Monday, September 13, 2010

Pengertian Jihad -

Umat islam telah dan sedang menghadapi ancaman daripada berbagai-bagai pihak yang telah mencabar dan mengancam kedudukan islam dan Negara-negara islam, termasuk Negara kita sendiri, terdiri daripada berbagai-bagai golongan dan edeologi. Pertama, penjajah yang menjajah orang islam daripada segi politik, ekonomi, cara berfikir, kebudayaan dan sebagainya. Kedua, golongan komunis yang cuba menjajah dan meracuni fikiran orang islam, malah memaksa orang islam keluar daripada islam. Ketiga, golongan Yahudi dan zionis yang memusuhi umat islam dan berusaha sedaya upaya untuk menjahanamkan dan menghancurkan umat islam. Keempat, golongan penindas yang melakukan kekejaman terhadap golongan minority Islam di beberapa banyak tempat di dunia. Kelima, golongan yang membuat fitnah dengan tujuan untuk memecahbelahkan umat islam degan cara mengadu-dombakan antara mereka sama ada melalui parti politik dan sebagainya. Apabila kedudukan islam lemah, mereka mula mengambil alih pimpinan atau kekuasaan untuk kepentingan mereka an golongan mereka masing-masing. 

Bagi menghadapi ancaman dan cabaran perlu di lancarkan sayu tindakan tegas, agresif dan berkesan. Tindakan ini ialah jiohad fisabilillah yang di anjurkan Islam. Jihad dengan lidah iaitu berdakwah dengan menyampaikan seruan kebajikan. Jihad harta benda iaitu mengorbankan harta untuk kepentingan umum. Jihad dengan mengorbankan nyawa dan tenaga untuk kepentingan agama dan Negara kita. 

Takrif Jihad Fisabilillah

Perkataan jihad dari segi bahasa arab diambil daripada lafaz Jihadun iaitu kata nama yang berasal daripada kata akar Jahada yang bererti berusaha keras atau bersungguh-sungguh. Daripada perkataan Jahada ini timbul beberapa pekataan lain dalam bahasa arab iaitu Ajhad membebani lebih daripada kekuatannya atau bahasa inggerisnya”to strain”, jahada berjuang berperang atu ‘to strive’. Daripada perkataan Jahada lahirlah kata nama jihad, sedangkan daripada perkataan Ijtihada timbul kata nama Ijtihad. Daripada istilah syarak jihad itu mempunyai erti tetapi daripada erti yang luas itu beerti berjuang dalam peperangan, berjuang menentang hawa nafsu, berjuang untuk menegakkan keadilan dan kebenaran dan lain-lain perjuangan pada jalan Allah dan meninggikan kalimah Allah. Erti jaad amtlah luas. Ia boleh di simpulkan bahawa jihad itu bukan sahaja beerti berperang terhadap orang kafir tetapi juga segala usaha kesungguhan sama ada dalam perkataan atau perbuatan dengan niat yang ikhlas serta berjuang dan pengorbanan kepada Allah serta menegakkan kalimah Allah. Erti ini bersesuaiaan dalam Al-Quran dan hadith yang bermaksud:

Dan pergilah kerana (menegakkan dan mempertahankan ) agama Allah yang memerangi kamu, dan janganlah kamu menceroboh (dengan memulakan peperangan) kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang menceroboh. (surah al-Baqarah; ayat 190) 

Dalam bahasa Malaysia, fisabilillah membawa maksud pada jalan Allah iaitu amal-amal yang diredhai Allah yang menyampaikan pelakunya kepada keredhaan-Nya. Oleh itu yang di katakan jihad fisabilillah ialah berusaha dari segi harta benda (kekayaan) atau dengan perbuatan (amal kebajikan) atau melancarkan jihad perang sama ada memerangi musuh-musuh Allah, musuh-musuh Islam, memerangi hawa nafsu buruk dan kotor pada diri sendiri, bagi menegakkan yang hak (kebenaran) dan keadilan dan menghancurkan serta melenyapkan keangkuhan (keburukan) dan kebatilan serta kekifuran untuk mencapai jalan yang di redhai Allah. Pendapat lain menjelaskan jihad berasal Ikamah al-Juhd yang bererti keberatan atau kesusahan. Di pandang dari sudut ini maka jihad beerti mencurahkan daya dan tenaga kekuatan dalam usaha mencapai suatu matlamat atau cita-cita sama ada yang mulia dan ideal atau tidak. Kalimah jihad telah diistilahkan secara umum kepada setiap usaha yang memerlukan curahan daya dan tenaga kekuatan demi untuk mencapai matlamat dan cita-cita sama ada yang mulia dan ideal iaitu matlamt dan cita-cita islam, keampunan Allah, keredhaan Allah dan rahmat-Nya. 

Jihad dengan pengertian yang diistilahkan ini mengandungi tiga ciri yang tabii:
Pertama : adanya unsur daya dan tenaga yang terpaksa di curahkan
Kedua : adanya unsur matlamat dan cita-cita yang ideal, kudus dan tinggi yang hendak di capai
Ketiga : adanya unsure musuh yang menghalangi dan menentang usaha dan perjuangan tersebut. 

Jihad dipandang dari sudut alat atau jalannya ialah jihad hati, lisan dan kalam, jihad ilmu dan fikiran, jihad harta dan jihad dengan nyawa dan juga badan. Jihad dipandang dari sudut matlamatnya ialah jihad fisabilillah iaitu jhad kerana Allah, kerana keredaan Allah. 

TUNTUTAN JIHAD DALAM ISLAM

Allah SWT mewajibkan jigad ke atas setiap orang islam. Kewajipan berjihad ini adalah suatu kewajipan yang sangat di galakkan oleh islam. Ia juga suatu kewajipan yang tidak boleh dipandang ringan dan dilalaikan oleh penganut-penganut islam yang benar-benar cintakan agamanya. Orang islam yang berjihad di jalan Allah dan kemudiaannya mati syahid dalam jihad itu akan mendapat sebesar-besar pembalasan pahala daripada Allah SWT. firman Allah yang bermaksud dari surah al-Taubah ayat 41

Pergilah kamu ramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah ) sama ada dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak ) ataupun dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab ) dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam ) . Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui. 

Pembalasan-pembalasan pahala yang di kurniakan oleh Allah kepada orang yang menjalankan jihad di jalan Allah iaitu sangat besar dan tidak ternilai. Keistimewaan-keistimewaan yang diberikan kepada mereka tidak ada tolok bandingnya. Darah jihad yang mengalir dari tubuh badan mereka di anggap suci. Darah itulah yang akan menjadi tebusan untuk mereka mencapai kebahagiaan hidup di alam akhirat di samping keharuman nama mereka sebagai pahlawan Islam yang sentiasa di kenang

Orang Islam yang menjauhkan diri daripada berjuang itu adalah dianggap sebagai orang yang melanggar tatatertib hidup bermasyarakat, mereka patut menerima pembalasan azab yang setimpal dengan sifat dan perangai mereka yang pengecut dan tidak bertanggungjawab terhadap keluarga dan masyarakat. Kepada mereka patut sekali di lemparkan kata-kata nista yang menggambarkan sifat-sifat kelemahan yang ada pada diri mereka. Di akhirat nanti sewajarnya merekamenerima azab Alah yang sebegitu pedih yang setimpal dengan sifat kedurjaan hidup mereka yang sentiasa mengejar kesenangan serta menjauhka diri daripada segala tanggungjawab terhadap agama. 

Islam mewajibkan jihad terhadap penganutnya bukanlah bertujuan untuk mencari permusuhan antara manusia dan bukana pula untuk membuka jalan ke jurang tamak dan haloba kepada harta benda dunia secara merampas dengan kekerasan terhadap jihad itu mewajibkan semata-mata untuk menjamin keamanan dan perdamaian dengan menunaikan risalah agama yang di amanatkan oleh Allah ke atas setiap makhluk-Nya. Menyampaikan risalah agama dan memberi petunjuk kepada manusia kea rah pintu gerbang keadilan dan kebenaran. 

Setiap orang Islam yang keluar kerana pergi berjihad hendaklah tersemat dalam jiwa mereka perasaan suci murni, iaitu menjalankan jihad semata-mata dengan tujuan untuk meninggikan kalimah Allah. Berjihad yang bertujuan kea rah keduniaan seperti bermegah-megah mengejar kebendaan, memonopoli harta-harta rampasan, memperkosa dan melakukan kekejaman terhadap rakyat jelata yang tidak berdosa adalah haram di sisi Allah SWT. dalam jihad hanya satu perkara yang dihalalkan oleh Islam iaitu mengorbankan darah, menyerahkan jiwa raga kepada agama dan memberikan petunjuk dan tauladan kepada seluruh manusia. 

HUKUM BERJIHAD

Hukum berjihad terbahagi kepada dua iaitu :

Fardu Kifayah : jihad dalam keadaan biasa di man sebahagian umat boleh pergi berperang dan sebahagian umat boleh tinggal menguruskan hal-hal yang patut dikerjakan mengikut kewajipan dan peranan masing-masing. Dalil-Nya dari surah al-Nisa’ ayat 95 yang bermaksud:

Tidaklah sama keadaan orang yang duduk (tdak turut berperang daripada kalangan orang beriman selain daripada orang yang ada keuzuran dengan orang yang berjihad di jalan Allah (untuk membela Islam ) dengan harta dan jiwanya. Alah melebihkan orang yang berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka atas orang yang tinngal duduk. Kepada tiap-tiapnya, Allah menjanjikan kebaikan, tetapi Allah memberikan pahala yang berlipat ganda kepada orang yang berjuang lebh daripada orang yang duduk. 

Fardu Ain : iaitu apabila umat Islam diserang dan musuh sudah masuk ke dalam negeri atau perkampungan Islam. Oleh itu wajib bagi semua anggota umat Islam berperang melawan musuh. Hokum jihad berbeza-beza mengikut perbezaan setiap bahagian dan jenisnya. Hukum jihad nafsu ialah fardu ain ke atas setiap individu muslim kerana itulah penyelamat dan pengawal kepada semua amal ibadat termasuklah segala jenis jihad daripada mengalami kerosakan dan kerugian, sebagaimana ia menjadi daya penilai dan pengisi kepada setiap jihad lahir. 

PEMBAHAGIAN JIHAD

JIHAD BESAR

Jihad pada diri ialah martabat jihad yang paling tinggi dan jihad pada peringkat awal sebelum berjihad terhadap musuh yang datang dari luar. Ini adalah kerana orang mukmin tidak boeh keluar berjihad menentang musuhnya melainkan apabila dalam keadaan memaksa dirinya untok berjuang. Rasulullah SAW telah menamakan jhad pada diri bagi merekayang dapat menundukkan kehendak nafsunya adalah termasuk dalam jihad akbar. Jihad Akbar ialah berjihad menundukkan hawa nafsu. Manakala para mujahid dalam medan peperangan tidak ada sesuatu yang menolongnya melainkan apabila wujudnya kesempurnaan pada jihad akbar. Oleh itu tidak akan tercapai kemenagan ke atas musuhnya yang memikul segala senjatamasing-masing sehingga dia dapat mengalahkan dirinya dengan menundukkan segala keinginan hawa nafsunya. Jihad pada diri ialah mengajar mengetahui perkara-perkara agama serta beramal, mengajar pula ilmu itu pada orang lain, sabar dalam menghadapi kesulitan berdakwah lalu berserah kepada Allah. Apabila telah sempurnanya seseorang hamba itu maka dia dapatlah digolongkan dalam”insan Rabbani”yang menyedari tanggungjawab di samping mendapat petunjuk daripada Allah dan bersabar serta berkeyakinan. 

Jihad menentang syaitan merupakan setinggi-tinggi pertahanan diri daripada segala yang datang seperti perasaan waswas dan menjauhkan daripada syubahan serta tunduk pada hawa nafsu seperti yang kita ketahui, syaitan atau iblis telah memusuhi manusia sejak zaman Adam AS lagi. Peristiwa ini berlaku ketika Allah mencipta Adam AS tetapi telah di sanggah oleh iblis. Sebagai balasan daripada keingkaran itu, Allah telah melaknati dan mengusirnya ke bumi, khususnya untuk mengajak manusia melakukan pertarungan antara syaitan dan manusia sehingga hari kiamat. Perjuangan dan pertarungan ini amatlah berat, kerana syaitan tidak kelihatan oleh mata kasar di samping sentiasa mendampingi manusia dengan menggoda dan mengajak manusa kepada kejahatan, maka dengan itu hendaklah manusia menentang pengaruh dan hasutan syaitan itu. 

JENIS-JENIS JIHAD

Berjihad dengan lisan

Ialah dengan menyebarkan agama Allah baik dengan cara memberikan penjelasan tentang agama Islam mahupun dengan menolak segala macam tuduhan yang bukan-bukan terhadap Islam. Jenis jihad ini lebih di kenali dengan dakwah. 

Islam merupakan objek dakwah dan rasul sendiri merupakan unsure pertama dakwah. Rasulullah SAW telah menyampaikan Islam semenjak beliau diangkat menjadi rasul sampai ke akhir hayat beliau. Pengorbanan beliau ini semata-mata kerana Allah, tidak kenal erti jemu dan susah. Segala kesusahan itu berjaya dilakukan dengan kesabaran dan keyakinan yang jitu kepada Allah SWT. 

Sesungguhnya pendukung dakwah mestilah mempunyai darjah kefahaman yang tinggi terhadap agamanya. Kefahaman yang syumul, lengkap dan murni dan kitab Allah dan sunnah Rasulullah. Dia mestilah mempunyai darjah keikhlasan yang besar supaya dia menjadi tentera dakwah, tentera akidah dan fikrah dan bukan orang orang yang mengejar kekayaan keduniaan semata-mata. Selain itu pendakwah hendaklah berusaha membebeaskan dirinya daripada segala prinsip yang lain daripada Islam dan daripada manusia yang tidak menyetujui dakwah Islam. Lantas pendakwah hendaklah menyediakan dan mempersiapkan dirinya untuk berjihad di jalan Allah demi meninggikan kalam Allah denagn mengorbankan segala masa, jiwa dan harta benda. Mereka ini rela menempuh pelbagai rintangan demi menegakkan agama Allah (islam ) atau syiar Islam

Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau 
PERLIS
MALAYSIA

H: 013-4006206
P: 04-9882701
abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
http://abdazizharjin.blogspot.com

No comments:

Post a Comment