Konsep Ekonomi Menurut Ajaran Islam -

Nama Pensyarah:
Ustaz Abd Aziz Bin Harjin

Nama Pelajar:
Nurul Sharidah Binti Shaari

Terdapat banyak definisi mengenai ekonomi Islam. Secara asasnya ekonomi bermaksud bagaimana manusia melakukan pengurusan sumber ekonomi dan sumber pengeluaran yang terhad seperti tanah, buruh, upah dan modal bagi memenuhi kehendak manusia yang tidak terhad. menurut pandangan Islam pula, ekonomi Islam ini bermaksud kajian kejayaan manusia melalui sumber bumi berasaskan kerjasama dan penyertaan. Ia juga adalah sains social yang mengkaji masalah ekonomi yang berpegang pada nilai Islam. Menurut pandangan lain pula, ekonomi Islam sebagai satu ilmu wasilah yang digunakan untuk memenuhi segala kehendak individu dan masyarakat sesuai dengan syariat Islam. 

Terdapat beberapa ciri-ciri yang telah ditetapkan dalam ekonomi Islam. Pertama, kebebasan menjalankan aktiviti ekonomi. Kebebasan disini bermksud setiap individu bebas menjalankan aktivit-aktiviti ekonomi seperti pertanian, perdagangan, perindustrian dan lain-lain bentuk perniagaan. Tujuan utama segala aktiviti yang dijalankan ini adalah untuk memenuhi segala kehendak individu ini sendiri dan juga keluarga. Dalam memenuhi kehendak-kehendak ini, kesederhanaan adalah digalakan. Sistem ini juga menerapkan unsur-unsur ibadah dalam menjalankan aktiti-aktiviti ekonomi ini seperti bersedekah. Ciri kedua pula ialah pemilikan harta swasta. Semua kekayaan yang ada di dunia ini adalah milik Allah S. W. T dan manusia di muka bumi ini adalah sebagai hamba yang diberi tanggungjawab untuk mengurus dan menggunakan faktor-faktor pengeluaran dan sumber-sumber ini dangancermat. Walaupun begitu, penggunaan dan pemilikan harta ini adalah sederhana. Kekayaan yang terdapat di sesebuah nergara hendaklah dinikmati oleh seluruh masyarakat. Oleh itu pemilikan harta atau kekayaan yang lebih terhadap seseorang individu haruslah di kongsi bersama dengan golongan yang memerlukan. Mereka perlulah mengeluarkan zakat samada dalam bentuk kewangan atau harta benda. Peranan individu merupakan ciri-ciri lain dalam sistem ekonomi Islam. Di dalam ekonomi Islam, seseorang individu berhak dan bebas memilih aktiviti ekonomi yang dikehendaki selagi ia tidak bertentangan dengan hokum syarak dan pemilihan ini perlulah seimbang dengan taggungjawab sosial seperti bersedekah dan berzakat. Apabila terdapat keseimbangan dalam hal ini, ia secara tidak langsung akan dapat mengurangkan kemiskinan dan penderitaan orang miskin. Segala aktiviti yang dijalankan ini hendaklah berdasarkan kepada kepentingan social dan diberi keutamaan terhadap pengeluaran, bukan sahaja keuntungan. Ciri-ciri berikutnya adalah peruntukan sumber-sumber. Sumber-sumber yang diberikan oleh Allah S. W. T ini hendaklah diperuntukan untk barang-barang keperluan dan bukan barang-barang mewah. Barang-barang yang mewah ini hanya dikeluarkan mengikut keperluan. Ini adalah perlu bagi menjamin kebajikan sosial. Ciri-ciri yang kelima adalah peranan kerajaan. Kerajaan hendaklah memastikan segala aktiviti-aktiviti ekonomi berjalan dengan lancer dan mengawal peruntukan sumber dan pengagihan pendapatan bagi menjamin kebajikan social dan mewujudkan pertumbuhan ekonomi yang baik. 
Terdapat beberapa maslah dalam setiap sistem ekonomi yang dijalankan, diantaranya ‘apa barangan yang hendak dikeluarkan’, ‘bagaimana hendak mengeluarkan’ dan berbagai-bagai lagi persoalan yang timbul. Setiap masalah yang timbul ini hendaklah di selesaikan mengikut perspektif Islam. Masalah yang timbul hendaklah diselesaikan mengikut peraturan yang telah ditetapkan. Contohnya, apa sahaja barangan yang dikeluarkan hendaklah halal, barangan yang dikeluarkan bergantung kepada mekanisma harga dengan member keutamaan kepada barangan keperluan. Penyelesaian malsalah ‘untuk siapa barang dikeluarkan’ pula diselesaikan oleh agihan pendapatan masyarakat. Ekonomi Islam mementingkan keadilan agihan pendapatan dan kekayaan dengan mewajibkan setiap orang Islam membayar zakat mengikut kemampuan masing-masing. 

Perniagaan dalam Islam mempunyai beberapa asas-asas yang perlu dipatuhi. Pertama sekali kita hendaklah mengetahui pengertiannya dari segi syarak. Perniagaan dalam Islam bermaksud pertukaran barang dengan barang iaitu harta dengan harta atau harta dengan barang dengan persetujuan kedua-dua belah pihak ataupun pertukaran milik dengan gentian iaitu bayaran atau medarabah mengikut cara-cara yang diizinkan syarak. Terdapat enam rukun jual beli yang perlu dipatuhi semasa menjalankan perniagaan. Pertama penjual, kedua pembeli, ketiga harga, keempat barang, kelima ijab atau serah, dan yang keenam qabul atau terima. Hokum berjual beli di dalam Islam adalah harus dan halal dan Allah S. W. T berfirman, ”Allah menhalalkan jual beli dan menharamkan riba”. 

Perniagaan adalah bidang rezeki yang paling luas. Hadis ada mengatakan 90% daripada rezeki adalah dsatang daripada perniagaan. Apabila sesuatu perniagaan itu berlaku mengikut syarat-syarat yang di tetapkan, ia akan menjadi sebagai satu ibadat. Kemajuan perniagaan menyebabkan kemajuan ekonomi serta kemakmuran kepada masyarakat dan seterusnya tanggungjawab keatas kebersihan alam sekitar, mutu keluaran serta bertanggungjawab keatas hubungan kesejahteraan masyarakat. Oleh itu, sesuatu keputusan bagi sesuatu keluaran yang hendak diniagakan hendaklah diambil kira vsistem nilai yang dipegang oleh masyarakat. Syarikat-syarikat yang besar hendaklah mempunyai kawalan sosial. 

Islam juga telah menetapkan beberapa prinsip yang perlu dipatuhi semasa menjalankan perniagaan. Prinsip-prinsip tersebut ialah bebas dan persetujuan bersama, urus niaga tanpa riba serta adil. Adil disini bermaksud tulus dalam menjalankan urus niaga seperti menunaikan janji, menimbang dan meyukat dengan tepat serta seumpamanya. Prinsip berikutnya adalah layanan yang baik terhadap pelanggan, melindungi hak-hak penjaul dan pembeli serta jujur dan amanah dalam melaksanakan segala tugas. 
Riba

Riba adalah lebihan yang telah ditentukan terlebih dahulu daripada pinjaman asal yang diberi oleh pemiutang dan yang diterima oleh peminjam. Riba dalam bahasa Arab pula terbahagi kepada dua takrif, pertama akad keatas pertukaran tertentu yang tidak diketahui persaamaannya pada timbangan atau sukatan yang diakui oleh syarak. Kdua pula riba bermaksud pertukaran jenis mata wang atau jenis ribawi, iaitu menagguhkan penyerahan salah satu bahan yang ditukar jual belinya. 

Riba terbahagi kepada empat jenis. Pertama riba al-Fadhi. Riba ini adalah emnukar barang yang sama jenis tanpa wujud persamaan, iaitu pertambahan yang berlaku disebabkan pertukaran barangan yang sama jenisnya, iaitu mengenakan syarat tambahan ke atas barangan yang sama jenis. Riba kedua pula ialah al-Qardhi iaitu pememinjam dengan syarat ada keuntungan bagi yang pemberi hutang, iaitu mengenakan syarat keatas peminjam. Contohnya, pinjam RM 100 dan bayar balik dengan RM 120. Riba ketiga adalah riba al-Yad iaitu berlaku perpisahan dari tempat akad sebelum timbang terima dilakukan, iaitu berlaku pertukaran tangan dengan tanpa disukat, diukur atau ditimbang bagi menentukan kadar. Riba al-Nasiah pula adalah riba yang keempat. Nasiah bermaksud penangguhan atau kelambatan. Iaitu berlaku penambahan bayaran kerana diberikan tempoh atau penundaan untuk membayarnya. Riba jenis ini tidak berlaku pada peringakat awal pinajaman, tetapi berlaku kemudiannya. Contohnya A berhutang RM 1, 000 kepada B dan akan dibayar dalam tempoh 6 bulan. Tetapi apabila tamat tempoh tersebut, A belum mampu membayarnya dan meminta supaya menangguhkan pembayarannya dan B bersetuju dengan syarat A membayar lebih iaitu sebanyak RM 1, 500. 

Sebab-sebab berlakunya riba adalah apabila wujudnya dua komuniti yang serupa, tetapi tidak sama kuantitinya atau dua kominiti yang sama jenisnya, tetapi sama kuantitinya ditukar mengikut sistem barter. Riba juga wujud apabila seorang penjual meminta sesuatu barangan pada suatu masa dan meminta harga yng lebih tinggi apabila bayaran iaitu dibayar pada suatu tempoh di masa hadapan atau sebagai satu bayaran yang melibihi harga pokok. 

Kesan-kesan Riba ke Atas Ekonomi, Sosial dan Moral
Kesan Riba ke Atas Ekonomi

Kesan pertama riba terhadap ekonomi ialah kemerosotan bidang pelaburan. Riba yang tinggi memusnahkan daya penarik pelabur, kejatuhan tahap pelaburan mengakibatkan kejatuhan tahap pekerjaan dan pendapatan dan keadaan ini akan membawa kepada atau kemerosotan peratus pendapatan, permintaan dan juga penggunaan. Akibat daripada kemerosotan perniagaan, aktiviti industri dan pertumbuhan ekonomi akan terbantut. Kedua pula, riba ini akan melemahkan sistem ekonomi. Apabila bank-bank menawarkan bunga yang tinggi, orang ramai akan tertarik supaya menabungkan wang dengan harapan akan memeperoleh pulangan yang tinggi hasil daripada penggunaan modal dalam sector industry dan perniagaan. Ini akan menyebabkan pihak bank terpaksa melaburkan wang mereka dalam bentuk pembelian sekuriti kerajaan, pertukaran bayarn tunai dan lain-lainaktiviti yang kurang produktif. Akibatnya, akan wujudlah inflasi, pengangguran dan kemelesetan ekonimi. 

Selain daripada itu, riba juga akan menyebabkan penggurangan kekayaan. Dalam kuasa beli yang lemah dan daya guna yang rendah, bank akan menaikan kadar faedah yang tinggi kerana bimbang menghadapi kerugian. Keadaan ini akan menimbulkan suasana yang panic dalam bidang perniagaan dan pengangguran akan meningkat. Disebabkan masalah ini, barangan di pasaran tidak laku. Ini disebabkan oleh kadar faedah yang tinggi dan menyebabkan kenaikan kos pengeluaran, harga melambung naik sedangkan sut keberkesanan modal mengurangkan akibat daripada spekulatif. 
Kesan Riba ke Atas Sosial

Kesan riba ke atas sosial adalah merosakan kemasalahan dunia. Pergantugan terhadap riba da[at menhalang manusia dari terus berkerja dengan tekun dan bersungguh-sungguh. Oleh itu, mereka yakin akan memperoleh wang yang lebih tanpa menanggung beban yang berat. Ini menyebabkan putusnya bahan-bahan keperluan masyarakat. Riba juga akan mengakibatkan ketidak adilan sosial. Pemiutang akan bertambah kaya dan peminjam akan bertambah susah. Keadaan ini seperti member jalan kepada orang kaya mengambil harta orang miskin. Dalam riba juga terdapat unsure-unsur pemeras terhadap orang yang lemah demi kepentingan orang yang berpengaruh atau berada. Ini akan emngakibatkan timbulnya sikap iri hati dan pemberontakan anatra golongan ekstremis dan perkauman. Ia juaga akan menggalakan eksploitasi terhadap golongan pemodal ke atas golongan yang ememrlukan modal. 

Kesan Riba ke Atas Moral
Riba kea atas moral akan menyebabkan berlakunya pencabulan kehormatan terhadap harta orang lain. Contohnya A memeinjam RM20 daripada B. B akan mendapat bayaran tambahan balik sebanyak RM30, iaitu pemiutang mendapat tambahan RM10 tanpa imbuhan ganti. Perbuatan ini dalah haram di sisi Islam. Riba juga akan menyebaabkan keruntuhan akhlak. Apabila berlaku riba ia akan menyebabkan terputusnya sikap yang baik diantara manusia. ia merosakkan naluri akhlak dan perasaan kasih antara hubungan manusia dengan manusia dan sebaliknya timbul sifat tamak, ego, curang dan banyak lagi. 
Perbezaan Antara Riba dan Jual Beli

Perbezaan antara riba dan jual beli adalah riba menyebabkan keuntungan bagi pihak pemodal manakala jual beli akan menjamin keuntungan bagi kedua-dua belah pihak. Keduanaya riba menyebabkan penarik modal mengambil bunga atau faedah dalam bentuk peringkat atau berterusan manakala jual beli akan membuat penjual memperoleh keuntungan daripada pembeli hanya sekali dalam proses jual dan beli. Dalam riba, wang dijadikan sebagai penghapus pembangunan peradaban masyarakat tetapi di dalam jual beli pula, wang digunakan dalam pemindahan kekuatan yang besar ke arah sektor kewangan yang dianggap sebagai faktor penentu dalam pembentukan dan kemajuan peradaban masyarakat. Seterusnya yang memebezakan antara riba dan jual beli adalah riba mewujudkan sikap pentingkan diri sendiri, sombong, takbur dan tidak berperikemanusiaan dan menjadikann manusia sebagai pemuja ang, tetapi dalam urusan jual beli, ia menerapkan konsep ideal dalam kehidupan manusia, demokrasi dan kedamaian. 

Sistem Ekonomi Malaysia
Sistem ekonomi campuran adalah suatu sistemm di aman pihak persendirian dan kerajaan bersama-sama membuat keputusan kepada masalah-masalah asas ekonomi. Walaupun terdapat campur tangan kerajaan, masyarakat masih mempunyai kebebasan yang cukup luas bagi menentukan kegiaran-kegiatan ekonomi yang hendak dijalankan. Dalam ekonomi campuran, soal apa, berapa dan bagaimana barangan dikeluarkan sebahagian besar masih diserahkan kepada mekanisme pasar. Contoh Negara yang mengamalkan sistem ekonomi campuran adalah Malaysia dan Singapura. Campur tangan kerajaan dalam sesuatu ekonomi disebabkan beberapa kelemahan mekanisme pasar tertentu. Oleh sebab itu tujuan campur tangan kerajaan adalah untuk, menjamin dan menjaga perkembangan ekonomi yang stabil, menjamin pengagihan pendapatan yang lebih merata dan menghindarkan penindasan yang tidak adil. Campur tangan kerajaan juga adalah bagi menyediakan barangan barangan awam secara cekap bagi meninggikan kebajikan sosial dan kemakmuran masyarakat. Ia juga adalah bagi mengawasi kesan-kesan luar yang merugikan masyarakat serta bagi mengawasi kuasa-suasa monopoli. 

Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau 
PERLIS
MALAYSIA

H: 013-4006206
P: 04-9882701
abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
http://abdazizharjin.blogspot.com