Teori Dan Praktik Ekonomi Islam -

Disediakan Untuk: Ustaz Abd Aziz Bin Harjin
Disediakan Oleh: Mohd Norul Amin Bin Mohd Zin

Ekonomi Islam telah bermula sejak zaman Rasulullah s. a. w di mana Rasulullah telah menunjukkan teladan ekonomi Islam semasa beliau berniaga. Di sini, sudah timbul gaya, teori dan praktikal bagaimana adab, cara dan dasar yang digunakan dalam perniagaan secara khususnya dan ekonomi Islam secara amnya. Selepas munculnya pentadbiran Islam yang pertama di kota Madinah, di tapak inilah ekonomi Islam yang lebih meluas mula dipraktikkan yang diketuai oleh Rasulullah s. a. w, kota Madinah kemudiannya mula menjadi satu kota yang mempunyai ekonominya yang mantap dan kukuh di dunia pada ketika itu. Selepas Islam mula berarah ke bahagian Asia pada zaman pemerintahan Melaka, ekonomi Islam mula tersebar luas di kepulauan Melayu terutamanya di Melaka. Pada ketika itu, Melaka merupakan salah satu pusat perdagangan yang strategik iaitu di pertengahan jalan antara Timur dan Barat. Dengan penerimaan Islam oleh raja Melaka serta rakyatnya, maka bermulalah era ekonomi Islam di Melaka secara rasmi. 

Di sini, kita hanya mengetahui bahawa ekonomi Islam itu banyak bergantung kepada sumber perniagaan, tetapi kita masih lagi tidak mengetahui bagaimana ekonomi Islam yang sebenar, kebaikan dan manfaat kepada umat manusia. Melalui hasil tulisan Muhammad Abdul Manan yang bertajuk”Teori dan Praktek Ekonomi Islam”atau”Islamic Economy, Threory and Practice”, isu ekonomi Islam dibincangkan dengan lebih mendalam dan secara lebih terperinci untuk pemahaman masyarakat. Segala bentuk teori, praktikal, dan cara yang diamalkan dalam prinsip ekonomi Islam yang sebenar dipaparkan dalam buku ini. 
Secara kesimpulan yang mudah, ilmu itu bermaksud pengetahuan yang dirumuskan secara sistematik untuk panduan hidup. Sistem pula dikaitkan sebagai”keseluruhan”yang kompleks atau bahasa yang lebih mudah iaitu suatu susunan hal, keadaan atau peristiwa yang mana saling berhubungan antara satu sama lain. Dua konsep ini menjadi batu asas kepada ilmu ekonomi Islam secara tidak langsung. Walaupun begitu, asas utama yang menjadi panduan sebenar yang membayangi ekonomi Islam adalah Al-Quran dan As-Sunnah. Bagi pandangan penulis, beliau menyatakan bahawa ilmu ekonomi Islam adalah merupakan ilmu pengetahuan sosial yang mana memenuhi masalah ekonomi – ekonomi yang diilham dari nilai – nilai Islam. Walau bagaimanapun, ilmu ekonomi Islam dinyatakan bertentangan dengan ekonomi moden Barat yang mana mengatakan bahawa ilmu ekonomi itu adalah suatu ilmu yang tentang manusia dalam usaha kehidupan yang biasa. ”Ilmu ekonomi adalah ilmu pengetahuan yang mempelajari perilaku manusia sebagai hubungan antara tujuan dan sarana langka yang memiliki kegunaan – kegunaan alternatif (Proffesor Robbins) ”. Melalui pendapat daripada ilmuan Barat, jelas menunjukkan bahawa prinsip mereka adalah bertentangan dengan prinsip ekonomi Islam di mana Islam lebih mementingkan kepada pembangunan sosiologi manusia. Prinsip ekonomi Islam adalah satu prinsip yang sesuai untuk zaman dahulu, kini dan masa depan. 

Ilmu ekonomi Islam adalah bersumberkan Al Quran dan Sunnah. Pelbagai tafsiran telah dibuat dari segi nilai, permbahagian kerja, sistem harga, dan konsep”harga yang adil”, kekuatan permintaan dan penawaran, produksi, petambahan penduduk, pengeluaran, perang perrdagangan dan sebagainya oleh cendikiawan – cendikiawan Islam. Walaupun begitu hakikatnya ekonomi yang paling asas adalah berkaitan dengan sebab dan kesan, contohnya jika permintaan terhadap suatu barang melambung maka harga barang juga turut melambung. Data ekonomi juga dikatakan berada dalam keadaan yang tidak tetap di mana ia bergantung kepada keadaan. Ia turut dikenali sebagai konsumsi dan produksi. 

Seperti yang kita sedia maklum, Al Qur’an adalah sumber yang paling asas dalam prinsip ekonomi Islam. Al Qu’ran adalah amanat dari Allah SWT yang telah diturunkan melalui ucapan Rasulullah SAW untuk membimbing umat Islam dalam mengikuti garis panduan dan jalan yang lurus dalam kehidupan. Melalui Al Qur’an jugalah timbulnya bahasa dan penulisan serta seni secara amnya. Segala kandungan Al Qur’an adalah meliputi langit dan bumi. Ini bermaksud Al Qur’an itu meliputi segala aspek kehidupan di dunia mahupun di akhirat. Kedua, ekonomi Islam adalah berprinsipkan Hadis dan Al Sunnah. Sunnah dari segi bahasa bermaksud cara, adat, istiadat dan kebiasaan hidup. Sunnah ini mengarah kepada segala perilaku Nabi Muhammad SAW yang mana dijadikan teladan kepada umat Islam. Hadis pula adalah setiap ucapan, nasihat dan kata – kata yang diucapkan oleh Rasulullah SAW yang menjadi panduan kepada umat Islam. Dari apa yang dimaksudkan, hadis dan sunnah adalah dua perkataan yang memberi maksud yang berbeza. Sunnah adalah pemberitaan atau dalam bahasa yang lebih mudah iaitu pemberitahuan oleh Rasullah melalui ucapan manakalahadis adalah bersifat teoritik iaitu mempunyai jalan cerita tentang Rasulullah SAW, yang mana mempunyai maklumat dan teladan yang dipersetujui oleh Rasulullah SAW untuk dijadikan teladan. 

Sumber ketiga sebagai rujukan ekonomi Islam adalah Ijma’. Ijma’ adalah seumber ketiga dalam hukuman Islam selepas Al Qur’an, hadis dan sunnah. Ia merupakan konsensus atau idea baik daripada masyarakat dan para cendikiawan agama.. Ijma’ boleh merupakan salah satu faktor yang dianggap boleh memudahkan sesuatu yang susah untuk difahami oleh umat Islam. Walau bagaimanapun, harus diingat bahawa sumber Ijma’ haruslah berteraskan Al Qur’an dan Al Sunnah. 

Ijtihad atau Qiyas adalah sumber keempat dalam meningkatkan ekonomi Islam. Dari segi bahasa, ijtihad adalah meneruskan setiap usaha untuk menentukan sedikit sebanyak kemungkinan dalam suatu persoalan Syariat. Pengaruh dari hukumnya berkemungkinan boleh diterima tetapi haruslah berdasarkan Al Qur;an dan Al Sunnah. Qiyas pua melitupi dalam soal – soal syariat. Walau bagaimanapun. Sumber ini harus diselidik terlebih dahulu kerana terdapat juga Qias atau Ijtihad yang diambil dari sumber yang salah yang mana boleh memesongkan akidah. 

Dalam ekonomi Islam, prinsip yang paling utama adalah memenuhi dan membekalkan barangan keperluan yang mana memberi manfaat kepada manusia itu sendiri. Di sini, terdapat tiga perkara yang perlu diambil serius dalam membincangkan tentang ekonomi Islam. Pertamanya ialah keperluan. Keperluan adalah permintaan yang meliputi segala hal ynag diperlukan untuk memenuhi permintaan masyarakat. Kesengan pula boleh didefinisikan sebagai sebagai komoditi yang menambahkan kemudahan masyarakat manakala kemewahan lebih menunjukkan ke arah penggunaan yang tidak memberi manfaat kepada masyarakat atau individu itu sendiri. 

Dalam pada itu, buku ini sedikit sebanyak turut membincangkan sentang kebijaksanaan tentang kependudukan dalam negara Islam. Kebijaksanaan tentang kependudukan dalam negara Islam bermaksud kebolehan atau keupayaan dalam mengawal masyarakat dalam satu komuniti. Sebelum ini, terdapat beberapa contoh pengurusan kependudukan yang tidak betul seperti pembatasan kelahiran. Dalam Islam pembatasan perkahwinan adalah perkara yang tidak dibenarkan jika mengikut cara yang tidak betul. Ia boleh mengarahkan kepada pembuangan anak, pengguguran dan sikap tidak mahu berkahwin. Perkara ini adalah diharamkan dalam Islam dengan sekeras – kerasnya. Namun begitu bagi pandangan pihak radikal, mereka mengaggap dengan adanya pembatasan perkahwinan, mereka boleh memelihara kesihatan dan kecantikan wanita, memudahkan pengawalan terhadap keluarga, memberikan kemudahan kepada masyarakat yang mempunyai masalah dari segi kewangan dan sebagainya. Sesungguhnya pendapat golongan ini adalah bercanggah dengan Islam. Daripada Al Quran yang bermaksud, ”dan janganlah kamu membunuh anakmu kerana takut miskin. Kami – lah yang memberikan rezeki kepada mereka dan kepada kamu”. 

Konsumsi adalah permintaan manakala produksi adalah penyedian sesuatu produk. Daripada analisis yang dijalankan, konsumsi dalam bab Islam adalah berprinsipkan keadilan, kebersihan, kesederhanaan, kemurahan hati dan moral. Keadilan adalan adil dalam perniagaan, kebersihan bermaksud jauh daripada kekotoran sama ada zahir atau batin, keserhanaan bermakusd berjimat – cermat dan kemurahan hati pula adalah pertimbangan dalam setiap urusan. Semua ini menjadi konsep asas dalam konsumsi atau permintaan dalam konteks ekonomi Islam. 

Produksi pula merupakan penghasilan barangan yang mana berguna dan memberi manfaat kepada manusia. Dari segi ekonomi moden, produksi diukur dari segi kekayaan atau pendapatan seperti mana diperkatakan oleh Profesor Pigou iaitu setiap produksi dalam ekonomi diukur melalui pengukur wang. Islam pula memandang produksi secara lebih meluas iaitu pertambahan pendapatan yang mana disebabkan oleh pertambahan permintaan terhadap barang – barang yang berfaedah dan memberi manfaat yang maksima kepada masyarakat. Secara jelasnya, Islam bukan memandang dari segi pendapatan sahaja, tetapi dalam meningkatkan produk barangan keperluan yang berguna kepada masyarakat. Islam tidak memandang dari segi kuantiti barang tetapi kualiti barangan tersebut dalam memenuhi keperluan masyarakat. Antara faktor – faktor sekitar yang mana mempengaruhi pengeluaran sesuatu barangan adalah seperti tanah, tenaga kerja yang mencukupi, modal yang cukup dan organisasi yang stabil dan kukuh serta diyakini. 

Dalam setiap perniagaan atau sistem yang kukuh dalam mencapai ekonomi yang mantap, haruslah diwujudkan satu organisasi bagi mentadbir dan menguruskan setiap perkara dalam organisasi tersebut. Di sini, hubungan antara rakan sekerja sama ada pekerja dengan majikan memainkan peranan yang penting dalam membangunkan organisasi. Mengikut prinsip ekonomi Islam, perbezaan pangkat atau tahap pekerjaan bermaksud perbezaan dari segi kemampuan dan bakat yang menyebabkan perbezaan pendapatan. Setiap jasa yang ditabur oleh pekerja haruslah dibayar penuh dan tidak boleh diabaikan. Prinsip ini sama sekali bercanggah dengan prinsip ekonomi moden yang mana lebih mengutamakan kerahan tenaga dan perbayaran pendapatan yang tidak adil. Kebanyakan yang dilihat pada industri pada masa kini, mereka mengetatkan peraturan kerja yang mana tidak memberi faedah kepada para pekerja, menyekat pengeluaran gaji dan pekerja hanya menerima sebahagian sahaja dari produksi. Ia kelihatan seperti tidak adil kepada pekerja. Nabi Muhammad SAW menyatakan, ”Manusia tidak berhak akan bahagian yang tidak diberikan kepadanya. Tuhan memberi bahagian pada setiap orang, oleh kerana itu janganlah melanggar milik orang lain”. Dari sudut para majikan pula, mereka merupakan salah satu aset penting dalam suatu organisasi. Jika pincang majikan maka runtuhlah suatu organisasi itu. 

Dalam ekonomi Islam sejak zaman dahulu lagi, penguasaan tanah merupakan isu yang amat besar dan harus dibincangkan dengan lebih terperinci untuk memudahkan pemahaman masyarakat. Masyarakat pada zaman dahulu dilarang untuk menjual tanah mereka. Khalifah Umar pernah menyatakan bahawa”Allah SWT memberikan tanah kepada manusia untuk menggunakannya ke arah perkara yang bermanfaat dan tinggalkan apa yang tidak diguna. Pada zaman pemerintahan khalifah Umar Al-Khattab, pelbagai jenis sistem penguasaan tanah yang ada pada kerajaan Islam telah digunakan. Antaranya Itqa’ yang bermaksud pemilikan peribadi, sistem Hima yang mana tanah digunakan untuk manfaat satu komuniti dan keperluan bersama, Sistem Tuan Tanah Negara iaitu tanah milik kerajaan dan disewakan, Hak Milik Petani iaitu tanah milik petani, Pemilik bukan Penggarap, Penggarap bukan Pemilik, dan Pemilik Penggarap. 

Selain daripada aktiviti perniagaan dan penguasaan tanah, ekonomi Islam juga mempengaruhi aktiviti sewa dan upah. Secara logiknya, sewa bermaksud memberi hak penggunaan sesuatu barang tertentu dalam tempoh masa tertentu manakala upah bermaksud menolong atau melakukan sesuatu untuk mendapatkan bayaran. Dalam Islam, perkataan upah juga turut dimasukkan dalam ekonomi Islam. Upah yang diambil atau diperolehi daripada majikan haruslah merangkumi pelbagai aspek antaranya seperti kemampuan, keadaan dan hak asasi itu sendiri. Perbezaan upah juga turut mempengaruhi ekonomi Islam secara tidak langsung. Perbezaan upah adalah mengikut beberapa faktor seperti perbezaan keuntungan, dan perbezaan pembiayaan latihan yang berbeza. Walau bagaimanapun, dalam mengaut pendapatan, kita tidak lari daripada terlibat dalam kes riba dan bunga. Sepeti yang dijelaskan dalam Al Quran, al-riba merupakan perkara yang haram dalam Islam. Namun begitu, terdapat beberapa kemusykilan mengenai persamaan dan perbezaan antara riba dan bunga. Di sini bunga bermaksud kesan perniagaan sama ada untung atau rugi yang mana ditanggung oleh kedua – dua pihak. 

Dalam Islam, modal serta peranannya dalam proses produksi serta dalam kekayaan negara diakui. Modal dalam konteks ekonomi Islam haruslah produktif yang mana setiap tenaga kerja yang disokong oleh modal yang cukup dan kukuh adalah lebih baik daripada tenaga kerja yang berlandaskan tiada modal. 

Dalam bab yang bertajuk”Menuju suatu teori harga dalam negara Islam”, penulis membincangkan tentang dasar teori harga Islam. Bercakap tentang penetapan harga barang, dalam Islam tututan harga barang adalah dibuat oleh pembeli sendiri. Islam amat menggalakkan persaingan yang sihat dalam perniagaan yang mana persaingan yang bebas daripada spekulasi, sembunyi barang, penyeludupan dan lain – lain lagi. Di sini, ilmu yang berkaitan dengan perniagaan amat diperlukan dalam memajukan suatu perniagaan. Selain itu, persatuan – persatuan juga digalakkan diwujudkan bagi membicangkan dan menyelesaikan keluhan –keluhan daripada mereka yang terlibat sama ada peniaga ataupun pengguna. Barang – barang keperluan haruslah diberi keutamaan yang mana setiap harga haruslah dikawal bagi mengelakkan kenaikan harga barang yang tidak terkawal. Keengganan mereka untuk menerima harga bagi barangan terkawal boleh membuatkan keperluan dan pembekalan suatu barang itu kurang atau terputus. 

Dalam bab yang berkaitan dengan penentuan harga barangan dalam konteks Islam, penulis menyatakan secara tidak langsung tentang persaingan yang tidak sempurna yang mana telah menyebabkan timbulnya masalah dalam pemberian harga barang. Antaranya masalah utama adalah seperti wujudnya harga monopoli sesuatu barang, kenaikan harga sebenar, kenaikan harga buatan dan kenaikan harga disebakan oleh keperluan. Harga monopoli merupakan harga yang dikeluarkan disebabkan munculnya barangan pengganti yang mana disebabkan oleh berlakunya persaingan yang tidak sihat. Kenaikan harga barang sebenar pula berlaku disebabkan oleh bertambahnya permintaan, berkurangnya pengeluaran produk, pengaruh teknologi yang digunakan dan beberapa faktor sampingan yang lain. Kenaikan harga buatan adalah bermaksud berlakunya perbuatan yang mengurangkan pengeluaran barang yang mana dilakukan oleh peniaga – peniaga yang tidak bertanggungjwab. Ini secara tidak langsung akan mengurangkan keseluruhan pengeluaran produk keperluan tersebut dan boleh memberi kesan kepada kestabilan ekonomi.. 

Di sini, penulis turut berkongsi pendapat mengenai pasar Islam dan cara pengusahannya. Sebelum ini, penulis turut menulis dalam bukunya yan lain yang bertaju”Islamic Perspective on Market Prices and Allocation”yang man diterbitkan oleh International Centre for Research in Islamic Economic, Jedah, Saudi Arabiah pada tahun 1982 yang mana menceritakan secara lebih jelas mengenai keadaan pasar Islam and pengusahaannya. Mekanisme pasar Islamik mengikut penglihatan penulis adalah suatu mekanisme pasar bebas yang mana berdasarkan keperluan masyarakat yang efektif yang mana diusahakan melalui permintaan yang tinggi daripada masyarakat dan bukan bersifat individu. Ia juga seharusnya tidak bergantung dengan kekayaan dan kemewahan. Dengan kata yang lebih mudah, setiap perniagaan yang berlaku adalah berlandaskan kesejahteraan sosial yang mana ia merupakan kunci asas dalm ekonomi Islam. Persaingan yang berlaku di pasar Islam juga seharisnya menjadi salam satu mekanisme perniagaan yang diawasi, dikendalikan dan kerjasama yang adil dan saksama. 

Walaubagaimanapun cara kerja dalam perusahaan Islam menurut Islam bukan berjalan di atas dasarnya dan maksudnya sahaja. Kita seharusnya cuba untuk membesarkan keuntungan dan penjualan tetapi haruslah berlandaskan konsep Islam yang betul, tiada unsur penganiayaan dan riba. Prinsip – prinsipnya haruslah sesuai mengikut Syariat yang dibenarkan. Dalam membesarkan keuntungan, kita digalakkan untuk bekerjsama anta satu sama lain bagi pernigaan induvidu. Cara kerja dalam perusahaan yang dibuat haruslah dipantau oleh lembaga – lembaga yang ditetapkan dan mengikut peraturan yang telah ditetapkan. Sesuai dengan maksud ekonomi itu sendiri yang mana ekonomi mampu memberikan kesempatan yang lebih baik dalam menemukan jalan keluar dari kesulitan yang dihadapi. Pengusaha tidak seharusnya mementingkan keuntungan dan diri sendiri sendiri semata – mata sehingga mengabaikan masyarakat sekelililng. Setiap perniagaan atau perusahaan yang dilakukan haruslah secara sistematik, dan berlandaskan prinsip yang betul. Jika tidak, ini membolehkan pengusaha itu gagal mencapai sasaran dan berlakunya pengurangan dalam keuntungan. 

Mengikut sejarah peradaban, manusia sudah lama menggunakan wang sebagai pengantara atau alat tukar dalam pembelian dan penjualan sesuatu barang keperluan. Dalam bab seterusnya, penulis membincangkan penggunaan wang dan konsepnya dalam ekonomi Islam. Secara umumnya, Islam memandang wang sebagai satu alat tukar yang mana memainkan peranan sebagai satu unit akaun yang mana mempunyai nilai atau kepentingan mengikut nilai yang dicetak. Wang memainkan peranan yang amat penting dalam ekonomi Islam terutamanya dari segi sosial di mana ia memudahkan segala urusan perniagaan serta pembayaran zakat. Selain itu, wang juga mampu mengelakkan daripada berlakunya ketidaksamarataan dalam pertukaran barang seperti mana yang diamalkan sebelum ini yang mana dikenali sebagai sistem barter. Selepas munculnya konsep kewangan, konsep perbankan mula timbul atau lebih dikenali sebagai bank Islam. Secara khususnya, bank Islam mempunyai pelbagai manfaat dan peranan yang penting kepada masyarakat seperti pengawalan unsur riba dan bunga, sumbangan modal dan sebagainya. Di sini, bank Islam mula mengamalkan konsep yang lebih berprinsip dan selaras, antaranya seperti Mudarabah (pemilik modal memberikan modal) dan Murabaha (perjanjian yang termeterai yang melitupi asper keadilan dan saksama) . 

Pendapat tentang Bank Pembangunan Islam turut dimasukkan ke dalam buku ini oleh penulis untuk dibincangkan. Mengikut Deklarasi Tujuan yang dikeluarkan oleh suatu konferentasi Menteri – menteri Kewangan Negara Islam yang diselanggarakan di Jeddah dalam Disember 1973, tujuan pembukaan Bank Pembangunan Islam adalah untuk memupuk perkembangan ekonomi dan kemajuan sosial negara anggota dan masyarakat Muslim secara individu mahupun kerjasama sesuai dengan prinsip syariat. Bank ini mempunyai beberapa fungsi antaranya adalah terlibat dalam penanaman modal dan projek pengeluaran produk dan perusahaan di samping memberi bantuan kewangan kepada negara anggota dalam bentuk lain untuk perkembangan ekonomi dan sosial. Bank ini telah membina satu dana khusus untuk membantu masyarakat Islam di negara bukan anggota di samping membina dana untuk negara ahli. 

Bercerita tentang zakat, pada pertama sekali ia diusulkan, ianya telah ditentang hebat oleh golongan kapitalis atau penentang. Ramai pada ketika itu yang menganggap zakat adalah amalan peribadi yang mana bersifat penganiayaan sedangkan zakat dalam erti kata sebenar adalah pajak wajib yang dikenakan bagi mereka yang mempunyai lebihan harta bagi keperluan mereka yang lebih memerlukan (fakir miskin) . Namun segala aktiviti ini dikawal oleh bank Islam. Dalam pembentukan perbankan Islam, wujud satu lagi konsep yang diwujudkan yang mana berkait rapat dengan perbankan Islam iaitu Baitul Mal. Baitul Mal merupakan pusat pengumpulan harta dan wang zakat yang mana akan diberikan kepada mereka yang memerlukan. Baitul Mal mempunyai pegangan atau konsep yang tersendiri iaitu, ”Semua hak ke atas harta adalah milik Allah sedangkand manusia hanyalah khalifah di buminya, dan hanya memiliki benda – benda ini sementara”. Terdapat tiga jenis Baitul Mal yang mana masing – masing mempunyai sifat – sifat tersendiri iaitu Batul Mal al-Khas, Baitul Mal, Baitul Mal al-Islamin. Baitul Mal Khas adalah untuk mengawal perbendaharaan kerajaan atau dana rahsia, dengan unsur atau sumber pendapatan sendiri. Baitul Mal pula merupakan bank kerajaan yang mana berpusat di tegah kota dan diketuai oleh khalifah sendiri manakala Baitul Mal al – Islamin menjaga dan bertanggungjawab ke atas kesejahteraan masyarakat tanpa mengira kelas dan warna kulit. 

Bercakap mengenai ekonomi Islam, mungkin ramai yang menganggap bahawa ekonomi adalah berasaskan perniagaan semata – mata. Sebenarnya, dalam konsep ekonomi Islam, beberapa sumbangan lain turut memainkan peranan dalam membangunkan ekonomi Islam secara khususnya dalam negara itu sendiri secara amnya. Antara sumbangan tersebut adalah seperti zakat, jizyah, kharaj atau pajak bumi, harta karun, cukai dan lain – lain lagi. Seperti yang sedia maklum, zakat adalah satu pendapatan negara yang paling penting dalam suatu pemerintahan negara Islam. Ini adalah kerana zakat merupakan salah satu perkara yang dipandang sebagai perkara wajib bagi umat Islam dan tergolong dalam ibadat. Jizyah pula adalah harta pajak yang dikenakan kepada golongan bukan Muslim yang berada dalam negara Islam sebagai jaminan keselamatan dan sebagainya yang mana diberikan oleh negara Islam. Kharaj pula adalah sejenih pajak yang dikenakan ke atas negeri yang ditakluk oleh jajahan kuasa atau lebih dikenali sebagai tanah jajahan. Antara sumber yang lain adalah seperti harta rampasan perang yang mana diperolehi akibat kesan peperangan. Selain itu, harta karun turut dikenakan pajak. Perkara yang terakhir yang dibincangkan oleh penulis adalah tentang cukai dan pungutan. Cukai dan pungutan mula wujud pada zaman pemerintahan khalifah Umar Al Khattab. Cukai ini dikenakan sebagai jaminan perlindungan bagi memastikan mereka yang terlibat dilindungi sepenuhnya dan keselamatan mereka dijamin. 

Secara keseluruhan dari kandungan buku ini, beberapa pengetahuan baru dan ilmu yang berkaitan dengan ekonomi Islam yang sebenar dapat dibincang secara lebih mendalam. Kesimpulannya, sesungguhnya perbezaan pendapat antara skop ekonomi yang sebenar adalah amat ketara di mana pemikiran Barat mentafsir ekonomi sebagai satu keuntungan untuk individu dan negara manakala Islam meletakkan ekonomi sebagai salah satu perkara yang mana melibatkan sosial, iaitu memberi manfaat kepada individu masyarakat dan negara tanpa mengira kedudukan. Setiap perkara yang dilakukan adalah berlandaskan persetujuan bersama, keadilan, bebas daripada kezaliman, bersikap terbuka dan kesamarataan. 

Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau 
PERLIS
MALAYSIA

H: 013-4006206
P: 04-9882701
abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
http://abdazizharjin.blogspot.com