Monday, September 13, 2010

Peranan Guru Sebagai Pendidik Dan Pendakwah

Ilmu pengetahuan amat perlu kepada semua umat manusia di dunia walau di mana sahaja berada. Ilmu pengetahuan ini bukan sahaja bermatlamatkan pelajaran akademik tetapi ilmu pengetahuan haruslah dipelajari dengan lebih luas dan kompleks sehingga mencakupi beberapa jenis bidang atau cabangnya. Ilmu pengetahuan ini boleh diperoleh di mana-mana sahaja lebih-lebih lagi di institusi pendidikan, khasnya di sekolah-sekolah. Ilmu pengetahuan lebih senang dan banyak diperolehi sama ada di institusi pendidikan sama ada rendah atau tinggi. Oleh itu orang yang memainkan peranan penting dalam proses penyebaran ilmu ini ialah para guru. Mereka yang memilih profesionnya sebagai guru telah diberi tanggungjawab yang penting lagi berat dalam proses pendidikan ini pendek kata guru diberi peranan sebagai pendidik dan pendakwah di sekolah. Perkatan pendidik ini berasal daripada perkataan “didik” iaitu beerti pelihara, ajar atau jaga dengan berhati-hati, setelah ia dijadikan satu kata ganti maka pendidik itu beerti orang dipertanggungjawabkan untuk menjalankan satu proses yang berterusan begi menjaga dan memelihara pembesaran tubuh badan dan petumbuhan bakat denan rapi supaya mereka dapat lahir sebagai orang yang berilmu, baik sahsiahnya sera dapat mengekalkan nilai-nilai budaya di kalangan masyarakat mereka.

Peranan Guru sebagai Pendakwah

Generasi muda merupakan generasi yang mencorakkan warna kehidupan sesebuah masyarakat sama ada terdiri daripada golongan yang beragama, berakhlak ataupun golongan yang berilmu. Ini adalah kerana tiap-tiap system ataupun organisasi kehidupan manusia walau apa pun coraknya tidak akan menjadi sempurna dan lengkap sekiranya tidak wujud pendidik atau pendakwah serta penyeru di kalangn mereka. Mak peranan guru sebagai pendidik dan pendakwah amat sesuai sekali sekiranya dipraktik pada peringkat awal lagi. Oleh itu peranan guru sebagai pendidik dan pendakwah adalah dari segi:

(i) Membangkitkan kesedaran tentang kepentingan ilmu pengetahuan dan pendidikan

Tugas utama seorang guru sebagai pendidik dan pendakwah ialah perlunya membangkitkan atau mewujudkan rasa keinsafn atau kesedaran tentang kepentingan ilmu pengetahuan mahupun pendidikan sama ada untuk kesenangan duniawi atau hari akhirat kelak. Kesedaran ini amat penting untuk meninggikan lagi taraf sosial, ekonomi dan lebih-lebih lagi pengetahuan mengenai ilmu-ilmu yang ada di muka bumi ini supaya umat Islam disegani dan dihormati oleh uamt lain. Pendek kata seseorang guru itu mestilah mempertingkatkan segala potensi sama ada dari segi akal, fizikal dan rohani atau jasmaninya.

Dalam Islam, ahli-ahli yang mempunyai apa-apa sahaja ilmu tidak dibenarkan mendiamkan diri memebisu seribu bahasa iaitu tidak mahu memanfaatkan ilmu yang ada padanya kemudian disamapaikan kepada orang lain. Oleh itu sebagai seorang guru, dia telah dibekalkan banyak ilmu pengetahuan yang secukupnya untuk disamapikan kepada semua murid ataupun masyarakat sekelilingnya. Melalui cara mendidik dan mendakwah murid-murid maka seorang guru dapat menyerapkan atau menyalurkan apa sahaja ilmu yang diperlukan oleh semua orang. Lagipun tugas guru sebagai penyambung atau pewaris Nabi Muhammad SAW dan orang yang terdahulu untuk menyambung kembali risalah yang telah disampaikan oleh mereka dahulu. Guru merupakan tempat terhimpunnya khazanah ilmu Tuhan yang ditinggalkan oleh Rasululah, di mana di sinilah tempat memperoleh gambaran penghayatan dan pentafsiran mengenai sesuatu ajaran atau hukuman yang berkenaan dengan akademik mahupun agama. Oleh itu peranan guru untuk menyebarkan ilmu amat penting kerana dengan aadanya kesungguhan ini dia dapat mewujudkan kesedaran ilmu di kalangan masyarakat khasnya umat Islam. Para pendidik perlu mengikuti teladan Rasululllllah SAW dalam usaha mengembangkan ilmu pengetahuan seperti sabda baginda:

Sampaikan apa yang (kamu terima) daripadaku, walaupun satu ayat.

(ii) Memahami matlamat atau tujuan pendidikan

Sebagai pendidik dan pendakwah maka seorang guru itu perlu terlebih dahulu mengetahui atau meeahami matlamat ataau tujuan pendidikan yang sebenarnya. Matlamat sebenar dan yang utama sekali iiialah membentuk insane yang berguna kepada agama dan masyarakat yang juga mempunyai sifat-sifat manusia yang terpuji, berakhlak tinggi dan yang dapat menjaga kepentingan kehidupan serta agamanya. Dengan mengetahui dan memahami matlamat pendidikan maka seorang guru yang juga sebagai pendidik dan pendakwah dapat melaksanakan tanggungjawab dengan bersistematik dan lancar tanpa berlakunya gangguan luar. Pendek kata seorang pendidik dan pendakwah haruslah menyedari hakikat membentuk individu sekali gus memberi erti pembentukan ummah.

Selain daripada itu seorang guru sebagai pendakwah dan pendidik haruslah meletakkan masalah pendidikan sebagai satu tanggungjawab penting yang mesti dilaksanakan atas dasar kewajipan atau pahala. tanggunjawab ni berat, maka seorang guru harus bijak merancang strategi yang boleh membantunya. Maka di sini terdapt dua bukti darip[ada hadith mengenai dosa dan pahala dalam hal ilmu pengetahuan atau pendidikan. Antara hadith tersebut ialah:

(a) Maksudnya : (Pahala)
Barang siapa mempelajari satu bab ilmu yang akan diajarkan kepada manusia maka dia diberikan pahal tuyjuh puluh orang Siddiq (seperti Saidina Abu Bakar).

(b) Maksudnya : (Dosa)
Siapa yang mempelajari ilmu kemudian dia menyembunyikannya maka dia akan dikekang oleh Allah pada hari kiamat dengan kekangan api neraka.

(iii) Pembentukan akhlak

Seorang pendidik dan pendakwah terlebih dahulu melengkapkan dirinya dengan ilmu pengetahuan dan boleh menampilkan keperibadian yang tinggi. Ini adalah kerana seorang guru merupakan panduan, model tau pemimpin yang sentiasa menjadi contoh teladan yang baik mahupun sebaliknya. Sebagai pendidik dan pendakwah, guru hendaklah sentiasa berusaha dengan gigih untuk menambahkan ilmunya, bukan sahaj ilmu agama malah ilmu-ilmu lain yang berfaedah dan dituntut oleh syariat Islam. Pembentukan peribadi yang murni sama ada akhlak atau ilmu pengetahuan di kalangan pendidik dan pendakwah amat penting dan merupakan asas atau petunjuk yang utama dalam konsep profesionalisme menurut pandangan Islam. Pendek kata, segala peribadi, tingkah laku atau sahsiah seorang guru itu besar pengaruhnya terhadap perkembangan sahsiah murid. Oleh itu sebagai seorang guru dia perlulah mempertingkatkan kebolehan, kemampuan, kreativiti, dedikasi serta kemahiran untuk mempertingkatkanlagi sahsiahnya serta ilmu pengetahuan.

Setelah berupaya memepertingkatkan dan memperbaiki pembentukan sahsiah dalam ilmu pengetahuannya maka seorang guru itu dapat menyalurkan atau menyampaikan segala nilai-nilai, norma-norma atau segala ilmu pengetahuan yang diketahuinya kepada murid-murid selaku golongan generasi yang baru yang akan bangun untuk meneruskan perjuangan kehidupan ini. Peranan guru sebagai pendidik dan pendakwah sudah pasti menjadi agen penyebaran akhlak yang baik kepada murid-murid. Guru memainkan peranan yang penting dalam pembentukan akhlak dan sahsiahmurni seperti mana yang dituntut oleh Islam. Oleh itu setiap proses pengajaran dan pembelajarannya perlulah diselitkan dengan segal ilmu-ilmlu yang baikdengan cara mendidk dan mendakwahmuridnya semasa di dalam bilik darjah.

Peranan guru sebagai pendidik dan pendakwahbukan sahaja menjadia agen perubahan sosialkepad murid-muridnya sahaja, malah guru juga merupakan penyebar atau yang boleh membekalkakn nilai-nilai luhur kepada masyarakat. Guru juga mempunyai tanggungjawab yang berat un tuk memastikan masyarakat yang masyarakat di sekelilingnya dapat menerima segala perubahan sosial daripada ynag berkeadaan kurang baik kepada keadaan yang murni dan diredai oleh Allah. masyarakat yang masih memerlukan perubahan dalam apa sahajaamat memerlukan seorang pendidik dan pendakwah. Guru boleh memainkan peranan ini dengan melibatkan diri dalam apa sahaja kegiatan kemasyarakatan setempat supaya dapat menladi contih teladanserta panduan bagi mereka. Untuk melicinkan lagi strategi mendidik dan mendakwah supaya dapat diterima oleh masyarakat setemapat maak seorang guru itu boleh menyususn beberapa aktiviti seperti menyediakan majlis-majlis ilmu, muzakarah usrah supaya dapat memepertingkatkan lagi keilmuan serta kefahaman masyarakat terhadap Islam.

Selain daripada menjadia agen perubahan sosial, peranan guru juga penting dalam mencegah dan menghalang kemasukan gejala tidak sihat seperti penglibatan dalam najis dadah, melakukkan maksiat, minum arak, berjudi, menerima rasuah, pecah amanah dan melakukan jenayah. Kekuranagn didikan agama menyebabkan mereka terlibat dengan gejala tidak sihat ini. Jesteru itu, guru sebagai pendidik dan pendakwah perlulah mengambil berat tentang hal ini. Dia boleh menjalankan tanggungjawabnyasemasa dalam bilik darjah atau persekitaran sekolah dan juga di kalangan masyarakat setempat. Guru boleh mengadakan aktiviti seperti majlis agama, kelas fardu ain dan persatuan yang melibatkan kerjasama orang ramai kea rah pembentukan sahsiah yang baik.

(iv) Memperkembangkan ilmu agama
Pada hakikatnya seorang pendidik haruslah menyedari bahawa Islam adaalh ‘al-Din’, iaitu agama yang terulung sekali di muka bumi ini. Ekoran daripada itu, seorang guru bukan sahaja mendidik tetapi mendakwah murid-murid dalam pembentukan akidah atau penyebaran ilmu. Guru juga seharusnya membimbing dalam hal amal ibadat sepertimelakukan sembahyang, mengeluarkan zakat, menunaikan haji dan sebagainya yang telah menjadi kewajipan umat Islam mengerjakannya. Pendek kata peranan guru sebagai pendidik dan pendakwah ialah menyeru atau mendorong generasi muda (murid-murid) dan juga masyarakat setempat untuk melakukuan ibadat atau perkar yang disuruh oleh Allah. Pelajaran tentang perkembangan asas beribadat serta yang ada kaitan dengan keagamaan Islam perlu didedahkan dan diserapkan di kalangan murid-murid dan juga masyarakat sekeliling.

Selain daripada memebimbing dalam perkara ibadat, guru juga seharusnya menyampaikan apa sahaja yang berkenaan dengan agama Islam tentang sejarahnya. Umat Islam terutamanya murid-murid perlu didedahkan dengan perkembangan Islamdan juga berkenaan isu-isu semasa supaya mereka dapat menjadikannya pengajaran atau motivasi untuk memperjuangkan serta mempertahankan kedaulatan agama Islam. Murid-murid perlu dipupuk semanagt cinta dan sayangkan agama, serta dapat melakukan segala apa yang dikehendaki oleh agama dan menghindarkan diri daripad melakukan perkara-perkara yang menjadi larangan agama Islam. Selain daripada itu, murid-murid hendakalh didorong untuk meemperjuangkan serta mempertahankan maruah agama Islam dan juga dapat memperkembangkan pengaruh agama Islam kepada masyarakat umumnya supaya masyarakat lain horamt dan juga segan serta tunduk kepada agama Islam.

(v) Menjauhi sifat-sifat Mazmumah
Sebagaimana yang kita ketahui, negara kita kini sudah maju dan menuju kea rah kemodenan. Dengan itu, masalah sosial pasti timbul seperti penagihan dan pengedaran najis dadah, perlanggaran hokum Allah seperti zina, minum arak, judi, rasuah, pecah amanah, merompak, mencemar agama dan sebagainya yang boleh meruntuhkan akhlak seseorang itu. Masalah seperti inii timbul kerana kurangnya pengetahuan dan didikan agama. Lagipun masalah ini bukan sahaja berlaku terhadap rakyat biasa malah juga pemimpin.

Daalm hal ini, untuk mengatasi masalah tersebut tanggungjawab guru sebagai pendidik dan pendakwah hendakalh menyeru murid-murid dan masyarakat amanya, supay melakukan perkara-perkara yang disuruh oleh agama. Maah tugas guru memberi didikan serta membina suasana Islamiah yang baik dalam diri individu muslim mahupun alam sekitarnya. Guru boleh melaksanakan tugas ini melalui majlis-majlis seperti kelas pengajian di surau atau masjid, ceramah dan menerapkan nilai-nilai murni dalam pengajaran. Para pendidik juga perlu membina keupayaan intelektualnya supaya mudah berinteraksi dengan setiap lapisan masyarakat. Oleh itu penting mengadakan muzakarah dan usrah di kalangan pendidik supaya boleh mencapai matlamat ini. Tanggungjawab guru bukan hanya di sekolah sahaja, tetapi juga kepada masyarakat sekitar. Semoga seruan dan didikan dapat menyedarkan mereka yang telah melanggar larangan agama.

(vi) Menghormati hak-hak orang lain
Sebagaimana yang kita ketahui, rakyat Malaysia terdiri daripada berbagai-bagai kaum dan keturunan. Oleh itu sudah tentulah setiap kaum itu memepunyai agamanya masing-masing, adapt resam, cara kehidupan dan sebagainya. Malah terdapat dari segi ras, fahaman politik, sosial , ekonomi dan budaya masyarakat.

Oleh itu, guru sebagai pendidik harus menyedari tentang realiti masyarakat. Malah menyeru kepada kebaikan dan menghindarkan diri daripada sikap suka bermusuh-musuhan dan dengki-mendengki. Tanamkan semangat semangat perpaduan dan bekerjasama, menolong dan segala sikap serta perbuatan yang dipandang mulia oleh agama. Dengan adanyaseruan sedemikian, maka murid-murid mahupun masyarakat sedar tentang keburukan bersikap sedemikian. Denagn itu hubungan sesama jiran mahupun masyarakat amnya akan bertambah mesra dan harmoni, sebagaimana firman Allah dalam surah al-Baqarah; ayat 208:

Wahai orang-orang yang beriman! Masukkan kamu ke dalam agama Islam (dengan mematuhi ) segala hokum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak syaitan; sesungguhnya syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.

(vii) Membangunkan ummah Membangunkan ummah beerti membangunkan seluruh potensi individu kea rah kehidupan beragama denagn kaat lain kepekaan masyarakat terhadap Allah sebagai pancipta alam semesta, malah juga sebagai pemberi seluruh peraturan hidup dan sebagai pendidik teragung (Murabbi). Oleh yang demikian, pendidik harus berusaha (secara berjemaah) menyedarkan manusia tidak kira orng Islam atau bukan Islam dengan jalinan berdasarkan nilai-niali Islam dalam menghubungkan setiap individu dengan alam sekitar dan masyarakat baik dalam institusi sosial, kerajaan mahupun swasta. Di sini memperlihatkan betapa pendidikan memberi pengertian pembangunan diri insan itu sendiri, kerana setiap insane harus dibangunkan daripada aspek-aspek kerohaniannya di samping aspek inteleknya supaya terbina sifat-sifat ketakwaan kepada Allah dengan menjag batas-batas syarak, berkasih sayang sesama manusia, jujur, amanah dan bertanggungjawab dalam menjalankan tugas. Malah, dalam hal ini Saed Hawa pernah menyatakan antara sifat-sifat individu yang harus dibangunkan ialah seperti berikut; kuat tubuh badan, luhur akhlaknya, mantap berfikir, berdikari, sejahtera akidah, tetap ibadah, sentiasa melaksanakan jihad, menepati waktu dan mempunyai cara kerja yang teratur.

Dengan adanya pembentukan dan pendidikan individu seperti ini maka dapatlah melahirkan sebuah negara yang mendapat keredaan Allah.

Kesimpulan

Dalam usaha membentuk individu yanh salih, walaupun tugas ini ialah tugas selurah anggota masyarakat, tetapi yang lebih berperanan dan lebih bertanggungjawab ialah para pendidik. Ini disebabkan para pendidik terlibat secara langsung daalm pembinaan dan pembekalan nilai-nilai luhur terhadap generasi sekarang dan akan datang. Kerja yang besar begini juga dilakukan oleh orang perseorangan. Ia bukan sahaja tidak membawa kesan tetapi hampir mustahil dilaksanakan. Oleh keraan itu, perlulah ahli pendidik menerapkan dalam jemaah yang menjadikan dakwah dan tarbiyah sebagai landasan perjuangan dan profesion.

No comments:

Post a Comment