Ibadah Puasa Dan Lailatul Qadar -

Pengertian Puasa

Puasa ertinya menahan diri dari makan dan minum dan dari segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai terbit fajar hinggalah terbenam matahari. 

Firmah Allah SWT. menjelaskan tentang hikmah puasa Ramadhan yang bermaksud:
"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan berpuasa atas kamu sebagaimana diwajibkan atas umat-umat yang terdahulu sebelum kamu, semoga kamu bertakwa” (Surah al-Baqarah:183) 

JENIS-JENIS PUASA

A) PUASA WAJIB

1) Puasa di bulan Ramadhan
2) Puasa Kifarat
3) Puasa Nazar

B) PUASA SUNAT

1) Puasa enam pada bulan Syawal
2) Puasa pada hari Arafah
3) Puasa hari Asyura pada 10 Muharam
4) Puasa pada bulan Syaaban
5) Puasa Isnin dan Khamis
6) Puasa tengah bulan iaitu 13, 14, 15 pada setiap bulan qamaria (tahun hijrah) 

C) PUASA MAKRUH

1) Puasa yang terus menerus sepanjang masa
2) Tidak termasuk dua hari raya dan hari tasyriq

D) PUASA HARAM

1) Puasa pada hari raya pertama AidilFitri
2) Puasa pada hari raya pertama AidilAdha
3) Puasa tiga hari sesudah hari raya AidilAdha atau hari tasyriq iaitu pada 11, 12, dan 13 Zulhijjah. 

RUKUN PUASA

Niat

Mengikut mazhab Imam Shafie, niat hendaklah dilakukan pada setiap malam. Para ulama berpendapat kita boleh bertaklid mengikut mazhab Imam Maliki yang mengharuskan niat puasa untuk sebulan Ramadan: Iaitu berniat untuk sebulan Ramadan dengan tujuan jika terlupa niat mana-mana malam di bulan ramadan niat mengikut Imam Maliki itu boleh dipakai. Niat Imam Maliki hendaklah dilakukan pada malam pertama puasa. Namun niat setiap malam hendaklah dilakukan. 

Lafaz niat puasa yang sempurna:

Maksudnya:”Sahaja aku puasa esok hari kerana menunaikan fardu Ramadan tahun ini kerana Allah Taala"

Lafaz niat untuk sebulan:

Maksudnya:”Sahaja aku puasa sebulan kerana Allah Taala"

Imsak

Menahan diri daripada perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa

Orang yang berpuasa

SYARAT WAJIB DAN SAH PUASA

SYARAT WAJIB PUASA

Berakal
Tidak wajib bagi orang yang hilang akal seperti gila dan pitam yang berpanjangan (pengsan) 

Akhil Baligh (cukup umur) 

Islam

Kuasa berpuasa
Dikecualikan orang sakit yang kurang mampu puasa, orang tua dan sebagainya

SYARAT SAH PUASA

Islam

Berakal

Suci daripada haid atau nifas

Niat

Imsak iaitu menahan diri dari perkara-perkara yang membatalkan puasa

PERKARA-PERKARA SUNAT BAGI PUASA

Menyegerakan berbuka apabila masuk waktunya. Sunat berbuka dengan buah tamar

Makan sahur dan melambatkannya (sekurang-kurangnya sahur minum sedikit air) 

Membaca doa semasa berbuka:

Maksudnya:”Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang. 

Memberi makan/minum kepada orang yang berpuasa. 

Maksud Hadis: Sesiapa yang memberi makan/minum orang yang berpuasa ia akan mendapat ganjaran pahala seperti pahala orang yang berpuasa itu. 

Segera mandi junub sebelum terbit fajar

Melebihkan belanja untuk perbelanjaan rumah tangga tetapi dilarng berlebih-lebihan dan jika membawa kepada pembaziran hukumnya haram

Membaca Al-Quran/Hadis, kitab-kitab dan buku yang mengandungi pelajaran

Beriktikaf di masjid

PERKARA-PERKARA YANG MEMBATAL PUASA

Perkara yang membatalkan puasa:

Memasukkan sesuatu ke dalam rongga (mulut, dubur/qubul) 

Muntah dengan sengaja

Keluar mani dengan sengaja

Bersetubuh dengan sengaja

Berbuka sebelum sampai waktu

Murtad

Datang haid atau nifas

Bersalin

Makruh semasa berpuasa

Bersugi/memberus gigi selepas gelincir matahari

Mencium, berpeluk/berdakapan secara berlebihan dengan isteri

Mencium bau-bauan samaada yang wangi atau busuk

Merasa makanan

Mengeluarkan darah seperti berbekam

Berlebihan berkumur-kumur

FADHILAT PUASA

Hadith 1
Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:”Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa". 
Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya:”Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu. ”
Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan. ”Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya:”Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?”Dijawab oleh Rasulullah SAW:”Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya. ”

Hadith 2
Ubadah Bin Somit ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada suatu hari ketika Ramadhan hampir menjelang:”Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya dengan keberkatan, menurunkan rahmat, mengampuni dosa-dosa kamu, memakbulkan doa-doa kamu, melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperolehi kebaikan yang besar dan berbangga mengenaimu di hadapan malaikat-malaikat. Maka tunjukkanlah kepada Allah Taala kebaikan dari kamu. Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah dia yang dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini. ”

Hadith 3
Abu Sa'id Al Khudri ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:”Setiap hari siang dan malam pada bulan Ramadhan, Allah Tabaraka wa Taala membebaskan begitu banyak sekali roh daripada api neraka. Dan pada setiap orang Islam pada setiap hari siang dan malam doanya pasti akan diterima. ”

Hadith 4
Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:”Terdapat tiga jenis orang yang doa mereka tidak ditolak; doa daripada orang yang berpuasa sehinggalah dia berbuka puasa; imam (penguasa) yang adil, dan orang yang dizalimi yang kerana doanya itu Allah mengangkatnya melepasi awan dan membuka untuknya pintu-pintu langit dan Allah berfirman:”Daku bersumpah demi kemuliaanKu, sesungguhnya Daku pasti menolongmu walaupun pada suatu masa nanti. ”

Hadith 5
Ibn Umar ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:”Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya mengirim rahmat ke atas mereka yang memakan sahur. ”

LAILATUL QADAR

Allah SWT memperuntukkan satu malam di bulan Ramadan malam penuh syahdu dan berkat. Malam yang ditunggu-tunggu oleh para Anbiya' dan para salihin yang tidak terdapat di bulan-bulan lain iaitu”Lailatul Qadar". Pada malam inilah Allah menurunkan Al-Quran. 

Kita seharusnya menginginkan malam tersebut walau sekali seumur hidup tetapi malam itu tidak akan datang bergolek, hendaklah kita berusaha dan berdoa untuk mendapatkannya kerana Lailatul Qadar menjanjikan:

Beramal pada malam tersebut akan mendapat ganjaran seperti beramal 1000 bulan atau lebih 83 tahun

Doa kita dikabulkan Allah SWT. Pintalah apa-apa yang munasabah untuk dunia dan akhirat, untuk diri, anak isteri dan ibu bapa serta sekalian muslimin muslimat

Ulama menyatakan amalan yang sebaik-baiknya kita lakukan di malam Lailatul Qadar (yakni menghidupkan malam tersebut) ialah:

Memohon ampun segala dosa yang terdahulu (Istigfar) 

Mengerjakan solat-solat sunat dan solat Qada'

Membaca Al-Quran

Berzikir dan berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW

Berdoa dan banyakkan membaca doa:

Maksudnya:”Ya Allah! Engkau yang Maha Pemaaf (Pengampun) , kasih kepada kemaafan maka maafkan aku (ampun) "

Pada malam tersebut hendaklah solat Isyak berjemaah dan Subuhnya juga berjemaah

Menurut Imam Al-Ghazali: Lailatul Qadar berlaku pada mana-mana sepuluh malam terakhir iaitu pada malam-malam ganjil. 

Jika awal puasa pada hari Ahad atau Rabu
Lailatul Qadar akan jatuh pada malam 29 Ramadan

Jika awal puasa pada hari Isnin
Lailatul Qadar akan jatuh pada malam 21 Ramadan

Jika awal puasa pada hari Selasa atau Jumaat
Lailatul Qadar akan jatuh pada malam 27 Ramadan

Jika awal puasa pada hari Khamis
Lailatul Qadar akan jatuh pada malam 25 Ramadan

Jika awal puasa pada hari Sabtu
Lailatul Qadar akan jatuh pada malam 23 Ramadan

KESIMPULAN

Kesimpulannya, ibadah puasa pada bulan ramadhan adalah satu kewajipan kepada umat Islam dan manakala puasa sunat yang lain hanya digalakkan bagi yang mampu. 

Nama : Nur Amalina Binti Mohamed Shukor
Nama Pensyarah : Ustaz Abd Aziz Bin Harjin

Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau 
PERLIS
MALAYSIA

H: 013-4006206
P: 04-9882701
abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
http://abdazizharjin.blogspot.com