Dajjal: kelahiran: pertumbuhan dan kehidupannya -

Sejak dari zaman nabi Adam lagi dan juga nabi-nabi yang seterusnya mereka semua telah memperingatkan kepada pengikut-pengikut mereka bahawa ada satu makhluk yang tidak ditetapkan oleh Allah SWT akan bila ajalnya dan betapa bahaya nya fitnahnya yang boleh menghancurkan umat islam. Dajjal adalah makhluk yang dilaknat oleh Allah SWT kerana mengingkari perintah-Nya. Dajjal yang dilaknat ini juga yang selalu merancang langkah-langkah untuk menghina dan mecelakakan umat islam serta menggerakkan boneka dengan penuh kecerdikan di belakang layar. Oleh itu penulis Muhammad Isa Dawud merasakan bahawa dirinya bertanggungjawab untuk menyampaikan berita ini kepada umat zaman ini. Melalui pelbagai kitab-kitab dan juga pengalaman pergembaraan beliau untuk mencari maklumat mengenai dajjal yang dilaknat oleh Allah SWT. Di dalam buku ini penulis memulakan kisah kehidupan Dajjal yang dilaknat bermula dengan kelahirannya. Kelahirannya di negeri nama yang diberi nama Samirah. Samirah adalah sebuah negeri kecil yang terletak di palestin. Akan tetapi ia menjadi terkenal sewaktu zaman nabi Daud dan juga ibu kota bani Israel warisan nabi Sulaiman. Ini berdasarkan segi masa kelahiran nabi Musa yang kira-kira abad sebelumnya. Ibu bapa Dajjal berketurunan Yahudza. Setelah mereka berkahwin selama tiga puluh tahun mereka melahirkan seorang anak yang amat membahayakan orang tuanya dan tidak langsung memberikan manfaat. Nabi Muhammad juga pernah menghadiskan bahawa”kedua matanya tidur tapi hatinya tidak”dan juga”ayah dan ibu Dajjal melalui perkahwinan selama tiga puluh tahun tetapi tidak mendapatkan seorang anak pun. Kemudian lahirlah dari mereka seorang anak laki-laki yang buta sebelah matanya. Ia menjadi seorang yang paling bahaya dan paling sedikit manfaatnya, kedua matanya tertidut tapi hatinya terjaga. Keluarga Dajjal, ayah, ibu, atuk dan nenek nya adalah penyembah lembu berhala betina bahkan lembu betina bukan sekadar patung tetapi jelmaan syaitan yang menyerupai dirinya dengan lembu betina itu. Ini diketahui bahawa mana-mana rumah yang dihiasi dengan patung-patung nescaya bahawa malaikat tidak akan singgah di dalam rumah itu dan rumah itu hanya akan dipenuhi oleh syaitan dan iblis. Ibu bapa Dajjal menyembelih haiwan sebagai korban untuk diberikan kepada berhala itu dan menuangkan arak sambil berdoa setiap hari bahawa mereka meninginkan seorang anak laki-laki. Akhirnya Allah meninginkan kehamilan kepada ibu Dajjal. Sementara perhubungan mahram itu terjadi tugas syitan pula ialah memasuki saluran air kencing laki-laki pemyembah berhala setiap kali ia mencampuri isterinya. Maka bertemulah campuran sperma dan ovum dari unsur manusia dengan unsur syahwat yang penuh kedengkian dari jin, sesuai dengan yang ditakdirkan oleh yang maha kuasa. Pada suatu malam yang amat menakutkan, diiringi hembusan angin, badai salji dan hujan lebat pasangan suami isteri itu mendengar patung berhala lembu betina yang mereka sembah itu bersuara bahawa mereka akan dikurniakan seorang anak laki-laki dengan syarat bahawa keduanya perlu taat dan harus menumpahkan banyak lagi korban jika tidak ia akan mengantikan anak itu dengan anak perempuan. Syaitan ini sebenarnya mempermainkan manusia ini kerana syaitan itu telah pun mengetahui bahawa wanita itu sudah hamil tetapi tidak mengatahui adakah kandungan itu lelaki ataupun perempuan jika yang lahir kelak adalah anak perempuan syaitan itu kan menyatakan bahawa mereka tidak taat kepadanya. Setelah kelahiran Dajjal ia membawa sial kepada ibu kandungnya sendiri. Setelah lahir Dajjal tidak pernah meminum susu ibunya dan menyebabkan ibu mati kerana tertahan susu seterusnya menyebabkan keracunan. Nabi Muhammad juga pernah bersabda bahawa”ayahnya tinggi gemuk dan hidungnya seperti paruh burung manakala si ibu banyak dagingnya dan gemuk badannya. Kedua tangannya pun panjang dan kedua teteknya pun besar. Anak laki-laki itu juga hanya bergerak beberapa kali dalam masa beberapa tahun sehingga menyebabkan orang tuanya menyangka ia lumpuh ataupun telah mati. Pada suatu hari anak itu bergerak meskipun ia tidak tahu berjalan walaupun telah mencecah usia 4 tahun anak itu berjalan menuju ke berhala tersebut dan tidur di itu. Si ayah yang bangun keesokkan harinya pula mendapati bahawa anaknya itu tidur di tempat tuhan-tuhan mereka. Oleh sebab anak itu tidak tahu berjalan dan lumpuh maka berita itu pun cepatnya tersebar keseluruh negeri. Berita itu juga smapai ke pengetahuan hakim lalu hakim itu memanggil si ayah untuk dibicarakan. Hakim mendakwa si ayah sengaja meletakkan anaknya disitu dan menyebarkan cerita palsu dan mengkehendaki si ayah untuk mengakuinya. Si ayah berkeras dan hakim memerintahkan si ayah untuk di kurung dan di dera dan anak laki-laki itu dipelihara di istana hakim. Di sini dapat dilihat bahawa anak ini sangat merbahaya kepada orang tuanya sendiri apatah lagi kepada orang lain. Setelah usianya genap lima tahun ia mulai berjalan dan berkomunikasi dengan orang disekelilingnya dan negeri tempat dia dipelihara itu telah diturunkan azab dari Allah SWT kerana umat itu mengamalkan zina dan liwat dan Allah memerintahkan jibril membenamkan mereka ke dalam tanah dan yang terselamat hanyalah seorang anak kecil yang berada di istana hakim. Jibril ditugaskan membawa anak itu ke sebuah pulau dan memeliharanya. Pulau itu dikenal dengan nama Jazirah ath-thu ban ar rahib wa ad-dabbah al-halba (pulau ular yang mengerikan dan haiwan berbulu tebal. Di pulau itu terdapat ular yang akan menyengat mana-mana pedagang yang singgah ke pulau dan ular itu buta kedua matanya dan diarahkan oleh haiwan berbulu tebal itu. Pulau itu terletak di lautan hindi dekat negeri Yaman. Bahagian laut yang penuh pulau-pulau dan berdekatan pulau laut Yaman. Di pulau itu anak kecil itu dipelihara oleh jibril dengan memberinya makan dan minum. Setelah umurnya genap lapan tahun ia mula kurang tidur, mampu bergerak berdiri, bergerak dan berfikir. Setelah beberapa ketika anak kecil itu berjumpa dengan haiwan bebulu yang berbicara dengan anak itu dalam bahasa yang amat difahami dan berkata kepada dia adalah anak yang diselamatkan oleh malaikat Agung yakni jibril daripada bencana yang amat dahsyat dan menyuruh anak itu mentaati Allah dan jangan sesekali mengkhianatinya. Kemudian binatang besar itu mengajar anak itu huruf dan mereka pun bergerak kebeberapa longgokan batu yang tertulis perkataan. Batu-batu itu tertulis tiada tuhan selain Allah, Allah maha esa tiada sekutu baginya, dia diurus oleh jibril, hanya engkau di muka bumi ini, anak itu boleh makan apa sahaja yang dikehendakinya, anak itu haruslah menjadi anak zaman kini dan janganlah dia menjadi anak pada zaman lalu dan dia hanya harus mempercayai hanya satu kitab yakni kitab Al-quran yang akan dibawa oleh nabi terakhir iaitu Muhammad. Jadi sekarang hanya terpulang kepada anak itu sendiri bahawa ingin menjadi orang yang baik-baik atau orang yang jahat. Setelah lama masa berlalu ia pun menginjak ke umur dua puluh tahun dan belum pernah sekali pun menunaikan ibadatnya. Ia langsung tidak percaya kepada kewujudan Allah dan malaikat jibril. Hanya yang ia ketahui ialah ia keseorangan dan semua hidupan tunduk kepadanya. Binatang itu berkata lagi kepada ia pada suatu hari ia akan melalui satu hari tanpa dapat tidur dan selepas hari itu dia kan dilaknat oleh Allah dan selepas itu dia akan keluar dari pulau itu dan berjumpa dengan tiga rasul terakhir. Satu hari matahari pun terbit tanpa lelaki itu dapat tidur. Selepas itu dia cuba untuk menyalakan api agar dapat diselmatkan oleh manusia yang lain seperti dirinya juga. Lelaki itu menyalakan api selama tiga hari berturut-turut dan pada hari ketiga sebuah benda yang besar menghampiri pulau tersebut dan keluar lah lima orang lelaki arab yang kesemuanya berasal dari Yaman. Akhir dia pun sampai ke negeri Yaman yang makmur itu. Dia pun berkerja sebagai seorang pelayan dan dia pun amat teringin kembali ke tempat asal moyang dan ibu bapanya iaitu palestin akan tetapi sebelum itu dia amat merindui pulau kecil itu dan bercadang ingin pulang kesan terlebih dahulu. Dia pun membeli sebuah kapal besar hasil dari pengembaraannya ke beberapa buah negeri. Lalu ia pun sampai ke pulau itu menaiki kapal yang dibeli nya. Selepas itu dia pun mula berangkat ke negeri moyangnya iaitu palestin. Walaupun dia sudah berusia lebih dari seratus tahun namun die tetap merasakan dirinya amat sihat dan tidak lemah seolah-olah umurnya terhenti ketika waktu nya muda. Sesampai nya di palestin dia terus menanyakan kepada peristiwa anak kecil diculik oleh seorang malaikat dan tidak seorang pun dari rakyat disitu mengetahuinya dan hanya seorang lelaki yang sudah lanjut umurnya mengetahui cerita tersebut. Dia mula bertanya kepada penduduk apa yang disembah oleh mereka dan mereka menyatakan bahawa mereka menyembah lembu kerana lembu memberi banyak kebaikan kepada mereka semua. Lelaki itu tidak mahu menyembah benda yang tidak dapat melihat dan mendengar bahkan ia menyembah dirinya sendiri kerana dia merasakan hanya dirinyalah yang layak disembah dan dia mula merasakan dirinya ialah tuhan. Setelah lama berada di samirah dia mengembara pula ke negeri mesir kerana sangat tertarik kepada negeri tersebut dan juga fir’aun yang amat berkuasa. Ia menjadi kepada pembantu dukun amat dan tertarik bila diceritakan mengenai musa. Ketika berada di mesir dia mengatakan dirinya adalah musa samiri kerana kisah hidupnya sama seperti musa tetapi mereka berlainan mazhab. Ketika berada di mesir dia mengahwini seorang wanita dari kaum bani israel dan mereka tidak dikurnaikan seorang anak pun. Ketika di zaman nabi musa samiri menjadi orang yang menyuruh bani israel agar tidak mengikut telunjuk nabi musa. Ketika itu nabi musa amat marah dan bersemuka dengan Dajjal dan menghalaunya dari negeri berkenaan. Ia adalah seorang manusia mempunyai pemikiran cemerlang berbanding dengan manusia yang lain. Bahkan ia mengetahui beberapa kaedah ilmiah kimia dan fizik yang memungkinkan ianya berinovasi dalam melakukan banyak hal yang tidak dapat dilakukan oleh orang lain. Nabi Muhammad telah bersabda bahawa tiada seorang pun punya kekuasaan untuk mengatasi Dajjal kecuali nabi Isa bin Maryam. Di akhir zaman nanti akan muncullah imam mahdi yang akan melawan Dajjal dan akan dibantu pula oleh Nabi Isa Bin Maryam yang akan melenyapkan keperibadian Dajjal sampai musnah. Sesudah dihalau oleh nabi musa ia merantau ke serata dunia sebelum pulang ke pulau tersebut. Akan tetapi dia mendapati bahawa binatang berbulu itu sudah tiada lalu ia pun keluar ke dunia. Setelah itu dia berjumpa pula nabi kedua yakni nabi isa bin maryam. Di pulau berkenaan binatang berbulu itu pernah menyatakan bahawa jika ia menduakan nabi kedua dan muncul pula nabi ketiga ia akan menjadi tuhan yang memerintah tapi tidak berkuasa. Setelah itu dia mengembara pula ke china;jepun dan India. Akan tetapi dia masih tidak berpuas hati akan tahap kehidupannya lalu pulang semula ke pulau di laut yaman tersebut. Sesampainya ia disana binatang berbulu itu bersama dua puluh orang yang mukanya amat bersinar sedang menunggu kedatangan beliau. Tiba-tiba 20 orang tersebut menyerangnya kerana ketakutan ia pun pengsan. Setelah ia sedar ia mendapati dirinya diikat menggunakan rantai besi yang amat besar dan dirinya ditempatkan didalam gua. Seraya itu dia menjerit-jerit agar dirinya dilepaskan binatang itu berkata padanya bahawa dia ki ni berada diakhir zaman kerana kekasih Allah yakni nabi Muhammad telah lahir kedunia beberapa hari yang lalu janji Allah ialah masanya dia kan terlepas dari ikatan itu dan keluar kedunia bila terputus buah kurma Baisan, berkurangnya air tasik Tabary, keringnya air mata Zughar dan banyak terjadi banyaknya gempa bumi yang dahsyat. Setelah kejadian itu pengaruh Dajjal meluas ke seluruh dunia dalam menanamkan benih-benih kehancuran di kalangan manusia. Seperti mana yang dapat kita lihat banyaknya perpecahan kaum di dunia pada ketika ini. Dajjal adalah seorang yang snagat genius tetapi dia adalah genius yang jahat. Didalam rancangan jahatnya ia ingin sekali menguasai mesir. Dia adalah makhluk pertama yang menyatakan bahawa kaum yahudilah yang mencipta piramid bahkan pada pandangan kaum yahudi Dajjal ialah raja yahudi yang amat ditunggu-tunggu kemunculannya. Mesir negara amat ditakuti olehnya dan pengikutnya kerana tenteranya adalah yang paling baik dimuka bumi, tokohnya adalah yang paling sabar. Para wanitanya melahirkan pahlawan, ia juga kerana mesir ialah pusat pembangunan islam moden dan ia adalah negara paling kaya di dunia. Kerana sebab-sebab inilah menyebabkan Dajjal begitu menginginkan negara Mesir. Dalam buku ini juga menurut kepada penulisnya iaitu Muhammad Isa Dawud Dajjal juga dikaitkan dengan disebalik misteri segitiga bermuda dan juga kewujudan piring terbang. Segi tiga bermuda mencapai 770 ribu kilometer. Hujung utara berada di bermuda, hujung tenggara berada di puertorico dan hujung barat berada di miami. Di pulau segi tiga bermuda ini terdapatnya benteng-benteng yang dibina oleh Dajjal. Benteng-benteng ini mempunyai daya tarikan magnet yang amat kuat sehinggakan dapat menarik apa jenis jua yang terdapat di permukaan air. Dajjal juga mengamalkan satu prinsip iaitu”barang siapa yang masuk maka ia tidak akan keluar. Sejak puluhan tahun kebelangkangan ini dunia mula memperkatakan mengenai kewujudan piring terbang. Ramai dikalangan kita tertanya-tanya bahawa adakah benar di alam semesta yang diciptakan oleh tuhan ini juga mempunyai kehidupan yang lain iaitu kehidupan di planet lain. Hidupan yang mana hanya dapat kita ketahui dari kajian yang dilakukan oleh saintis-saintis di luar negara. Wahai umat muslimin sekalian sebagai umat islam kita janganlah tertipu dengan semua fakta-fakta yang diberikan oleh negara-negara barat itu. Para ilmuwan islam percaya bahawa kemunculan piring-piring terbang ini amatlah berkaitan dengan Dajjal yakni makhluk yang dilaknat oleh Allah dan manusia paling jahat di dunia. Kita semua sedia maklum bahawa Dajjal dikurniakan oleh Allah SWT pemikiran yang genius yakni berkali-kali ganda melebihi manusia biasa. Tidak hairanlah jika ia mencipta segala peralatan-peralatan canggih yang digunakan oleh ’makhluk-makhluk asing tersebut’ dan kemudian pula mereka-reka cerita bahawa makhluk-makhluk itu berasal dari planet-planet lain. Mengikut dari cerita-cerita yang diceritakan oleh saksi-saksi yang pernah berjumpa dengan makhluk-makhluk tersebut mereka menyatakan bahawa mereka tidak ubah seperti manusia biasa seperti kita cuma yang membezakan antara mereka dan kita ialah teknologi yang digunakan oleh mereka. Ilmuwan-ilmuwan ini juga percaya bahawa makhluk-makhluk ini berasal dari manusia-manusia yang dilaporkan hilang setelah melalui kawasan perairan segi tiga bermuda. Kehilangan mereka disebabkan Dajjal telah pun menjadikan mereka sebagai pengikutnya di pulau tersebut. Akhir sekali ialah disini terdapat tujuh hakikat yang disertakan oleh Muhammad Isa Dawud. Hakikat yang pertama ialah pada masa kini masih terdapat beberapa golongan yang cuba melindungi dari memperkatakan perkara sebenar kepda rakyat jelata. Mereka tidak memberitahu perkara yang sebenar mengenai kewujudan piring-piring terbang tersebut. Ini adalah kerana ingin menjaga kepentingan bangsa mereka terutamanya bangsa yahudi. Hakikat yang kedua pula ialah piring-piring terbang itu hanyalah pesawat-pesawat yang direka direkabentuk untuk dijadikan roket, pesawat terbang, pesawat ruang angkasa dan sekaligus kapal selam dengan teknik yang luar biasa. Hakikat yang ketiga pula ialah para kelasi iaitu makhluk yang kita anggap makhluk yang datangnya dari planet lain sebenarnya dalah manusia biasa seperti kita juga. Mereka telah diculik dan dibesarkan di pulau segi tiga bermuda. Mereka dibiasakan dibiasakan berbicara dengan dialek dan bahasa asing yang kita kenal. Ini disebabkan oleh kerana Dajjal hidup terlampau lama dia mengetahui banyak bahasa yang tidak lagi digunakan oleh manusia pada zaman ini. Hakikat yang keempat pula ialah makhluk-makhluk ini sentiasa berada di sekeliling kita dan mereka mempunyai banyak pangkalan di dunia ini. Bahkan mengikut seorang saksi yang pernah berdialog dengan makhluk itu, makhluk itu menyatakan bahawa mereka memiliki pangkalan-pangkalan di dunia kita, di bawah permukaan bumi dan di bawah air. Mereka juga mengatakan pangkalan-pangkalan tersebut terletak di daerah-daerah yang disebut segitiga. Hakikat yang kelima ialah piring terbang itu hanyalah milik kepada Dajjal makhluk yang dikutuk Allah. Piring terbang itu bukanlah milik makhluk asing yang seperti dimomokkan orang. Pesawatnya itu pernah dinyatakan oleh nabi Muhammad SAW. Hakikat yang keenam pula ialah Dajjal ialah raja dan ketua umum yang memerintah dunia samar. Ia ialah raja yahudi yang amat ditunggu-tunggu oleh bangsa yahudi. Ia juga akan diperangi oleh imam mahdi dan akan mati di tangan nabi isa al-masih. Hakikat yang terakhir ialah keluarnya Dajjal dengan mengakui dirinya sebagai nabi ialah tanda-tanda kiamat akan berlaku. Kita sebagai umat islam hendaklah berwaspada terhadap fitnahnya yang amat dahsyat lebih-lebih lagi janjinya yang ingin memusnahkan umat islam. disebalik kejadian-kejadian yang berlaku di dunia kita sekarang ini samada peperangan ataupun bencana alam ianya mempunyai kaitan dengan Dajjal makhluk yang dikutuk oleh Allah. Dari asalnya manusia yang diangkat oleh Allah dipelihara oleh malaikat yang agung yakni jibril tetapi kalah dengan hawa nafsu nya dan mengikut telunjuk syaitan dengan ingkar kepada suruhan Allah dan mengingkarinya kerana ia beranggapan hanya dia yang layak menjadi tuhan di alam semesta ini. 


Prepared To: Ustaz Abd Aziz Bin Harjin
Prepared By: Nor Syazana Binti Roslan

Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau 
PERLIS
MALAYSIA

H: 013-4006206
P: 04-9882701
abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
http://abdazizharjin.blogspot.com