Setiap manusia secara fitrahnya amat memerlukan kebergantungan kepada unsur yang lebih kuat di alam kehidupan ini yakni Tuhan. Adalah mustahil untuk tidak mempercayai kewujudan unsur Yang Maha Esa ini sebagaimana yang diamalkan oleh segolongan atheis yang cuba membelakangkan fitrah dan hidup berpandukan kepada emosi, nafsu dan akal pemikiran yang singkat semata.
Para cendikiawan mempunyai pandangan yang hampir sama mengenai sejarah awal manusia mula mengenali agama. Bagi Muhammad Abduh di dalam bukunya yang bertajuk Risalah At-Tauhid, beliau ada menyebutkan;
“Bahawa agama2 terdahulu berbicara kepada pancaindera sewaktu bangsa manusia berada dalam peringkat keanak-anakan, ketika mana manusia hanya mengenal apa yang dirasakannya, sementara akalnya belum dapat memahami apa yang disentuhnya. Apabila pengembaraan manusia terus bergerak, mengalami dan mempelajari, berbalah2 dan berpakat2, kebahagiaan dan kedukaan silih berganti serta tumbuh pula kesedaran, dan perasaan2 pun nyata, datanglah agama yang membicarakan tentang persemadian, tentang kesucian, juga tentang kekuasaan dan alam ciptaan Allah. Tetapi di dalam pergelutannya, bangsa manusia tidak berdaya hidup dengan pujukan. Kedudukanya yang suci dan murni tidak berpanjangan. Ia terus bergelut dan permusuhan menggantikan perdamaian dan hidup berbaik2. Maka datangla pula agama yang mengatur segala-galanya, yang memelihara rasa dan perasaan, yang mendidik akal dan hati, yang mengajar manusia tentang hal2 dunia dan akhirat”
Seterusnya, Prof Dr Shalaby dalam bukunya yang bertajuk Perbandingan Agama, telah mengelaskan secara terperinci 3 peringkat manusia mula mengenali agama. Peringkat pertama (bayi) , peringkat kedua (kanak-kanak) dan peringkat ketiga (dewasa) .
Di bawah adalah huraian dan perbandingan tahap manusia mula mengenali agama mengikut peringkat-peringkat yang telah dibahagikan;
Peringkat pertama, agama manusia diibaratkan seperti bayi yang baru lahir.
1. Penyeruan dibataskan hanya kepada kaum pesuruh Allah sahaja-kaum Luth dan Ibrahim.
2. Meliputi soal mentauhidkan Tuhan dan meninggalkan penyembahan berhala dan patung-patung tanpa menyebutkan aturan-aturan dan penjelasan-penjelasan yang lain, kecuali sekiranya ada keburukan masyarakat yang bermaharajalela, maka agama itu akan melarang dan menentangnya
3. Seruan agama tidak mempunyai kitab2 yang terang, hanya berupa nasihat dan ajaran, kadangkaladitulis pada batu dan disiarkan pada umum
4. Tiada tarikh yang tepat yang menentukan kewujudan agama ini.
5. Perkara ini telah disebutkan dalam alQuran:
Sungguh, kami benar-benar telah mengutus Nuh kepada kaumnya, lalu dia berkata, ”Wahai kaumku! Sembahlah Allah! Tidak ada Tuhan (sembahan) bagimu selain Dia. Sesungguhnya aku takut kamu akan ditimpa azab pada hari yang dahsyat (kiamat) . ”surah al-A’raf:59
Dan (kami juga mengutus) Luth, ketika dia pergi kepada kaumnya, ”Mengapa kamu melakukan perbuatan keji, yang belum pernah dilakukan oleh seorang pun sebelum kamu (di dalam dunia ni”) surah al A’raf:80
Dan kepada penduduk Madyan, Kami (mengutuskan) Syu’aib, saudara mereka sendiri. Dia berkata, ”Wahai kaumku! Sembahlah Allah. Tidak ada Tuhan (sembahan) bagimu selain Dia. Sesungguhya telah datang kepadamu bukti yang nyata dari Tuhanmu. Sempurnakanlah tukaran dan timbangan, dan jangan kamu merugikan orang sedikitpun. Janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi setelah (diciptakan) dengan baik. Itulah yang lebih baik bagimu jika kamu orang beriman. surah al-A’raf:85
Peringkat 2
Peringkat agama manusia seperti kanak-kanak
1. Bidang dakwah meluas sehingga meliputi suku kaum yang besar dan ramai.
2. Agama diisi dengan beberapa penjelasan dan tasyri’-terutamanya tentang keadilan. Contohnya;”bapa tidak boleh dibunuh kerana anak dan anak tidak boleh dibunuh kerana bapa, tiap2 orang dibunuh kerana kesalahannya” (Isaiah24:16)
3. Penyeruan agama berdasarkan kitab;Taurat dan injil
4. Kaum bani Israel dikebanyakan zaman peringkat ini tidak dapat memahami sepenuhnya tentang tauhid. Kebanyakan mereka menyangka bahwa keesaan Allah itu bererti satu Tuhan yang khas untuk kaum Bani Israel disamping lain-lain Tuhan untuk manusia2 lain, tetapi bani Israel diharamkan menyembah Tuhan-Tuhan itu walaupun mereka mempercayai kewujudannyanya.
Peringkat 3:
Peringkat dewasa agama manusia
1. Keesaan Allah yang nyata. Berhala-berhala dimusnahkan. Zaman baru yang ditempa oleh Islam tidak dapat menerima kemusyrikan dalam sebarang bentuk. Gambar ketuhanan dalam Islam ialah satu fikiran yang lengkap dan padat, tidak membenarkan sebarang bentuk syrik dan penyerupaan. Baik pada rasa @ pada hati. Allah tidak dapat ditarakan, malah Dialah Yng Maha Suci dan tiada sesuatu yang menyerupainya.
2. Ditujukan kepada seluruh umat manusia; bukan terbatas kepada kaum2 tertentu. Muhammad adalah pesuruh Allah untuk semesta alam.
3. Seperti yang telah disebutkan di dalam ayat Al-Quran:
Dan kami tidak mengutus engkau (Muhammad) , melainkan kepada semua umat manusia sebagai pembawa berita gembira dan sebagai pemberi peringatan, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui. Saba’:28
Meskipun telah jelas, terang dan nyata kebenaran terpampang di depan mata mereka, tetapi mereka masih mencari Tuhan yang lain lalu mereka-reka dan mewujudkan beberapa agama yang mereka rasakan sesuai dengan diri mereka (padahal mereka hanya menipu diri mereka sendiri) . Antara agama - agama yang mereka perkenalkan adalah agama kristian, buddha, majusi, hindu dan juga kepercayaan - kepercayaan yang berlandaskan falsafah yang dipegang seperti kepercayaan tao, confucious dan sebagainya. Di samping itu, kaum Cina mempunyai agama yang tersendiri bagi kaum mereka. Antaranya agama penyembahan nenek moyang, penyembahan berhala dan penyembahan datuk tanah.
Mari kita susuri dengan lebih dekat agama - agama ciptaan mereka ini bagi membandingkan dengan agama Allah.
2. 0 Agama Kristian
1. Kristian membawa maksud seseorang yang mempercayai Jesus (nabi Isa) sebagai christ, mengamalkan agama berdasarkan kepada cara hidup dan ajaran Jesus; seseorang yang hidup berpandukan kepada ajaran Jesus (berdasarkan kamus Warisan Amerika) .
2. Ada empat jenis pengamal ajaran kristian iaitu:
• Kristian Aktif: Lebih suka menghadiri gereja, membaca Injil (Bible) dan yakin bahawa Jesus adalah penyelamat mereka.
• Kristian Yakin: Juga mempercayai”Jesus sebagai penyelamat dan Tuhan”sebagai kunci utama sebagai penganut agama kristian, tapi mementingkan hubungan kerohanian dengan Tuhan dan Jesus berbanding menghadiri gereja dan membaca Injil.
• Kristian Liturgical: Mempunyai tahap tertinggi dalam akiviti kerohanian, kebiasaanya diluahkan dengan menghadiri dan mengenali pihak atasan gereja dan berbakti kepada masyarakat.
• Kristian sulit: Percaya dengan Tuhan dalam melakukan perkara-perkara yang baik tapi tidak meliputi hal-hal gereja. Mengikut kajian di Amerika, pengamal ajaran ini adalah yang paling ramai dalam kalangan muda mudi.
• Kristian budaya: Tidak mellihat Jesus sebagai sesuatu yang penting sebagai penyelamat. Mereka tidak suka mengatur kehidupan mereka berdasarkan kepada kepercayaan dan pengamalan berdasarkan ajaran kitab Injil atau menghadiri aktiviti gereja. Mereka lebih meyakini teologi universal yang boleh mengenali Tuhan melalui pelbagai sudut.
3. 0 Majusi
Seterusnya kita susuri agama Majusi yang diamalkan pada zaman nabi-nabi terdahulu. Majusi atau Zoroastrianisme adalah sebuah agama purba Parsi yang diasaskan oleh Zarathustra. Ia juga bukan sahaja sebuah agama, tetapi sebuah falsafah kehidupan, sama seperti taoisme. Agama Majusi mula membina kegemilangannya didalam masyarakat Parsi ketika zaman Achaemenid dan banyak manuskrip-manuskrip lama mengenai agama ini diterbitkan ketika pemerintahan Achaemenid. Malahan, kalender Majusi juga turut diperkenalkan ketika zaman ini. Ketika pemerintahan dinasti Seleucid dan Parthia pula, status agama ini kurang jelas. Kemudiannya, Parsi jatuh ke tangan Iskandar Agung dimana banyak hasil tulisan agama Majusi dimusnahkan. Akhirnya zaman kegemilangan agama ini musnah pada abad ke tujuh apabila empayar Sassanid kalah di tangan Arab. Penganut Majusi kemudiannya mula memeluk agama Islam. Namun begitu, terdapat beberapa kumpulan yang enggan diperintah oleh kerajaan Islam dan mereka ini melarikan diri ke India.
4. 0 Buddha
Di India, sebelum zaman kegemilangan agama Kristian, tahap keagamaan adalah pada tangga terendah. Paderi-paderi telah menjadikan agama sebaagi alat untuk diperdagangkan.. Ramai orang telah diperbodohkan dalam pelbagai cara oleh paderi-paderi ini bagi membolot harta untuk diri mereka sendiri. Disebabkan hal ini, orang-orang India telah mencari satu agama untuk dianuti sebagai pegangan hidup mereka. Lalu muncullah agama Buddha. Ayah kepada Buddha dikenali sebagai Suddhohana, raja kepada Sakhyas. Manakala ibu Buddha pula dikenali sebagai Maya. Buddha lahir pada 560tahun sebelum masihi di sebuah lembah bernama Lumbini dan meninggal pada tahun 480 sebelum masihi pada umur 80 tahun. Mengikut kepercayaan penganut Buddha, pada awal kelahiran Buddha ada beberapa tanda kononnya seperti waktu kelahiran nabi Muhammad SAW. Antaranya adalah bunga-bungaan mekar mewangi dan hujan rintik-rintik walaupun bukan pada musimnya, bunyi-bunyian indah dan wangian memenuhi udara. Manakala pada tubuh bayi yang baru lahir (yakni Buddha) terdapat 32 tanda yang dinamakan Mahavyanjana yang melambangkan masa depannya yang cemerlang dan tanda kedua yang digelar Anuvyanjana dalam kuantiti yang banyak. Dari sudut ini kita dapat melihat betapa jahilnya manusia dalam mewujudkan agama yang dirasakan sesuai dengan jiwa mereka. Meskipun tindakan tersebut hanya membayangkan kebodohan mereka.
5. 0 Sikh
Di samping agama Buddha, agama Sikh juga muncul di India. Agama ini diasaskan oleh Guru Nanak (1469-1539) , tunjang agama ini adalah percaya kepada adanya satu Tuhan dan dipanggil waheguru. Tempat sembahyang agama Sikh dipanggil Gurdwara. Gurdwara Emas di Amritsar, India merupakan tempat suci bagi penganut Sikh. Selepas beliau meninggal dunia, penggantinya juga diberi pangkat guru. Sebanyak sepuluh guru telah mengambil alih tempat beliau secara perlahan-lahan. Rangkaian ini berakhir pada tahun 1708 selepas kematian Gobind Singh yang tidak meninggalkan pengganti manusia tetapi meninggalkan satu himpunan skrip suci yang dipanggil Adi Granth. Skrip ini kemudian diberi nama Guru Granth Sahib. Gobind Singh juga telah menubuhkan sebuah persatuan”Persaudaraan Khalsa Sikh”dan memulakan pemakaian seragam untuk lelaki Sikh yang taat kepada agamanya yang diberi gelaran”Lima K". 5 K adalah seperti berikut;
• kesh (rambut yang tidak dipotong)
• kanga (sikat)
• kara (gelang ditangan kanan)
• kirpan (pisau kecil yang tidaklah begitu tajam)
• kachha (seluar dalam panjang)
Dalam ajaran agama Sikh, terdapat 11 guru yang perlu dipatuhi dan diikuti iaitu;
1. Guru Nanak Dev
2. Guru Angad Dev
3. Guru Amar Das
4. Guru Ram Das (menyiapkan pembinaan kuil emas)
5. Guru Arjun Dev (penulis Adi Granth)
6. Guru Har Gobind (pembawa Miri dan Piri)
7. Guru Har Rai
8. Guru Har Krishan
9. Guru Teg Bahadur
10. Guru Gobind Singh
11. Guru Granth Sahib
Setiap guru-guru ini membawa ajaran yang dan pandangan yang berbeza tentang agama ini dan berhak mencipta apa-apa peraturan dalam agama mereka sepertimana yang telah dilakukan oleh Gobind Singh yang menyuruh berpakaian 5K. Ini dengan jelas menunjukkan kepada kita bahawa tiada persepaduan dalam agama ini serta tiada pegangan dan hala tuju yang jelas dalam agama mereka. Sementara itu, agama ini juga mempunyai hari-hari keagamaan yang tersendiri. Sepertimana agama kristian, agama ini juga mempunyai upacara pembaptisan yang digelar Amrit Sanskar. Bermula dengan lima khalsa memohon supaya seorang itu dimasukkan kedalam persatuan atau”brotherhood”Khalsa, kemudian diteruskan dengan meminum air”Amrit”yakni sejenis air madu yang digaul dengan Kirpan. Semasa digaul, kelima-lima khalsa ini akan membaca lima Banis yang suci iaitu
• Jap Sahib, (dikarang oleh Sri Guru Gobind Singh Ji)
• Japji Sahib (dikarang oleh Guru Nanak)
• Tav Prasaad Seveiye (dikarang oleh Guru Gobind Singh Ji)
• Benti Chaupai (dikarang oleh Sri Guru Gobind Singh Ji)
• Anand Sahib (dikarang oleh Guru Amardas)
Seterusnya, air ini dituang di telapak tangan kanan dan diminum oleh setiap orang yang memasuki agama ini. Kemudian air ini direnjis sebanyak lima kali pada mata dan kepala mereka. Akhirnya setiap calon meminum air ini dari mangkuk yang sama sehingga habis.
Memandangkan orang yang beragama Sikh agak jarang kita temui, mari kita lihat upacara dan adat istiadat yang diikuti oleh penganut agama Sikh. Adat istiadat bermula sejak kelahiran sehinggalah kematian penganut Sikh. Pemberian hadiah merupakan amalan biasa yang dilakukan untuk menyambut kelahiran bayi. Pemberian nama merupakan upacara penting dan ia dikenali sebagai Naamkaran. Disini bayi yang baru lahir itu akan diberikan nama selepas Granthi membaca Ardas. Kemudian kitab mereka Sri Guru Granth Sahib akan dibuka secara rambang. Bayi itu akan dinamakan mengikut huruf pertama dalam mukasurat itu. Nama akhir untuk penganut Sikh adalah sama dan berbeza hanya mengikut jantina iaitu Singh bagi lelaki, manakala perempuan dipanggil Kaur. Singh bermaksud”Singa”dan Kaur pula bermaksud”Puteri".
Apabila seseorang remaja lelaki mencapai umur sebelas hingga enam belas tahun dia akan melalui satu upacara - pemakaian turban. Upacara yang dipanggil Dastar Bandhni biasanya dilakukan oleh para agamawan Sikh dipanggil Granthi atau ketua masyarakat.
Bagi seorang Sikh, perkahwinan adalah suci dan mereka percaya pada sistem monogami. Dalam agama mereka, penceraian adalah mustahil dan tidak dibenarkan. Walaupun begitu, penceraian masih boleh dilakukan di mahkamah sivil.
6. 0 Agama Kaum Cina
Seterusnya, mari kita pandang ke timur melihat hal kerohanian masyarakat di sebelah timur pula. Di China, terdapat 3 agama khas untuk kaum mereka. Asas dan pegangan agama-agama ini adalah sama, yakni yang baik dibalas baik dan yang buruk dibalas buruk cuma pengamalan ajaran yang berbeza. Antaranya adalah Penyembahan Nenek Moyang, Penyembahan Berhala dan Penyembahan Datuk Tanah. Penyembahan nenek moyang merupakan intipati dalam agama rakyat China. Ia berkaitan dengan sistem nilai masyarakat China yang memberi nilai yang tinggi kepada sifat”ketaatan kepada ibu bapa". Seterusnya penyembahan berhala. Berhala yang disembah dalam agama ini adalah terlalu banyak. Ia terdiri daripada dewa-dewi, watak alam cerita epik, malah tokoh-tokoh sejarah. Bagi mereka, penyembahan berhala dapat menjamin keselamatan kehidupan sehari-harian. Agama ketiga yang diamalkan iaitu Penyembahan Datuk Tanah pula diumpamakan seperti penunggu dalam masyarakat Melayu. Pada kebiasaaannya orang Cina akan mengadakan altar untuk datuk tanah di atas lantai.
7. 0 Kepercayaan Kaum Cina
Selain amalan penyembahan, kaum Cina juga mempunyai kepercayaan tersendiri iaitu kepercayaan Tao. Kepercayaan Tao merupakan konsep asas yang ditemui dalam amalan Taoism, Confucianism, dan kebiasaannya ditemui dalam falsafah cina yang terdahulu. Kepercayaan ini merupakan dirinya sebagai”jalan”, ”laluan”, atau kadang2 sebagai doktrin atau prinsip yang menggunakan falsafah untuk menerangkan hal keadaan alam semulajadi di dunia. Konsep Tao amat berlainan daripada ontologi konvensional (Barat) tetapi ia merupakan konsep yang aktif dan holistik di dunia berbanding konsep lain yang statik dan atomistik. Tao meliputi seluruh alam semesta. Sepertimana falsafah nondual, semua objek yang boleh dikaji di dunia, dikenali sebagai Tao Te Ching atau ‘Perkara Sepuluh Ribu’- dianggap sebagai manifestasi bagi Tao, dan hanya dibenarkan untuk menggunakannya dengan kebenaran Tao. Sebalilknya, Tao sering digelar ‘Tidak Bernama’ kerana ia sendiri dan prinsipnya tidak dapat dijelaskan dengan perkataan. Ianya dibayangkan seperti suatu
bentuk ataupun penyerupaan samaada dalam keadaan pegun ataupun bergerak secara tetap, samaada kedua – duanya lebih besar daripada benda yang terbesar dan lebih kecil dari yang terkecil kerana perkataan yang menerangkan bentuk, pergerakan, saiz, atau nilai-nalai lain selalunya berpadu.
Meskipun Tao tidak dapat dijelaskan, orang yang mengamalkan Taoism berpegang bahawa ianya boleh dikenali dan prinsipnya boleh diikuti. Kebanyakan buku-buku Tao menekankan kepada nilai untuk mengikuti Tao – yang dikenali sebagai Te - kerugian yang jelas dalam memahami dan mengawal kuasa Tao. Hal ini seringkali dijelaskan melalui persepadanan yin dan yang, dimana setiap perbuatan menghasilkan tindakbalas yang semulajadi, pergerakan yang tidak dapat dielak daripada manifestasi Tao.
8. 0 JL Kyodan
Sementara itu, di Jepun pula terdapat agama JL Kyodan. Agama ini berkembang daripada kebudayaan Zen Buddha Jepun pada awal abad ke20. PL menekankan bahawa”Hidup adalah seni. ”. ”Kami sudah dilahirkan untuk mengungkapkan kepribadian unik kami sendiri di segalanya dilakukan kami - untuk membuat seni". Di samping itu, ia juga untuk membantu mereka dalam memperbaiki kehidupan mereka dan mengatasi kesukaran seperti penyakit, kemalangan, rasa sakit, dan lain-lain.
PL tidak mempunyai kitab suci (seperti Alkitab atau Al-Quran) , tetapi, mereka mempunyai Prinsip 21 PL dan Asas 21 PL yang ditulis oleh Pengasas Gereja.
Asas 21 PL
1. Hidup ialah seni
2. Hidup manusia adalah rangkaian ekspresi sendiri
3. Manusia adalah manifestasi Tuhan
4. Manusia menderita jika dia gagal untuk mengungkapkan dirinya sendiri
5. Manusia gagal jika diganggu oleh perasaan
6. Sikap sebenar manusia terdedah apabila egonya tercalar
7. Semua hal ada di satu sama lain hubungan ke sesuatu
8. Hidup bersinar seperti matahari
9. Semua manusia adalah setaraf
10. Bekerja keras untuk kebahagiaan bersama
11. Percaya pada kepercayaan sebenarnya
12. Ada cara (fungsi) aneh ke setiap”nama” (keberadaan)
13. Ada cara bagi lelaki, dan ada lain untuk perempuan
14. Semua untuk keamanan dunia
15. Semua adalah cermin
16. Semua benda maju dan berkembang
17. Mengerti apa yang paling penting
18. Pada setiap saat manusia berada di persimpangan baik dan jahat
19. Bertindak apabila intuisi anda terganggu
20. Hidup dalam kelapangan fikiran
21. Hidup di Liberti Sempurna
9. 0 Kesimpulan
Kesimpulannya, setelah kita meneliti ajaran agama-agama lain yang diamalkan di seluruh dunia, adalah tidak dapat disangkal lagi bahawa agama Islam adalah agama yang terbaik dan mempunyai hala tuju yang jelas berbanding agama-agama lain di dunia. Bukti yang paling jelas dan nyata ialah Nabi dan Rasul yang diutuskan pada zaman yang berbeza, berlainan tempat, berlainan kaum tetapi menyeru kepada perkara yang sama yakni mengEsakan Allah. Hanya insan yang buta mata hati sahaja yang menolak ajaran agama Islam dan menolak hukum-hukum Tuhan Yang Maha Esa. Dalam agama Islam, terdapat kelebihan yang tiada didalam agama lain yakni satu kenyataan yang berada di luar jangkaan akal fikiran waras manusiawi yang disebut al-Ghaib manakala sesuatu yang nampak dan mampu dicapai oleh pemikiran manusia pula disebut asy-Syahadah yang membawa maksud tersaksikan.
Islam menegaskan, asy-syahadah hanyalah sebahagian kecil daripada keseluruhan yang ada ironinya seperti seekor gajah yang hanya mampu menjangkau yang dialami dan dilihatnya. Manakala keseluruhannya hanya penciptanya yang mengetahui..
Justeru itu, marilah kita bersama-sama menegakkan kembali agama Islam dan mempertahankan maruah agama Islam daripada terus dinodai oleh bangsa-bangsa lain terutamanya Yahudi dan Israel yang sedang rancak ingin memusnahkan umat Islam di atas muka bumi ciptaan Tuhan ini. InsyaAllah berkat persepaduan dan kerjasama umat Islam yang mantap mampu memusnahkan angkatan mereka..
Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau
PERLIS
MALAYSIA
H: 013-4006206
P: 04-9882701
abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
http://abdazizharjin.blogspot.com