Pendahuluan
Buku ini berjudul MENYAKSIKAN HARI KIAMAT tulisan MUHAMMAD MAHMUD SHAWAF dan telah diterjemahkan oleh HUSSEIN BAHREISY. Banyak maklumat yang boleh diperolehi hasil pembacaan buku ini.
Manusia pada masa kini semakin melupakan bahawa wujudnya hari kiamat. Percaya bahawa wujudnya hari kiamat merupakan salah satu dari rukun iman yang keenam. Disebabkan rasa inilah, umat manusia semakin terjerumus ke lembah dosa. Mereka berkelakuan seolah-olah mereka tidak akan dibangkitkan semula. Mereka lupa bahawa segala amalan dan perbuatan mereka akan dihitung sama ada dosa yang mereka lakukan adalah kecil atau besar pada hari perhitungan umat manusia iaitu hari kiamat.
Di dalam kitab suci Al-Quran telah diterangkan tentang kiamat bahawa pada ketika itu, kanak-kanak akan berubah rupa seperti orang tua yang telah lanjut usia dan rambut mereka ditumbuhi uban. Dalam beberapa kitab turut menyatakan beberapa nama lain bagi kiamat. Antaranya, Yaumul’ Ashib (hari kepanasan yang hebat) , Yaumul Khulud (hari abadi) , Yaumul Akhir (hari malapetaka besar) , Yaumul Haqah (hari kepastian) , Yaumush Shahkah (hari ditiupnya sangkakala) , Yaumul Qari’ah (hari bahaya besar) , Yaumul Hisab (hari perhitungan pahala) , Yaumul ‘Iqab (hari siksaan) , Yaumuz Zalzalah (hari gempa bumi hebat) .
Pada hari tersebut, apabila tiupan sangkakala dilaksanakan, bumi akan memuntahkan segala isi perutnya hingga menyebabkan manusia yang melihatnya pengsan. Dan ada pula sebahagiannya kelihatan bingung. Gunung-ganang akan menjadi rata.
Allah berfirman:”Dan ketika bumi diratakan. Dan telah dilemparkanapa yang ada di dalamnya dan menjadi kosong. Dan patuh kepada tuhannya, dan sudah semestinya bumi itu patuh. (QS Insyiqaq 3-5) ”
Sebelum kita lihat dengan lebih mendalam tentang hari kiamat, kita akan lihat satu persatu turutan manusia atau hamba Allah sebelum berdepan dengan hari kiamat.
Seorang hamba Allah itu sememangnya tidak dapat lari tentang menghadapi kematian dan alam kubur. Menurut hadis yang diriwayatkan oleh Barra’ bin Azib, ketika seseorang itu dalam keadaan nazak, dia akan didatangi oleh malaikat maut. Jika hamba Allah tersebut seorang yang alim, maka akan turunlah malaikat rahmat (pembawa kebaikan) untuk menyampaikan bahawa dia akan dimasukkan ke syurga. Lalu, malaikat akan duduk di hujung kepalanya, sambil berkata:
“Hai roh (jiwa yang baik, keluarlah kamu menuju keampunan Allah dan mendapat keredhaannya (hadiths) ”
Lalu keluarlah rohnya seperti mengalirnya air dari gelas. Lalu rohnya dimasukkan ke dalam kain kafan yang wangi yang baunya seperti misik (muskus) . Seterusnya, ia akan dibawa ke tempat paling tinggi dengan mendapat keredhaan dari Allah swt.
Hal yang sebaliknya pula akan berlaku pada manusia yang kafir. Dia akan didatangi malaikat yang wajahnya hitam dan duduk jauh darinya dengan berkata:
“Hai roh yang jahat, keluarlah kamu menuju kemurkaan Allah dan kemarahannya. (hadiths) ”
Lalu rohnya ditarik dengan kasar sekali. Rohnya juga berbau busuk.
Mengenai azab dan nikmat kubur adalah antara perkara ghaib yang perlu kita percayai.
Untuk mendapat kenikmatan di dalam kubur, kita perlulah menyiapkan bekal amalan di dunia terlebih dahulu.
Dalam hadis Abu Ya’la, apabila Allah memerintah malaikat maut untuk melaksanakan tugasnya, malaikat maut akan ditemani bersama 500 malaikat yang lain untuk mengambil nyawa orang yang beriman. Malaikat tersebut turut membawa kain kafan dan bauan yang wangi dari syurga. Lalu duduklah malaikat di hujung kepalanya dengan dikelilingi malaikat yang lain. Dihamparkan hamparan putih dari sutera dengan bauan yang wangi di bawah dagunya. Dilihatkannya pemandangan ke dalam pIntu syurga. Lalu malaikat maut menjalankan tugasnya mencabut nyawa dengan amat lemah lembut sekali seperti menarik seutas benang dari dalam tepung. Dengan itu, hamba Allah itu dimatikan dengan baik sekali sesuai dengan firman Allah dalam al-quran:
“Mereka yang dimatikan (diwafatkan) dalam keadaan baik (yaitu tidak mati kafir atau berdosa) yang dilaksanakan oleh malaikat, lalu mengatakan (pada orang itu) keselamatan bagimu, masuklah kamu ke dalam syurga itu disebabkan apa yang telah kamu kerjakan. (QS An-Nahal, 32)
Kemudian allah berfirman lagi:”Adapun jika dia (orang yang mati) itu termasuk orang-orang yang didekatkan (pada Allah) . Maka dia akan memperoleh kenteteraman dan rezeki serta syurga kenikmatan. ” (QS Waqiah, 88-89)
Bagi sesiapa yang meninggal dalam keadaan beriman, maka, para malaikat akan memandikannya sebelum dimandikan oleh manusia, seterusnya mengafankannya. Lalu para malaikat akan berbaris dari rumah hingga ke liang lahad sambil berdoa kepada Allah agar si mati mendapat keampunan dari Allah. Pada waktu itu jugalah iblis berkata kepada bala tenteranya”celakalah kamu sekalian. Lalu mengapakah kamu sekalian dapat melepaskan orang ini (si mati) dari perbuatannya yang baik?”lalu mereka berkata”ini kerana dia mendapat pertolongan dari tuhannya”. Apabila jasadnya dikebumikan, akan datanglah siksaan kubur. Akan tetapi siksaan itu dapat ditepis dengan solat, puasa, bacaan qurannya, kesabaran, wuduknya, zikirnya yang dilaksanakan olehnya semasa hidup sehinggakan tiada ruang bagi azab hendak menyiksanya.
Kemudian Allah akan menghantar dua malaikat yang mempunyai pandangan dan pandangan seperti kilat menyambar serta mempunyai suara seperti halilintar yang dapat menghancurkan. Malaikat tersebut ialah Munkar dan Nakir. Dengan tangannya memegang palu. Lalu dia akan memulakan pertanyaannya. ”Siapakah tuhan kamu? Apakah agamamu? Siapakah nabimu?”bagi hamba yang beriman kepada Allah pasti dapat menjawab pertanyaan tersebut dengan menjawab”Tuhanku Allah. Agamaku islam. Nabiku Muhammad saw. ”Lalu, kuburnya akan diluaskan baik setiap penjuru sejauh 40 hasta. Lalu terbukalah pintu syurga diatasnya. Malaikat berkata”lihatlah diatasmu. ”Maka terbukalah pintu syurga. Malaikat berkata lagi”hai waliyullah (orang yang mendapat pertolongan Allah) , inilah tempatmu jika engkau taat kepada allah”. Kemudian malaikat berkata”lihatlah kebawah”maka pintu ke neraka terbuka dan malaikat berkata lagi”hai waliyullah, engkau telah selamat yang hal itu tidak dibuat oleh engkau. ”
Bagi orang kafir pula, siksaannya amat dasyat. Malaikat akan datang kepadanya dengan rupa yang jelek dengan membawa bersamanya pemanggang dari neraka yang bentuknya berduri. Malaikat tersebut akan diiringi oleh 500 malaikat yang lain dengan membawa bersama mereka tembaga dan batu-batu dari bara api neraka serta cambuk yang bernyala. Lalu malaikat pun menariklah nyawanya dengan amat kasar sekali dari kuku kakinya hingga menyebabkannya pengsan. Apabila dia sedar lalu ditarik pula nyawanya dari lututnya sehingga dia kelihatan seolah-olah mabuk. Kemudian diteruskan lagi oleh malaikat dengan mencabut nyawanya dari dadanya hingga tengkoraknya.
Lalu malaikat berkata:”Keluarlah engkau hai roh (nyawa) yang terkutuk menuju angin yang panas dan air yang panas dan mendidih. Dan dalam naungan asap yang hitam. tidak ada yang sejuk dan tidak menyenangkan. ” (QS Waqiah 42-44) .
Pada masa tersebut iblis bersama bala tenteranya bergembira kerana adanya keturunan Nabi Adam yang masuk neraka. Ketika si mati memasuki kuburnya, maka dihimpitlah dia sehingga tulang belulangnya hancur. Allah juga mengutuskan beberapa ekor ular sebesar leher unta untuk memberi siksaan pada manusia tersebut. Apabila dia didatangi malaikat Mungkar dan Nakir, maka bermulalah soal jawab. Akan tetapi hanya jawapan”aku tidak tahu”yang terucap. Lalu dipukullah dia sehingga memancar nyala api di dalam kuburnya. Lalu ditunjukkan kepadanya pintu syurga sekiranya dia taat kepada Allah dan juga pintu neraka apabila dia tidak taat kepada Allah.
Setelah manusia melalui alam kematian, manusia juga tidak akan terlepas dari hari kiamat. Telah dinyatakan bahawa setelah Allah swt selesai mencipta langit dan bumi, maka Allah mencipta pula satu trompet kiamat dan diserahkan kepada malaikat Israfil. Apabila hari kiamat telah tiba, trompet tersebut akan ditiup sebanyak tiga kali. Tiupan pertama adalah untuk memberikan ketakutan kepada setiap makluk kecuali mereka yang disayangi Allah.
Pada masa tersebut, gunung-ganang seolah-olah berjalan dan awan-awan berarak.
Keadaan bumi dan penduduknya bergoncang-goncang seperti kapal yang dipukul oleh ombak di lautan. Lalu berterbanganlah penduduk dan segala isinya. Para ibu yang sedang menyusukan anaknya terlepas dari dakapan. Manakala ibu yang mengandung keguguran.
Manusia berlari-lari tanpa arah tuju. Bumi terbelah dua dan hancur menjadi kepingan. Dan pada masa itu manusia melihat langit diatas mereka seperti cecair perak atau sebagai air nanah. Kemudian langit akan pecah dan bintang-bintang hancur. Matahari dan bulan juga akan mati sinarannya. Peristiwa yang menakutkan itu telah difirman Allah dalam Al-Quran:
Seterusnya tiupan kedua akan dilakukan untuk mematikan makluk yang dijadikan. Lalu matilah segala makluk kecuali yang dikehendaki Allah. Lalu malaikat maut menghadap Allah swt dengan berkata”ya tuhanku, segenap penduduk di langit dan di bumi telah mati kecuali yang engkau kehendaki”. Antara makluk Allah yang masih hidup ialah Allah swt itu sendiri, malaikat pemikul arsy’, malaikat Jibril, malaikat Mikail dan malaikat maut. Lalu Allah berfirman lagi, ”hendak dimatikan malaikat Jibril dan Mikail. ”Lalu matilah kedua malaikat tersebut. Kemudian malaikat maut menghadap semula Allah swt dengan berkata”ya tuhanku, telah matilah malaikat Jibril dan malaikat Mikail sedangkan aku (malaikat maut) dan malaikat pemikul arsy’ masih hidup. ”Lalu diperintahkannya pula untuk mematikan malaikat halamatul arsy’ dan akhirnya malaikat maut akan mencabut nyawanya sendiri. Dan tidak satu pun makluk Allah yang masih hidup kecuali Allah yang Maha Esa lagi maha berkuasa. Allah menukar langit dan bumi menjadi rata. Kemudian Allah
menurunkan air dari arsy’ dan memerintahkan langit menurunkan hujannya. Maka terjadilah hujan selama 40 hari sehingga menenggelami mereka yang mati itu sedalam 12 hasta. Lalu Allah memerintahkan pada jasad dan tubuh untuk tumbuh dengan sempurna sebagaimana dahulunya. Kemudian Allah berfirman supaya Jibril dan Mikail hidup lalu hiduplah keduanya. Lalu pangillah Allah kepada roh-roh itu. Bagi roh orang islam, mereka kelihatan seperti cahaya manakala orang kafir kelihatan seperti kegelapan. Lalu roh-roh tersebut ditempatkan ke dalam trompet kiamat dan memerintahkan Israfil meniupnya. Maka keluarlah roh-roh tersebut berterbangan.
Setelah selesai, roh-roh tersebut akan pulang ke jasad masing-masing.
Allah berfirman:”mereka datang dengan cepat kepada penyeru itu. Orang-orang kafir itu berkata, ”ini adalah hari yang berat. ” (QS Qamar, 8)
Maka manusia kembali kepada Allah untuk pengandilan dengan keadaan tidak beralas kaki, bertelanjang, tidak berkhatan, dan berdirilah selama 70 tahun untuk dibicarakan. Ketika itu terdapat sekumpulan manusia yang berkata”siapakah yang dapat memberikan syafaat (pertolongan yang diizinkan oleh Allah) buat kami agar dia mengadili kita. Lalu mereka pergi kepada Nabi Adam tetapi ditolak kerana dirinya tidak layak untuk hal tersebut. Dan mereka mengunjungi nabi-nabi yang lain sehinggalah kepada Nabi Muhammad saw. Lalu Nabi Muhammad menuju kepada Allah untuk menyampaikan hajat tersebut. Setelah selesai, Nabi Muhammad saw kembali berdiri bersama-sama manusia lain. Tiba-tiba terdengar satu bunyi yang amat dasyat. Allah turun bersama-sama malaikat. Firman Allah:
“Hai para jin dan manusia, sesungguhnya aku telah mendiamkan keadaannmu sejak aku ciptakan pada hari yang lalu hingga hari ini (kiamat) . Aku kini akan mendengarkan ucapanmu, akan melihat amalan-amalanmu, dan catatan-catatanmu akan terbaca untukmu. Lalu jika aku mendapatkan kebaikan, maka memujilah pada Allah. Dan jika mendapat selain dari itu (keburukan) , maka janganlah memaki kecuali makilah diri sendiri.
Lalu segala amalan mereka akan dikira dan pada masa itu mereka dalam keadaan bertekuk lutut setelah melihat kengerian hari kiamat.
Allah berfirman di dalam al-quran:”Dan pada hari itu kamu lihat tiap-tiap umat bertekuk lutut. Tiap-tiap umat dipanggil untuk melihat buku catatan amalnya. Pada hari itu kamu diberi balasan terhadap apa yang kamu kerjakan”. (QS Jatsiyah 28)
Lalu orang kafir pun berkata:”alangkah baiknya jika sekiranya aku dahulunya sebagai tanah. ” (QS Naba’ 40)
Apabila manusia selesai diadili, mereka akan melalui satu titi yang dipanggil Titian Sirat’. Jambatan tersebut terletak pada dua permukaan neraka jahanam laksana pedang yang tajam. Diatas jambatan tersebut terdapat sesuatu yang menyambar yang dapat meneggelamkan sesiapa yang melalui titi tersebut. Bagi sesiapa yang tidak terganggu dengan situasi tersebut dapatlah melalui titi tersebut menuju ke syurga. Bagi mereka yang melepasi titian tersebut, berkata:”siapakah yang dapat memberikan bantuan pada kita (berupa syafaat) buat menuju syurga?”lalu sebahagian dari mereka menjawab, ”siapakah lagi jika yang lebih tepat dalam hal ini adalah bapamu sekalian iaitu Nabi Adam? Sebab dialah yang diciptakan oleh Allah dengan tangannya. Allah meniupkan roh ke dalam tubuhnya dan telah berfirman kepadanya. ”
Lalu mereka menuju kepada Nabi Adam agar mendapat syafaatnya. Akan tetapi Nabi Adam tidak dapat memberikannya kerana beliau tidak mempunyai kuasa. Lalu mereka pergi bertemu dengan nabi yang lain sehinggalah mereka bertemu dengan Nabi Muhammad saw untuk mendapatkan syafaat dan Nabi Muhammad saw mengusulkan perkara tersebut kepada Allah supaya dibukakan pintu syurga.
Oleh itu syafaat dari Nabi Muhammad saw amat penting kepada manusia pada hari pembalasan kelak. Allah berfirman:
“angkatlah kepalamu hai Muhammad. Berilah syafaat kerana kamu telah diberi kurnia syafaat, dan mintalah maka kamu akan dikabulkan. ” (hadits)
Bagi manusia yang memasuki neraka akibat dari perbuatan mereka yang jahat, api neraka menyambar kaki mereka, ada yang sehingga ke punggung dan ada pula yang menelan seluruh tubuhnya. Lalu nabi bersabda:”ya tuhanku, berilah aku syafaat untuk menolong mereka yang memasuki neraka dari umatku. ” (hadith)
Maka tidak ketinggalan seorang pun dari mereka.
Allah berfirman lagi:”keluarlah mereka yang kamu mendapatinya memiliki dua pertiga dinar keimanan, lalu yang sepertiga dinar, dan yang satu karat keimanan, dan akhirnya sebesar biji sawi atau seberat yang paling kecil, dari keimanan. ”
Maka keluarlah manusia yang pernah beriman kepada Allah walaupun sedikit.
Di dalam buku ini turut menceritakan peristiwa kiamat dalam surah At-Takwir. Allah berfirman:”ketika matahari digulung, ketika bintang-bintang berguguran, ketika gunung-gunung dihancurkan, ketika unta-unta bunting ditinggalkan, ketika binatang-binatang liar dikumpulkan, ketika lautan meluap, ketika roh-roh dipertemukan dengan tubuhnya, ketika bayi-bayi perempuan yang dikubur hidup-hidup ditanya, kerana dosa apakah dia dibunuh, ketika catatan amalan dibuka, ketika langit dilenyapkan, ketika neraka jahim dinyalakan, ketika syurga didekatkan, maka tiap-tiap jiwa akan mengetahui apa yang telah dikerjakannya. Sungguh aku bersumpah dengan bintang-bintang. Yang beredar dan terbenam. Demi malam jika hampir meninggalkan gelapnya. Dan demi subuh ketika fajarnya mula menyinsing, sesungguhnya Al-Quran itu benar-benar firman Allah yang dibawa oleh utusan yang mulia (malaikatJjibril) yang mempunyai kekuatan, yang mempunyai kedudukan yang tinggi di sisi Allah, yang mempunyai Arsy’ yang ditaati di sana (pada alam malaika
t) lagi dipercayai. Dan temanmu itu (Muhammad) bukanlah orang gila. Dan sesungguhnya Muhammad itu melihat malaikat Jibril itu di tepi langit yang terang. Dan dia (Muhammad) bukanlah seorang yang bakhil untuk menerangkan yang yang ghaib. Dan Al-Quran itu bukanlah perkataan setan yang terkutuk. Maka kemanakah kamu akan pergi? Quran itu tidak lain kecuali sebagai peringatan bagi alam semesta. Yaitu bagi siapa diantaramu yang mahu menempuhi jalan yang lurus. Dan kamu tidak dapat mengkehendaki kecuali apabila dikehendaki oleh Allah yang menguasai alam semesta. (QS at-takwir ayat 1-29)
Disediakan oleh: Nor Hanini Bt Roslan
Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau
PERLIS
MALAYSIA
H: 013-4006206
P: 04-9882701
abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
http://abdazizharjin.blogspot.com