Penghormatan Islam terhadap wanita jelas terbentang dalam ajaran Islam, di dalam Al-Quran sehingga ada surah yang membincangkan soal-soal wanita. Surah itu dinamakan An-Nisa bererti”Surah Wanita”. Ini menunjukkan soal wanita tidak diabaikan oleh Allah. Nabi Muhammad telah memberikan contoh dan teladan dan penghargaan terhadap kaum wanita. Lemah-lembut dan kasih sayangnya dan tanggungjawabnya terhadap isteri-isterinya telah menembusi hati-hati orang zalim di zaman itu, umpama cahaya memancar menembusi ceruk dan liku-liku kehidupan orang-orang di zaman itu.
Sebenarnya lelaki dan wanita itu telah diberi hak dan yang sama dan kewajipan yang sesuai dengan keadaan jasmani dan peribadi masing-masing. Lelaki yang bertubuh kuat dan berkuasa diberi tugas untuk memimpin dan melindungi wanita yang bertubuh lemah, berperasaan halus dan sensitif serta agak sentimental.
Bagi wanita pula tugas melahirkan anak, memelihara dan mendidik adalah perkara biasa yang memang sesuai dengan kemahuan dan fitrah semulajadi yang dikurniakan Allah untuknya. Tentang perkara ini Tuhan telah berfirman yang bermaksud :
“Kaum lelaki adalah pemimpin kaum wanita, disebabkan Allah telah melebihkan, sebahagian mereka terhadap sebahagian yang lain dan kerana lelaki telah menafkahkan harta mereka. ” (An-Nisa’ : 34)
Walaupun tugas memimpin dan memberi nafkah itu telah diberikan kepada kaum lelaki, tetapi tidak timbul sama sekali tentang siapa yang berkuasa dan siapa yang menguasai. Sebab hubungan antara pemimpin dengan yang dipimpin, antara yang memberi nafkah dengan yang diberi nafkah, bukanlah diikat dengan ikatan harta bendadan pengajaran semata-mata, tetapi yang kuat dan teguh mengeratkan ikatan tersebut adalah ikatan kasih saying.
Dapat juga dijelaskan bahawa dunia akan menjadi kosong tanpa wanita di dalamnya, sebagai pasangan lelaki untuk memperkembangkan keturunan. Kelahiran seorang wanita itu memang dinanti-nantikan untuk mengubat kesunyian seorang lelaki iaitu Adam AS., oleh itu Allah telah menjadikan Siti Hawa sebagai teman daripada tulang rusuknya sendiri. Begitulah Allah memulakan kehidupan seorang wanita begitu melengkapi kehidupan dunia ini bagi seorang lelaki, jadinya seorang wanita itu dari tulang rusuk kiri yang bengkok lagi lemah. Oleh itu wanita adalah menjadi teman rapat lelaki yang perlu dipimpin kehidupannya dengan penuh kebijaksanaan dan berhati-hati. Tulang yang bengkok tidak boleh diluruskan dengan kekerasan kerana dikuatiri akan patah dan tidak pula boleh terlalu lembut hingga ia terus bengkok. Ini kerana lemahnya kejadiaan Allah tidak memberatkan dengan tuntutan syariah yang melebihi kemampuannya.
Wanita sering dikaitkan dengan kelemahan jiwanya, kerana nafsu yang lebih tebal membuatkan ketahanan jiwa seorang wanita itu menjadi lemah jika dibandingkan dengan seorang lelaki. Wanita hanya mempunyai sebahagian akal dan dengan sembilan bahagian nafsu, jika dibandingkan dengan lelaki yang mempunyai sembilan bahagian akal dan sebahagian nafsu. Nafsu perempuan terlalu berbeza dengan nafsu lelaki. Kemahuan wanita selalu terkongkong dengan nafsu jahatnya, hinggakan tindakannya sering didorong oleh nafsu hatinya sahaja.
Nafsu yang sering inginkan perhiasan yang berlebihan, inginkan kemewahan yang melimpah, memandang hina dan merendah-rendahkan orang lain adalah nafsu jahat yang sering menguasai wanita. Begitu juga dengan nafsu sedih derita, kecewa akan menguasai diri wanita dengan begitu dasyat sekali. Ujian yang kecil sudah cukup untuk menggugat kestabilan hidup seorang wanita itu, wanita adalah insane yang kuat nafsu dan tinggi emosinya. Keputusan dan tindakan seorang wanita itu sering tidak adil dan penuh emosi. Bukan akalnya tidak cerdik tetapi akalnya tidak kuat untuk menumpaskan desakan nafsu yang sembilan itu.
Seorang wanita harus tahu akan kelemahan dirinya agar ia dapat menangani masalah hidup ini dengan baik dan jaya. Emosi wanita harus diselenggarakan agar sikap dan tindakan mereka lebih terkawal serta memberi manfaat kepada diri mereka dan orang lain. Jalan terbaik adalah setiap wanita itu harus dapat menundukkan emosi dan nafsunya untuk melakukan perkara-perkara yang tidak baik.
Antara langkah-langkah yang terbaik untuk mengawal nafsu wanita itu adalah dengan menuntut ilmu. Setiap wanita digalakkan menuntut ilmu dunia dan akhirat, dengan adanya ilmu seorang wanita itu akan lebih berjaya mengongkong hawa nafsu dan emosinya setiap saat. Ilmu itu adalah makanan akal, fikiran dapat diteguhkan dengan rajinnya seseorang itu menambah ilmu. Kekuatan yang diusahakan itu mestilah dihalakan kea rah mencari iktibar, hikmah, serta pengajaran dari Al-Quran. Dengan meningkatkan daya fikiran, gelombang perasaan akan lebih terpimpin dan nafsu akan lebih terkawal dan meningkatkan martabat di sisi Allah.
Selain itu, mendapat bimbingan lelaki yang baik akan menaikkan taraf seseorang wanita itu, jalan terbaik untuk mengendali wanita dengan memimpin emosinya. Ketika memimpin wanita seorang lelaki itu harus cekap menggunakan daya fikiran dan kecekapan mereka untuk membimbing wanita itu ke arah yang lebih baik dan selamat. Rasulullah SAW. bersabda yang bermaksud :
“Sebaik-baik perhiasan di dunia ini ialah wanita yang solehah”
Biar pun ibadah asas diwajibkan ke atas wanita yang mukallaf seperti sembahyang, zakat, puasa, dan haji, namun bagi wanita memadai dengan bersyahadah, menunaikan sembahyang dan berpuasa. Pada waktu-waktu tertentu, seperti waktu haid dan nifas, wanita diberi kelonggaran untuk meninggalkan ibadah tersebut bahkan haram melakukannya.
Jika kelima-lima ibadah itu diberi nilai 100% maka wanita hanya mampu mencapai 60% daripada tiga bentuk ibadah yang dilakukannya. Itu juga masih sukar bagi wanita untuk mencatat markah penuh melainkan wanita yang bertaqwa dan benar-benar dibantu oleh Allah. Begitulah lemahnya wanita dari sudut ibadah.
Disamping itu, wanita sering dikuasai oleh perasaan. Perasaan sering dipengaruhi oleh nafsu lebih dari pertimbangan akalnya. Tindakan atau keputusan yang dilakukan sering berbeza-beza bergantung kepada tekanan terkuat dalam perasaan ketika itu. Jenis perasaan pada wanita itu amat banyak seperti perasaan marah, sedih, dendam, malu, rasa bersalah, kecewa, jemu dan lain-lain lagi. Oleh itu wanita yang sama cerdik dengan lelaki akan jadi kurang cerdik dalam bertindak berbanding lelaki kerana kecerdikannya sudah dipengaruhi oleh nafsu.
Memang tidak dapat dinafikan bahawa dunia ini akan menjadi kosong andainya tidak ada wanita yang menjadi pasangan lelaki untuk menambah zuriat dan meramaikan keturunan. Apa saja yang dijadikan Allah di dunia ini mempunyai sebab dan musabab, maka begitulah juga dengan kelahiran manusia iaitu dengan perkahwinan lelaki dan wanita itulah menjadikan umat di dunia ini berkembang biak.
Tumbuh-tumbuhan tidak berhenti-henti tumbuh dan berubah, binatang sentiasa berkembang biak, air sungai terus menerus mengalir, air lauk tidak pernah berkurangan, ikan-ikan di laut semakin banyak, dan lain-lain lagi kebesaran dan kejadian yang dianugerahkan oleh Allah. Inilah yang dijanjikan oleh Allah bahawa manusia yang dijadikan oleh Allah di lengkapi dengan rezekinya. Oleh kerana membesarkan dan memelihara manusia yang bertubuh kecil itu bukanlah satu perkara yang mudah, maka Tuhan telah melengkapkan kaum wanita dengan perasaan kasih saying yang berlebihan sehingga tubuh yang lemah dan halus itu sanggup member pengorbanan yang tidak ternilai harganya.
Dengan perasaan kasih saying itu wanita sanggup menempuh penderitaan dalam masa mengandung, berani menggadai nyawa dalam melahirkan anak. Bersusah payah mengasuh dan mendidik sehingga anak-anak mereka menjadi insan yang sempurna. Tugas wanita yang paling berat ialah dalam membentuk peribadi anak-anak sehingga menjadi manusia bernilai tinggi., berbudi, berpengetahuan dan beragama. Seorang wanita yang menjadi ibu adalah contoh teladan yang baik bagi anak-anak dengan didikan yang baik kepada anak-anak akan melahirkan generasi yang baik pada masa akan dating.
Seorang wanita muslim mesti menjaga keperibadiaan merek, dan sebagai seorang wanita muslim harus dipelihara dari masa ke semasa. Antara adab-adab yang perlu dijaga oleh seorang wanita muslim adalah seperti menghormati penjaga dan menerima nasihat yang diberi, memperbaiki diri untuk menjadi wanita solehah, menjaga nama baik sebagai seorang wanita dan nama baik penjaganya, melatih diri dengan urusan rumahtangga, banyakkan sembahyang dan puasa sunat, serta menjadikan Al-Quran sebagai hiburan dan menghafaznya.
Disamping itu, terdapat juga perkara yang harus dijaga oleh seorang wanita muslim ketika berada di luar rumah. Antaranya ialah seseorang wanita itu mestilah keluar bersama muhrimnya, menghiasi diri dengan sifat malu, menghidari diri daripada berbual-bual dengan lelaki, berkata benar apabila bertemu dengan sahabat, menjaga aurat seperti yang dituntut oleh syarak, dan menjaga meruah sebagai wanita muslim.
Wanita yang baik maruahnya dan akhlaknya sentiasa memperbaiki diri dan mempunyai ciri-ciri seperti sabar menempuh kesusahan (ujian Allah) mengerjakan perintahnya, sentiasa bersyukur dengan kurniaan Allah, tenang dalam menerima ketentuan Allah, serta banyak mengingati Allah. Selain itu, wanita yang baik akan sentiasa mentaati suaminya dan reda dengan pemberian suami, melayan suami dengan baik, bersopan santun dalam segala percakapan dan tindakan, menjaga aurat dan maruah suami serta memuliakan ibubapa dan berusaha ke arah keredhaan Allah
Untuk menjadi seorang wanita Islam bukanlah sesuatu yang mudah, terdapat batas-batas pergaulan yang perlu diikuti oleh mereka. Antaranya, wanita Islam tiada batas dalam pergaulan bersama suami, menutup aura kecuali muka dan tapak tangan ketika berhadapan dengan ipar, tidak bergaul dengan mereka yang tidak disukaai oleh suami dan hendaklah ada muhrim ketika bertemu dengan bakal suami. Seorang wanita Islam itu hanya dibenarkan untuk bergaul dengan sebilangan lelaki sahaja seperti suaminya, bapa dan keturunan ke atas, bapa mertua, bapa saudaranya (di pihak ibu dan bapanya) , adik-beradik lelaki, anak lelaki, anak lelaki suami (anak tiri) , anak saudara, anak susuan serta saudara susuan, cucu lelaki dan seterusnya keturunan ke bawah, dan anak-anak kepada adik-baradik susuan.
Terdapat panduan berpakaian bagi wanita Islam di luar rumah seperti pakaian yang menutup aurat seperti yang dituntut oleh syarak iaitu menutup seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan. Warna pakaian yang dikenakan juga seharusnya suram, gelap seperti hitam atau kelabu. Pakaian itu juga seharusnya tidaklah terlalu nipis sehingga kelihatan baying-bayang badan dari luar, tidak terlalu ketat atau sempit, hendaklah pakaian itu longgar tidak menampakkan bentuk badan yang boleh membangkitkan nafsu lelaki, tidak menyerupai pakaian lelaki serta pakaian kafir dan myusrik.
Rasulullah SAW. sering berpesan kepada golongan wanita. Antara pesanan-pesanan terhadap golongan ini adalah seperti yang terdapat di dalam Riwayat Tarmizi, ”perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaan berhias (bukan untuk suaminya dan muhrimnya) adalah seumpama gelap gelita di hari kiamat, tiada nur baginya. ”Selain daripada itu terdapat juga pesanan Rasulullah SAW. yang berbunyi”wanita yang taat berkhidmat pada suami, akan tertutup pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah mana-mana pintu yang disukai dengan tidak dihisap. ”“Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinan, cepat pula kehamilan dan ringan pula maharnya (mas kahwin) ”
Setiap wanita muslim yang solehah hendaklah sentiasa menjaga maruahnya dan keluarganya, ini termasuklah perkara-perkara yang boleh mengekalkan keamanan rumahtangga seseorang itu. Sikap bertimbang rasa dan menhargai jasa suami akan menjadikan seorang wanita itu lebih bertaqwa dan taat kepada suaminya. Seorang isteri itu hendaklah sentiasa mengambil berat dan memberi pandangan yang bernas kepada suaminya demi masa depan mereka dan keluarga mereka. Jika seorang isteri itu sentiasa berkeluh kesah dan tidak dapat bersyukur dengan apa yang ada maka suami juga akan turut merasa serba salah dan tidak tenteram untuk hidup sebumbung dengan isterinya.
Antara beberapa perkara yang menyebabkan seorang wanita menderhaka kepada suaminya ialah keluar rumah tanpa izin suami sama ada suaminya ada di rumah ataupun tidak, menghalang suami dari bersuka-suka dengan dirinya, berpaling atau membelangkangi suaminya ketika bercakap, meninggalkan tempat tidur tanpa izin, minta talak, dan menyakiti hati suami sama ada dengan percakapan atau perbuatan.
Setiap wanita yang bergelar isteri harus tahu bagaimana cara untuk menghadapi suaminya, agar apa yang mereka lakukan itu dapat mengembirakan hati suaminya. Seorang wanita seharusnya merendahkan pandangan matanya apabila berhadapan dengan suaminya, mengelakkan malu pada suami, dengar dan diam ketika suami berkata-kata, hadir bersama ketika masuk tidur, tidak berkianat ketika ketiadaan suami, memuliakan keluarga suami, dan syurga dan neraka bagi seorang wanita itu bergantung pada reda atau tidaknya suami padanya.
Terdapat empat golongan wanita yang berada di dalam syurga. Pertama ialah perempuan yang menjaga dirinya dari berbuat haram, kedua, perempuan yang bersifat pemalu dan jika suaminya datang maka ia menyekang mulutnya dari perkataan yang tidak layak kepadanya. Ketiga, perempuan yang ramai keturunan lagi penyabar serta menerima dengan senang hati keadaan serba kurang (dalam kehidupannya ) bersama suaminya dan yang keempat, perempuan yang di tinggal mati oleh suaminyadan mempunyai anak-anak yang masih kecil, lalu ia menyekang dirinya dan mendidik mereka serta memperlakukannya dengan baik kepada mereka dan tidak bersedia berkahwin khuatir putera-puterinya akan tersia-sia.
Sabda Rasulullah SAW. mengenai wanita ialah”kebanyakan ahli neraka adalah kaum wanita. Maka menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka, ”Mengapa terjadi demikian?”Adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir?”Tidak, mereka ini adalah mereka yang tidak bersyukur akan nikmat suaminya sesungguhnya di antara kamu adalah dalam nikmat suaminya. ”
Setiap wanita yang beriman tentu mengharapkan dirinya menjadi wanita yang bermaruah dan terbaik, dari itu untuk menuju ke arah itu setiap wanita harus sedar akan kepentingan dirinya sebagai wanita Islam yang tahu menjaga maruah dan dapat pula berbakti kepada kaum keluarga serta Negara. Mereka tahan di uji dan tabah menghadapi dugaan Allah. Tidak mudah putus asa sentiasa berusaha dan berserah kepada Allah. Wanita yang terbaik menurut firman Allah yang bermaksud:
“Dan ingatlah ketika Malaikat Jibril berkata : Hai Maryam! Sesungguhnya Alllah telah memilih engkau mensucikan engkau dan melebihkan engkau atas sekalian wanita di dunia. Hai Maryam! Taatlah Tuhanmu, sujud dan rukuk bersama orang-orang yang rukuk. ”
Wanita adalah pengikut kaum lelaki, begitulah ajaran Islam menetapkannya. Wanita yang baik itu sanggup menjadi isteri yang baik, ibu dan pekerja yang baik serta bertindak sebagai serikandi Negara yang gigih. Sabda Rasulullah SAW. yang bermaksud :
“Wanita itu tiang Negara, jika baik kaum wanita sesebuah Negara itu, maka baiklah Negara itu. ”
“Tangan yang menghayun buai itu boleh menggongcang dunia”.
Kuasa yang tersembunyi dari seorang wanita adalah kecantikkannya, layanannya dan juga pujukannya. Wanita yang cantik dan berperibadi mulia itu boleh melembutkan hati lelak, kecantikan wanita itu boleh dijadikan kuasa untuk menundukkan lelaki. Oleh itu sebagai seorang wanita Islam, hendaklah mengetahui bahawa kecantikkan itu bukanlah boleh dipergunakan sesuka hati higga merosak orang lain dan diri sendiri.
Wanita yang cantik itu sebenarnya wanita yang tahu menjaga maruah sebagai kaum wanita, wanita yang berdikari, wanita yang taat kepada hokum Allah dan sentiasa berjuang kerana Allah. Wanita memang sikapnya suka melayan dan lelaki suka pula dilayan, layanan yang baik dari seorang wanita sudah tentu boleh melembutkan hati suami dan membuahkan kasih saying padu. Layanan yang dimaksudkan adalah layanan fizikal, mental dan spiritual, layanan yang mesra dari seorang isteri akan menambat hati suami yang mana cara ini boleh memperkukuhkan ikatan untuk kebahagiannya bersama.
Wanita dilahirkan dengan fitrah yang pandai memujuk, pujukan seorang wanita itu boleh mempengaruhi tindak tanduk seorang lelaki. Sebagai wanita yang beriman dan bertaqwa kepada Allah akan dapat membimbing dan memujuk suaminya ke jalan yang diredhai Allah. Begitulah berpengaruhnya seseorang wanita terhadap lelaki.
Tanggungjawab seorang isteri tidak begitu membebenkan jika seoarng isteri itu ikhlas menjalankan tugasnya. Antara tugas-tugas seorang isteri adalah seperti taat dan amanah pada suami, beradab dan memuliakan suami, memelihara maruah suami, berhibur dan menenangkan hati suami, sedia berkhidmat untuk suami dan bersyukur dengan suami.
Wanita adalah penyambung zuriat insan di dunia ini. Allah telah memuliakan wanita dengan melahirkan anak sebagai pewaris kepada insan ini dan mereka jugalah yang mendidik anak-anaknya. Tangan yang menghayun buaian itulah yang akan membentuk masa depan anak-anak. Bukan sahaja makanan dan pakaian tetapi anak-anak perlu diasuh jasmani dan rohani mereka agar menjadi muslim yang bertanggungjawab.
Menjadi tanggungjawab seorang ibu untuk memastikan perkembangan fizikal dan mental anak-naknya sihat seperti menyediakan makanan dan minuman yang berkhasiat serta sentiasa berdoa agar dikurniakan anak yang soleh dan solehah semasa anak masih dalam kandungan. Tidak dilupakan perkembangan spiritual juga.
Seorang wanita itu boleh dikatakan serikandi dan pejuang apabila tugas mereka dapat menolong sesama insan sedaya upaya untuk menegakkan hokum-hukum Allah yang lima, yang wajib dan yang sunat. Segala hokum yang ditegakkan hendaklah merangkumi beberapa perkara ini iaitu niat yang betul, dilaksanakan dengan betul, melakukan perkara-perkara yang tidak bertentangan dengan Islam, dan tidak meninggalkan ibadah asas seperti sembahyang lima waktu, puasa, barzakat dan menunaikan haji.
Sebagai kesimpulannya, serikandi itu adalah wanita yang berjaya dalam bidang yang diceburinya tanpa mengenepikan ibadah sebagai wanita Islam. Mereka berjaya dalam kerjayanya untuk memajukan umat Islam. Dengan kejayaannya mereka tidak mengenepikan adab dan syariat sebagai wanita Islam.
Disediakan oleh: Nurul Husna Bt. Sulaiman
Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau
PERLIS
MALAYSIA
H: 013-4006206
P: 04-9882701
abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
http://abdazizharjin.blogspot.com