Peranan Anak Terhadap Ibu Bapa -

Prepared For : Ustaz Abd Aziz Bin Harjin
Prepared By : Norfazillah Bt Md Zain

Kedudukan ibu bapa begitu tinggi menurut pandangan islam. Dalam firman Allah SWT :

Dan tuhan mu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan ‘ah’ dan janganlah kamu mengherdik (menengking) keduanya dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia. Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka bedua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah : ‘ya tuhanku kasihanilah mereka berdua, sebagaimana mereka telah mengasuh aku sewaktu kecil’’ tuahnmu lebih mengetahui apa yang ada dalam hatimu; jika kamu orang-orang yang baik, maka sesungguhnya Dia Maha Pengampun bagi orang-orang yang bertaubat. (surah Al-Isra’ : 23-25) 

Dalam ayat itu Allah SWT menyuruh hamba-NYA supaya mengesakannya dan mengabdi kepadanya. Di samping itu Allah SWT mengiringi perintah itu dengan perintah berbakti kepada ibu bapa. Ini membuktikan tingginya kedudukan ibu bapa dalam pandangan syarak. 

Kita disuruh bersyukur kepada Allah kerana banyaknya jasa ibu bapa kepada kita. Kerana mulianya ibu bapa serta besarnya jasa yang sudah mereka berikan kepada kita, maka berbuat baik kepada mereka pun sangat besar pahalanya disisi agama islam. 

Dalam kitab sahih bukhari ada disebutkan:-

Dari Abdullah, beliau berkata : saya telah bertanya kepada nabi SAW. tentang amalan apa yang paling disukai Allah SWT. Beliau menjawab: ‘solat pada waktunya’. Saya Tanya lagi : ‘kemudian apa lagi?’ beliau menjawab : ‘jihad fi sabililah. ’. 

Menurut hadis ini berbakti kepada ibu bapa merupakan ibadat yang paling afdal setelah solat. Maksudnya berbuat baik kepada ibu bapa seimbang pahalanya dengan mengerjakan solat. Padahal solat itu sendiri merupakan tiang agama. Ini menunjukkan berbuat baik kepada ibu bapa dan menghormatinya merupakan satu perkara yang penting dalam kehidupan sebagai seorang muslim. 

TANGGUNGJAWAB ANAK KEPADA IBU BAPA. 

Antara tanggugjawab anak kepada ibu bapa:-

1) Bercakap dengan ibu bapa secara sopan
Ketika bercakap dengan ibu bapa, seorang anak tidak boleh meninggikan suara. Setiap tutur kata yang di ucapkan perlu dilakukan secara sopan dan hormat. Malah seorang anak juga tidak boleh menggunakan perkataan ‘AH’ kepada ibu bapa kerana dianggap menderhaka kepada ibu bapa. Mengherdik maksudnya mengeluarkan kata-kata kuat atau bercakap kasar. 

Allah SWT berfirman: Dan janganlah engkau mengherdik mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia. (Surah al-isra’ : 23) 

2) Mentaati perintah ibu bapa. 

Islam mewajibkan kita untuk mentaati perintah ibu bapa selagi segala perintah itu tidak bertentangan syarak. Walaupun ibu bapa itu berlainan agama tetapi anak memeluk agama islam tetapi diwajibkan anak itu untuk mentaati ibu bapa. 

3) Mendoakan kedua ibu bapa. 

Ibu bapa merupakan orang yang perlu dihormati. Islam menyuruh kita untuk sentiakan mendoakan kesejahteraan kedua ibu bapa supaya mendappat pengampunan dan rahmat dari-NYA. doa yang dibuat oleh Nabi Nuh dan Nabi Ibrahim :-

Ya tuhan ibu bapa kami dan semua kaum Mukminin kami, ampuni dosa kami dan kedua pada hari perhintungan hisab/ hari kiamat. 

4) Mengunjungi kawan – kawan ibu bapa. 

Di antara cara berbakti kepada ibu bapa termasuklah menghubungkan silaturrahim dengan kawan-kawan mereka. Tidak kira samada ibu bapa itu masih hidup mahupum sudah dunia. Seorang anak juga wajib untuk menunaikan atau menyempurnakan janji dan segala hutang yang dibuat oleh ibu bapa semasa mereka masih hidup. Janji yang ditunaikan mestilah tidak melanggar hukum syarak. 
Contohnya : seorang ayah mewasiatkan untuk menyumbangkan sebahagian hartanya kepada fakir miskin, maka wasiat itu wajib di tunaikan. 

5) Merendah diri kepada ibu bapa
Merendah diri disini bermaksud menjadikan dan menganggap ibu bapa lebih hebat dan lebih mulia. Ini dilakukan melalui tutur kata, cara pandang, gaya dan tingkah laku. Walaupun setelah kita telah Berjaya dan lebih mengetahui dari ibu bapa kita dalam segala bidang namun dilarang sama sekali untuk membanggakan diri. Sebagai seorang anak perlu tunduk dan hormat seperti seorang rakyat dengan pemimpin. 


MANA YANG LEBIH BAIK??

- Antara berjihad dan bersama ibu bapa atau mengurus ibu bapa, mana yang lebih baik. Dalam hal ini mengurus ibu bapa merupakan keutamaan. Seorang anak tidak boleh pergi berjihad tanpa mendapat keizinan dari ibu bapanya. Ini dapat dilihat dari riwayat Rasullullah SWT. apabila datang seorang lelaki berjumpa dengan Rasulullah SWT. baginda kemudian bertanya kepada lelaki tersebut samada orang tuanya masih hidup’. Dia menjawab : ‘ayah dan ibuku masih hidup. Tadi saya tinggalkan mereka dalam keadaan menangis’. mendengar yang demikian Rasulullah SWT pun berkata ‘ kalau begitu pulanglah ke rumah orang tua mu. Jadikanlah mereka tertawa sebagaimana engkau membuat mereka menangis. 

KESAN DARIPADA BERBUAT BAIK KEPADA IBU BAPA

Berbuat baik kepada ibu bapa memberi kesan yang besar dalam agam dan dunia, dan pengaruhnya dapat dapat segera dilihat di dunia mahupun kelak di akhirat antaranya adalah:

1 seseorang akan mendapatkan kemulian daripada Allah keerana menjalankan perintahNya iaitu berbuat baik kepada ibu bapa. Hal ini juga telah menunjukkan sifat taat kepada Allah. 

2 Berbuat baik adalah sifat yang disebut untuk menunjukkan kemulian seseorang sepertimana yang disebutkan kepada sifat nabi Yahya dan Isa as dan nabi – nabi yang lainya yang telah berbuat baik kepada ibu bapa

3 Seseorang yang berbuat baik kepada ibu bapa juga, akan merasa kelapangan hati kerana telah menunaikan kewajipan sebagai seorang anak dan juga menunjukkan perlakuan yang baik. 

4 Selain itu, tindakan berbuat baik juga, menyebabkan seorang anak itu dapat merasakan kenikmatan bermesra dengan keluarga. Mereka juga akan lebih menghargai antara satu sama lain dalam sebuah keluarga. 

5 Tambahan lagi, sejarah perjalanan hidup yang baik akan disebut- sebut oleh orang ramai setelah meninggal dunia. Perbuatan ini juga akan menjadi satu contoh yang baik kepada orang ramai dan secara tidak langsung menerima penghargaan daripada mereka. Seperti mana yang telah disebutkan dalam hadis sahih bahawasanya Uwaisan al- Qaraniy dikunjungi oleh orang ramai dan mereka meminta doa dan mohon keampunan kepada Allah, sebagai satu ikutan kepada wasiat Rasulullah SAW kerana dia telah berbuat baik kepada ibu bapanya. Sepertimana riwayat daripada Aisar bin jabir daripada Umar bin al-khatab ra, berkata ketika melihat Uwaisan : ‘aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda”akan datang kepada kalian Uwais bin Amir bersama sejumlah orang-orang ahli Yaman, dari Murad dan dari Qaran. Dia dahulu mempunyai penyakit kusta dan dia telah sembuh daripadanya kecuali satu tempat sebesar satu dirham. Apabila engkau dapat memohon ampunan daripadanya maka lakukanlah hal tersebut”. Maka aku pun memohon ampunan kepadanya dan dia pun memohonkan untukku, kemudian Umar berkata”dari manakah engkau berasal?’ dia berkata : ‘ aku berasal daripada kufah’, berkata Umar: dapatkah aku menulis padamu satu surat kepada pemerintahnya?’ dia berkata: ‘ aku akan berada ditengah- tengah orang yang mencintaiku H. R muslim. 

6 berbuat baik kepada ibu bapa akan mendapatkan ganjaran yang berlipat kali ganda, dalam hadis disebutkan : berbuat baiklah engkau kepada bapamu, maka kelak anak-anakmu akan berbuat baik kepadamu, dan berlaku jujurlah kelak isteri-isterimu akan berlaku jujur padamu. Hadis ini diriwayatkan oleh Al-Thabrani dengan sanad hasan dari ibnu Umar, dan hadis ini pula diriwayatkan oleh Aisyah dan lain – lainya. 

7 Berbuat baik kepada iu bapa dapat menghapuskan dosa. Dalam hadis disebutkan bahawasanya seorang lelaki berkata kepada Rasulullah SAW : ‘nabi aku telah berbuat dosa besar maka adakah aku dapat bertaubat daripada nya?’ Rasulullah SAW menjawab. ‘ adakah engkau mempunyai ibu ?’ lelaki itu menjawab: ‘tidak’. Rasulullah SAW berkata ‘adakah ibumu mempunyai saudara perempuan?’ lelaki itu menjawab :’ ya’. Rasulullah SAW berkata ‘ maka berbuat baiklah kepadanya ‘


8 Berbuat baik adalah kunci masuk ke dalam syurga. Dalam hadis ini disebutkan bahawa seorang berkata : ‘wahai rasulullah apakah hak ibu bapa daripada anak- anaknya. ?’ Rasulullah SAW berkata : ‘kedua-duanya adalah kunci syurga dan nerakamu”. 

9 Berbuat baik kepada ibu bapa dapat mengangkat darjat seseorang disisi Allah. Seperti mana yang disebutkan dalah hadis : ‘ aku masuk ke syurga dan aku dengar suara seseorang di dalamnya’. aku bertanya: ‘suara siapakah itu?’ mereka berkata. ”suara harithah bin al- nu’man’. rasulullah kemudian berkata: ‘ demikianlah balasan orang yang berbuat baik, dan perkataan ini di ulangi dua kali. 

10 Selain daripada itu, dengan berbuat baik kepada ibu bapa dapat menyelamatkan diri daripada bahaya melalui doa daripada ibu bapa. Ini kerana doa daripada ibu bapa tidak akan ditolak oleh Allah. 

DERHAKA KEPADA IBU BAPA

Derhaka kepada ibu bapa merupakan perkara yang amat dilarang oleh islam. Ini dibuktikan melalui firman Allah swt iaitu:
“maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan ‘ah’ dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia. (Surah Al-Isra:23) 

Orang yang derhaka tidak akan merasa tenang di dalam hidupnya. Malah orang di sekeliling juga tidak akan menghormati mereka. Mereka yang derhaka kepada kedua ibu bapa mereka, akan mendapat balasan yang setimpal di dunia. Sabda Rasulullah SAW : ‘berbuat baiklah kepada orang tuamu agar anak-anakmu berbuat baik kepadamu’. 

Mereka yang menderhaka kepada kedua ibu bapa juga tidak akan berjaya dalam hidupnya. Mereka ini tidak mempunyai sifat keperimanusiaan dan tidak mengambil berat akan masalah orang lain. Mereka ini tidak mempunyai tempat di tengah-tengah masyarakat. 

Mereka yang menderhaka kepada kedua ibu bapa juga akan disegerakan azab mereka sebelum di akhirat. Seperti mana yang ditunjukkan dalam sabda Nabi SAW, ‘setiap dosa akan diakhirkan oleh Allah swt hingga hari kiamat kecuali derhaka kepada ibu bapa maka Allah menyegerakannya semasa hidup sebelum dia meninggal’. Hadis riwayat al – hakim dan disahkan oleh abu bakar. 

Perbuatan menderhaka kepada kedua ibu bapa juga akan mudah mendapat kecelakaan dari doa ibu bapa. Doa ibu bapa amat mustajab seperti mana yang terdapat dalam hadis juraiz jikalau ibu bapa mendoakan bala musibah menimpanya, maka benar akan berlaku kepadanya. 

SEBAB – SEBAB DERHAKA

Antara sebab- sebab nya ialah :

Sikap tamak pada harta benda mendorong seseorang untuk menderhaka kepada kedua ibu bapanya. Contohnya Al-muntasir yang merebut Negara turki dari bapanya dengan cara membunuhnya dan menggantikan kedudukannya. Anak yang derhaka ini tidak lama memerintah Turki kerana rakyat Turki berhasil memenggal kepalanya. 

Kelalaian ibu bapa dalam mendidik anak secara material mahupun adab sopan santun merupakan faktor kepada berlakunya perbuatan derhaka kepada ibu bapa. sepertimana seorang lelaki datang kepada Umar mengeluhkan anaknya yang derhaka kepadanya. Kemudian Umar memberi nasihat kepadanya kerana dia telah membiarkan anaknya tanpa pendidikan dan menamakan anaknya dengan nama yang buruk. 

Selain daripada itu, sikap melebih-lebihkan satu anak daripada anak yang lain atau membezakan setiap anak-anak menyumbang kepada berlakunya perbuatan derhaka kepada ibu bapa. 

CARA BERBUAT BAIK KEPADA IBU BAPA. 

Taat kepada ibu bapa

Taat kepada ibu bapa berlaku dengan melaksanakan keinginan mereka berdua, menjauhi apa-apa yang menyakiti hati mereka, bersegera dalam menjawab dan menyenangkan hati mereka. Walaubagaimanapun ketaatan kepada ibu bapa tidak boleh meelanggar syariah Allah. Apabila mereka memerintahkan untuk melakukan perkara seperti syirik, mencuri, atau meninggalkan sembahyang, maka tidak wajib seseorang anak itu mentaatinya malah perlu dihindari. Sekiranya ibu bapa meminta anak menceraikan isterinya, harus dilihat dari sebab mengapa perlu dilakukan. Apabila kedua ibu bapa memerintahkan untuk menceraikan isterinya kerana buruknya akhlak isteri atau tidak dapat menjalankan tanggugjawab sebagai isteri maka wajib untuk mentaati perintah kedua ibu bapanya. Namun sekiranya perintah untuk menceraikan isteri itu berdasarkan perkara peribadi yang tidak dapat diterima oleh akal yang sihat dan agama maka tidak wajib perintah itu untuk ditaati. 

Memberikan nafkah kepada ibu bapa. 

Memberikan nafkah kepada kedua ibu bapa adalah salah satu cara berbuat baik kepada ibu bapa. Memberi nafkah yang dapat mengcukupi keperluan ibu bapa dan ia sesuai dengan kemampuan keduanya seperti memberikan makanan, pakaian, perkhidmatan dan sebagainya. 

Tidak melebihkan isteri dari ibu bapa. 

Hendaklah anak mengambil berat pada ibunya dan lebih mengutamakannya apabila terjadi pertikaian antara ibu dan isteri. Ini kerana anak merupakan sebahagian daripada ibunya bselamanya akan kekal di dalam hatinya samada dalam suka mahupun duka, dalam keadaan sakit mahupun sihat. Bahkan seorang ibu itu sanggup bersusah payah demi kebahagiaan anaknya, mekipun anaknya melakukan perkara yang menyakitkan hatinya. 

BERBUAT BAIK KEPADA IBU BAPA SETELAH MEREKA MENINGGAL DUNIA. 

Sesungguhnya berbuat baik kepada ibu bapa tidak hanya terhad semasa mereka masih hidup, tetapi juga dilakukan setelah mereka meninggal dunia. Sekiranya ibu bapanya semasa hidup masih mempunyai hutang maka wajib bagi warisnya mengantikannya. Dalam sebuah hadis ‘ sesiapa yang meninggal dan atasnya kkewajipan puasa, maka walinya wajib menggantikanya’. 

Selain itu, mendoakan ibu bapa juga setelah mereka meninggal dunia merupakan amalan baik kepada ibu bapa. Tiga perkara yang di bawa oleh si mati setelah dia meninggal dunia seperti yang terdapat dalam hadis Rasulullah SAW ‘apabila telah meninggal anak adam, telah terputus segala amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakannya. ’ Hadis riwayat Muslim daripada Abu Hurairah. Ini menunjukkan bahawa doa dari seorang anak yang soleh untuk kedua ibu bapa juga dapat disalirkan kepada kedua ibu bapa walaupun mereka telah meninggal dunia

Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau 
PERLIS
MALAYSIA

H: 013-4006206
P: 04-9882701
abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
http://abdazizharjin.blogspot.com