Tuesday, September 14, 2010

Ancaman Meninggalkan Solat Fardhu

Solat lima waktu merupakan antara salah satu rukun islam yang wajib dilakukan oleh umat islam. Dalam islam, solat lima waktu sehari semalam adalah wajib ditunaikan oleh setiap muslim selagi masih sempurna akalnya. Orang-orang perempuan tidak mempunyai alas an untuk meninggalkan solat melainkan bagi orang perempuan yang sedang haid dan nifas. Tambahan pula, orang yang sakit tenat juga tidak terlepas untuk mendirikan solat iaitu jika tidak dapat berdiriuntuk mendirikan solat, maka solat tersebut boleh dilakukan dengan berbaring sama ada berbaring mengiring ke kanan atau ke kiri atau boleh juga ditunaikan secara terlentang.

Berkata Imam al-Ghazali:

“Perumpamaan orang yang mendirikan solat secara hakikat lahir saja, serta mengalpakan hakikat batinnya, seperti seorang yang menghadiahkan seorang puteri yang sudah mati, tidak bernyawa lagi kepada seorang maharaja agung. Dan perumpamaan orang yang alpa dalam mendiriksn hakikat solatnya yang lahir, seperti seorang yang menghadiahkan seorang puteri yang kudung kaki dan tangannya, buta pula matanya kepada seorang raja. Kedua-dua orang ini akan dimurkai raja disebabkan hadiahnya. Mereka akan diseksa dan dianiya oleh raja kerana menghina kedudukan raja, serta mengabaikan haknya. ”

Hakikat solat yang zahir ialah; berdiri, membaca, ruku’, sujud dan lain-lain perbuatan yang dikerjakan didalam solat. Manakala hakikat solat dari segi batin pula ialah; khusyu’, hadir hati, tulus-ikhlas yang sempurna, meneliti dan memahami makna-makna bacaan, tasbih dan lain-lain lagi yang dibaca dan difahami didalam solat.

Islam menganggap orang yang tidak mahu menunaikan solat sebagai melakukan suatu pelanggaran besar didalam agama. Mereka telah melakukan kerosakan dan jenayah yang boleh merosakkan dirinya sendiri, keluarga dan masyarakat. Terdapat sebanyak enam puluh tujuh (67) kali perkatan solat didalam al-Quran dan perintah mengerjakannya terdapat sebanyak tujuh belas (17) kali. Ini bermakna, perintah mengerjakan solat merupakan perintah yang terberat berbanding dengan perintah-perintah yang lain. Antara ayat yang member amran keras mengenai orang-orang yang melalaikan solat fardhu lima waktu ialah;Surah Maryam : 59

“Kemudian datanglah sesudah mereka ( yang taat ), pengganti yang mengabaikan solat serta menurut hawa nafsunya, maka mereka akan menghadapi azab dalam neraka. ”

Mengerjakan solat fardhu tidak boleh leka serta diabaikan. Solat fardhu adalah wajib ditunaikan segera dan tidak bolek dilambat-lambatkan waktunya. Seseorang yang melambat-lambatkan waktu solat akan mendapat balasan yang amat buruk di akhirat kelak dari Allah SWT. di dalam kitab Zawajir halaman 114 jilid pertama, terdapat sebuah hadith yang menyatakan ancaman bagi seseorang merasakan berat untuk menunaikan solat fardu, khususnya solat Subuh dan Insyak. Al-Bazzar berkata;

“Kemudian Nabi SAW dtang kepada satu golongan yang dilempar kepalanya dengan batu. Ketika kepala itu dilempar dengan batu-batu tersebut, maka kembalilah ia sepertisedia kala dan tiada satu pun yang berhenti dari mereka akan keadaan itu “Rasulullah SAW bersabda: ‘Hai Jibrail, siapakah mereka itu?. ’ Malaikat Jibrail lalu berkata, ‘Mereka itu adalah orang-orang yang merasa berat kepalanya untuk menunaikan solat. ”

Di dalam Zawajir terdapat juga riwayat yang menyatakan sebuah lagi hadith daripada Ibnu Abbas RA;

“Apabila dating hari kiamat kelak, akan didatangkan seorang lelaki, lalu dihadapkan kepada Allah Y ang Maha Agung, lalu Allah memerintahkan kepadanya supaya pergi ke neraka. “Maka lelaki itu berkata ; Wahai Tuhan, mengapa begini?” kemudian Allah SWT berfirman; “Sebab kamu melambat-lambatkan solat dari waktunya dan sebab sumpahmu kepada Aku adala dusta belaka. ”

Tabiat melambat-lambatkan solat dengan mengerjakannya di akhir-akhir waktu sehingga dating kepada waktu yang lain adalah berdosa. Jika seseorang itu tidur setelah berada di dalam waktu solat sedangkan mereka masih lagi belum mengerjakan nya dan tidak ada keyakinan boleh terjaga, maka meninggalkannya juga berdosa. Manakala jika mereka hanya berkeyakinan bahawa di tengah-tengah tidurnya itu boleh terjaga, maka tidurnya itu hanya dihukumkan makruh sahaja. Secara kesimpulannya , meninggalkan solat itu akan ditimpa ancaman di dunia dan di akhirat. Hal ini disebutkan di dalam kitab Risalah As-Sayyid Ahmad Dahlan dengan sebuah hadith Rasulullah SAW yang bermaksud;

“Barangsiapa yang memelihara solat nescaya Allah memuliakannya lima perkara iaitu:
1. Allah menghilangkan baginya kesempitan hidup.
2. Allah menghilangkannya seksa kubur.
3. Allah memberikan kepadanya buku catatan amal dengan tangan kanannya.
4. Ia akan melintasi titian Sirath seperti kilat pantasnya.
5. Ia akan masuk Syurga tanpa hisa.

Dan barangsiapa yang mengabaikan solat, pasti Allah akan menyiksa dengan lima belas seksa iaitu lima seksa di dunia, tiga seksa ketika menghadapi Saqaratulmaut, tiga seksa di dalam kubur dan tiga lagi seksa di hari akhirat.

a) Seksa ketika di dunia:
. Dicabut kewberkatan pada umurnya.
. Dicabut tanda kesolehan pada wajahnya.
. Setiap amalannya tidak akan diberikan pahala.
. Doanya tidak akan diangkat ke langit.
. Matinya tidak ada iman.

b) Seksa ketika menghadapi Saqaratulmaut:

. Matinya dalam keadaan yang hina.
. Matinya dalam keadaan yang lapar.
. Matinya dalam keadaan yang dahaga.

c) Seksa ketika di dalam kubur:

. Allah akan menyempitkan liang lahad sehingga akan bersilang tulang rusuknya.
. Allah akan menyulutkanya (ditekan dari atas) keatasnya di dalam kubur.
. Dia akan dipanggang di dalam kuburnya siang dan malam.
. Didatangkan kepadanya seekor ular bernama Suja’ul Aqra untuk menerkamnya dan menyiksanya selama kira-kira waktu solat.


d) Seksaan di hari akhirat:

Seutas rantai akan digantung di leher mereka berukuran sepanjang 70 hasta kemudian akan dimasukkan ke dalam mulutnya dan akan ditarik keluar dari duburnya. Lalu malaikat mengisytiharkan ; “ini adalah balasan bagi orang yang meninggalkan kewajipan-kewajipan Allah SWT”. menurut Ibnu Abbas RA; “Sekiranya lingkaran rantai itu jatuh ke bumi, pasti bumi akan terbakar”.

Allah SWT tidak akan memandangnya dengan pandangan rahmat.

Allah tidak akan menyucikannya dari dosa dan ia akan diseksa dengan azab yang amat pedih. Di dalam neraka jahanam terdapat sebuah jurang yang di sebut Lamlam yang terdapat banyak ular-ular yang sangat berbisa. Saiz setiap ekor ular adalah sebesar leher unta, manakala panjangnya pula adalah sepanjang selama satu bulan satu perjalanan dan ular tersebut akan mematuk orang yang meninggalkan solat sehingga mendidih bisanya di dalam tubuh manusia selama 70 tahun kemudian daging akan menjadi busuk.

Orang yang meninggalkan solat tidak diterima amalannya

Solat merupakan tiang agama. Terdapat sebuah hadith riwayat Thabrani yang menyebut bahawa setiap amalan kebaikan itu ada kuncinya iaitu solat lima waktu. Ni bermaksud, kebaikan tidak akan bererti jika tidak terdapat kuncinya. Selain itu, hadith Tabrani ini juga ada menyebut bahawa di akhirat nanti seorang hamba akan disekat dengan hanya disebabkan oleh amalan solat yang dilakukan di dunia. Jika amalan solat yang dilakukan sempurna, maka segala amalan yang dilakukan akan diterima. Jikalau sebaliknya pula iaitu solat yang dilakukan tidak sempurna, maka segalan amalan yang dilakukan akan ditolak. Hal tersebut boleh dirujuk berdasarkan hadith Rasulullah SAW yang berbunyi;

“Amalan seorang hamba yang pertama sekali dihisab di akhirat ialah solatnya. Jika solatnya baik, maka amalan yang lainnya juga dianggap sempurna. Dan jika solatnya rosak maka amalan yang lain akan turut dianggap rosak. ” HR Thabrani

Orang yang meninggalkan solat dihukum kafir

Orang yang meninggalkan solat lima waktu kerana menolak serta mengingkari tentang hukum wajibnya akan dihukumkan kafir bagi menurut sesetengah ulama. Ia telah mengetahui akan hukumnya meninggalkan solat itu, namun tetap jua melakukannya. Maka, didalam hal yang tersebut, mereka wajib dihukum oleh pihak yang berkuasa jika mereka enggan bertaubat. Pendapat ulama ini adalah merujuk kepada hidith sahih iayat Imam Ahmad, daripada bapanya sebagai sumber rujukan. Hadith berkenaan menyebut;

“Jaminan berbaik-baik diantara kita dengan mereka yangmengaku dirinya islam ialah mengerjakan solat. Sesiapa yang meninggalkan solat maka sesungguhnya termasuklah ia dalam kekafiran. ” HR Imam Ahmad

Di dalam hadith lain pula ada menyebut: Daripada Jabir RA berkata; “Aku mendengar bahawa Rasulullah SAW bersabda; Perkara yang menghubungkan seseorang hamba dengan kekufuran ialah meninggalkan solat. ”

Di dalam kitab al-Muhazzab pula menerangkan jika seseorang yang meninggalkan solat kerana malas sedangkan mereka faham dan tahu akan hokum meninggalkan solat serta tahu akan kewajipan menunaikannya , maka mereka perlu dihukum sebagai fasiq. Oleh itu, pihak yang berkuasa perlu mengambil tindakan yang sewajarnya sehingga mereka merasa insaf. Demikianlah ancaman bagi sesiapa yang meninggalkan solat fardhu lima waktu sehari semalam. Bagi hukuman di dunia, golongan yang meninggalkan solat akan menerima gelaran kekafiran dan kefasiqan. Begitulan hukuman yang diterima, sungguh hina dan buruk sekali gelaran yang akan diterima oleh golongan ini. Tambahan pula, mereka akan turut dikenakan hukuman yang berat dari pihak berkuasa.

Orang yang meninggalkan solat akan dimasukkan ke dalam neraka jahanam

Terdapat banyak ayat-ayat yang menerangkan tentang hukuman serta seksaan yang akan ditanggung oleh golongan yang melalaikan solatnya. Pada ketika itu iaitu hari akhirat , golongan ini akan menanggung seksaan yang teramat beratnya serta bukan kepalang seksaannya. Penghidupan mereka akan berakhir dengan dihalau masuk ke dalam neraka jahanam secara berbondong-bondong, persis ibarat seorang pengembala yang menghalau kerbau (haiwan ternakannya) masuk ke sungai untuk dimandikan. Perkara ini jelas jelas diterangkan di dalam ayat suci al-Quran.

Firman Allh SWT: “Mereka orang-orang kafir dibawa ke dalam neraka jahanam secara beramai-ramai sehingga apibila mereka sampai ke neraka, dibukalah pintu-pintunya. Dan berkatalah penjaga-penjaga nerka itu, ‘Apakah belum pernah sampai kepadamu rasul-rasul diantaramu yang menyampaikan ayat-ayat Tuhanmu dan memperingatkan kamu akan pertemuan pada hari ini?’ Mereka menjawab, ‘Ya, tetapi apalah boleh buat, azab telah pasti berlaku bagi orang-orang kafir. ’ Az-Zumar:71

Allah berfirman lagi di dalam surah al-Muddatsir: “Penduduk Syurga bertanya kepada ahli neraka; ‘Kenapa kamu sampai masuk ke dalam neraka Saqar?. ’ Mereka menjawab; ‘Kerana dahulu kami tidak mengerjakan solat. ’” Al-Muddatsir : 42-43

Sepuluh tanda-tanda kedatangan hari kiamat

Setiap muslimin serta muslimat wajib mempercayai hari kiamat. Bahkan hari kiamat turut terdapat dalam senarai Rukun Iman yang ke lima. Keraguan tentang wujudnya hari kiamat akan menyebabkan kerosakkan pada iman seseorang muslim. Sebagaimana yang sebut dalam beberapa hadith, terdapat sepuluh tanda-tanda bahawa hari kiamat itu sudah dekat. Tanda-tanda tersebut merupakan antara tanda-tanda yang terbesar menunjukkan bahawa hari kiamat sudah dekat. Terdapat sebuah hadith yang menyebut tentand tanda-tanda ini dengan panjang lebar.

Dari Abi Suraihah Huzaifah bin Asad Al Ghifari RA berkata;

“Pada suatu ketika Nabi SAW hadir di tengah-tengah kami sedang kami di waktu itu membicarakan tentang sesuatu, lalu Baginda bersabda;

“Apakah yang kamu semua bicarakan itu?’ Mereka menjawab; “Kami sedang membicarakan tentang hari kiamat ya Rasulullah. ” Rasulullah SAW menjawab; “Sesungguhnya hari kiamat itu tidak akan terjadi sehingga kamu semua menemui sepuluh tanda sebelumnya (kiamat), maka perhatikanlah;

. Keluarnya asap
. Dajjal
. Dabbah
. Terbit matahari di sebelah barat.
. Turunnya Isa Ibnu Maryam.
. Datangnya Yakjuj dan Makjuj.
. Lenyapnya matahari dari timur , tenggelamnya matahari di barat dan tenggelamnya matahari di barat dan tenggelamnya matahari di Jazirah Arab.
. Akhir dari itu terdapat api yang keluar dari negeri Yaman di mana manusia pada waktu itu masing-masing menjauhkan diri dari kumpulannya.

Sesungguhnya berita mengenai tanda-tanda hari kiamat tersebut daripada Rasulullah adalah benar-benar belaka. setiap mannusia sama ada muslim ataupun tidak mesti akan menemuinya dan mereka tidak dapat melarikan diri dari kenyataan tersebut. Kemudian, Imam Muslim meriwatkannya lagi dengan lafaz yang lain dan tertib susunan ayatnya.

Dari Abu Suhairah bin Asid berkata; “Bahawasanya kiamat itu tidak akan terjadi sehingga terdapat tanda seperti:
• Tenggelamnya matahari di masyrik (timur) lenyapnya di maghrib (barat) lenyap dari Jazirah Arab.
• Adanya kabut.
• Datangnya Dajjal.
• Adanya Daabatul dan keluarnya Yakjuj dan Makjuj.
• Terbitnya matahari dari barat.
• Keluarnya api dari Qoiran (hujung negeri Yaman) yang di ambil manusia secara rombongan. HR Muslim

Setelah mengambil kira hadith-hadith seperti di atas, terdapat juga beberapa perkataan yang turut diperkatakan oleh para ulama iaitu;

Kata Imam Al-Qurtubi: “Berdasarkan dari riwayat ‘Al-Khusufatul shalasah’ iaitu tenggelamnya atau hilangnya tiga perkara. Berdasarkan riwayat ini juga bahawa keluarnya Daabatul Ardhl itu adanya sebelum keluarnya Yakjuj dan Makjuj. Urutan tanda-tanda tersebut ialah munculnya Dajjal yang kemudian turun pula Nabi Isa AS, kemudian barulah munculnya Yakjuj dan Makjuj. Ketika Allah telah membunuh mereka, maka Allah pun mengambil NabiNya (Isa AS).

Kemudian muka bumi akan menjadi sunyi yang berpanjangan. Maka ketika itu jugalah ajaran Islam sirna begitu sahaja dan kebanyakan manusia kembali semula kepada kebiasaan mereka untuk menghalang kekufuran dan kefasiqan. Justeru itu, Allah telah mengeluarkan mereka Daabatul Ardhl kemudian memilih orang yang beriman daripada kumpulan orang kafir dengan harapan orang kafir tersebut akan meninggalkan kekafirannya dan orang fasiq akan meninggalkan pula kefasiqkannya. mereka memerhatikan dan memisahkan pula kefasiqan dan kejahatan sehinggalah Daabatil Ardhl itu menghilang.

Selepas itu, mulalah beberapa manusia berubah kembali (melakukan kejahatan) dan terpenjara dengan sikap kemalasan sehingga mereka terlebih-lebih dalam melakukan kejahatan. Pada saat itulah matahari terbit dari sebelah barat, sehingga apabila berlaku demikian, tidaklah diterima taubat seseorang dari kekafiran dan kefasiqkannya. Ini bermakna pada masa itu, hari kiamat sudah hampir tiba. ”

Prepared For: Ustaz Abd Aziz Bin Harjin
Prepared By: Norliza Binti Mohd Nasir

No comments:

Post a Comment