Kaedah Rawatan Menerusi Ibadah -

Prepared for: Ustaz Abd Aziz Bin Harjin
Prepared By: Mohd Zahid Bin Zainul

KAEDAH RAWATAN MENERUSI WUDUK, SOLAT, DOA DAN MUNAJAT

Tubuh manusia adalah sebagai kesatuan, bukan kumpulan atau bahagian yang terpisah-pisah. Jika ada tenaga yang terganggu, tubuh akan mengambil langkah bersepadu untuk melindungi dan mengembalikan keseimbangan secara homeostasis. 

Daya vital atau tenaga hayat tubuh sentiasa bersatu tetapi jika berlaku kejatuhan atau kenaikan secara mendadak dan berterusan, tenaga itu tetap tidak dapat bertahan dan berlaku pelbagai gejala penyakit. 

Keupayaan tenaga dalam bentuk semangat menjadikan manusia mampu bertahan dan terus hidup manakala tahap pemikiran sering tergugat dan kita harus memujuknya dengan akal atau kekuatan mental yang waras. 

Bagaimana pun, di dalam tubuh manusia terdapat tenaga vital yang mempunyai keupayaan penyembuhan sendiri, iaitu terletak pada tahap emosi atau iman. 

Jika penyakit dapat mengimbangi empat tahap kesatuan emosi iaitu sabar, ikhlas dan syukur maka tahap ketahanan tubuh terhadap serangan kuman atau ketidak seimbangan hormon dapat diselaraskan dan itulah rasional rahsia penyembuhan. 

Rasulullah SAW pernah terkena penyakit demam akibat gangguan sihir yang dilakukan oleh seorang Yahudi bernama Labid bin Ashim. Diriwayatkan bahawa baginda sakit selama enam bulan, tetapi kerana kekuatan iman baginda di samping baginda sentiasa mendapat perlindungan Allah, maka penyakit baginda tidak berpengaruh sedikit pun terhadap aktiviti dan tugas-tugas kerasulan. 

Tindak balas sebenar dipandang sebagai cara tubuh mengeluarkan atau menghambat sesuatu penyakit. Jika tahap emosi terus dipendam, penyakit akan terus menekan dan terjadi penderitaan kesakitan kepada tubuh. 

Sebagai contoh, masalah darah, ada pesakit yang menghadapi gejala kebas, sengal, sakit belikat, sakit pada tengkuk, sakit dalam kepala, terhoyong-hayang, mengantuk pada siang hari, sukar bernafas, berdebar-debar, gemuruh, sakit urat dan mudah terseliuh. 

Pengalaman berbeza ini harus ditangani dengan bijaksana bagi menentukan getaran tenaga yang tepat dan sesuai. Proses penyembuhan memerlukan suatu tenaga yang paling unggul yang dinamakan kekuatan iman dan rasa kehambaan. 

Semua gejala perlu disemak dan disusun untuk menjadi gambaran gejala keseluruhan. Gejala aneh atau luar biasa lebih memerlukan keseimbangan tahap kerohanian. 

Contohnya, pesakit yang berasa sesuatu keganjilan di dalam perut atau di mana-mana bahagian seperti bergerak-gerak, mencengkam, panas, mendidih, menghimpit dan lain-lain yang berlaku tidak tepat dan berulang-ulang maka getaran tenaga yang perlu diambil adalah lebih khusus atau spesifik iaitu menerusi solat tahajjud, puasa dan membaca al-Quran. 

Jika ada perubahan, ini bermakna getaran sedang menjalankan fungsi dan penyakit boleh dikurangkan. Jika perubahan agak berat maka pengambilan getaran tenaga boleh ditukar kepada getaran tenaga tunggal khas yang lain iaitu menerusi munajat dan doa khusus. 

Pergerakan getaran tenaga pasti akan menggerakkan juga tenaga organ yang besar peranannya iaitu paru-paru. Akitiviti pernafasan ini amat penting. Seminit kita tidak bernafas, jantung akan berhenti fungsinya dan semua organ lain akan turut terhenti. Selepas itu tenaga akan bergerak ke arah bahagian organ yang kurang penting seperti kulit, tenggorok atau anak tekak yang terasa mendapat kesan akhir. 

Kesan pertama jika paru-paru mendapat reaksi seperti batuk, ubat kimia boleh digunakan dengan berkesan tanpa kesan sampingan. Alasannya ialah kerana keracunan itu berada di luar sistem sel, ini tidak membahayakan sistem dalaman sel yang terbabit. Bagaimanapun jika penyakit hanya mendapat reaksi gangguan kulit seperti jerawat atau gatal-gatal, ini hanya dianggap sebagai gangguan akut yang kecil dan pesakit bernasib baik kerana penyakit yang dialami selama ini tidak berada ditahap serius. 

Racun dapat dikeluarkan dari tubuh dalam bentuk kotoran seperti nanah, hingus, pedih mata, jerawat dan cirit-birit. Pergerakan itu berlaku dari tahap atasan ke tahap bawahan. Misalnya, gangguan kulit akan bergerak ke bawah dan akhirnya akan hilang. 

Kemunculan akhir penyakit akan berada pada tahap atasan dan kehilangannya akan dirasai pada tahap bawah kerana penyakit bermula dari tahap bawah. 

Dalam proses penyembuhan, sebarang penderitaan akan berulang untuk sementara waktu dan apabila berlaku proses itu kita menganjurkan supaya pesakit tidak berhenti atau mengulangi getaran tenaga bagi frekuensi yang dideritai sehingga semua penyakit dapat dihambat keluar dan tidak terpendam atau tersembunyi untuk menjadi kanser pada suatu masa nanti. 

Cara perubatan moden perlu berjalan seiring sebagai pelengkap. Dengan konsep luaran dalam situasi darurat atau mencemaskan boleh digunakan sebagai pertolongan pertama. Konsep luaran yang mudah dapat menangani pesakit yang tidak sedar atau tidak mampu untuk menyerap getaran tenaga ke dalam tubuh melalui proses pemakanan. 

Getaran tenaga akan menjadi keperluan pertama di dalam rumah untuk rawatan kemalangan atau kecelakaan. Penggunaan getaran tenaga tidak semestinya perlu mendapatkan diagnosis daripada pengamal professional kerana ia mempunyai fungsi pelbagai guna yang selamat untuk sesiapa sahaja. 

Kesedihan dan kekecewaan yang lama akan merangsang asid di dalam perut dan kita harus menghindari kekecewaan daripada menguasai diri. Jika tidak, ia akan mengundang penyakit lain ke dalam tubuh. 

A. Setiap Penyakit Ada Penawarnya

Setiap penyakit itu ada penawarnya dan itulah ketetapan Ilahi. Syaratnya manusia perlu mengkaji ilmu dan memahami ketetapan dan peraturan-Nya maka akan terbukalah rahsia yang perlu diketahui. Percayakah anda bahawa ubat atau penawar telah sedia wujud dalam tubuh anda? Rahsia penawar sesuatu penyakit itu sebenarnya berpunca daripada apa yang anda lihat, dengar, fikirkan dan rasa (perbuatan / amalan) . Itulah racun dan itulah juga penawarnya. 

Penyelidikan dan kajian telah menggabungkan pakar-pakar sains fizik dan kimia, juga telah melibatkan petu-petua tradisional dan para pengkaji al-Quran dan as-Sunnah. Ianya melibatkan pengaruh dalaman dan kerohanian. Walau apapun pendekatan yang cuba dikaitkan dengan rahsia roh dalam pelbagai rupa bentuk tenaga, ia tetap mengikut hukum tabii alam yang amat teratur, tepat dan tidak ingkar walaupun sesaat. Inilah sebenarnya konsep cahaya atau rahsia warna yang akan mengikut hukum yang telah ditetapkan. 

Penyakit juga merupakan salah satu bentuk tenaga yang buruk dan negative. Walau pun ia melibatkan serangan bacteria, virus, fungus (kulat) atau apa sahaja ia tetap merupakan salah satu bentuk tenaga. 

Penyelidikan dan kajian menerusi asmaul husna akhirnya membongkar rahsia kebesaran air. Kajian secara perubatan ini telah membongkar banyak rahsia-rahsia ketetapan dan peraturan hukum alam. Ketetapan dan peraturan (syariat) ini berkait rapat dengan unsur-unsur kejadian (hakikat) angina, api, air dan tanah bermula dari cakerawala sehingga ke bawah (bumi) dan kejadian manusia. 

Kempat-empat unsure ini dari istilah sains kimia di kenali nitrogen, oksigen, hydrogen dan karbon manakala dari istilah fiziknya pula dikenali sebagai cahaya, haba, kimia dan magnet. 

B. Air, Air Sejuk dan Ais

Air merupakan asal kejadian atau penciptaan semua unsure yang hidup di alam ini. Semua benda jika dikaji dari sudut sains adalah terjadi daripada unsure air. Semua benda itu pula amat alah dan akan kembali menjadi air. 

Air yang baik dan hidup ialah air yang mengalir. Jika air itu kaku di suatu tempat maka ia akan menjadi busuk dan kotor. Maka disitulah peranan pergerakan (solat) amat penting dalam penjagaan kesihatan. Bagi air yang beku atau ais, ia sebenarnya memiliki struktur yang amat kukuh dan stabil dan inilah sebabnya kenapa mandian ais dan Seri Wajah juga akan memperbaiki struktur atom yang lemah atau longgar serta boleh meningkatkan kandungan oksigen dalam tubuh. 

Air, udara dan angina merupakan unsur hidup yang bercas negatif atau electron yang jika ini tiada di dalam tubuh maka manusia yang mempunyai cas posifit atau proton tidak dapat digetarkan atau meneruskan kehidupan. Tubuh manusia memegang kunci kepada rahsia tanah yang sebenarnya unsur mati yang tidak boleh memerlukan unsur air dan angina sebagai tenaga luaran. 

Fakta al-Quran mengenai peratusan air dan tanah bumi ini adalah sejajar dengan fakta saintifik. Ini terbukti Islam dalam pandangan Al-Quran menyebut sebanyak 32 kali tentang lautan (air) dan 13 kali tentang daratan (tanah) . Jika ini dihitung maka peratusan air juga adalah memenuhi 71. 111% ruangan tubuh. Ia itu 32 ditambah dengan 13 persamaan dengan 45. Maka peratusan air adalah 32/45 x 100 iaitu 71. 111% dan tanah 13/45 100 bersamaan dengan 28. 888%. 

Ini membuktikan air menguasai alam dan tubuh. Tubuh kita adalah penyimpan rahsia alam. Maka air adalah amat penting dalam konsep rawatan manakala tanah atau daratan pula amat penting dalam konsep mengenal kejadian atau penciptaan diri kita. Atas tamadun Islam inilah dijadikan titik tolak (panduan) kepada ahli-ahli sains untuk membuat pemerhatian dan kajian agar ilmu tetap membawa amal dan pengajaran yang menguntungkan. 

C. Air Mengimbangi Tekanan Rendah

Orang yang kekurangan air adalah terdedah kepada gelombang yang memberi tekanan perasaan dan secara tidak langsung kemampuan otak untuk berfikir atau berfungsi menjadi lambat dan lemah. Dengan bekalan air yang sedemikian, maka air tadi akan mendapat mengesan dan mengimbangi kawasan tekanan rendah yang dipenuhi dengan gas-gas lengai di dalam tubuh yang memberikan tanda-tanda sengal, kebas, bias-bisa dan seumpamanya. Tubuh atau jasad adalah seumpama unsur yang mati jika kekurangan air. Jika ini berlanjutan, maka kita sebenarnya menuju kea rah kemerosotan nilai kehidupan. 

Daya hidup yang mementingkan kebersihan belum dapat menentukan medan tenaga di persekitaran tempat tinggal anda turut bersih. Faktor sudut dan perletakan barang, jenis barang hiasan, warna-warna, cahanay dan pengaliran udara juga mempengerahui keadaan medan tenaga tersebut samada menjadi panas dan kering atau sejuk dan basah. Sejuk dan basah akan menceriakan atau mengharmonikan persekitaran tempat tinggal dan dapat meningkatkan tahap kesihatan seseorang ke tahap yang optimum. Bagi mendapatkan gelombang persekitaran sejuk dan basah tersebut, maka airlah yang memegang kunci tersebut. 

D. Kemuliaan Air Pada Pandangan Islam

Air juga adalah makhluk atau hamba Allah SWT seperti kita. Allah SWT menciptakan segala sesuatu yang hidup daripada air. Air akan taat kepada perintah manusia yang sentiasa patuh kepada Allah SWT. Contohnya Saidina Umar al-Khattab di zaman pemerintahannya pernah mengarahkan air sungai Nil supaya mengalir semula secara vibration. Ini boleh terjadi kerana ia mempunyai gelombang yang bertindak mengikut niat kita. 

E. Air Dan Niat

Air sebenarnya mempunyai getaran gelombang yang bertindak mengikut niat kita. Ia dapat merakam mesej gelombang elektromagnetik dalam bentuk cahaya ke dalam tubuh melalui niat. Air adalah rahsia kerendahan diri atau rahsia bawahan yang tersembunyi segala rahsia mutiara diri manusia. 

Angin dan air adalah unsure hidup kerana ia boleh diarah mengikut niat atau mengikut ukuran gelombang yang dirakam secara saintifik. Mereka sebenarnya sentiasa bertasbih kepada Allah. Begitu juga dengan mahluk-mahluk yang lain. 

Rahsia Kaabah yang mempunyai signal yang paling kuat melalui penghantaran isyarat dari satelit (langit) yang juga memegang rahsia sejuk dan basah kerana adanya air zam-zam dan batu hitam (hajarul aswad) ditepinya. 

Hakikat niat yang dilakukan secara penyerahan adalah isyarat gelombang yang paling laju dan boleh mencapai ke dasar tubuh. Hembusan dari hidung yang mengeluarkan wap-wap air dengan kandungan karbon dioksida adalah cara memberi mesej kepada air untuk sesuatu tujuan atau niat. 

F. Rahsia Kehebatan Air Sembahyang (Wuduk) 

Perawatan menggunakan air adalah sunah nabi. Mengambil air sembahyang atau kerap mandi adalah rahsian insan yang sebenarnya dapat mengimbangi haba dan persekitaran tubuh yang tidak dapat diselebungi oleh sesuatu yang buruk dan merugikan. Air sembahyang atau wuduk sebenarnya mengandungi rahsia yang maha hebat bagi tujuan kesihatan jasmani dan rohani. Mengekalkan air sembahyang atau wuduk dapat memelihara semua deria atau pancaindera kita daripada gelombang jarak jauh yang melalaikan. Air wuduk memegang rahsia penyucian diri dan iman. Keimanan inilah yang membuat seseorang menjadi ikhlas, syukur, sabar dan tenang (hening) . Kuman atau unsure-unsur tenaga jahat dapat ditundukkan apabila kita cukup minum air, berwudhuk dan mandi. 

G. Konsep Mandian (Hidroterapi) Sebagai Rawatan

Dalam kehidupan seharian kita terdedah kepada pelbagai bentuk gelombang di sekeliling kita samada yang baik atau sebaliknya. Gelombang tersebut adalah bersifat ghaib atau `visual’ iaitu tidak mampu dilihat oleh mata kasar kita. Kita perlu mencuci kekotoran tubuh supaya tidak dipengaruhi oleh radiasi yang tidak diingini ini wujud disebabkan oleh pendedahan yang berlebihan kepada sinar matahari dan pemakanan yang berlebihan yang gagal dicernakan dengan sempurna bagi pertukaran karbon dalam usus. Ini secara tidak langsung menyebabkan merosotkan kandungan air atau hydrogen yang turut mencemarkan tubuh kita. 

H. Air Pembersih Aliran Tenaga Yang Kotor

Campuran dan pencemaran tenaga dengan peralatan elektrik dan elektronik seperti ketuhar letrik, aliran elektrik, gelombang radio, computer, televisyen dan seumpamanya boleh diukur dengan peralatan moden. Ini telah diketahui oleh orang-orang zaman dahulu sebelum penemuan alat-alat pengukur bahawa kesemua kecanggihan tgersebut perlu dikawal. 

Pengawalan ini perlu untuk mengharmonikan gelombang yang amat kuat pengaruhnya terhadap keseimbangan dalaman sel-sel tubuh di tahap spiritual, emosi dan mental. 

I. Air Dan Keabadian Tenaga

Gelombang atau segala bentuk tenaga tidak boleh dimusnahkan tetapi ia boleh diputuskan. Bentuk tenaga atau gelombang yang buruk ini memerlukan air sebagai kuasa pemutus yang baik. Walau bagaimanapun gelombang-gelombang ini tetap akan bertemu atau bersambung semula. 

Kerja-kerja pembersihan perlu dilakukan secara konsisten seperti pengambilan air sembahyang atau wuduk sebanyak lima kali sehari. 

Kita mempunyai pilihan untuk menentukan tenaga atau daya hidup yang paling selamat dan semulajadi untuk kita guna atau amalkan dalam rawatan atau penjagaan kesihatan kita pada semua tahap spiritual, emosi dan mental. 

J. Keberkesanan Wuduk Pada Malam Hari

Air wuduk amat berkesan digunakan apabila pesakit menggunakan di waktu malam dan amat menakjubkan kesannya jika pesakit tidur di tempat yang tidak disinari cahaya. 

Rahsia air sejuk (kombinasi air dan ais) dan wuduk sebagai penghantar isyarat getaran dengan kelajuan gelombang yang tinggi menjadi penawar dan mampu menguasai pelbagai bentuk gelombang yang rendah yang telah gagal berinteraksi dengan tujuh sistem cakra yang mengikut susunan warna pelangi di dalam tubuh kita. 

K. Mengapa Kita Perlu Mengekalkan Wuduk ?

Kerana cara penggunaannya amat mudah dan ringkas serta keupayaannya bertindak sebagai agen pencegahan, pertahanan dan penyembuhan yang paling sesuai untuk seisi keluarga. 

I. Mandian Air Suatu Kehebatan

Mengekalkan wuduk dan mandian ais akan meningkatkan jumlah oksigen di dalam darah dan meneutralkan gas-gas lengai yang mengganggu tahap kecerdasan seseorang. Kuasa air sejuk (air dan ais) serta wuduk bertindak sebagai peneutral yang ideal dan dapat menghantar isyarat gelombang dengan laju ke dalam sistem tubuh. 

Air yang mempunyai kuasa semulajadi dapat menentukan kelajuan penghantaran gelombang bergantung kepada keperluan tenaga yang diperlukan oleh tubuh seseorang. 

Suatu perkara yang harus diingati iaitu air yang mengalir dan jernih juga mempunyai rahsia kelajuan cahaya yang menyerlahkan lagi sinar cantik pada diri anda. Mandi bagi orang yang demam akan dapat mengimbangi sistem organ atau pergerakan cecair atau limfatik tubuh dan juga darah yang cukup bekalan oksigen. 

M. Bulu Roma Sebagai Deria Yang Tercanggih Bagi Mengesan Isyarat Gelombang Dalam Wap-Wap Air

Deria atau antenna yang mempunyai cas-cas neutron bertindak sebagai reseptor penganalisa dan penerimaan getaran gelombang (elektromagnetik) terletak dalam rahsia bulu roma kita yang terdapat di mata, di dalam hidung dan telinga. Manakala gigi sebagai pengesan elektrokimia untuk kekuatan tulang (structural) . 

Bulu roma adalah pancaindera yang unggul sebagai mata dunia atau mata batin yang menghubung dan mengimbangi antara kita dan kebesaran alam. Adalah sangat efektif untuk pelbagai jenis penyakit jika kita menambahkan sedikit sulfur dan garam kepada air mandian. Ais dapat menyerap electron dari udara sekitarnya dan melepaskan semula ke bahagian luar tubuh kita. 

N. Air Sebagai Sumber Tenaga

Manusia memilik 99 peratus tenaga atom dan tubuh manusia boleh menyimpan tenaga serta boleh bertindak sebagai reactor nuclear yang hebat. 

Mandian ais yang telah dititiskan beberapa titik Seri Wajah dapat meningkatkan tenaga yang rendah pada tubuh dan melepaskan tenaga tersekat serta mengubah pola atau medan elektrik atau sinar X dan radioaktif yang mencemarkan diri serta mengganggu sistem tubuh dengan mempercepatkan atau melambatkan frekuensi tenaga setiap sel-sel yang tertentu. Warna dari cahaya yang terperangkap di dalam memori ais amat kuat mempengaruhi keseimbangan sel-sel tertentu dalam sistem tubuh kita. 

Manakala yang kerap dan konsisten selama tujuh hari akan mengubah spiritual, emosi dan mental ke tahap yang lebih menceriakan. Secara perlahan-lahan anda akan mengalami perubahan fizikal sehingga ke tahap yang lebih bertenaga, mengurangkan tanda-tanda kesakitan seperti kebas, kejang, ngilu dan akhirnya anda akan pulih daripada gangguan kesihatan yang mengelirukan. 

Mandian air yang ditambah dengan ais dapat memutuskan gelombang radiasi luaran yang mana jiga selagai tidak diputuskan ianya akan menjadi tarikan kepada kebocoran radiasi dari dalam tubuh. Bahagian perut dan usus dikenal pasti menjadi sumber radiasi tersebut dengan kemunculan asid sebagai kuasa tarikan kerana ia mewujudkan kawasan tekanan paling rendah. 

O. Air Dan Asmaul Husna Menghilangkan Sesuatu Yang Buruk

Alami perasan awet muda dengan pengambilan jumlah air yang mencukupi dan tingkatkan tahap immunisasi tubuh untuk menentang segala jenis alahan. 

Pengekalan air wuduk dan bacaan asmaul husna akan menghilangkan sesuatu yang buruk di persekitaran tubuh dan menjadi benteng atau perisai halus agar tubuh tidak ditembusi oleh gelombang-gelombang yang merugikan. Sebenarnya dari kajian dikenalpasti bahawa 75% penyakit bermula daripada gangguan kerohanian. 

Pengamalan asmaul husna dapat memperbaiki diri dan kualiti kehidupan yang mengalami kemerosotan nilai seperti (sedih, kecewa, putus asa, keliru, patah hati, terperanjat, melatah, gelisah, murung, bingung, tertekan dan sebagainya. ) 

Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau 
PERLIS
MALAYSIA

H: 013-4006206
P: 04-9882701
abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
http://abdazizharjin.blogspot.com