Kewajipan Berpuasa Pada Bulan Ramadhan -

Apabila berakhirnya bulan Sya’ban, maka datanglah bulan Ramadhan yang penuh bakarah ini. Ketika bulan Ramadhan, semua umat Islam diseru agar berpuasa. Berpuasa merupakan rukun Islam yang ketiga. Ini menjadikan puasa di bulan Ramadhan adalah perkara yang wajib bagi setiap umat Islam. 

Puasa secara bahasanya boleh diertikan sebagai menahan diri. Daripada segi istilah syara' bermaksud menahan diri daripada makanan atau minuman untuk suatu jangkamasa yang tertentu. 

Puasa ertinya menahan diri daripada makan dan minum dan dari segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar hinggalah terbenam matahari. Umat Islam juga dikehendaki menahan diri daripada menipu, berkata-kata yang buruk atau sia-sia, dan daripada bertengkar atau bergaduh. 

Ini kerana puasa merupakan medan latihan kesabaran, kejujuran dan bertolak ansur sesama sendiri. Maka secara tidak langsung, puasa juga menolong menanam sikap yang baik dan berbudi. Dan kesemuanya itu diharapkan berlanjutan ke bulan-bulan berikutnya, dan tidak hanya pada bulan puasa. 

Ditegaskan oleh Rasulullah SAW melalui sabdanya yang diriwayatkan oleh Ahmad, An- Nasa'i dan Al Baihaqi dari Abu Hurairah, yang bermaksud:

Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang penuh berkat. Allah telah fardhukan ke atas kamu berpuasa padanya. Sepanjang bulan Ramadhan itu dibuka segala pintu Syurga dan ditutup segala pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan....... 

Para ulama telah sepakat atas kewajipan puasa Ramadhan berdasarkan firman Allah SWT. yang manbawa maksud:”Bulan Ramadhan adalah bulan diturunkannya (permulaan) Al-Quran sebagai petunjuk kepada manusia dan penjelasan-penjelasan dari petunjuknya dan pembeza (antara yang haq dan yang bathil) . Maka barang siapa di antara kamu menyaksikan bulan itu (ramadhan) maka berpuasalah di dalamnya”[ Al-Baqarah : 185 ]

Firman Allah SWT. : ‘Hai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana orang-orang sebelum kamu, supaya kamu bertakwa’ [Al-Bakarah : 183]

Rasulullah SAW. juga pernah bersabda:”Agama Islam dibangunkan di atas lima perkara :

Bersaksi bahawa tiada tuhan (yang patut disembah) selain Allah dan Muhammad adalah utusan Allah, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan dan menunaikan ibadah haji ke Baitullah bagi orang yang kuasa manjalaninya. ”[Al-hadith]

Berdasarkan Al-Quran dan Hadis, kita dapat mengetahui bahawa amalan puasa adalah wajib keatas semua golongan umat Islam. Syariat puasa Ramadhan difardhukan kepada umat Muhammad SAW. pada tahun ke-2 Hijrah. Makanya, wajiblah ia dilakukan. 

Syarat wajib berpuasa ialah orang yang berakal sempurna, mampu atau tidak uzur dan sudah mencapai baligh atau cukup umur. Oleh itu, bagi semua umat Islam yang sempurna akalnya dan sudah baligh, hendaklah mereka menjalankan ibadat puasa di bulan ramadhan. 

Namun terdapat segelintir golongan yang tidak diwajibkan berpuasa iaitu bagi selain muslim, orang yang mempunyai kerencatan akal (gila) , kanak-kanak kecil yang masih belum baligh dan golongan yang uzur atau tidak mampu. 

Syarat sah puasa pula ialah orang yang berpuasa itu ialah orang Islam, Mumayyiz (tahu membezakan yang baik dan buruk) , Suci daripada haid dan nifas, Sempurna akal fikirannya pada hari itu dan dalam waktu yang dibolehkan berpuasa, iaitu bukan dalam tempoh haram puasa. 

Semasa berpuasa, Terdapat 2 Rukun puasa iaitu Berniat pada malam harinya dan Imsak (menahan diri dari perkara-perkara yang membatalkan puasa mulai terbit fajar hingga terbenam matahari) . 

Perkara-perkara berikut pula disunatkan ketika berpuasa iaitu Makan sahur serta melambatkannya, Menyegerakan berbuka dan sunat berbuka dengan buah kurma atau benda-benda yang manis atau air, Menjamu orang-orang berbuka puasa, dan Memperbanyakkan ibadah dan berbuat kebaikan

Kita juga harus mengetahui tentang hari-hari yang disunatkan berpuasa dan juga hari-hari yang haram untuk berpuasa. Terdapa hari-hari dimana disunatkan berpuasa bagi umat Islam iaitu Puasa enam hari pada bulan Syawal, Puasa pada Hari Arafah pada 9 Zulhijjah, Puasa pada Hari Asyura pada 10 Muharam, dan Puasa pada Hari Isnin dan Khamis

Manakala terdapat juga hari-hari yang haram berpuasa iaitu seperti Puasa pada Hari Syak pada hari 30 Syaaban, Puasa pada Hari Raya Aidil Fitri pada 1 Syawal dan Puasa pada Hari Raya Aidil Adha pada 10 Zulhijjah, Puasa pada Hari Tasyrik pada 11, 12, 13 Zulhijjah, Puasa perempuan haid & Nifas, Puasa sunat seorang perempuan tanpa izin suaminya dan Puasa bagi orang yang bimbang berlakunya mudharat ke atas dirinya kerana berpuasa. 

Firman Allah SWT. :“puasa dilakukan pada hari-hari tertentu. Jika ada diantara kamu yang sakit atau dalam pejalanan (lalu ia berbuka) , maka ia diwajibkan berpuasa sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. Bagi orang yang berat menjalankannya (jika mereka tidak berpuasa pada hari lain) , ia wajib membayar fidyah, iaitu memberi makan seorang miskin. Barang siapa yang dengan sukarelanya mengerjakan kebajikan, itu lebih baik baginya. Ketahuilah kamu, berpuasa adalah lebih baik bagimu”[Al-Baqarah : 184]

Semasa berpuasa, terdapat beberapa perkara yang dapat membatalkan puasa dan ada juga perkara yang tidak membatalkan puasa. Ada juga perkara-perkara yang makruh apabila kita lakukuan ketika berpuasa. 

Antara hal-hal yang dapat membatalkan puasa kita ialah makan dengan sengaja ataupun sedikit walaupun ia tidak mengenyangkan. Selain itu, meminum air dengan sengaja walaupun setitis air juga dapat membatalkan puasa. 

Namun, jika perbuatan itu tidak disengajakan contohnya terlupa, maka perbuatan itu tidak akan membatalkan puasa kita. Mencicipi makanan di hujung lidah juga tidak membatalkan puasa namun perbuatan itu adalah makruh. 

Rasulullah SAW. yang bersabda:“Dari Abi Hurairah ra. Berkata: Rasulullah bersabda:Barang siapa yang lupa bahawa dirinya sedang berpuasa, kemudian ia makan dan minum maka bempurnalah (teruskan) puasanya, kerana sesungguhnya (demikian itu) Allah yang telah memberinya makan dan minum”

Muntah merupakan perkara kedua yang dapat membatalkan puasa. Jika kita sengaja menjolok tekak untuk muntah atau dengan cara lain dengan sengaja, maka batallah puasa kita itu. Akan tetapi, jika tidak sengaja muntah kerana rasa loya ketika mengandung contohnya, ia tidak akan menjejaskan puasa kita. 

Ketika berpuasa, jika terdetik niat kita untuk berbuka juga dapat membatalkan puasa kita. Perempuan yang uzur kerana haid juga akan membatalkan puasa. Bagi ibu mengandung yang khuatir berpuasa dapat memudharatkan kandungannya, maka haruslah dia berbuka puasanya. 

Seterusnya, memasukkan sesuatu bendasing kedalam rongga badan dapat membatalkan puasa seseorang itu. Namun, suntikan bagi golongang yang tidak sihat tidak akan membatalkan puasanya. Contohnya pesakit diabetis yang memerlukan suntikan insulin. 

Bersetubuh di siang hari ketika bulan Ramadhan dapat membatalkan puasa. Mencium, menggauli, mencumbu isteri yang tidak berlebihan pula adalah makruh. 

Merokok dan mengambil dadah dan juga apa-apa perkara yang dapat memudaratkan badan juga dapat membatalkan puasa. Namun, bagi orang yang berpuasa, adalah makruh untuk melakukan segala hal yang dapat melemahkan badan iaitu seperti berbekam. Berus gigi selepas terbit fajar dan mandi terlampau kerap juga merupakan perkara makruh jika dilakukan semasa berpuasa. 

Islam maha memahami. Terdapat kelonggaran (harus) yang diberikan kepada golongan yang berikut untuk berbuka iaitu Orang yang sakit, Orang yang berkerja buruh, Orang yang dalam musafir (perjalanan) , Orang tua yang sudah lemah, dan Orang yang hamil dan ibu yang menyusukan anak. 

Bulan Ramadhan adalah bulan yang mulia dimana pintu jannah dibuka manakala pintu neraka pula ditutup. Setan-setan pula dibelengu semasa bulan ini. Keutamaan beramal di bulan Ramadhan ini berbanding bulan-bulan yang lain adalah kerana ia dapat menutup dosa-dosa kecil. 

Setiap hari di bulan Ramadhan, ada malaikat yang akan menyeru menasihati sesiapa yang berbuat baik untuk bergembira manakala yang ingin berbuat jahat (maksiat) agar menahan diri. Bulan Ramadhan harus dijadikan bulan untuk meminta syafaat dan meminta keberkatan Allah SWT. 

Walaupun syaitan-syaitan telah dirantai oleh Allah SWT ketika bulan Ramadhan, akan tetapi, ada kalanya nafsu kita semakin berbuak-buak menghasut kita untuk melakukan kejahatan ketika berpuasa. Kita sering menyalahklan syaitan dan iblis kerana menggoda kita dalam melakukan sesuatu kesilapan. Namun, mengapa kesilapan yang sama turut berulang mahupun ketika di bulan Ramadhan?

Hal ini adalah kerana nafsu telah bertapak di hati kita dan bermaharajalela. Kita seringkali melakukan kesilapan yang sama dan berulangkali sehinggakan nafsu untuk melakukan kejahatan itu telah berjinak-jinak dan terpahat jauh di hati kita masing-masing. 

Oleh itu, haruslah kita semua menggunakan bulan Ramadhan dengan sebaik mungkin untuk menggilap kembali hati kita yang pudar dan melumpuhkan nafsu-nafsu hitam yang bertahta di hati kita selama ini. 

Ramai diantara kita yang telah salah faham tentang definisi berpuasa. Puasa bukanlah sekadar menahan lapar dan dahaga semata-mata. Tetapi berpuasa adalah amalan berlapar disamping mendidik nafsu dan keperibadian manusia yang selama ini telah dikongkong oleh syaitan. Ini adalah jihad yang maha besar yang harus dihadapi oleh semua umat Islam. 

Bulan Ramadhan adalah bulan yang berganda dimana setiap apa yang kita lakukan akan dapat balasan yang berganda. Oleh itu, adalah penting untuk kita berjihad untuk melatih diri kita kearah kebaikan. 

Nabi Muhammad pernah bersabda:”Berjihadlah kamu dengan lapar dan dahaga kerana pahalanya seperti pahala mujahid di jalan Allah dan sesungguhnya tiada amalan yang lebih diperkenankan oleh Allah selain menahan lapar dan dahaga. ”

Kita haruslah memahami maksud dan hakikat berpuasa agar kita dapat menghayatinya. Berpuasa merupakan sebuah proses pendidikan yang mengajar kita agar lebih peka terhadap pengaruh hawa nafsu, memperbanyakkan kebaikan dan menjauhkan diri daripada kejahatan yang dilarang Allah SWT. 

Dari sudut masyarakat pula, puasa dapat mendidik masyarakat dalam kehendak dan keinginan agar suasana harmoni dalam masyarakat dapat dibentuk. Permusuhan, hasat dengi dan permasalahan dalam masyarakat juga dapat diminimumkan. 

Terdapat banyak perkara yang dapat kita pelajari melalui puasa. 

Jika seseorang itu tidak pernah merasakan kelaparan, maka dia akan merasakan kelaparan di bulan puasa. Dengan pengalaman merasai kelaparan, ia akan menbolehkan kita untuk menyelami perasaan lapar bagi golongan fakir miskin yang selalu terpaksa kelaparan disebabkan kekurangan wang untuk membeli makanan. 

Bagi golongan yang selalu melakukan kemungkaran pula, bulan puasa dapat mengajar mereka untuk mengawal diri daripada melakukan kejahatan dan maksiat seperti bersetubuh, mengumpat dan sebagainya. 

Seorang muslim yang berpuasa akan mengembangkan sikap taatnya, meningkatkan penghambaannya kepada Allah SWT dan bersikap rendah hati di bawah kebesarannya. Selain itu, puasa dapat menggalakkan seseorang itu untuk mengoptimumkan uasahanya agar selalu berusaha untuk mendekatkan diri ke jalan yang diredhai Allah SWT. Ini akan memberikan ketenteraman kepada orang itu yang berada di hadiratNya. 

Melalui amalan berpuasa, seseorang itu juga akan sedar bahawa mengikut hawa nafsu, kezaliman, permusuhan, hasat dengki dan saling membenci adalah sebuah kelemahan yang akan mematikan roh dan semangat umat Islam. Beliau juga akan sedar bahawa sikap ego, pentingkan diri sendiri, dan mengasingkan diri daripada masyarakat akan menjauhkan diri daripada mendapat pertolongan dan kehormatan orang lain. 

Terdapat segelintir umat islam yang berpuasa sekadar menahan lapar dan dahaga sahaja dimana mereka masih melakukan perkara-perkara yang dapat menimbulkan kebencian Allah SWT. seperti mengumpat, bermusuhan, tuduh menuduh, fitnah, berbohong dan menjatuhkan maruah orang lain. Maka, bagi golongan ini, mereka tidak akan mendapat apa-apa kelebihan pahala dan faedah berpuasa melainkan dari rasa lapar dan dahaga sahaja. 

Akan tetapi, bagi mereka yang menyambut Ramadhan sebagai cara untuk memperbaharui keimanan, pendidikan akhlak, memperkukuh rohani dan jiwa, dan memulai hidup dengan lebih sempurna, maka mereka akan mendapat manfaat daripada bulan Ramadhan. 

Pintu-pintu syurga akan dibuka dan pintu-pintu neraka pula akan ditutup untuk mereka. Mereka akan dijumpai oleh para malaikat pada Lailatul Qadar dengan membawa berita gembira dan salam sejahtera. Dan pada akhir bulan Ramadhan, mereka akan memperolehi keampunan atas dosa-dosanya, dan penghapusan atas kesalahan-kesalahannya. Akhir sekali, hati mereka akan disinari dengan nur Allah dan pembaharuan azam dengan kekuatan iman. 

Salah satu petunjuk Nabi SAW. di bulan Ramadhan ialah memperbanyakkan melakukan berbagai macam ibadah. Kita digalakkan meningkatkan perlakuan ibadah pada bulan Ramadhan. 

Justeru itu kita haruslah menyahut seruan dan melipatkali gandakan amaln ibadah kita sempena bulan Ramadhan yang mulai ini. 

Rasulullah SAW. pernah berpidato di tengah-tengah para sahabat diakhir bulan Sya’ban:

“Wahai manusia, sungguh kamu akan dinaungi oleh satu bulan yang agung dan penuh berkat! Di bulan itu terdapat satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Di bulan itu Alllah SWT. menjadikan puasa sebagai kewajipan dan solat malam dalam bentuk tathawwu (ibadah sunnah) . 

Barangsiapa yang berusaha mendekatkan diri kepadaNya dengan satu bentuk ibadah sunnah, maka pahalanya seperti orang yang melakukan solat fardhu di luar bulan itu. Dan barangsiapa yang melaksanakan kewajipan di bulan Ramadhan, maka pahalanya seperti orang yang melaksanakan kewajipan sebanyak 70 kali di luar bulan Ramadhan. Ia adalah bulan kesabaran, dan pahala sabar adalah syurga. Ia adalah bulan kebersamaan, bulan dimana rezeki orang-orang yang beriman akan ditambah. Barangsiapa yang memberi makanan untuk berbuka kepada orang lain, maka dosa-dosanya akan diampuni dan dibebaskan dari api neraka. Dia pun memperolehi pahala, tanpa mengurangi pahala orang yang diberi makan tersebut sedikitpun. ”

Para sahabat bertanya:”Ya Rasulullah, sebahagian besar daripada kami tidak memiliki sesuatu yang boleh kami berikan untuk berbuka bagi orang lain. ”

Rasulullah menjawab:”Allah akan memberikan pahala ini kepada orang yang memberi seseorang untuk berbuka, meskipun hanya sebiji kurma, seteguk air atau setitis air susu. ”

Inilah yang dikatakan Rasul apabila menjelang bulan Ramadhan. Pada bulan itu, keinginan orana-orang mukmim akan semakin terdorong untuk meningkatkan ketaatan dan ibadah. Hati mereka akan lebih lapang kerana hari-hari dibulan itu turun rahmat dan keberkatan. 

Oleh itu, sambutlah bulan Ramadhan dengan ketaatan. Ambillah kesempatan yang ada sepenuhnya untuk berubah kearah kebenaran. Jauhkanlah diri dari perkara-perkara hina yang dimungkari Allah SWT. 

Rasulullah SAW. pernah bersabda:”Berapa ramai orang yang berpuasa, tetapi ia tidak memperoleh pahala apa-apa dari puasa itu kecuali rasa lapar dan dahaga. ”[Al-Hadith]

Di dalam hadith Rasulullah SAW. yang lain, beliau mengingatkan kepada orang yang sedang berpuasa agar mengelakkan diri dari melakukan sebarang hal yang dapat menyebabkan berlakunya pertengkaran atau permusuhan di antara dua pihak. 

Sabda Rasulullah SAW:”Puasa laksana perisai, maka barangsiapa menimbulkan permusuhan dan perkelahian, maka ucapkanlah kepadanya: ‘saya sedang berpuasa’”. [Al-Hadith]

Justeru itu, berharap agar kita akan dapat pengajaran melalui bulan Ramadhan dan bertukar kearah kebaikkan. Janganlah kita lepaskan peluang yang ada untuk bertaubat sebelum ianya terlambat. 

Disediakan oleh: Siti Nasirah Bt Abu Sofian

Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau 
PERLIS
MALAYSIA

H: 013-4006206
P: 04-9882701
abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
http://abdazizharjin.blogspot.com