Adab Dalam Islam -

KEPENTINGAN ADAB DALAM MASYARAKAT

Adab atau akhlak bererti budi pekerti, perangai, tingkahlaku, tabiat dan adab kebiasaaan. budi pekerti ada yang baik dan yang buruk. 

Ia dipanggil sifat mahmudah seperti penyabar, amanah, jujur dan lain-lain. begitu juga dengan sifat mazmumah seperti sombong, dengki dan lain-lain. 

Akhlak sesuatu bangsa yang baik bermula dari rumahtangga. Apabila anggota dalam rumah tangga itu baik maka baiklah sesuatu masyarakat itu. Apabila sesuatu masyarakat itu baik maka baiklah sesuatu bangsa itu. Oleh yang demikian sesebuah negara itu menjadi baik apabila mempunyai masyarakat yang baik dari akhlak yang luhur, sebaliknya jika mempunyai masyrakat yang berakhlak buruk maka rosaklah pula bangsa dan negara. 

Penyair Ahmad Syauqi pernah berkata :”Satu bangsa dikenal kerana akhlak (budi pekerti) . Jika budi pekertinya telah runtuh, maka runtuh pula bangsa itu”

Akhlak yang baik adalah penting. Oleh sebab itu tugas Nabi SAW diutuskan oleh Allah adalah untuk memperbaiki akhlak umat manusia. 

Nabi SAW bersabda:”Sesungguhnya aku diutuskan untuk meyempurnakan akhlak yang mulia”

Dalam agama Islam, akhlak adalah pengukur ama ada sempurna atau tidak iman seseorang. Nabi SAW bersabda:”orang mukmin yang sempurna imannya ialah yang terbaik akhlaknya”

Sesungguhnya akhlak memainkan peranan penting dalam pembangunan satu-satu bangsa. Berikut ialah adab-adab dalam Islam:

ADAB BERPAKAIAN

- Menutup aurat
- Bentuk pakaian lelaki tidak menyerupai pakaian perempuan atau sebaliknya
- Sebaik-baiknya pakaian adalah yang meniru Sunnah Rasulullah SAW. haram bagi lelaki memakai sutera atau emas seperti rantai, gelang, cincin dan sebagainya
- Pakaian bukan dari sumber pendapatan haram
- Pakaian longgar, tidak menampakkan bentuk badan
- Pakaian dari jenis yang tebal, tidak jarang dan tipis menampakkan warna kulit
- Bagi lelaki elok berwarna cerah dan tidak berbunga-bunga
- Memakai pakaian yang bersih
- Sunat memakai wangi-wangian bagi lelaki. Bagi wanita hanya sunat bila bersama-sama suami atau muhrimnya. 
- Memakai baju dengan mendahului tangan kanan
- Haram memakai pakaian dari sutera dan emas bagi lelaki
- Tidak melabuhkan pakaian atau seluar sehingga menutup kedua-dua buku lalinya ertinya tidak labuh hingga menyapu lantai
- Bagi perempuan hendaklah melabuhkan pakaiannya sehingga menutup tumitnya dan melabuhkan tudungnya hingga kedadanya

AURAT LELAKI

- Dihadapan lelaki ialah menutup sekurang-kurangnya antara pusat dan lutut
- Di hadapan wanita yang halal dinikahi sekurang-kurangnya antara pusat dan lutut. Sebaik-baiknya menutup sebahagian besar badannya
- Didalam solat, sekurang-kurangnya antara pusat dan lutut. Afdhalnya berpakaian lengkap yang sebaik mungkin kerana menghadap Allah
- Bersama isteri tiada batasnya
- Ketika bersendirian menutup dua kemaluannya

AURAT WANITA

- Di dalam solat seluruh tubuhnya, kecuali muka dan tapak tangan
- Bersam wanita kafir, menutup seluruh tubuhnya kecuali muka dan tapak tangan
- Di hadapan lelaki ukan muhrimnya, seluruh tubuhnya kecuali muka dan tapak tangan
- Dihadapan suami tiada batasnya
- Ketika bersendirian antara pusat dan lutut

WANITA DILARANG MENDEDAHKN PERHIASANNYA

Perhiasan bagi wanita biasanya ialah gelang, rantai, gelang kaki, anting-anting dan kalung. barang-barang ini kemas ini biasanya dipakai pada anggota tubuh yang wajib ditutup iaitu lengan, betis, dada, leher dan kepala. Oleh sebab itu, wanita hendaklah menutup auratnya dan berdosa jika dibuka kepada yang bukan muhrimnya

MENDEDAHKAN PERHIASAN HANYA BOLEH DILAKUKAN KEPADA :

1. suami
2. ayah
3. ayah mertua
4. anak-anak
5. anak tiri
6. adik dan abang
7. anak saudara laki-laki
8. wanita rakan sejawat
9. hamba sahaya
10. kanak-kanak kecil belum bernafsu

ADAB BEMASYARAKAT

- menghindari diri dari menyakiti hati kawan
- merendahkan diri
- tidak bermasam muka
- memberi layanan yang baik dan sama rata
- meminta izin jika mahu masuk rumah
- mengasihi anaknya dan menghormati orang tua
- menepati janji
- mengamankan perselisihan
- merahsiakan keaiban
- membantu sesama Islam
- berbaik sangka
- mententeramkan yang ditimpa musibah
- tidak meremehkan orang lain
- membantu golongan miskin
- mudah memberi maaf
- sentiasa bermanis muka

ADAB KEPERIBADIAN WANITA (ISTERI) 

- selalu berada di rumah
- mengutamakan tugas-tugas dirumah dari yang lain
- dilarang memasuki rumah jiran tetangga jika ada keperluan
- selalu mendampingi suami dan sentiasa menggembirakannya apabila disampingnya
- memelihara kehormatan diri jika suami tiada dirumah
- meminta izin ibu bapa atau suami jika ingin keluar rumah
- apabila keluar dari rumah hendaklah tidak menarik perhatian orang ramai
- tidak memakai pakaian yang ketat atau mendedahkan aurat jika berada di luar rumah
- menundukkan pandangan dari yang haram dan jelek
- selalu muraqabah (memeriksa kelalaian diri) dan memperbanyakan zikir
- memperbanyakan puasa
- mendorong dan membantu suami mencari rezeki yang halal
- tidak menuntut pemberian yang banyak dari suami
- melahirkn sifat malu dan sedikit tertawa, banyak bersabar dan bersyukur
- jika sahabat suami atau laki-laki dating kerumah tidak membenarkan masuk kerana takut oleh berlaku fitnah, tunggu sehingga suami balik
- memperbanyakan mempelajari ilmu agama terutama al-quran bagi pendidikan anak-anak

ADAB WANITA DI DALAM RUMAH

- Menghormati orang tua dan menerima nasihat yang diberikan
- Memperbaiki diri untuk menjadi wanita yang solehah
- Menjaga nama baik orang tua dan keluarga
- Melatih diri dalam urusan rumahtangga
- Memperbanyakkan puasa dan solat

ADAB WANITA DI LUAR RUMAH

- Jika hendak keluar rumah hendaklah bersama orang tua atau muhrimnya
- Tidak memakai pakaian yang mendedahkan aurat atau menghairahkan
- Menghias diri dengan sifat malu
- Berkata yang benar
- Menghindari diri dari pergi ke tempat-tempat umum kerana boleh menimbulkan fitnah
- Menghindari bersahabat dengan laki-laki

ADAB ISTERI TERHADAP SUAMI

- Sentiasa bersifat malu, taat dan hormat pada suami
- Diam ketika suami sedan berbicara
- Memelihara diri ketika suami tiada di rumah
- Memakai wangi-wangian dirumah dan sentiasa membersihkan mulut
- meyakinkan diri bahawa suami mempunyai kelebihan
- menampakkan rasa gembira ketika suami datang
- memuliakan ibu bapa dan keluarga suami
- sediakan makanan kepada suami tanpa dipinta atau disuruh
- menjaga harta suami dan tidak diserahkan kepada orang lain kecuali dengan izin suami
- memberi didikan yang baik kepada anak-anak
menjadi permaisuri dan bidadari bagi suami ketika suami berada dirumah dengan layanan yang baik dan mesra

ADAB SUAMI MENDIDIK ISTERI

- suami hendaklah mengajar suami-suami fardhu ain. Jika tidak mampu handaklah menyuruh isterinya blajar dengan orang lain atau mencari guru untk mengajar isterinya
- suami hendaklah mendidik isterinya dengan lemah lembut dan kasih sayang
- suami hendaklah menunjukkan sifat amanah dan ikhlas
- suami hendaklah menyempurnakan kewajipannya dengan memberi makanan dan pakaian yang sempurna untuk isterinya
- jananlah suami memberi isterinya lebih dari yang patut
- ajar isteri supaya bersabar didalam menghadapi kesusahan
- didik isteri agar berbuat baik dengan orang tuanya dan mertuanya

ADAB MENDIDIK ANAK-ANAK

- menguatkan dan menyuburkan jasmani anak-anak dengan makanan yang halal dan kecerdasan mereka
- menghindari mereka dari segala bahaya
- memahami dan mengembangkan bakat dan minat mereka
- menyuburkan jiwa dengan iman
- mengajar dan membiasakan mereka dengan akhlak terpuji
- mengajar mereka menghormati ibu bapa dan orang yang lebih tua
- mendidik mereka menghormati gurunya
- menjaga hidup mereka dengan cara Islam
- mengajar mereka al-Quran dan menghayati ajarannya
- mendidik mereka mencintai Rasul dan Allah dan mematuhi perintah dan larangannya

ADAB SESAMA ISLAM

- memberi salam ketika bertemu
- menziarahi ketika sakit
- melawat jenazah bila mati
- memberi nasihat bila diminta
- menyukai sesuatu yang disukai oleh saudaranya dan membenci sesuatu yang dibenci oleh saudaranya
- sentiasa menolong dan jangan menzaliminya
- tidak menyakitinya sama ada dengan perbuatan atau perkataan
- tidak membesar diri, angkuh atau sombong
- haram hukumnya jika tidak bertegur lebih dari tiga hari
- jangan menghina, mencaci, mengumpat atau merendah-rendahkan mereka
- tidak membuat tuduhan palsu sama ada yang masih hidup atau yang mati
- tidak berlaku hasad dengki, sangka buruk atau mengintip rahsia saudaranya
- tidak menipu atau membohongi
- hendaklah bergaul dengan baik
- hendaklah menghormati yang tua dan mengasihi yang muda
- hendaklah menutup keaibannya dan kecacatannya
- handaklah menolongnya jika memerlukan pertolongan
- hendaklah melindunginya dan memberi jika diminta

ADAB DENGAN HAIWAN

- memberi makan minum bila ia lapar
- menyayanginya dan mengasihinya
- berlaku ihsan (baik) ketika menyembelihnya
- tidak menyeksanya seperti memukul dan mengikatnya
- harus membunuh binatang yang berbahaya seperti lipan, kala jengking dan ular
- menunaikan zakat binatang jika cukup hisabnya
- tidak melalaikan diri dengan binatang hingga lupa atau cuai mengingati Allah

Disediakan oleh: Nurulhuda Binti Mohd Johari

Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau 
PERLIS
MALAYSIA

H: 013-4006206
P: 04-9882701
abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
http://abdazizharjin.blogspot.com