Kedatangan Maut -

Kematian adalah suatu yang haq. Ianya pasti akan datang kepada setiap orang. Setiap orang tidak boleh mengelak darinya kerana ianya sesuatu yang telah dijanjikan oleh Allah swt. Tiada sesiapapun akan mengetahui bilakah maut akan menghampiri mereka. Setiap yang bernyawa pasti akan merasakan mati. Dan pada saat inilah ruh akan tepisah daripada badan maka teputuslah segala kehidupan didunia. Sesungguhnya amal yang banyak ketika didunia akan menjadi bekalan ketika di alam barzakh nanti. Dan ingatlah bahawa semua yang berlaku adalah atas keizinan Allah swt. Allah berfirman yang bermaksud”Maha suci Allah yang ditangannyalah segala kerajaan, dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu. Yang menjadikan mati dan hidup, supaya dia menguji kamu, siapa diantara kamu yang lebih baik amalannya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun. ” (QS. Al-Mulk 1-2) 

Semua makhluk yang berjiwa pasti akan mati. Tiada sesuatu makhluk pun yang akan telepas daripada mengalami mati. Allah tidak menciptakan makhluk yang akan hidup kekal untuk selamanya. 

Allah berfirman yang bermaksud:“Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan (yang sebenar-benarnya) . Dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan (QS. Al-Anbiyaa’35) 

Daripada ayat diatas Allah menjelaskan bahawa semua makhluk akan mati. Bukan sahaja manusia. 

Kita tidak akan dapat mengetahui bilakah ajal itu akan tiba, tapi ianya sudah pasti akan mendatangi semua orang. Datangnya ajal itupun tidak dapat ditunda dan dipercepatkan. Ianya telah ditetapkan oleh Allah swt. Bila mana Allah menghendakkannya berlaku maka akan berlakulah. Ianya telah disebutkan Allah didalam Al-Quran. 

Firman Allah yang bermaksud:“Apabila telah datang ajal kepada mereka, maka mereka tidak dapat mengundurkannya, barang sesaatpun dan tidak (pula) mengundurkannya” (QS. Yunus 49) 

Semua makhluk yang berjiwa tidak dapat melarikan diri daripada maut. Walaupun kemana kita bersembunyi, maut akan datang menghampiri apabila telah tiba saatnya. Ini telah ditegaskan oleh Allah didalam Al-Quran. 

Firman Allah yang bermaksud: katakanlah :”Sesungguhnya kematian yang kamu lari dari padanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah) , yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan. ” (QS Al-Jumu’ah 8) 

Menurut firman Allah diatas, maka sudah jelas bahawa manusia tidak dapat mengelakkan diri daripada maut. Malah Allah menyatakan lagi dalam hadis Qudsy yang bermaksud, ”wahai Anak Adam ! Mati itu pintu, dan setiap manusia akan memasukinya. ”jelas sekali ayat ini menyatakan bahawa mati itu akan mendatangi semua orang dan setiap orang akan dapat merasakannya. Allah berfirman lagi dalam hadis Qudsy yang bermaksud, ”Wahai sekalian aanak Adam ! Mati itu tempat minum. Setiap manusia meminumnya. ”

Manusia harus sentiasa beringat tentang kematian kerana baanyak kebaikan yang akan kita perolehi. Dengan mengingati kematian, atau memikirkan tentang apa yang akan kita hadapi di dalam kubur nanti, ia akan menimbulkan keinsafan kepada setiap orang. Dan, bagi orang yang benar-benar beriman, mereka akan sentiasa takut akan azab di dalam kubur nanti dan akan sentiasa memperbanyakkan amalan mereka sebagai bekalan ketika di alam barzakh nanati. Antara kebaikan yang akan diperolehi bagi orang yang sentiasa beringat tentang kematian ialah, yang pertama, ianya dapat menghapuskan dosa. 

Seperti firman Allah yang bermaksud:”Perbanyakkan mengingat kematian, sebab yang demikian itu akan menghapuskan dosa dan menyebabkan timbulnya kezuhudan di dunia. ” (HR. Ibnu Abid Dunya) 

Aantara kebaikan lain ialah, dengan mengingat kematian, ia dapat menjadi penasihat kepada diri sendiri, dan orang yang mengingat kematian juga ialah orang yang terpandai. Allah berfirman yang bermaksud:”Secerdik-cerdik manusia ialah yang terbanyak ingatannya kepada kematianserta yang terbanyak persiapannya untuk menghadapi kematian itu. Mereka itulah orang-orang yang benar-benar cerdik, dan mereka akan pergi kea lam baka dengan membawa kemuliaan akhirat. ” (HR. Ibnu Majah dan Ibnu Abid Dunya) 

Terdapat tiga keadaan orang yang beringat tentang kematian. 
1. Orang yang terperosok kedalam keduniaan, yakni yang berfikir tentang harta yang akan mereka tinggalkan di dunia ini. 
2. Orang yang bertaubat, yakni mereka yang memperbanyyakkan mengingati kematian untuk menimbulkan rasa takut dan ketaqwaan kepada diri dan mereka akan segera bertaubat. 
3. Orang yang menyedari terus menerus, yakni mereka yang sentiasa ingatkan kematian dan menantikan kedatangannya dengan tabah dengan amal yang cukup kerana igin berjumpa dengan yang tercinta di akhirat nanti, iaitu kekasih yang satu, Allah swt. 

Hadis nabi Muhammad saw. yang bermaksud, : Mu’adz ra. berkata : Rasulullah saw. bersabda :”siapa yang akhir kalimah yang keluar dari lidahnya, kalimah LAA ILAAHA ILLALAAH pasti masuk syurga. ” (HR. Abu Dawud dan Al hakim) 

Daripada sabda Rasulullah saw. diatas, maka, sudah pastilah, bagi orang yang akan mati, perlulah diajar untuk menyebut kalimah”LAA ILAAHA ILLALAAH”. Kerana ianya amat diberi tuntutan oleh Rasulullah. 

Untuk menghadapi saat kematian, setiap orang perlulah mempunyai bekalan yang cukup untuk dibawa bersamanya nanti. Bekalan itu ialah amal yang telah dilakukan ketika dimuka bumi ini. Bukan harta yang melimpah ruah. 

Sabda Rasulullah saw dalam haditsnya yang bermaksud:”Apabila seorang anak Adam (manusia) meninggal dunia, maka putuslah segala amalannya melainkan dari tiga perkara: iaitu, ilmu yang dapat diambil kemanfaatannya, sedekah jariyah (yang mengalir pahalanya) , dan anak yang soleh yang suka mendoakan keselamatan orang tuanya. ” (HR. Muslim) 

Daripada ayat diatas, dapat disimpulkan bahawa 3 bekalan yang dapat kita bawa bersaama dan akan membantu kita di alam barzakh nanti ialah, ilmu yang dapat diambil manfaat darinyaa, sedekah jariyah dan doa anak soleh yang mendoakan orang tuanya. Orang yang tidak menyiapkan bekalan yang cukup untuk menghadapi alam barzakh nanti ialah orang yang amat-amat rugi dan akan menyesal kelak. 

Hadits Nabi saw. yang bermaksud:”Tiga macam yang mengikuti orang mati ke perkuburan iaitu, keluarganya, hartanya dan amalannya, yang dua pertama, (keluarga dan harta) kembali pulang. Yang satu ikut iaitu amal ibadah. ” (HR. Bukhary Muslim) 

Dapat dirumuskan bahawa amal ibadah amat penting sebagai bekalan menuju ke rahmatullah. 

Seseorang itu tidak boleh mengharapkan kematian menimpanya. Kerrana ianya sesuatu yang dimurkai Allah. 

Sabda Rasulullah saw. yang bermaksud : Anas ra. berkata: Rasulullah saw. bersabda :”janganlah seseorang daripada kamu menginginkan mati kerana bala yang menimpanya. Tetapi kalau ia terpaksa menginginkan mati hendaklah membaaca : (ALLAHUMMA AHYINI MAA KAANATIL HAYAATU KHAIRON LII, WATAWAFFANII IDA KAANATIL WAFAATU KHOIRON LII) (Ya Allah, lanjutkannlah hidupku sekiranya hidup itu lebih baik bagiku, dan segera matikanku sekiranya mati itu lebih baik bagiku) (HR. Bukhary-Muslim) 

Kesabaran adalah sangat penting setiap kali untuk menghadapi setiap ujian daripada Allah swt. Sesungguhnya Allah itu sangat adil terhadap makhluknya, setiap ujian yang diberikan mempunyai hikmah yang tersendiri di sebaliknya. Bahkan, manusia terdahulu pun telah diberi ujian oleh Allah. Kita tidak boleh menyalahkan Allah dan berkata yang tuhan tidak adil kerana menguji kita dengan ujiannya. Kita diberikan akal untuk berfikir tentang sesuatu ujian itu dan mencari jalan untuk menyelesaikannya. 

Rasulullah saw. bersabda, maksudnya :”tidak akan keluar roh seorang mu’min sehingga dia melihat tempatnya di syurga, dan tidak akan keluar roh seorang kafir sehingga ia melihat tempatnya di neraka. ”

Daripada ayat diatas, sudah jelaslah, apabila tiba saat malaikat Jibril untuk menjalankan tugasnya, maka akan ditunjukkan olehnya syurga kepada orang mu’min, jika yang akan meninggal itu orang kafir, maka akan ditunjukkan oleh malaikat Jibril, neraka. Bagaimana ia me nunjukkan syurga dan neraka itu? Jawapannya, Allah telah menciptakan malaikat Jibril dengan 600 sayap yang cukup indah, dan antara sayap itu, dikakan sayap ialah gambaran syurga, dan pada sayap sebelah kiri pula, tertulis gambaran neraka. Untuk menunjukkan gambaran itu, ia akan membentangkan sayapnya. 

Sakitnya maut itu sangat dasyat, seperti kisah Nabi ‘Isa as, apabila ibunya telah wafat, beliau telah mendatangi kubur ibunya dan bertanya kepada ibunya, bagaimanakah ibunya merasakan sakitnya maut?, maka jawab ibunya, belum hilang lagi rasa sakit pada tenggoroknya dan belum hilang rasa takut pada kedua matanya melihat Malaikat maut. Dalam satu hadits, disabdakan oleh Nabi saw. yang membawa maksud, kadar ukuran sakitnya maut kepada orang mu’min ialah seperti tiga ratus kali pukulan dengan pedang. 

Cara keluarnya roh dari badan setiap orang adaalah berbeza, ada antaranya diambil rohnya dengan ditarik dengan satu tarikan, ada yang dilepas dengan satu lepasan dan ada yang dilolos dengan satu lolosan. Jika orang itu adalah orang mu’min yang beruntung, setelah rohnya diambil dan dibawa berjumpa RABBUL ‘ALAAMIN (Tuhan seru sekalian alam) , maka Allah berfirman kepada malaikat supaya dibawa semula untuk melihat badannya yang tinggal. Maka ia akan dapat melihat orang yang ada dirumahnya, jika orang yang meninggal itu orang kafir, maka sebaliknyalah akan berlaku. Begitulah adilnya Allah pada setiap makhluknya. 

Selepas roh keluar dari badan, ia dapat melihat keadaan badannya dikerjakan orang, bagaimana ia dimandikan, disembahyangkan, dan sebagainya. Dalam satu hadits Rasulullah, beliau ada menyatakan sangat sakit maut itu, hinggakan, sewaktu dimandikan, roh akan akan memanggil dengan panggilan yang didengar oleh semua makhluk selain jin dan manusia. Ketika dimandikan ia akan berkata jangan simbah air dibadannya kerana badannya melecur kerana keluarnya ruh. Begitulah betapa sakitnya ketika menghadapi maut. 

Menurut riwayat Abu Hurairah ra. maksudnya : Dan diceritakan dari Abu Hurairah ra. bahawasanya ia berkata :”Tatkala seorang lelaki mu’mun meninggal dunia, maka rohnya b erkeliling mengelilingi rumahnya selama sebulan, maka setelah sempurna satu bulan, maka roh tersebut datang kekubur, ia mengelilinginya selama satu tahun, maka roh tersebut diangkat sehingga datang hari kiamat. ”

Daripada ayat diatas, maka dapat disimpulkan bahawa roh orang mu’min akan dapat mengelilingi riumah dan kuburnya dan melihat sanak saudara dirumahnya. Dan melihat apa yang telah ditinggalnya. Dan semuanya berlaku atas keizinana Allah swt. 

Sesungguhnya bumi ini setiap hari memberi peringatan kepada semua orang yang ada diatasnya. Ia mengingatkan tentang maksiat yang telah berleluasa dan dosa-dosa yang telah dibuat dan segala macam lagi. Sesungguhnya bumi ini dalah tempat sementara bagi semua makhluk, dan hendaklah kita sentiasa membuat kebaikan dan mencari bekalan yang cukup untuk kehidupan yang kekal di akhirat nanti. Bumi hanyalah tempat untuk mencari bekalan bila kita masuk ke alam barzakh nanti. Selepas kehidupan di bumi ini. Rumah bagi setiap orang adalah kubur. Dan seterusnya dibangkitkan ke akhirat. Kubur itu ialaah rumah sunyi dan tepencil, maka buatlah kawan dengan membaca Al-Qur’an. Kubur itu adalah rumah yang gelap, maka terangilah ia dengan menjalankan sembahyang malam. Kubur itu adalah rumah didalam tanah, maka buatlah alas dengan membuat amal soleh. Kubur ialah rumah yang mempunyai ular-ulaar yang sangat besar, maka, sebagai penawar hendaklah sentiasa membaca”BISMILLAH HIRRAHMA NIRRAHIM”, dan kubur ialah tempat pertanyaan Munkar dan Nakir, maka untuk melancarkan kita menjawab pertanyaan itu hendaklah memperbanyakkan membaca”LAA ILLA HA ILLALLAH MUHAMMADUNRRASULULLAH”. InsyaAllah. Semuanya kuasa Allah. 

Sufyan Atsaury rahimahullah berkata : barang siapa yang banyak ingatannya pada kubur, maka ia akan menjumpai satu taman dari taman-taman syurga dan barang siapa yang melupakannya maka ia akan menjumpainya berupa suatu jurang dari jurang-jurang neraka. Inilah salah satu kelebihan jika kita sentiasa mengingati kematian dan kubur. 

Rasulullah saw. bersabda yang bermaksud :”Kubur itu adalah satu taman setengah dari beberapa taman syurga, atau satu jurang setengah dari beberapa jurang neraka”. 

Maksud ayat itu ialah, ada antara kita yang akan mendapat nikmat syurga dan ada yang akan merasakan pedihnya azab neraka. Ianya bergantung kepada bekalan amal masing-masing. Brsama-samalah kita berdoa agar kita termasuk orang-orang yang akan menikmati salah satu taman syirga ni dalam kubur nanti. 

Apabila berada didalam kubur nanti kita akan didatangi oleh malaikat maut dan akan menyoal soalan-soaln kepada kita. Jika oran yang disoal adalah dikalangan orang mu’min, maka akan lancarlah jawabnya, dan tidak akan menerima azab kubur. Mereka akan didatangi oleh malaikat yang amat bersinar mukanya dan akan dibawa kain kafan dan cendana dari syurga. Lain pula jika orang yang meninggal itu adalah orang kafir. Apabila disoal, mereka akan tergagap-gagap menjawab, bahkan tidak akan dapat untuk menjawab pertanyaan dari malaikat maut. Apabila malaikat bertanya”siapa tuhanmu”maka ia tidak dapat menjawabnya. Selepas itu malaikat bertanya lagi, ”apakah agamu”. Jawapannya tidak tahu. Malaikat bertanya lagi, ”apakah yang engkau ucapkan pada seorang lelaki yang diutuskan kepadamu”jawapannya juga tidak tahu. Lantas, ia dipukul dengan besi yang sangat kuat. Maka, mengeranglah ia kesakitan. Allah sangat mendustakan orang yang tidak beriman kepadanya, inilah akibatnya jika tidak beriman kepada Allah swt. Allah swt. Ialah dzat yang sangat agung, tuhan yang mengiuasai seluruh alam. 

Terdapat empat perkara yang wajib kita amalkan untuk memelihara kita daripada azab kubur. 
1. Memelihara sembahyang lima waktu
2. Membuat amal sedekah
3. Sentiasa membaca Al-Qur’an
4. Memperbanyakkan bertasbih, ianya untuk menerangi kubur kita kelak. 

Selain daripada perkara yang wajib kita amalkan, terdapat juga perkara yang kita patut jauhi untuk memelihara kita daripada azab kubur, antaranya ialah
1. Berdusta
2. Hiyanat
3. Mengadu domba
4. Air kencing

Rasullah saw. bersabda yang bermaksud :”Bersihkanlah dirimu dari air kencing, maka sesungguhnya merattanya siksa kubur itu darinya. ” (TAMBIHUL GHAFILIN. 13) 

Daripada ayat diatas, Rasulullah saw sendiri pun mengingatkan kita supaya sentiasa bersih daripada najis air kencing. 

Menziarahi kubur juga ada adab-adabnya, termasuknya, perempuan tidak diwajibkan untuk menziarahi kubur. 

Sabda Rasulullah saw. yang bermaksud :”Dari Abu Hurairah : Sesungguhnya Rasulullah telah mengutuk wanita-wanita yang menziarahi kubur. ”

Rasulullah sendiri tidak menyukai perempuan untuk menzirahi kubur, kerana aurat mereka. Memanglah wanita diwajibkan menjaga aurat mereka, tetapi pada hari ini ramai yang telah lalai. Ada yang hanya sekadar meletakkan selendang dikepalanya hingga menampakkan aurat. 

Ketika menziarahi kubur, kita disunatkan untuk berdiri membelakangi kiblat, menghadap muka mayat dan memberi salam kepadanya. Orang islam dilarang daripada mengusap-usap tanah kubur dan menciumnya kerana ia adalah istiadat kaum nasraniy. 

Terdapat banyak kebaikan dan kelebihan bagi orang-orang yang sentiasa mengingati kematian, marilah kita sama-sama berdoa kepada Allah agar kita terhindar daripada azab-azab seksaan kubur. 

Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau 
PERLIS
MALAYSIA

H: 013-4006206
P: 04-9882701
abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
http://abdazizharjin.blogspot.com