Wanita Muslimah:Silaturahim -

Kaum wanita memilki peranan yang sangat penting dalam membimbing generasi penerus dan menanamkan akidah yang murni ke dalam jiwa anak-anak. Maka dari itu mereka harus menggunakan waktu sebaik mungkin, tidak mensia-siakannya. 

Sudah ramai wanita di masa lalu dapat menampilkan diri sebagai ibu dan sekaligus sebagai isteri yang baik, sehingga kebaikanlahyang dihasilkannya. Wanita juga boleh menjadi sebagai penghalang pemikiran yang rosakdi abad ini. tapi mereka juga boleh menjadi cahaya yang terus menyala, selagi mereka berpegang kepada agama dan akidahnya. Oleh itu wanita hendaklah mengetahui tentang nilai waktu bagi wanita, menjaga diri ketika bersilaturahim, adab berkunjung dan bersilaturahim, memelihara hubungan silaturahim serta perhiasan dan pakaian wanita. 

Dalam aspek nilai waktu bagi wanita, wanita hendaklah pandai menyesuaikan dengan ketentuan syariat dan meminta izin kepada suami. Para wanita tidak boleh memonopoli waktunya sendiri. Suami dan anak-anak mempunyai hak atas waktunya. Mereka juga harus memenuhi hak masyarakat dan umat atas dirinya. Kaum wanita di Negara-negara timur sudah biasa meluangkan waktu untuk menerima kunjungan sahabatnya atau mengunjungi mereka. Mereka menyatakan itu adalah cara untuk mengeratkan silaturahim sesama manusia. Silaturahim terbahagi kepada silaturahim yang diwajibkan, silaturahim yang dianjurkan, silaturahim yang dibolehkan dan silaturahim yang diharamkan. 

SILATURAHIM YANG DIWAJIBKAN

1. Mengunjungi Kedua Ibu Bapa

Silaturahim yang diwajibkan merangkumi beberapa aspek, antaranya ialah mengunjungi kedua ibu bapa. Islam menjadikan perbuatan baik terhadap ibu bapa sebagai kedudukan kedua setelah iman kepada Allah, bererti perbuatan derhaka
kepadanya termasuk dosa besar. Maka islam memberikan hak-hak yang istimewa bagi kedua ibu bapa, dan menghormatinya merupakan kewajipan. 

Meskipun seorang wanita disibukkan oleh berbagai kewajipan rumah tangganya sendiri, maka janganlah dia melupakan kewajipan ini. Dia tidak boleh membatasi diri untuk berbuat kebajikan kepada ibu bapa, sebaliknya harus berusaha berbuat baik kepadanya dengan mengunjungi dan mengasihinya. Seorang ibu yang sudah berusia lanjut tidak akan redha terhadap anaknya, bila ia tidak pernah mengunjunginya dan tidak meemperlihatkan kasih sayang kepadanya. Dari Umar ra, ia berkata:”Rasulullah SAW bersabda:”Berbuatlah kebaikan kepada ibu bapamu, nescaya anak-anakmu juga berbuat baik kepadamu. Peliharalah dirimu dari hal-hal yang harm, nescaya isteri-isterimu juga berbuat seperti itu. ”Itulah gambaran perbuatan baik dalam memenuhi hak ibu bapa. Apabila seorang wanita muslimah tidak mampu berbuat baik kepada ibu bapa, maka ia pun tidak akan mampu berbuat baik kepada sesiapa pun, dan tidak ada sedikit kebaikan pun yang boleh diharapkan dari dirinya. 

2. Memenuhi Undangan

Selain itu, memenuhi undangan juga merupakan silaturahim yang diwajibkan dalam islam. Dari Jabir bin Abdullah ra. ia berkata:”Rasulullah SAW barsabda:”Bila salah seorang diantara kamu diundang ke suatu jamuan maka, maka hendaklah ia memenuhinya. Bila ia menghendaki boleh memakannya, dan bila menghendaki boleh membiarkannya. Menurut para ulama, memenuhi undangan walimatul-urus adalah wajib, selagi memenuhi syarat untuk dihadiri dan tidak ada perkara yang terlarang. Sedang menghadiri suatu jamuan makan kerana kematian seseorang, merupakan bid’ah. Sesiapa yang melakukannya dan menghadiri jamuan itu, telah melakukan perbuatan yang dibenci. Jamuan makan ketika dilaksanakan khatan, dibolehkan. Hal itu boleh dilakukan bagi orang yang mengkehendakinya, dan boleh meninggalkannya bagi orang yang tidak mengkehendakinya. Jamuan makan kerana kelahiran bayi juga dibolehkan. Bahkan jamuan aqiqh marupakan sunnah. Ada beberapa syarat dalam memenuhi suatu undangan iaitu pengundangnya hendaklah orang islam, undangan tidak dikhususkan bagi orang-orang kaya saja, undangan harus pada hari pertama, meskipun acara walimah berlangsung hingga tiga hari, tidak dibolehkan menhhadiri undangan yang menimbulkan bahaya dan dalam pertemuan yang dihadiri tidak boleh ada kemungkaran yang tidak dapat diubah. 

3. Kunjungan Menuntut Ilmu

Berikutnya ialah kunjungan menuntut ilmu. Memang tidak ada larangan bagi wanita muslimah untuk menuntut ilmu atau mengajarkan ilmunya kepada wanita lain. Tidak ada yang boleh menghalang pahala bagi wanita yang belajar ataupun mengajar. Namun begitu setiap wanita yang berilmu mempunyai tanggungjawab berdakwah kepada jalan Allah dikalangan wanita. Ramai manusia yang lalai mempersiapkan wanita yang baik dan meremehkan dalam membimbingnya. Setiap wanita muslimah berkewajipan menyeru sesamanya demi kepentingan islam, meluruskan akidah dan ibadah serta tingkah laku. Barangsiapa yang menyeru kepada petunjuk, maka baginya adalah pahala. Wanita yang keluar dari rumahnya untuk menyeru kepada kebaikan, maka ia kembali kerumahnya dengan membawa pahala seperti pahala orang yang mengikutinya. Majlis paling mulia dihadiri wanita adalah majlis untuk mengkaji ayat-ayat Allah, kerana para malaikat hadir dalam majlis itu dan membentangkan rahmat. 

4. Silaturahim

Silaturahim ertinya setiap orang yang diantara kita dengan dirinya memiliki hubungan keakraban. Islam manyeru umatnya agar mempererat hubungan keakraban kerana hal itu dapat mengatur hubungan social, mengukuhkan rasa kasih sayang dan tolong-menolong sesama orang islam. Silaturahim adalah wajib, sesuai dengan firman Allah:”Dan bertaqwalah kepada Allah yang dengan namaNya kamu saling meminta satu sama lain, dan peliharalah hubungan silaturahim. ”Silaturahim merupakan perbuatan baik kepada para kerabat, baik berupa pemberian harta, moral, sekurang-kurangnya mengucapkan salam kepada mereka dan mengunjungi mereka serta tidak menjauhkan diri. Sedang sedekah yang diberikan kepada para kerabat, disamping memperoleh pahala sedekah, seseorang juga memperoleh pahala silaturahim. Para sahabat Rasulullah SAW selalu menjaga hubungan sesama keluarga meskipun agama mereka berbeza. Padahal merekalah manusia yang rela mengorbankan harta seberapapun nilainya. Maka alangkah sayangnya bila diantara sesama saudara sepupu sudah tidak saling kenal kecuali di sekolah atau tempat-tempat khusus. Andai kata hubungan sesama keluarga diperhatikan seperti yang dianjurkan Islam, tentu dianjurkan sesama kerebat tidak saling merasa asing. Allah tidak meredhai bila hal itu terjadi diantara sesama orang Islam. Kunjungan merupakan salah satu bukti silaturahim dan cara yang kuat untuk menjalinkan hubungan. Tidak mungkin suatu masyarakat menjadi kukuh bila diantara kerabatnya tidak saling kenal-mengenal. Maka harus ada usaha menyingkirkan pelbagai factor yang dapat menimbulkan terputusnya persaudaraan, berdasarkan pemahaman yang sihat. Andai kata sesama orang Islam terjalin hubungan kekeluargaan, nescaya mereka dapat diibaratkan sebagai satu tubuh. 

5. Menziarahi Orang Sakit

Menziarahi orang sakit dan berusaha meringankan beban deritanya adalah wajib. Orang yang dirundung derita dan penyakit sehingga tidak dapat bergaul di tengah masayarakat, jiwanya tidak boleh kita biarkan dirundung kesedihan, agar dia tidak merana sendirian dan merasa terasing. Kita harus sering mungunjungi mereka untuk meringankan beban yang dideritai mereka. 

Setiap wanita muslimah harus berusaha agar dapat menziarahi muslimah lainnya yang sedang sakit. Ia harus menghibur serta meringankan penderitaannya. Diriwayatkan dari Mu’az ra, bahawa ia pernah mendengar Rasulullah bersabda:”Barangsiapa yang pergi fi sabilillah, maka ia akan dijamin oleh Allah. Barangsiapa yang menziarahi orang sakit, maka ia akan dijamin oleh Allah. Barangsiapa yang berdiam di rumahnya dan tidak mencaci maki orang lain, maka ia akan dijamin oleh Allah. ”

Tindakan yang lebih baik ketika manziarahi orang sakit ialah meletakkan tangan di keningnya dan bertanya bagaimana keadaannya serta berdoa bagi kesembuhannya. Itulah yang dilakukan Rasulullah ketika menziarahi orang sakit. Tetapi apabila penyakit orang akan diziarahi merupakan penyakit berjangkit, lebih baik tidak menziarahinya. Kita cukup bertanya kepada salah seorang keluarganya tentang keadaannya. Adalah lebih baik tidak terlalu lama masa menziarahi dan memilih waktu yang tepat, agar tidak mengganggu orang sakit. Sebaiknya kunjungan terhadap orang yang sakit dimaksudkan untuk menghibur keluarganya yang tidak sakit. Tidak baik bila membawa anak kecil kerana anak-anak kecil mudah menimbulkan pergaduhan sehingga mengganggu orang sakit dan tidak sesuai dengan tujuan syariat menganjurkan agar mengunjungi orang sedang sakit. 

SILATURAHIM YANG DIANJURKAN

1. Takziyah

Silaturahim yang dianjurkan terbahagi antara takziah, mengunjungi sesama saudara kerana Allah dan mengunjungi para tetangga. Bertakziah kepada keluarga yang meninggal dunia merupakan perbuatan yang dianjurkan, sebagaimana yang diriwayatkan Ibnu Majah dari Amru bin Haram;”Tiadalah diantara orang Mukmin bertakziah kepada saudaranya yang mendapat musibah, kecuali Allah akan memakaikan pakaian kehormatan pada hari kiamat. ”

Takziah dimaksudkan untuk menghibur, menyuruh keluarga yang ditinggalkan agar bersabar, mengingatkan akan datangnya pahala dan mengdoakan orang yang meninggal serta keluarganya yang masih hidup. Dari sekian banyak riwayat, tidak ada batasan waktu tertentu ketika mengadakan takziah. 

Para wanita muslimah sering menjadi teladan dalam bersikap sabar bagi orang-orang di sekitarnya. Mereka mampu bersabar saat menghadapi musibah yang paling pedih seperti kematian anaknya. Maka Allah menjelaskan:”Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas. ”Seruan untuk bersabar dan larangan agar tidak mudah cemas dan duka, sangat tepat bila dilakukan para wanita muslimah, sebagaimana ketika ia bertakziah dengan menghiburkan keluarga yang masih hidup. Alangkah baiknya bila mereka membantu saudaranya sesama muslimah dalam meringankan setiap cubaan dan mencari jalan penyelesaian yang baik. 

2. Mengunjungi Sesama Saudara Kerana Allah

Mengunjungi sesama saudara kerana Allah. Mengeratkan hubungan sesame muslimah akan menghasilkan banyak kebaikan bagi masyarakat Islam. Mereka boleh saling menasihati dan saling bertukar pendapat. Kita hendaklah memilih sahabat yang baik. Firman Allah dalam surah Az-Zukhuf bermaksud:”Teman-teman akrab pada hari itu sebahagiannya menjadi musuh bagi sebahagian yang lain kecuali mereka yang bertakwa, ”Kasih saying diantara sesama insan hanya layak dilakukan oleh para wanita muslimah yang solehah, berpegang pada hukum-hakam Allah dan tidak melampauinya. 

Berdasarkan beberapa hadis Rasulullah, maka barangsiapa yang mencinta kerana Allah, dan membenci kerana Allah, akan dapat merasakan kenikmatan iman, Allah akan memayunginya dengan rahmat dan melindunginya dari seksa pada hari kiamat, Memperoleh ketenteraman dan termasuk tujuh orangyang mendapat perlindungan dari Allah di suatu hari yang tidak ada perlindungan selain perlindunganNya, menambah tinggi tingkatan syurga yang dihuninya dan memiliki tingkah laku yang baik dan persahabatan yang bermanfaat. 

Oleh kerana kunjungan merupakan bukti dari rasa kasih sayang, maka khususnya bagi para wanita Muslimahdapat membatasi diri, kecuali bila ada kemaslahatan yang nyatadan sesuia dengan ketentuan syariat. Tidak ada alasan yang tepat bagi wanita yang mengunjungi saudaranya kerana Allah kecuali seperti yang dikatakan malaikat kepadanya:”kamu baik dan jalan yang kamu tempuh juga baik serta kamu menduduki suatu kedudukan di syurga”. Islam melarang umatnya mengsingkan diri. 

Islam memerintahkan agar mereka keluar dari pengasingaan diri supaya mewujudkan kebaikan bagi kaum muslimin. Islam memerintahkan agar kita bergaul dengan orang-orang yang soleh dan juga para kerabat, kerana di dalamnya terkandung pahala. Sebaliknya bergaul dengan orang-orang yang berperangai buruk di dalamnya terkandung dosa, apalagi bila menyerah kepimpinan kepada orang kafir, ahli kitab dan ahli bid’ah yang menggunakan nama Islam. Bila hal ini dilaksanakan, maka hubungan diantara orang-orang mukmin dapat terjalin kuat, mereka libih unggul dari umat lain sehingga orang-orang kafir marasa terhalang dengan kepimpinan mereka. 

3. Mengunjungi Jiran Tetangga

Islam sangat berkeinginan meletakkan rasa kasih sayang pada bangunannya yang kukuh, maka ia mengtur berdasarkan prinsip yang dapat menjamin tewujudnya kebahagiaan dan saling tolong menolong sesama umatnya. Diriwayatkan dari Aishah ra. bahawa Rasulullah bersabda:”Jibril masih terus memberi wasiat kepadaku agar aku terus mengunjungi tetangga, sehingga aku mengira ia mewajibkannya. ”

Kita hendaklah berbuat baik kepada baik kepada jiran tetangga menurut kemampuan yang ada. Rasulullah SAW mengarahkan para wanita Muslimah tentang cara mereka berbuat baik kepada jiran tetangga. Sebaik-baik tetangga adalah tetangga yang berbuat baik kepada tetangganya yang lain. Ertinya seseorang harus memperhatikan keadaan jirannya, menghulurkan bantuan bila ia memerlukannya, menziarahi bila ia sakit, bertakziah dan juga menunjukkan kegembiraan bila ia gembira. 

Tapi apa yang dapat kita lihat pada hari ini akibat pengaruh budaya Barat, setiap orang Islam hanya membatasi diri dengan apa yang terjadi di dalam tembok rumahnya sahaja, tanpa mengambil tahu musibah yang menimpa tetangga diseberang tembok rumahnya. Bahkan ada yang tidak mengenali antara satu sama lain dan tidak mengetahuibahawa ada tetangga yangsedang kesakitan. Maka dengan itu, tetangga harus selalu diperhatikan. Hak tetangga adalah apabila ia meminta pertolongan, maka kita harus menolongnya, apabila ia meminta pinjaman, maka kita harus meminjamkannya. Apabila ia sakit, kiata harus menjenguknya. Apabila ia mendapat kebaikan, maka kita harus mengucapakan selamat kepadanya. Apabila ia ditimpa musibah, kita harus menghiburkannya. Apabila ia mati, kita harus mengikuti jenazahnya. Kita tidak boleh meninggikan bangunan disampingnya sehingga menutupi hembusan angina kecuali dengan seizinnya. Janganlah kamu menyeksanya dengan bau masakan di dalam periuk kecuali kamu memberikan sebahagian dari masakanmu kepadanya. 

Inilah gambaran ketinggian nilai kemanusiaan dalam menjaga tatacara dan perasaan termasuk bagaimana cara memberi hadiah. Saling memberikan hadiah di antara wanita muslimah harus mendapat izin suami, kecuali apabila nilai barangnya murah, atau apabila si isteri sudah mendapat perkenannya secara umum untuk berbuat sesuatu menurut yang sewajarnya. Maka hendaklah kita menjaga perbuatan kita yang baik, mejaga lidah danmemberikan hak kepada yang layak menerimanya. Tetangga dan ahli keluarga juga mempunyai hak untuk dikunjungi. Jiran tetangga yang baik berhak untuk dicintai kerana Allah. Semoga Allah memberikan tetangga yang baik kepada kita. 

SILATURRAHIM YANG DIBOLEHKAN

Terdapat beberapa kunjungan yangboleh dilakukan oleh wanita muslimah seperti mengucapkan selamat pada hari raya dan mengujungi ahli kitab, sekiranya dirasakan mengandungi kemaslahatan syariat. 

• Kunjungan Pada Hari Raya

Apabila seseorang memulai kunjungan kepada kita, maka kita wajib menjawabnya kerana menjawab ucapan selamat adalah wajib. Memulai ucapan selamat pada hari raya tidak termasuk sunnah yang diperintahkan, tetapi juga tidak dilarang. Samada melakukan kunjungan dan tidak melakukan kunjungan, sama-sama mempunyai ikutan. Perkara ini hanya Allah yang kebih mengetahui. 

Oleh kerana kunjungan pada hari raya dibolehkan dan selagi di dalamnya terdapat unsur yang dapat menguatkan kaum muslim, maka hal ini merupakankesempatan yang baik untuk menyambung hubungan yang terputus. Apalagi pada waktu itu sering diadakan acara kunjungan dan silaturrahim di antara jiran tetangga dan sanak keluarga. 


• Mengunjungi Ahli Kitab

Apabila ada seorang ahli kitab yang berada di bawah lindungan pemerintah Islam mengundang orang Islam, maka ia tidak wajib menghadirinya. Hal ini kerana makanan mereka tidak boleh dijamin bebas dari sesautu yang diharamkan, namun dibolehkan memenuhi undangannya. Hal ini kerana Rasulullah pernah memenuhi undangan seorang yahudi dalam suatau jamuan makan roti. 

Dari sini kita mengetahui bahawa orang Islam dibolehkan memenuhi undangan ahli kitab, tetapi dilarang menghadiri perayaan mereka. Namun, wanita muslimah tidak dibolehkan mengunjungi wanita ahli kitab kecuali memperhatikan beberapa ketentuan seperti:

• Apabila diketahuai secara pasti bahawa di tempat yang ia kunjungi tidak bercampur dengan para lelaki, seperti apabila wanita ahli kitab itu hidup sendirian. 

• Merupakan wanita ahli zimmah, dan bukan termasuk barisan musuh-musuh Islam. Bahkan mereka boleh dilayan secara baik agar hatinya menjadi tertarik untuk memeluk Islam. 

• Tidak boleh memperlihatkan seluruh auratnya, tidak boleh membuka lengan dan rambutnya. 

• Bukan untuk tunduk kepada kekuasaan ahli kitab, atau untuk menyaksikan kemungkaran mereka. 

SILATURRAHIM YANG DIHARAMKAN

Sesungguhnya menjauhi orang yang bersifat tidak baik apabila dia dijadikan teman, atau orang yang tenggelam dalam kehinaan adalah wajib. Orang yang tidak melaksanakan hak Allah, lalu dijauhi oleh orang lain merupakan seksa baginya didunia sampai saat tertentu dia dimatikan. 

Wanita muslimah yang mencinta kerana Allah akan memilih sahabat yang juga taat kepadaNya. Ia diperintahkan agar bersikap seperti itu. Sekiranya pada diri seseorang terdapat kebaikan dan keburukan, tat dan maksiat, sunnsh dan bid’ah, maka ia berhak untuk dijadikan teman dan juga mendapat pahala menurut kabaikannya. Tetapi dia juga berhak untuk dimusuhi dan mendapat ganjaran dari keburukannya. 

Memutuskan hubungan persaudaran tergantung kepada orang yang melakukannya, yang biasanya dikaitkan dengan kekuatan dan kelemahannya, sedikit atau pun banyak. Maksudnya, apabila hal ini bertujuan untuk mendidik orang yang diputuskan hubungan dengannya. Apabila memutuskan hubungan diyakini dapat menyingkirkan keburukkan, maka tindakan itu diperintahkan. Namun, sekiranya berlaku sebaliknya, tidak perlu ia memutuskan hubungan. 

Setelah mengetahui secara ringkas mengenai hukum memutuskan hubungan, kita perlu mengenali golongan yang tidak bolehdikunjungi, iaitu:

a) Mengunjungi penyeru bid’ah. 

b) Mengunjungi penyeru pemikiran yang memusuhi Islam. 

c) Mengunjungi para wanita mungkar yang kemungkarannya tidak boleh diubah lagi. 

1. Mengunjungi Para Wanita Penyeru Bid’ah. 

Ibnu Taimiyah menyebut bid’ah sebagai suatu jalan atau cara baru dalam agama, dan bertantangan dengan syariat. Bid’ah in meruakan tingkah laku yang berlebih-lebihan dalam beribadah kepada Allah. 

Maka sebaiknya orang-orang Islam tidak bergaul dengan orang yang secara jelas melakukan bid’ah dan dosa besar. Tetapi apabila dia boleh menutupi maksiat dan bid’ahnya, maka ia tidak perlu dijauhi. Tindakan seperti ini dimaksudkan untuk menghukum ahli bid’ah dan maksiat. 

Majoriti penyeru bid’ah tidak meredhai sesuatu perbuatan kecuali dengan mengikuti bid’ahnya dam mempertahankan pendapatnya yang rosak. Maka dari itu, Islam memberikan peringatan agar menjauhi dan tidak bergaul dengan mereka. 

2. Mengunjungi Wanita yang Memusuhi Islam. 

Terdapat sebahagian orang yang menggunakan nama Islam untuk kepentingan dirinya, lidahnya menyatakan iman kepada sebahagian Kitab, tetapi hatinya tidak. Biasanya mereka sukar diangkat ke kedudukan yang lebih tinggi dan sukar diselamatkan. Mereka mengbaikan kewajipan syar’i. Sebagai gantinya mereka mengikuti hawa nafsu dan sebahagian lain ada yang mempersendakan ajaran syariat dan prinsip-prinsipnya. Dengan ini, mereka tidak layak mendapat persaudaran dalam Islam. Mereka layak mendapat kemurkaan Allah, kecuali setelah bertaubat. 

3. Mengunjungi Wanita Mungkar

Diharamkan mengunjungi wanita mungkar, yang kemungkarannya tidak boleh diubah lagi. Hal ini kerana kemungkaran dan maksiat merupakan penyebab hilangnya nikmat serta kerana bergaul dengan orang-orang seperti itulah yang menyebabkan bani Israel menjadi porak peranda. 

Apabila kita menyedari bahawa diri kita lemah untuk merubah kemungkaran, maka hendaklah kita mengasingkan diri. Inilah cara paling mudah yang dapat kita lakukan. Oleh itu, wanita Muslimah tidak dibenarkan menghadiri pertemuan yang di dalamnya terdapat kemungkaran kerana kita hendak menghindari diri dari melakukan kemungkaran. 

PENUTUP

Kesimpulannya, ketahuilah kita bahawa silaturrahim sangat penting dalam konteks Islam. Dengan mengetahui tentang ciri-ciri silaturahim yang diwajibkan dan sebagainya, maka hendaklah kita bersama-sama mengamalkannya dalam kehidupan kita agar hubungan sesama manusia dapat dieratkan. Bagi wanita muslimah, apabila mengunjungi undangan, bererti bersama-sama dalam kegembiraan orang-orang Islam. Jangan sampai undangan itu diabaikan. Apabila mengunjungi orang yang sakit, bereti kunjungan itu harus disertai doa, menghulurkan bantuan, mengingatkan kepada Allah dan meringankan beban deritanya. Apabila bertakziah, bereti merupakan kunjungan duka cita dan menyeru untuk bersabar. Apabila mengunjungi saudara kerana Allah, bererti harus dimaksudkan untuk menguatkan tali kecintaan, seruan kapada kebaikan, amar makruf, belajar dan mengajar, mengkaji keadaan muslimin, samada di zaman dahulu mahupun sekarang agar dapat dijadikan panduan untuk masa depan yang lebih baik. 

Disediakan Oleh : Noor Hasnida Bt Md Hussin
Pensyarah : Ustaz Abd Aziz Bin Harjin

Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau 
PERLIS
MALAYSIA

H: 013-4006206
P: 04-9882701
abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
http://abdazizharjin.blogspot.com