Kehidupan Rasulullah SAW -

Prepared For: Ustaz Abdul Aziz Bin Harjin
Prepared By: Sri Handayani Bte Jumadil

Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu contoh teladan yang baik bagimu…. Al-Ahzab: 21

Muhammad itu adalah utusan Allah dan orang-orang yang bersama dengan dia adalah keras terhadap orang-orang kafir tetapi berkasih-sayang sesama mereka…. Al-Fath: 29

Nabi Muhammad s. a. w telah diputerakan pada 12 Rabiulawal bersamaan dengan 20 April 571 Masihi. Ayahanda baginda ialah Abdullah Bin Abdul Mutalib dan bonda baginda ialah Siti Aminah. Ayahanda baginda telah wafat ketika Rasulullah masih berada dalam rahim ibunya. Rasulullah menjadi yatim piatu pada usia 6 tahun setelah wafatnya bonda baginda. Kemudian baginda di pelihara oleh datuknya selama 2 tahun sahaja. Setelah itu baginda di pelihara pula oleh ayahanda saudaranya, Abu Thalib. Walaupun hidup dalam kemiskinan baginda tetap berikhtiar membantu menyara kehidupan mereka sehari-hari dengan mengambil upah menjaga dan menternak kambing. 
Rasulullah berkahwin pada usia 25 tahun. Isteri baginda bernama Khadijah Binti Khuwalid, seorang wanita yang mulia dan kaya. Waktu perkahwinan itu, Khadijah berusia 40 tahun. Pada usia Rasulullah 40 tahun, baginda telah diangkat menjadi Rasul Allah dan padanya terletak kewajipan menyampaikan perintah-perintah Allah kepada sekalian manusia. Nabi Muhammad mengajak manusia kepada agama Islam. Pengikut-pengikutnya kian bertambah dan ini menyebabkan musuh-musuh Islam merasa terancam dan mereka mula bertindak liar dengan mengancam dan menyiksa pengikut-pengikut Rasulullah. Suasana bertambah kalut apabila bapa saudara dan isteri baginda wafat. 

“Wahai manusia! Allah telah memerintahkan kepadamu supaya menyembahNya dan janganlah kamu menyekutukan Dia dengan sesuatu apa pun. ”

Demikian Nabi Muhammad s. a. w menyampaikan dakwah Islam kepada penduduk Makkah. Rasulullah berkeliling mengunjungi rumah penduduk Makkah dan berdakwah secara terang-terangan setelah mendapat perintah dari Allah s. w. t untuk berbuat demikian. Tindakan Rasulullah telah mengoncangkan kaum-kaum musyrikin sehingga apabila Rasulullah mendatangi rumah-rumah mereka maka Abu Lahab akan mengiringi baginda dari belakang. 

“Wahai manusia! Dia ini menyuruh kamu meninggalkan agama nenek moyangmu. ”

Demikian pula hasutan Abu Lahab yang menggerakkan orang ramai supaya menghalang Rasulullah daripada berdakwah. Maka bermulalah pergolakan yang hebat di kota Makkah. Pemuda Quraisy berusaha dengan kekasaran untuk menbantutkan fajar Islam yang telah mula menyinar. Pelbagai cara dan usaha dilakukan dari fitnah dan tuduhan-tuduhan liar seperti sihir, gila dan mengancam memijak tengkuk Rasulullah sehinggalah mengancam dan merancang membunuh Rasulullah. 

Rumah Rasulullah terletak di samping masjid Nabi. Ia dibina bersamaan dengan hari sampainya Rasulullah ke Madinah. Rumah Rasulullah sederhana dan mempunyai dua bilik tidur. Sebuah untuk isterinya Saudah binti Zam’ah dan sebuah lagi untuk Aisyah binti Abu Bakar As-Siddiq. Ketika dibina isteri-isteri Rasulullah masih berada di Makkah dan setelah tempat itu siap barulah mereka datang ke Madinah. Tanah tempat Rasulullah mendirikan rumah adalah kepunyaan dua orang anak yatim bernama Sahl dan Suheil. Keduanya diasuh oleh As’ad bin Zararah. Di atas tanah tersebut terdapat banyak tanah perkuburan orang-orang Musyrik dan pohon-pohon tamar. Menurut perhatian Rasulullah, tanah tersebut baik untuk pembinaan masjid dan Rasulullah hendak membelinya daripada As’ad namun tidak diterima oleh As’ad keran ia untuk digunakan untuk masjid maka biarlah ia digunakan semata-mata kerana Allah s. w. t. 

Tetapi Rasulullah masih berkeras hendak membelinya kerana teringatkan ia kepunyaan anak yatim. Akhirnya tanah itu dibeli dan di bayar oelh Abu Bakar. Sekitar kawasan itu kemudian didirikan beberapa rumah lagi manakala rumah Rasulullah diperbesarkan dengan menambah beberapa bilik untuk isteri baginda. Di rumah yang sederhana itu, Rasulullah hidup bersama isteri-isteri baginda dengan bahagia. Orang ramai yang berkunjung ke rumah Rasulullah bertambah dan bagi orang-orang yang tidak mampu di buatkan sebuah tempat yang diberi nama”Shuffah”yang menyerupai anjung rumah. Di situ Rasulullah menempatkan tetamu yang mengunjungi baginda. Oleh kerana keadaan yang terlalu ramai maka mereka bebas keluar masuk ke rumah Rasulullah. Suasana yang menjadi tidak teratur maka Allah telah memberi peraturan di dalam rumah Rasulullah. 

Peraturan yang di perturunkan oleh Allah ialah melarang siapa sahaja dari masuk ke rumah Rasulullah sebelum mendapat izin. Bila di ajak makan, setelah selesai makan mereka hendaklah keluar dan begitu juga jika hendak bersembang lama-lama dan membuang waktu adalah dilarang. Kalau ada yang perlu di minta pada isteri baginda hendaklah dibalik tabir atau dinding. 

Peraturan dalam rumahtangga Rasulullah ini bertujuan memelihara kemuliaan Rasulullah dan ahli keluarga baginda. Malah isteri-isteri Rasulullah, Allah s. w. t memberi peraturan agar rumahtangga tetap baik. 

“Jangan berkata-kata dengan suara yang menawan hati orang lain. Bercakap dengan baik dan sopan. Di dalam rumah harus berkeadaan baik. Jangan mempamerkan diri pada umum. Menunaikan solat. Membayar zakat dan taat kepada Allah dan Rasul-Nya. ”

Begitulah keadaan di rumah baginda yang serba sederhana. Rasulullah dan isteri-isterinya hidup secara sederhana walaupun baginda adalah Rasul Allah dan Pemimpin Umat. Tidak seperti raja-raja zaman itu yang mementingkan kemewahan dengan membebankan rakyat. 

Allah telah mengurniakan Rasulullah dengan tujuh orang anak iaitu tiga lelaki dan empat perempuan. Anak lelaki Rasulullah di beri nama Kassim, Abdullah dan Ibrahim manakala anak perempuan diberi nama Zainab, Rukayah, Ummu Kalthum dan Fatimah. Kesemua anak-anak baginda lahir dari isteri baginda Khadijah binti Khuwalid kecuali Ibrahim lahir dari ibunya Mariyah Qibthiyah. Anak-anak lelaki Rasulullah dari Khadijah telah meninggal dunia semasa kecil lagi. Begitu juga Ibrahim meninggal dunia ketika berusia belum sampai dua tahun. Anak-anak Rasululalh yang perempuan terus di panjangkan umur dan dapat menyaksikan perjuagan ayahanda mereka sebagai Rasul Allah dan Ketua Negara. Anak-anak Rasulullah telah di sebut sebagai anak-anak pilihan dari Allah s. w. t yang man bagus rupa parasnya dan baik kelakuannya. Walaupun anak Nabi Muhammad s. a. w dan ibu mereka adalah seorang hartawan Makkah yang terkenal sempurna di rumah keluarga Rasulullah iaitu tempat terpancarnya uswah ikutan yang baik bagi orang ramai. Mereka semua meningkat dewasa dan akhirnya berumahtangga. Kini Rasulullah mempunyai cucu-cucu, ada yang telah meninggal dunia dan ada yang dipanjangkan umur oleh Allah s.. w. t. 

Di antara cucu –cucu baginda yang terkenal ialah Hussein dan Hassan dari ibunya Fatimah yang bersuamikan Ali bin Abi Thalib. Selain dari Fatimah, juga lahir cucu-cucu perempuan Rasululalah dari anak baginda iaitu Ruqayah, Zainab dan Ummu Kalthum dan dari merekalah berkembangnya keturunan Rasulullah. 

Di antara ajaran Islam ialah kebersihan iaitu agar mereka bersih dari zahir dan batin. Bersih zahir bermakna bersih dari segi pakaian, badan dan tempat tinggal manakala dari segi batin pula bersih dari hasad-dengki, sombong, pemarah dan sebagainya. Banyak kejadian dan peristiwa yang menyatakan Rasulullah menyuruh umatnya supaya sentiasa bersih dan sentiasa berkeadaan rapi. Agama Islam adalah agama suci dan wajarlah penganutnya kelihatan bersih dan tampan. Pakaian, makanan dan tempat tinggal perlu dibersihkan dan Rasulullah sendiri diperintah Allah memelihara kebersihan. 

Allah berfirman:”Pakaianmu hendaklah dibersihkan!”

Kebersihan meliputi daripada mandi bersih, gosok gigi, menjaga rambut dan segala kotoran yang melekat di badan. 

Al-Quran menerangkan: Allah menyukai orang yang bersih. 

Apabila kebersihan zahir sudah dipelihara maka dengan sendirinya kebersihan batin tidak pula boleh diabaikan. Maka sebagai seorang muslim jauhilah perkara dengki, sombong, dusta dan lain-lainnya kerana semua itu tidak mendatangkan manfaat. 

Sebelum Rasulullah berhijrah ke Madinah, keadaan ekonomi dan kewangan di kota itu dikuasai oleh orang-orang Yahudi. Kedatangan Rasulullah dan para sahabat dari Makkah yang dikenali sebagai Muhajirin, ramai darinya terdiri dari mereka yang mempunyai keahlian dalam berniaga. Sewaktu golongan Muhajirin sampai di Madinah mereka dapat merasakan cengkaman pengaruh Yahudi dalam ekonomi dan kewangan. Pasar-pasar di Madinah dikuasai mereka dan juga sumber-sumber ekonomi lainnya. Rasulullah memahami keadaan itu dan kerana itulah kaum Muslimin mendirikan pasar sendiri. Beberapa tokoh dan ahli perniagaaan Islam memainkan peranan memajukan dan menandingi pasar Yahudi. 

Hijrah Rasulullah ke Madinah telah mendatangkan hasil yang baik sehingga baginda berjaya menyusun sebuah masyarakat dan negara menurut keredhaan Allah. Rasulullah selaku Rasul Allah Kepala Negara Islam dan juga Panglima Tertinggi di Madinah telah mendapat penghargaan dari Allah dan sekalian manusia yang beriman. Namun sebagai manusia biasa betapa pun kejayaan yang Rasulullah capai di Madinah, Makkah sebagai kampung halaman tetap menjadi ingatan dan kenangan. Kini Rasulullah harus meninggalkannya, akan bercerai dengan alam Makkah yang indah. Sebagai manusia maka saat perpisahan meninggalkan kampung halaman itu sangat memilukan hati. Tetapi perintah hijrah mesti dilaksanakan, manakala Abu Bakar As-Siddik sudah membuat persiapannya maka berangkatlah mereka menuju Madinah. 

Melangkahlah Rasulullah meninggalkan Makkah dengan rasa sedih dan rasa sedih yang mendalam setelah kota Makkah lenyap dari pandangan baginda. Tinggalah Makkah dengan kezaliman sebahagian penduduknya. Kian jauh Makkah dibelakang baginda semakin mendalam rasa kerinduan baginda. Mereka berjalan sehingga ke Jahfah dan kerinduan Rasulullah sampai di kemuncak. Allah Maha Mengetahui kerinduan Rasulullah demikian disambutNya dengan ayat pengubat perasaan yang luka dan penghibur yang sedih. 

“Sesungguhnya (Allah) yang memerintahkan kepadamu (menyiarkan) Quran, akan mengembalikan kamu kepada tempatmu semula. Katakanlah: Tuhan lebih mengetahui orang yang membawa petunjuk dan orang yang berada dalam kesesatan yang nyata. ” (Al-Qashash : 85) 

Huluran kasih sayang Allah yang datng tepat pada waktunya telah dapat mengembirakan perasaan hati Rasulullah. Satu masa yang telah ditetapkan Allah, baginda akan kembali memijakkan kakinya semula di bumi Makkah itu. 

Allah menepati janjinya. Benarlah demikian kesudahannya apabila peristiwa Al-Fath telah mengembalikan Rasulullah masuk ke Makkah dengan jiwa iman yang dapat mengendalikan hati. 

“Sesungguhnya Kami (Allah) telah memberi kemenangan (fath) bagi engkau, suatu kemenangan yang gemilang. ” (Surah Al-Fath: 1) 

Musuh-musuh Islam ada di kedua-dua kota Madinah dan Makkah. Tetapi mereka berbeza bentuk dan caranya dalam memusuhi dan menghalang Rasulullah s. a. w. di Makkah terdapat golongan Musyirikin manakala di Madinah terdapat golongan Munafiq. Golongan Musyirikin ini memusuhi Rasulullah secara terang-terangan dan berdepan. Mereka mencaci, memaki dan menghamun serta merencanakan untuk membunuh Rasulullah. Bertentangan pula dengan apa yang baginda lalui dari golongan Munafik di Makkah. Mereka pandai berpura-pura dan menjadi musuh dalam selimut yang lebih berbahaya dan tujuannya lebih buruk daalm menghancurkan Islam. Golongan ini berada bersama-sama Rasulullah dan para sahabat dan juga kelihatan di masjid-masjid, tetapi mereka tidak memusuhi dari depan dan terang-terangan seperti golongan Musyirikin. 

Golongan-golongan ini terdiri daripada penduduk Madinah asli dan orang-orang Yahudi. Mereka pernah mendirikan masjid sendiri dengan tujuan memecah belahkan umat Islam yang berada di Masjid Nabi. Masjid yang dinamakan”Masjid Dhihar”itu kemudian dibakar oleh para sahabat apabila mengetahui tujuan jahat mereka. Pemimpin Munafik terkemuka ialah Abdullah bin Ubay. Beliau kelihatan begitu manis dan lemah lembut ketika bertemu Rasulullah dan kaum Muslimin yang lain. Tetapi dibelakang lain pula tindak-tanduknya dan inilah keperibadian Munafiq itu. Allah berfirman:

“Diantara mereka golongn Munafiq itu ada yang menyakiti Nabi. Mereka berkata: beliau (Muhammad) itu pendengar. Katakanalah: pendengar itu lebih baik bagimu. Beliau beriman kepada Allah dan percaya orang-orang Mukmin dan rahmat bagi orang beriman dari kamu. Mereka yang menyakiti Rasul Allah itu akan mendapat azab yang pedih. ” (Al-Taubah:61) 

Nabi Muhammad s. a. w telah wafat pada hari Isnin bersamaan 13 Rabiulawal tahun 11 Hijrah atau 6 Mei 633 Masihi. Kota Madinah diselubungi kesedihan yang luar biasa. Sebilangan mereka hamper tidak mahu mempercayai berita itu. Umar bin Khathab mencabut pedangnya dan mengertak akan membunuh seesiapa yang mengatakan bahawa Rasulullah telah wafat. Umar seolah kebingungan tidak mahu membenarkan berita kewafatan Rasul Allah itu. 

Abu Bakar setelah diberitahu segera datang dan terus menuju ke tempat jasad Rasulullah dibaringkan. Beliau melihat jasad dan wajah Rasulullah yang tidak bernyawa lagi. Kemudian dalam keadaan sedih mengucapkan kata-kata penuh keharuan atas wafatnya baginda Rasulullah. 

“Wahai manusia! Barang siapa menyembah Muhammad, Muhammad kini sudah wafat. Tetapi barang siapa menyembah Allah, maka Allah tidak mati. ”Demikian kata-kata Abu Bakar dan sesudah itu segera beliau keluar dan menemiu orang ramai. 

Mendengar kata-kata Abu Bakar, Umar bin Khathab merasa kepiluan sehingga dia menanggis. Yakinlah Umar atas berita kewafatan Rasulullah yang amat dicintainya itu. Orang ramai di dalam suasana sedih yang menusuk kalbu. Ali bin Abu Talib, Abbas dan Abu Bakar pun segera menyediakan keperluan pemakaman Rasulullah dengan dibantu sekalian sahabat-sahabat dan penduduk Madinah kaum Muslimin. Mereka buat menurut apa yang harus dibuat bagi menyempurnakan jenazah baginda. Sewaktu hayat baginda Rasulullah, baginda tidak pernah menerangkan siapa yang akan menjadi Khalifah. Sedangkan jasad baginda masih belum dimakamkan sudah ada pihak hendak merebut menjadi pemimpin selepasnya. 

Nabi Muhammad s. a. w meninggalkan umatnya tetapi para sahabat-sahabat baginda terus berdakwah dan meluaskan kekuasaan Islam ke serata penjuru alam Barat dan Timur. Pusaka baginda adalah Al-Quran dan Hadith. Bila umatnya mengakui petunjuk-petunjuknya maka akan mulia dan berjayalah mereka. Akan tetapi bila kita tidak mengakuinya maka akan jatuh dan terhinalah di dunia dan akhirat. 

Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau 
PERLIS
MALAYSIA

H: 013-4006206
P: 04-9882701
abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
http://abdazizharjin.blogspot.com