Ajaran Sesat Mengenali Jalan Yang Terpesong -

Isu ajaran sesat bukanlah perkara asing dalam kamus kehidupan umat Islam karana ia datang seiringan dengan kehidupan manusia. Namun, masih terdapat ramai kalangan umat Islam yang begitu mudah terjebak dengan fenomena ajaran sesat. Perlu ditegaskan, gejala ajaran sesat adalah penyakit masyarakat yang wujud hampir di seluruh dunia sejak berzaman-zaman. Ancaman ajaran sesat tidak mengenal bangsa dan agama mahupun kedudukan kemajuan Negara. Memandangkan fenomena ajaran sesat sedang meruncing, ia memerlukan kajian secara khusus berkenaan punca masalah dan usaha-usaha memerangi ajaran ini secara berkesan. Tambahan pula, apabila dibiarkan, dikhuatiri memberi impak negatif yang besar kepada sejarah, politik, sosial, ideolagi, dan psikologi umat islam. 

ISLAM DI MALAYSIA

Kedudukan islam dalam Perlembagaan Peerseketuan adalah isu yang penting kerana isu ini berkait rapat dengan kepercayaan dan pegangan majoriti penduduk di Malaysia sekarang ini. Isu ini juga adalah isu yang sensitif kerana bagi orang Melayu, agama tidak dapat dipisahkan daripada kehidupan harian mereka. Demikianlah Islam diletakkan di tempat yang sangat tinggi. 

Perlembagaan Malaysia memperuntukkan Islam sebagai agama Persekutuan. Artikel 3 (1) memperuntukkan islam ialah agama bagi Persekutuan, tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan. 

Artikel 3 Fasal 2 pada menegaskan, dalam tiap-tiap negeri melainkan negeri yang tidka mmepunyai raja, kedudukan raja sebagai ketua agama Islam dalam negerinya secara dan setakat mana yang diakui dan diisytiharkan oleh perlembagaan negara itu, segala hak, keistimewaan, hak kedaulatan dan kuasa yang dinikmati olehnya sebagai ketua agama Islam tidaklah tersentuh dan tercacat. Tetapi dalam apa-apa perbuatan, amalan atau upacara yang dipersetujui oleh Mjlis Raja-raja supaya meliputi seluruh Persekutuan, tiap-tiap raja yang lain hendaklah atas sifatnya sebagai ketua agama Islam membenarkan Yang di Pertua Agung mewakilinya. 

Daripada segi kedudukan agama Islam di setiap negeri, Perlembagaan negeri memperuntukkan Islam sebagai agama rasmi negeri kecuali Pulau Pinang, Melaka dan Sarawak. Perlembagaan Persekutuan juga tidak memperuntukkan agama Islam hendaklah menjadi rasmi negeri-negeri berkenaan. Satu-satunya peruntukan yang terdapat di dalam Perlembagaan Persekutuan adalah Fasal (3) Artikel 3 yang menyebutkan, Perlembgaan Negeri-negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak hendaklah mempunyai peruntukan yang memberi kuasa pada kedudukan Yang di Pertua Agung sebagai Ketua Agama Islam di negeri-negeri berkenaan. 

Kesemua negeri kecuali Pulau Pinang, Melak, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan mempunyai raja sebagai Ketua Agama Islam. Oleh yang demikian, kedudukan raja sebagai Ketua Agama Islam pada dasarnya adalah diisytiharkan oleh Perlembagaan negeri yang berkenaan. Justeru, segala hak, keistimewaan, keutamaan dan bidang kuasa yang ada pada raja sebagai ketua agama adalah tertakluk pada Perlembagaan yang berkenaan dan ia tidak terjejas dan berkurangan. 

Kebebasan beragam disebut dalam Artikel 11 (1) yang memperuntukkan setiap warganegara mempunyai hak bagi menganut dan mengamalkan agama yang dianutunya. Ia adalah tertakluk kepada Fasal (4) bagi menyebarkannya. Dalam Fasal (4) ada dinyatakan, undang-undang negeri terutamanya Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Lamuan, Undang-undang Persekutuan dapat mengawal atau menghadkan penyebarluasan sebarang doktrin agama atau kepercayaan di kalangan orang yang menganut agama Islam. 

Ringkasnya, peruntukan berkait dengan Islam secara jelas menegaskan Islam adalah agama Persekutuan dan mempunyai kedudukan yang istimewa dibandingkan dengan agama lain. Namun, peruntukan itu tidak bermakna undang-undang Islam dilaksansakan sepenuhnya kerana ia bukan tujuan Perlembagaan Persekutuan. Perlaksanaan undang-undang Islam sepenuhnya tidak dapat dilaksanakan kerana adanya sekata-sekatan dalam perlembagaan. Dalam peruntukan yang lain pula, Perlembagaan Persekutuan menegaskan undang-undang tertinggi persekutuan ialah Perlembagaan, yang demikian setiap undang-undang yang dikuatkuasakan hendaklah tidak bertentangan dan bercanggah dengannya. Ini adalah salah satu halangan pada perlaksaan undang-undang Islam sepenuhnya. Apa yang jelas adalah, meskipun Islam diterima oleh Perlembagaan Persekutuan Malaysia sebagai agama Persekutuan, namun penerimaan itu tidak menjadikan undang-undang Islam sebagai undang-undang negara. 

Selanjutnya, kuasa pentadbiran hal ehwal orang Islam adalah tertakluk di bawah bidang kuasa raja negeri berkenaan. Kuasa perundangan yang berkait dengan hal ehwal undang-undang orang-orang Islam adalah tanggungjawab Badan Perundangan Negeri. Kuasa perundangan itu termasuklah mengadakan satu bentuk undang-undang khusus berhubung dengan hal ehwal orang Islam, tetapi undang-undang berkenaan hendaklah tidak bertentangan dengan peruntukan undang-undang yang terdapat di dalam undang-undang Persekutuan. 

Secara umumnya, masyarakat Islam di Malaysia mengikut aliran mazhab Ahli al-Sunnah wa al-Jamah daripada segi mpegangan teologi dan mazhab Syafie daripada segi fikah. Mazhab ini secara de facto adalah mazhab rasmi agama Islam di Malaysia. Status rasmi ini tidak diperoleh secara dikri ataupun sanksi perundangan atau mahkamah, tetapi melalui amalan pentadbiran dalam pengeluaran fatwa dan amalan di Mahkamah Syariah. Daripada susut kronologi sejarah, undang-undang pentadbiran agama Islam di Malaysia memberi penekanan kepada mazhab Syafie terutama dalam pengeluaran fatwa. Perkara ini berpunca daripada cabaran-cabaran yang diberikan oleh golongan muda yang terpengaruh dengan gerakan reformasi Timur Tengah Syaikh Muhammad Abduh dan Sayid Rasyid Rida. Peranan ulama tradisi dan kerjasama mereka dengan penguasa politik memperkukuhkan mazhab Syagie melalui sanksi perundangan. 

Pergerakan Syiah dan kegiatan golongan anti hadis adalah cabaran kepada homogeniti (persamaan) pegangan ajaran Ahli al-Sunnah wa al-Jamaah di Malaysia sebagaimana cabaran golongan kaum muda pada homogeniti fikah Syafie pegangan ulama tradisi pada masa dahulu. Respons pada cabaran ini sama sahaja iaitu kawalan dengan menggunakan instrument pemerintah melalui pengeluaran fatwa. Fatwa-fatwa yang dikeluarkan di negeri-negeri menetapkan tiga perkara:

1. Pengisytiharaan pegangan umat Islam di dalam negeri adalah Ahli al-Sunnah wa al-Jamaah daripada segi akidah, syariah dan akhlak. 
2. Pegangan selain daripada Ahli al-Sunnah wa al-Jamaah adalah bercanggah dengan hukum syarak. 
3. Penyebaran apa-apa ajaran dalam apa-apa bentuk sekali pun selain pegangan Ahli al-Sunnah wa al-Jamaah adalah dilarang. 

Fatwa di atas jelas menunjukkan percubaan ulama tradisi dengan kerjasama penguasa politik Negara bagi memastikan uniformity pegangan akidah umat Islam di Malaysia dalam homogeniti Ahli al-Sunnah wa al-Jamaah. Ini secara tidak langsung menjadikan sunisme sebagai mazhab rasmi Malaysia. Fatwa-fatwa ini menunjukkan kerajaan Malaysia berusaha bersungguh-sungguh bagi mencegah pemikiran bukan sunni daripada bertapak dan merebak dalam masyarakat Islam. 

AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMA’AH

Daripada sudut sejarah, tidak diketahui dengan tepat kemunculan mazhab Ahli al-Sunnah wa al-Jamaah yang juga sebgai Ahli Sunni. Begitu juga berkenaan tokoh yang mula memperkenalkan nama Ahli Sunni. Kemunculannya jauh berbeza dalam beberapa variasi. Ia berbeza daripada aliran Syiah dan Khawarij kerana kemunculan kedua-dua golongan ini bermotifkan politik terutama sekali politik kepimpinan umat Islam. Oleh itu, golongan Syiah dan Khawarij dapat dikatakan sebagai dua buah parti politik agama yang terawal lahir dalam sejarah umat Islam. 

Golongan Syiah adalah salah satu mazhab terpenting dalam Isalm yang menolak tiga khalifah al-Rasyidin yang awal. Mereka menganggap Saidina Ali sebagai pengganti Nabi Muhammad yang sah. 

Manakala golongan Khawarij pula adalah mazhab akidah Islam terawal yang mengambil keputusan berkecuali daripada menyokong Saidina Ali mahupun Mu’awiyah bin Abi Sufyan. Oleh sebab itu, mereka mengambil keputusan keluar daripada kumoulan uamt Islam yang bertelagah berkenaan isu khalifah. 

Menurut Syaikh Ibnu Taymiyyah, mazhab Ahli Sunni adalah mazhab yang sedia ada sejak dahulu lagi. Ia sudah dikenali sebelum Allah menciptakan Abu Hanifah, Malik, Syafie dan Ahmad. Ia adalah mazhab para sahabat yang bersumber daripada nabi mereka. Mereka bersepakat mengatakan ijmak para sahabat adalah hujah, tetapi mereka berselisih pendapat berkenaan ijmak generasi selepas sahabat. 

Ibnu Abbas pernah menyebut, istilah Ahli Sunni semasa beliau mentafsirkan kata-kata Allah dalam surah Ali imran ayat 106, 

“ (Ingatlah akan) Hari (Kiamat yang padanya) ada muka (orang-orang) menjadi putih berseri dan ada muka (orang-orang) menjadi hitam legam. ”

Fakta-fakta itu menjelaskan, istilah Ahli al-Sunnah wa al-Jamaah sudah pun dikenali dan digunakan di kalangan para sahabat serta ulama salaf. Fakta itu menolok sama sekali pendapat Mustafa al-Syak’ah yang menyatakan, penamaan al-Sunnah pada mulanya ditujukan secara khusus kepada golongan al-Asya’irah dan sesiapa yang mengikuti jejak golonhan itu. Kemudian skop ahli sunnah mula meluas sehinggan meliputi pengasas mazhab dan ulama-ulama fikah seperti Syafie, Malik, Abu Hanifah, Ahmad bin Hanbal, al-Awza’i dan lain-lain. 

Di dalam al-Quran, terdapt beberapa ayat yang menyeru umat Islam supaya bersatu di bawah satu jemaah dan melarang umatnya daripada berpecah-belah. Allah menyatakan dalam ayat 103 surah Ali Imran, 

“Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agam Islam) dan janganlah kamu bercerai berai. ”

Para ulama berusaha bagi mencari golongan manakah yang dimaksudkan dengan al-Jamaah. Iaitu golongan yang terselamat sebagaimana dijelaskan dalam hadis Rasulullah berkata, ‘Bani Israel berpecah kepada 71 golongan. 70 golongan hancur binasa dan satu golongan lagi terselamat. Sesungguhnya umatku juga berpecah kepada 72 golongan dan 71 golongan hancur binasa. Satu lagi golongan terselamat. Para sahabat bertanya, ’Wahai Rasulullah, siapakah golongan yang terselamta itu? Beliau menjawab, ‘Al-Jamaah, al-jamaah. ’

Daripada semua pendapat berkaitan pengertian al-Jamaah di atas, dapat disimpulkan:

i. Al-Jama’ah merujuk pada bersatu menurut seseorang imam yang menunaikan tuntutan syarak. Mesti berpegang dengan al-Jama’ah yang seumpama ini dan haram keluar daripadanya. 
ii. Al-Jama’ah itu ialah jalan yang ditempuhi oleh Ahli al-Sunnah dengan ittiba’ dan menjauhi ibtida’. Inilah juga golongan yang dikenali sebagai mazhab Ahli al-Haq. Berdasarkan pengertian ini, ada yang mentafsirkan pengertian al-Jama’ah itu sebagai, Ahli al-‘Ilm dalam pelbagai disiplin ilmu, Ahli al-Ijmak atau al-sawad al-A’zam. Kesemua istilah itu kembali kepada pengertian yang astu iaitu”sesiapa yang mengikuti jalan Rasulullah dan para sahabat, ”sama ada mereka itu sedikit ataupun ramai sesuai dengan kedudukan umat yang berselarajan di pelbagai tempat dan zaman. 

DEFINISI AJARAN SESAT

Istilah ajaran sesat adalah istilah yang lazim dan popular yang digunakan dikalngan masyarakat Malaysia kebelakangan ini terutamanya pihak birokrasi agama dan media arus perdana di Malaysia. Istilah ‘ajaran sesat’ adalah istilah yang bersifat relative kerana terdapat banyak takrifan dan definisi yang diberikan oleh pelbagai pihak. Menurut Kamus Dewan, ajaran ditakrifkan sebagai segala perkara yang diajarkan, nasihat, petunjuk, teori dan mazhab. Manakala ‘sesat’ pula ditakrifkan sebagai tidak mengikuti jalan yang betuldan menyimpang daripada jalan yang benar. 

Ajaran sesat ditakrifkan oleh Bahagian Akidah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sebagai sebarang ajaran ataupun amalan yang dibawa oleh orang-orang Islam ataupun bukan Islam yang mendakwa ajaran dan amalan itu berdasarkan ajaran Isalm. Hakikatnya, ajaran dan amalan yang di bawa itu bertentangan dan berlawanan dengan akidah Islam, bertentangan dengan al-Quran dan sunnah, bertentangan dengan mazhab yang muktabar dan bertentangan dengan Ahli al-Sunnah wa al-Jama’ah. 

Apabila ditelusuri secara mendalam di dalam al-Quran, Allah menyatakan beberapa ciri dan sifat yang boleh menyebabkan orang itu termasuk dalam golongan sesat. Ciri-ciri yang disebutkan Allah juga sedia terdapat dalam sebarang ajaran sesat yang tersebar di kalangan masyarakat Islam. Antara ciri-cirinya ialah
• Orang yang melakukan syirik iaiatu menyekutukan Allah dengan sesuatu yang lain. 
• Orang yang berdoa kepada selain daripada Allah. 
• Orang yang banyak melakukan dosa besar. 
• Orang zalim
• Orang yang memilih perkara-perkara hiburan yang melalaikan dan mengejek-ejek agama Allah. 
• Orang yang menyebah sesuatu selain daripada Allah. 
• Orang yang tidak taat dan tunduk kepada hukum Allah dan rasulnya. 
• Orang yang dilaknat dan dimurkai Allah serta menyembah taghut. 
• Orang yang berputus asa daripada rahmat Allah

Inilah ciri-ciri yang ditetapkan oleh Allah sebagai golongan yang sesat dan tersasar daripada jalan yang lurus. Justeru, apabila ajaran itu mengandungi salah satu daripada ciri-ciri kesesatan yang ditetapkan Allah, ajran itu termasuklah dalam ajaran seat yang menyimpang daripada kebenaran Islam. 

Selain itu, Nabi Muhammad mendedahkan beberapa cirri ataupun punca yang menyebabakan umat itu sesat dan menyimpang daripada jalan yang lurus. Antara punca-puncanya adalah:

i. Tidak melaksanakan perkara yang diperintah Allah. 
ii. Membiarkan kezaliaman tanpa sebarang langkah mencegah. 
iii. Umat yang sentiasa berdebat dan suka membantah apa jua yang di perintah oleh Allah mahupun larangaNya. 
iv. Umat yang mengikuti jejak langkah kaum Yahudi Bani Israel dan Nasrani. 
v. Berpaling daripada ajaran kitab Allah dan apa yang dibawa oleh Nabi Muhammad. 
vi. Orang yang bertuhankan nafsu dan mengikuti hawa nafsu. 
vii. Orang yang mendakwa dirinya sebagai nabi sedangkan Nabi Muhammad rasul terakhir dan tidak ada nabi lagi selepas beliau. 

Ajaran sesat juga dapat dikesan melalui amalan syirik serta bidaa’h yang dilakukan oleh orang perseorangan mahupun kumpulan-kumpulan ajaran sesat. Ia berkisar perkara yang membatalkan Rukun Iman, mendewakan sesuatu selain Allah, mengubah maksud al-Quran dam menolak hadis, mengubah ibadat-ibadat yang ditetapkan oleh syarak, menyelewengkan maklumat yang berhubung dengan perkara-perkara ghaib yang sudah diakui kebenarannya oleh Allah dan sebagainya. 

KEPENTINGAN ILMU KAJIAN AJARAN SESAT

Sebenarnya, ilmu kajian ajaran sesat menyumbang baynak faedah dan kebaikan kepada umat Islam. Ia mempertahankan akidah Islam daripada sebarang pencemaran asing yang tidak bersumberkan dalil al-Quran dan sunnah. Walaupun ilmu kajian ajaran sesat membicrakan mazhab-mazhab ataupun kumpulan-kumpulan zaman silam, ia tetap memberikan manfaat yang besar kepada umat Islam selepasnya. Umat Islam dapat mengkaji pemikiran, kefahaman dan pegangan yang didukung oleh suatu mazhab dan kumpulan itu. Ini kerana pemikiran, kefahaman dan pegangan it uterus berlangsung daripada generasi ke generasi lain bersama peredaran zaman. Antara kepentingan ilmu kajian ajaran sesat ialah:

i. Menyedarkan umat Islam supaya memelihara kesucian akidah Islam. 
ii. Mendedahkan setiap perancangan dan gerakan musuh Islam yang cuba mencemari Islam serta menggugat keutuhan umat Islam dalam segala lapangan hidup. 
iii. Mencari langkah-langkah penyelesaian bagi menangani dan membanteras isu ajaran sesat yang merebak dalam masyarakat Islam. 
iv. Ilmu kajian ajran sesat bertindak sebagai neraca piawaian yang jitu bagi membezakan pegangan dan kepercayaan yang berasaskan akidah Islam dengan pegangan dan kepercayaan yang menyeleweng daripada landasan yang lurus. 

Disediakan untuk : Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Disediakan oleh: Nurul Najihah binti Nasaruddin

Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau 
PERLIS
MALAYSIA

H: 013-4006206
P: 04-9882701
abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
http://abdazizharjin.blogspot.com