseorang. Ia bertujuan untuk membersihkan diri daripada sifat-sifat mazmudah dan menyuburkan jiwa manusia dengan sifat-sifat mahmudah. Ibadah puasa pula bukanlah sekadar mencegah atau menahan diri dari makan dan minum semata-mata tetapi bertujuan melatih diri mengawal nafsu dan syahwat supaya tidak melepasi batas-batas hukum yang ditetapkan. Ibadah haji difardhukan oleh Allah SWT. terhadap umat Islam bertujuan untuk mendidik jiwa mreka supaya sentiasa sedia berkorban, berjimat cermat dan memupuk kasih sayang semata-mata kerana Allah SWT. Konsep pengorbanan di dalam Islam meliputi pengorbanan harta, jiwa, masa dan tenaga. Kehidupan para sahabat Rasulullah SAW. telah memaparkan kepada kita tentang pengorbanan mereka yang begitu hebat demi menyebarkan agama Allah. Amalan-amalan sunat juga dapat mengawal iman dan menyuburkan jiwa untuk sentiasa gemar kepada kebaikan. Diantara fungsi amalan sunat ialah dapat menyempurnakan amalan wajib, meninggikan pangkat dan darjat seseorang di syurga. Oleh itu untuk menyempurnakan amalan wajib eloklah ditambah dengan amalan-amalan sunat. Jika amalan wajib sempurna, iman menjadi tetap dan boleh meningkatkan akhlak mulia. Dalam memperbanyakkan amalan sunat, seseorang perlulah menjaga diri daripada sebarang maksiat. Ini kerana ibadah adalah perkara kebaikan sedangkan maksiat adalah perkara buruk. Sekiranya perkara baik bercampur dangan perkara buruk maka yang baik akan menjadi rosak.

Akhlak seseorang boleh dibentuk melalui didikan dan latihan oleh para pendidik yang berkualiti. Pendidikan yang diberikan itu hendaklah bermula dari rumah yang dilaksanakan oleh ibu bapa. Selepas itu barulah berpindah ke peringkat sekolah hingga ke pusat pengajian tinggi bagi pendidikan yang berbentuk formal. Akhlak yang mulia tidak mungkin akan dapat meresap ke dalam jiwa seseorang, selagi ia tidak membiasakan jiwanya berakhlak dengan akhlak yang mulia dan meninggalkan kelakuan dan perangai yang jahat dan keji secara istiqamah sehingga benar-benar menjadi kebiasaan dan merasa suatu kenikmatan ketika melakukannya. Seseorang yang melakukan ibadah atau meninggalkan larangan agama secara terpaksa atau dalam keadaan perasaan yang amat berat dan belum terasa nikmat, maka itu sebagai petanda seseorang itu belum mencapai kesempurnaan (bahagia) dengan apa-apa yang dilakukan.

Kesimpulannya, akhlak dalam Islam bertujuan untuk membentuk tingkahlaku individu yang baik dan bagi individu Muslim hendaklah sentiasa berusaha dalam kearah pembentukan akhlak mulia. Begitu juga kerjasama dari semua pihak amat diperlukan demi melahirkan sesebuah masyarakat yang sejahtera dan harmoni serta menghayati nilai-nilai akhlak yang luhur dalam semua aspek kehidupan. Dari perspektif tamadun agama Islam, kemajuan ekonomi dan ilmu sesuatu bangsa harus dijiwai oleh budaya moral dan berakhlak mulia. Matlamat ini tidak dapat dicapai selagi kemajuan kebendaan diasingkan daripada nilai-nilai akhlak.

Disediakan oleh: Nooraini Binti Ishak

Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau
PERLIS
MALAYSIA

H: 013-4006206
P: 04-9882701
abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
http://abdazizharjin.blogspot.com

Permulaan Manusia Mula Mencari Tuhan -

Setiap manusia secara fitrahnya amat memerlukan kebergantungan kepada unsur yang lebih kuat di alam kehidupan ini yakni Tuhan. Adalah mustahil untuk tidak mempercayai kewujudan unsur Yang Maha Esa ini sebagaimana yang diamalkan oleh segolongan atheis yang cuba membelakangkan fitrah dan hidup berpandukan kepada emosi, nafsu dan akal pemikiran yang singkat semata. 

Para cendikiawan mempunyai pandangan yang hampir sama mengenai sejarah awal manusia mula mengenali agama. Bagi Muhammad Abduh di dalam bukunya yang bertajuk Risalah At-Tauhid, beliau ada menyebutkan;

“Bahawa agama2 terdahulu berbicara kepada pancaindera sewaktu bangsa manusia berada dalam peringkat keanak-anakan, ketika mana manusia hanya mengenal apa yang dirasakannya, sementara akalnya belum dapat memahami apa yang disentuhnya. Apabila pengembaraan manusia terus bergerak, mengalami dan mempelajari, berbalah2 dan berpakat2, kebahagiaan dan kedukaan silih berganti serta tumbuh pula kesedaran, dan perasaan2 pun nyata, datanglah agama yang membicarakan tentang persemadian, tentang kesucian, juga tentang kekuasaan dan alam ciptaan Allah. Tetapi di dalam pergelutannya, bangsa manusia tidak berdaya hidup dengan pujukan. Kedudukanya yang suci dan murni tidak berpanjangan. Ia terus bergelut dan permusuhan menggantikan perdamaian dan hidup berbaik2. Maka datangla pula agama yang mengatur segala-galanya, yang memelihara rasa dan perasaan, yang mendidik akal dan hati, yang mengajar manusia tentang hal2 dunia dan akhirat”

Seterusnya, Prof Dr Shalaby dalam bukunya yang bertajuk Perbandingan Agama, telah mengelaskan secara terperinci 3 peringkat manusia mula mengenali agama. Peringkat pertama (bayi) , peringkat kedua (kanak-kanak) dan peringkat ketiga (dewasa) . 

Di bawah adalah huraian dan perbandingan tahap manusia mula mengenali agama mengikut peringkat-peringkat yang telah dibahagikan;

Peringkat pertama, agama manusia diibaratkan seperti bayi yang baru lahir. 
1. Penyeruan dibataskan hanya kepada kaum pesuruh Allah sahaja-kaum Luth dan Ibrahim. 
2. Meliputi soal mentauhidkan Tuhan dan meninggalkan penyembahan berhala dan patung-patung tanpa menyebutkan aturan-aturan dan penjelasan-penjelasan yang lain, kecuali sekiranya ada keburukan masyarakat yang bermaharajalela, maka agama itu akan melarang dan menentangnya
3. Seruan agama tidak mempunyai kitab2 yang terang, hanya berupa nasihat dan ajaran, kadangkaladitulis pada batu dan disiarkan pada umum
4. Tiada tarikh yang tepat yang menentukan kewujudan agama ini. 
5. Perkara ini telah disebutkan dalam alQuran:

Sungguh, kami benar-benar telah mengutus Nuh kepada kaumnya, lalu dia berkata, ”Wahai kaumku! Sembahlah Allah! Tidak ada Tuhan (sembahan) bagimu selain Dia. Sesungguhnya aku takut kamu akan ditimpa azab pada hari yang dahsyat (kiamat) . ”surah al-A’raf:59

Dan (kami juga mengutus) Luth, ketika dia pergi kepada kaumnya, ”Mengapa kamu melakukan perbuatan keji, yang belum pernah dilakukan oleh seorang pun sebelum kamu (di dalam dunia ni”) surah al A’raf:80

Dan kepada penduduk Madyan, Kami (mengutuskan) Syu’aib, saudara mereka sendiri. Dia berkata, ”Wahai kaumku! Sembahlah Allah. Tidak ada Tuhan (sembahan) bagimu selain Dia. Sesungguhya telah datang kepadamu bukti yang nyata dari Tuhanmu. Sempurnakanlah tukaran dan timbangan, dan jangan kamu merugikan orang sedikitpun. Janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi setelah (diciptakan) dengan baik. Itulah yang lebih baik bagimu jika kamu orang beriman. surah al-A’raf:85

Peringkat 2

Peringkat agama manusia seperti kanak-kanak
1. Bidang dakwah meluas sehingga meliputi suku kaum yang besar dan ramai. 
2. Agama diisi dengan beberapa penjelasan dan tasyri’-terutamanya tentang keadilan. Contohnya;”bapa tidak boleh dibunuh kerana anak dan anak tidak boleh dibunuh kerana bapa, tiap2 orang dibunuh kerana kesalahannya” (Isaiah24:16) 
3. Penyeruan agama berdasarkan kitab;Taurat dan injil
4. Kaum bani Israel dikebanyakan zaman peringkat ini tidak dapat memahami sepenuhnya tentang tauhid. Kebanyakan mereka menyangka bahwa keesaan Allah itu bererti satu Tuhan yang khas untuk kaum Bani Israel disamping lain-lain Tuhan untuk manusia2 lain, tetapi bani Israel diharamkan menyembah Tuhan-Tuhan itu walaupun mereka mempercayai kewujudannyanya. 

Peringkat 3:

Peringkat dewasa agama manusia
1. Keesaan Allah yang nyata. Berhala-berhala dimusnahkan. Zaman baru yang ditempa oleh Islam tidak dapat menerima kemusyrikan dalam sebarang bentuk. Gambar ketuhanan dalam Islam ialah satu fikiran yang lengkap dan padat, tidak membenarkan sebarang bentuk syrik dan penyerupaan. Baik pada rasa @ pada hati. Allah tidak dapat ditarakan, malah Dialah Yng Maha Suci dan tiada sesuatu yang menyerupainya. 
2. Ditujukan kepada seluruh umat manusia; bukan terbatas kepada kaum2 tertentu. Muhammad adalah pesuruh Allah untuk semesta alam. 
3. Seperti yang telah disebutkan di dalam ayat Al-Quran:
Dan kami tidak mengutus engkau (Muhammad) , melainkan kepada semua umat manusia sebagai pembawa berita gembira dan sebagai pemberi peringatan, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.  Saba’:28

Meskipun telah jelas, terang dan nyata kebenaran terpampang di depan mata mereka, tetapi mereka masih mencari Tuhan yang lain lalu mereka-reka dan mewujudkan beberapa agama yang mereka rasakan sesuai dengan diri mereka (padahal mereka hanya menipu diri mereka sendiri) . Antara agama - agama yang mereka perkenalkan adalah agama kristian, buddha, majusi, hindu dan juga kepercayaan - kepercayaan yang berlandaskan falsafah yang dipegang seperti kepercayaan tao, confucious dan sebagainya. Di samping itu, kaum Cina mempunyai agama yang tersendiri bagi kaum mereka. Antaranya agama penyembahan nenek moyang, penyembahan berhala dan penyembahan datuk tanah. 

Mari kita susuri dengan lebih dekat agama - agama ciptaan mereka ini bagi membandingkan dengan agama Allah. 

2. 0 Agama Kristian
1. Kristian membawa maksud seseorang yang mempercayai Jesus (nabi Isa) sebagai christ, mengamalkan agama berdasarkan kepada cara hidup dan ajaran Jesus; seseorang yang hidup berpandukan kepada ajaran Jesus (berdasarkan kamus Warisan Amerika) . 
2. Ada empat jenis pengamal ajaran kristian iaitu:
• Kristian Aktif: Lebih suka menghadiri gereja, membaca Injil (Bible) dan yakin bahawa Jesus adalah penyelamat mereka. 
• Kristian Yakin: Juga mempercayai”Jesus sebagai penyelamat dan Tuhan”sebagai kunci utama sebagai penganut agama kristian, tapi mementingkan hubungan kerohanian dengan Tuhan dan Jesus berbanding menghadiri gereja dan membaca Injil. 
• Kristian Liturgical: Mempunyai tahap tertinggi dalam akiviti kerohanian, kebiasaanya diluahkan dengan menghadiri dan mengenali pihak atasan gereja dan berbakti kepada masyarakat. 
• Kristian sulit: Percaya dengan Tuhan dalam melakukan perkara-perkara yang baik tapi tidak meliputi hal-hal gereja. Mengikut kajian di Amerika, pengamal ajaran ini adalah yang paling ramai dalam kalangan muda mudi. 
• Kristian budaya: Tidak mellihat Jesus sebagai sesuatu yang penting sebagai penyelamat. Mereka tidak suka mengatur kehidupan mereka berdasarkan kepada kepercayaan dan pengamalan berdasarkan ajaran kitab Injil atau menghadiri aktiviti gereja. Mereka lebih meyakini teologi universal yang boleh mengenali Tuhan melalui pelbagai sudut. 

3. 0 Majusi

Seterusnya kita susuri agama Majusi yang diamalkan pada zaman nabi-nabi terdahulu. Majusi atau Zoroastrianisme adalah sebuah agama purba Parsi yang diasaskan oleh Zarathustra. Ia juga bukan sahaja sebuah agama, tetapi sebuah falsafah kehidupan, sama seperti taoisme. Agama Majusi mula membina kegemilangannya didalam masyarakat Parsi ketika zaman Achaemenid dan banyak manuskrip-manuskrip lama mengenai agama ini diterbitkan ketika pemerintahan Achaemenid. Malahan, kalender Majusi juga turut diperkenalkan ketika zaman ini. Ketika pemerintahan dinasti Seleucid dan Parthia pula, status agama ini kurang jelas. Kemudiannya, Parsi jatuh ke tangan Iskandar Agung dimana banyak hasil tulisan agama Majusi dimusnahkan. Akhirnya zaman kegemilangan agama ini musnah pada abad ke tujuh apabila empayar Sassanid kalah di tangan Arab. Penganut Majusi kemudiannya mula memeluk agama Islam. Namun begitu, terdapat beberapa kumpulan yang enggan diperintah oleh kerajaan Islam dan mereka ini melarikan diri ke India. 

4. 0 Buddha

Di India, sebelum zaman kegemilangan agama Kristian, tahap keagamaan adalah pada tangga terendah. Paderi-paderi telah menjadikan agama sebaagi alat untuk diperdagangkan.. Ramai orang telah diperbodohkan dalam pelbagai cara oleh paderi-paderi ini bagi membolot harta untuk diri mereka sendiri. Disebabkan hal ini, orang-orang India telah mencari satu agama untuk dianuti sebagai pegangan hidup mereka. Lalu muncullah agama Buddha. Ayah kepada Buddha dikenali sebagai Suddhohana, raja kepada Sakhyas. Manakala ibu Buddha pula dikenali sebagai Maya. Buddha lahir pada 560tahun sebelum masihi di sebuah lembah bernama Lumbini dan meninggal pada tahun 480 sebelum masihi pada umur 80 tahun. Mengikut kepercayaan penganut Buddha, pada awal kelahiran Buddha ada beberapa tanda kononnya seperti waktu kelahiran nabi Muhammad SAW. Antaranya adalah bunga-bungaan mekar mewangi dan hujan rintik-rintik walaupun bukan pada musimnya, bunyi-bunyian indah dan wangian memenuhi udara. Manakala pada tubuh bayi yang baru lahir (yakni Buddha) terdapat 32 tanda yang dinamakan Mahavyanjana yang melambangkan masa depannya yang cemerlang dan tanda kedua yang digelar Anuvyanjana dalam kuantiti yang banyak. Dari sudut ini kita dapat melihat betapa jahilnya manusia dalam mewujudkan agama yang dirasakan sesuai dengan jiwa mereka. Meskipun tindakan tersebut hanya membayangkan kebodohan mereka. 

5. 0 Sikh

Di samping agama Buddha, agama Sikh juga muncul di India. Agama ini diasaskan oleh Guru Nanak (1469-1539) , tunjang agama ini adalah percaya kepada adanya satu Tuhan dan dipanggil waheguru. Tempat sembahyang agama Sikh dipanggil Gurdwara. Gurdwara Emas di Amritsar, India merupakan tempat suci bagi penganut Sikh. Selepas beliau meninggal dunia, penggantinya juga diberi pangkat guru. Sebanyak sepuluh guru telah mengambil alih tempat beliau secara perlahan-lahan. Rangkaian ini berakhir pada tahun 1708 selepas kematian Gobind Singh yang tidak meninggalkan pengganti manusia tetapi meninggalkan satu himpunan skrip suci yang dipanggil Adi Granth. Skrip ini kemudian diberi nama Guru Granth Sahib. Gobind Singh juga telah menubuhkan sebuah persatuan”Persaudaraan Khalsa Sikh”dan memulakan pemakaian seragam untuk lelaki Sikh yang taat kepada agamanya yang diberi gelaran”Lima K". 5 K adalah seperti berikut;
• kesh (rambut yang tidak dipotong) 
• kanga (sikat) 
• kara (gelang ditangan kanan) 
• kirpan (pisau kecil yang tidaklah begitu tajam) 
• kachha (seluar dalam panjang) 

Dalam ajaran agama Sikh, terdapat 11 guru yang perlu dipatuhi dan diikuti iaitu;
1. Guru Nanak Dev
2. Guru Angad Dev
3. Guru Amar Das
4. Guru Ram Das (menyiapkan pembinaan kuil emas) 
5. Guru Arjun Dev (penulis Adi Granth) 
6. Guru Har Gobind (pembawa Miri dan Piri) 
7. Guru Har Rai
8. Guru Har Krishan
9. Guru Teg Bahadur
10. Guru Gobind Singh
11. Guru Granth Sahib

Setiap guru-guru ini membawa ajaran yang dan pandangan yang berbeza tentang agama ini dan berhak mencipta apa-apa peraturan dalam agama mereka sepertimana yang telah dilakukan oleh Gobind Singh yang menyuruh berpakaian 5K. Ini dengan jelas menunjukkan kepada kita bahawa tiada persepaduan dalam agama ini serta tiada pegangan dan hala tuju yang jelas dalam agama mereka. Sementara itu, agama ini juga mempunyai hari-hari keagamaan yang tersendiri. Sepertimana agama kristian, agama ini juga mempunyai upacara pembaptisan yang digelar Amrit Sanskar. Bermula dengan lima khalsa memohon supaya seorang itu dimasukkan kedalam persatuan atau”brotherhood”Khalsa, kemudian diteruskan dengan meminum air”Amrit”yakni sejenis air madu yang digaul dengan Kirpan. Semasa digaul, kelima-lima khalsa ini akan membaca lima Banis yang suci iaitu
• Jap Sahib, (dikarang oleh Sri Guru Gobind Singh Ji) 
• Japji Sahib (dikarang oleh Guru Nanak) 
• Tav Prasaad Seveiye (dikarang oleh Guru Gobind Singh Ji) 
• Benti Chaupai (dikarang oleh Sri Guru Gobind Singh Ji) 
• Anand Sahib (dikarang oleh Guru Amardas) 

Seterusnya, air ini dituang di telapak tangan kanan dan diminum oleh setiap orang yang memasuki agama ini. Kemudian air ini direnjis sebanyak lima kali pada mata dan kepala mereka. Akhirnya setiap calon meminum air ini dari mangkuk yang sama sehingga habis. 

Memandangkan orang yang beragama Sikh agak jarang kita temui, mari kita lihat upacara dan adat istiadat yang diikuti oleh penganut agama Sikh. Adat istiadat bermula sejak kelahiran sehinggalah kematian penganut Sikh. Pemberian hadiah merupakan amalan biasa yang dilakukan untuk menyambut kelahiran bayi. Pemberian nama merupakan upacara penting dan ia dikenali sebagai Naamkaran. Disini bayi yang baru lahir itu akan diberikan nama selepas Granthi membaca Ardas. Kemudian kitab mereka Sri Guru Granth Sahib akan dibuka secara rambang. Bayi itu akan dinamakan mengikut huruf pertama dalam mukasurat itu. Nama akhir untuk penganut Sikh adalah sama dan berbeza hanya mengikut jantina iaitu Singh bagi lelaki, manakala perempuan dipanggil Kaur. Singh bermaksud”Singa”dan Kaur pula bermaksud”Puteri". 

Apabila seseorang remaja lelaki mencapai umur sebelas hingga enam belas tahun dia akan melalui satu upacara - pemakaian turban. Upacara yang dipanggil Dastar Bandhni biasanya dilakukan oleh para agamawan Sikh dipanggil Granthi atau ketua masyarakat. 

Bagi seorang Sikh, perkahwinan adalah suci dan mereka percaya pada sistem monogami. Dalam agama mereka, penceraian adalah mustahil dan tidak dibenarkan. Walaupun begitu, penceraian masih boleh dilakukan di mahkamah sivil. 

6. 0 Agama Kaum Cina

Seterusnya, mari kita pandang ke timur melihat hal kerohanian masyarakat di sebelah timur pula. Di China, terdapat 3 agama khas untuk kaum mereka. Asas dan pegangan agama-agama ini adalah sama, yakni yang baik dibalas baik dan yang buruk dibalas buruk cuma pengamalan ajaran yang berbeza. Antaranya adalah Penyembahan Nenek Moyang, Penyembahan Berhala dan Penyembahan Datuk Tanah. Penyembahan nenek moyang merupakan intipati dalam agama rakyat China. Ia berkaitan dengan sistem nilai masyarakat China yang memberi nilai yang tinggi kepada sifat”ketaatan kepada ibu bapa". Seterusnya penyembahan berhala. Berhala yang disembah dalam agama ini adalah terlalu banyak. Ia terdiri daripada dewa-dewi, watak alam cerita epik, malah tokoh-tokoh sejarah. Bagi mereka, penyembahan berhala dapat menjamin keselamatan kehidupan sehari-harian. Agama ketiga yang diamalkan iaitu Penyembahan Datuk Tanah pula diumpamakan seperti penunggu dalam masyarakat Melayu. Pada kebiasaaannya orang Cina akan mengadakan altar untuk datuk tanah di atas lantai. 

7. 0 Kepercayaan Kaum Cina

Selain amalan penyembahan, kaum Cina juga mempunyai kepercayaan tersendiri iaitu kepercayaan Tao. Kepercayaan Tao merupakan konsep asas yang ditemui dalam amalan Taoism, Confucianism, dan kebiasaannya ditemui dalam falsafah cina yang terdahulu. Kepercayaan ini merupakan dirinya sebagai”jalan”, ”laluan”, atau kadang2 sebagai doktrin atau prinsip yang menggunakan falsafah untuk menerangkan hal keadaan alam semulajadi di dunia. Konsep Tao amat berlainan daripada ontologi konvensional (Barat) tetapi ia merupakan konsep yang aktif dan holistik di dunia berbanding konsep lain yang statik dan atomistik. Tao meliputi seluruh alam semesta. Sepertimana falsafah nondual, semua objek yang boleh dikaji di dunia, dikenali sebagai Tao Te Ching atau ‘Perkara Sepuluh Ribu’- dianggap sebagai manifestasi bagi Tao, dan hanya dibenarkan untuk menggunakannya dengan kebenaran Tao. Sebalilknya, Tao sering digelar ‘Tidak Bernama’ kerana ia sendiri dan prinsipnya tidak dapat dijelaskan dengan perkataan. Ianya dibayangkan seperti suatu
bentuk ataupun penyerupaan samaada dalam keadaan pegun ataupun bergerak secara tetap, samaada kedua – duanya lebih besar daripada benda yang terbesar dan lebih kecil dari yang terkecil kerana perkataan yang menerangkan bentuk, pergerakan, saiz, atau nilai-nalai lain selalunya berpadu. 

Meskipun Tao tidak dapat dijelaskan, orang yang mengamalkan Taoism berpegang bahawa ianya boleh dikenali dan prinsipnya boleh diikuti. Kebanyakan buku-buku Tao menekankan kepada nilai untuk mengikuti Tao – yang dikenali sebagai Te - kerugian yang jelas dalam memahami dan mengawal kuasa Tao. Hal ini seringkali dijelaskan melalui persepadanan yin dan yang, dimana setiap perbuatan menghasilkan tindakbalas yang semulajadi, pergerakan yang tidak dapat dielak daripada manifestasi Tao. 

8. 0 JL Kyodan

Sementara itu, di Jepun pula terdapat agama JL Kyodan. Agama ini berkembang daripada kebudayaan Zen Buddha Jepun pada awal abad ke20. PL menekankan bahawa”Hidup adalah seni. ”. ”Kami sudah dilahirkan untuk mengungkapkan kepribadian unik kami sendiri di segalanya dilakukan kami - untuk membuat seni". Di samping itu, ia juga untuk membantu mereka dalam memperbaiki kehidupan mereka dan mengatasi kesukaran seperti penyakit, kemalangan, rasa sakit, dan lain-lain. 

PL tidak mempunyai kitab suci (seperti Alkitab atau Al-Quran) , tetapi, mereka mempunyai Prinsip 21 PL dan Asas 21 PL yang ditulis oleh Pengasas Gereja. 

Asas 21 PL
1. Hidup ialah seni
2. Hidup manusia adalah rangkaian ekspresi sendiri
3. Manusia adalah manifestasi Tuhan
4. Manusia menderita jika dia gagal untuk mengungkapkan dirinya sendiri
5. Manusia gagal jika diganggu oleh perasaan
6. Sikap sebenar manusia terdedah apabila egonya tercalar
7. Semua hal ada di satu sama lain hubungan ke sesuatu
8. Hidup bersinar seperti matahari
9. Semua manusia adalah setaraf
10. Bekerja keras untuk kebahagiaan bersama
11. Percaya pada kepercayaan sebenarnya
12. Ada cara (fungsi) aneh ke setiap”nama” (keberadaan) 
13. Ada cara bagi lelaki, dan ada lain untuk perempuan
14. Semua untuk keamanan dunia
15. Semua adalah cermin
16. Semua benda maju dan berkembang
17. Mengerti apa yang paling penting
18. Pada setiap saat manusia berada di persimpangan baik dan jahat
19. Bertindak apabila intuisi anda terganggu
20. Hidup dalam kelapangan fikiran
21. Hidup di Liberti Sempurna

9. 0 Kesimpulan
Kesimpulannya, setelah kita meneliti ajaran agama-agama lain yang diamalkan di seluruh dunia, adalah tidak dapat disangkal lagi bahawa agama Islam adalah agama yang terbaik dan mempunyai hala tuju yang jelas berbanding agama-agama lain di dunia. Bukti yang paling jelas dan nyata ialah Nabi dan Rasul yang diutuskan pada zaman yang berbeza, berlainan tempat, berlainan kaum tetapi menyeru kepada perkara yang sama yakni mengEsakan Allah. Hanya insan yang buta mata hati sahaja yang menolak ajaran agama Islam dan menolak hukum-hukum Tuhan Yang Maha Esa. Dalam agama Islam, terdapat kelebihan yang tiada didalam agama lain yakni satu kenyataan yang berada di luar jangkaan akal fikiran waras manusiawi yang disebut al-Ghaib manakala sesuatu yang nampak dan mampu dicapai oleh pemikiran manusia pula disebut asy-Syahadah yang membawa maksud tersaksikan. 

Islam menegaskan, asy-syahadah hanyalah sebahagian kecil daripada keseluruhan yang ada ironinya seperti seekor gajah yang hanya mampu menjangkau yang dialami dan dilihatnya. Manakala keseluruhannya hanya penciptanya yang mengetahui.. 

Justeru itu, marilah kita bersama-sama menegakkan kembali agama Islam dan mempertahankan maruah agama Islam daripada terus dinodai oleh bangsa-bangsa lain terutamanya Yahudi dan Israel yang sedang rancak ingin memusnahkan umat Islam di atas muka bumi ciptaan Tuhan ini. InsyaAllah berkat persepaduan dan kerjasama umat Islam yang mantap mampu memusnahkan angkatan mereka.. 

Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau 
PERLIS
MALAYSIA

H: 013-4006206
P: 04-9882701
abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
http://abdazizharjin.blogspot.com