Ibu Bapa Muslim -

Hazrat Abu Umamah meriwayatkan bahawa ada seorang bertanya kepada Rasullulah SAW mengenai hak-hak ibu bapa ke atas anak-anak mereka. Baginda menjawab, ”Ibu bapa adalah Syurga atau Neraka bagi anak-anak mereka”.

Hadis tersebut bermakna tiada siapa yang boleh memperkecil-kecilkan kepentingan ibu bapa. Jika kita mengenepikan peranan mereka dalam kehidupan masyarakat, dan ia boleh mendapatkan tempat di Syurga sekiranya dapat menyenangkan hati ibu bapanya. Sebaliknya ia boleh menjadi penghuni Neraka sekiranya ia menyebabkan mereka tidak gembira dengan kelakuannya.

Hazrat Abdullah bin Amar RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda”Kesukaan Allah bergantung kepada kesukaan ayah, dan ketidaksukaan Allah terletak kepada ketidaksukaan ayah”

“Syurga berada di bawah tapak kaki ibu”, adalah satu ayat yang cukup bermakna. Ayat ini bermakna ibu hendaklah diberi penghormatan, dilayani dengan sopan, ditaati, ditolongi oleh orang-orang yang ingin mendapat ganjaran di Akhirat kelak.

Kepentingan bekelakuan baik terhadap ibu bapa dapat diperhatikan kerana Rasulullah SAW menekankan perkara ini berserta dengan kewajipan yang paling penting iaitu mendirikan solat. Ini menunjukkan bahawa perkara ini bukanlah perkara keduniaan sahaja tetapi juga kewajipan akhirat. Allah SWT dan Rasulullah SAW juga menekankan tentang perlunya anak-anak menolong dan menyenangkan hati ibu bapa mereka. Sesiapa yang tidak taat kepada ibu bapa bererti mereka juga tidak taat kepada Allah dan Rasulullah SAW. Anak anak seperti ini melakukan jenayah moral dan berdosa di sisi Allah SWT.

Hadzrat Abdullah, anak Hadzrat Amru bin Al-‘As, meriwayatkan ada seorang dating hendak menyertai Rasulullah SAW berhijrah dan menyertai Perang Jihad. Rasulullah SAW bertanya”Adakah ayah dan ibumu masih hidup?”. Bila lelaki itu menjawab ya, maka Rasulullah SAW bertanya apakah ia benar-benar ingin mendapatkan ganjaran penghijrahan dan Jihad. Lalu Rasulullah SAW bersabda, ”Kembalilah kepada ibu bapamu dan layanilah mereka dengan baik” (Muslim)

Tiada siapa yang boleh menafikan kepentingan Hijrah dan perang Jihad, tetapi apabila ada ibu bapa yang tua, lemah, tua, sakit atau lumpuh, maka menurut Islam adalah lebih banyak ganjarannya orang itu tinggal di rumah dan berkhidmat kepada ibu bapanya daripada berhijrah atau Perang Jihad.

Hadzrat Tailah Ibnu Miyas meriwayatkan sewaktu mengambil bahagian dalam peperangan ia terdorong kepada melakukan beberapa kesilapan. Ia akhirnya menyedari kesalahannya dan menjadi semakin bimbang. Apabila ia mendapat peluang, ia pun merujuk perkara itu kepada Hadzrat Abdullah bin Umar RA yang seterusnya meminta penjelasan lanjut. Setelah mendengar cerita Tailah, Hadzrat Abdullah Umar berkata itu tidaklah termasuk antara dosa-dosa besar yang mana terdiri daripada sembilan iaitu syirik, membunuh, melarikan diri dari jihad, memburuk-burukkan wanita solehah, mengambilatau memberi riba, memakan harta anak yatim, mengumpat dalam masjid, memburuk-burukkan islam, dan engkar kepada ibu bapa.

Mentaati ibu bapa tetapi mengingkari Allah SWT akan dilaknati Allah. Ketaatan kepada ibu bapa menurut lunas-lunas Syariah Islamiah semestinya diredhai Allah, tetapi apabila perbuatan ini dilakukan berlawanan dengan titah perintah-Nya maka ini tentulah akan dimurkai-Nya

Sebuah hadith yang masyur mengenai hak-hak ibu bapa diriwayatkan oleh Hadzrat Abdullah bin Umar RA. Menurutnya ia mempunyai seorang isteri yang amat disayanginya tetapi ayahnya Khalifah Umar RA meminta agar anaknya menceraikan isteri tersebut tetapi Hadzrat Abdullah RA tidak menuruti kata-kata ayahnya. Lalu Hadzrat Umar pergi menemui Rasulullah SAW dan menceritakan kesemuanya kepada Rasulullah SAW. Rasulullah SAW berkata”ceraikannya”

Tidak disangsikan lagi bahawa hadith ini mengkehendaki anak-anak bersedia mematuhi ibu bapa mereka dan tidak boleh menyalahi perintah mereka. Tetapi hadis tersebut tidak membawa maksud yang anak-anak perlu menurut kata-kata ibu bapa mereka tanpa batas. Sesetenagh orang berfikir ibu bapa boleh memerintah anak-anak lelaki atau anak-anak perempuan mereka supaya menceraikan pasangan-pasangan itu soleh dan beriman. Jadi tidak boleh dikenakan hukuman seperti ini kerana tidak ada dasar unsur Syariah.

Dengan ini kita membuat kesimpulan bahawa anak-anak tidak semestinya mematuhi perintah ibu bapa yang dirasakan tidak baik kecuali apabila mereka tidak mengetahui ketepatan dan kepentingan perintah-perintah ibu bapa itu. Perlu diberi peringatan di sini bahawa dalam keadaan ini, anak-anak mestilah memberi pertimbangan yang serius terhadap perintah ibu bapa tanpa menyingkal mereka serta merta kerana ibu bapa mungkin benar kerana mereka inginkan anak-anak mereka sejahtera.

Selepas mengerjakan solat fardhu dan pada lain-lain masa seseorang hendaklah mendoakan keampunan dosa dan keselamatan ibu bapanya kepada Allah SWT. Ia hendaklah berdoa agar Allah SWT member kepada ibu bapanya apa yang dia berikan kepada hamba-hamba-Nya yang soleh.

Menurut Hadzrat Abu Hurairah RA Rasulullah SAW pernah bersabda apabila seseorang itu mati, kegiatannya berakhir. Tetapi ada tiga perkara yang boleh memberi manfaat kepadanya setela ia mati kelak (a) sedekah jariah (amalan kebajikan) (b) ilmunya yang boleh dimanfaati oleh orang ramai (c) anak-anaknya yang soleh yang mendoakan kesejahteraannya

Jika anak-anak mengetahui janji janji ibu bapa mereka kepada orang lain masih belum ditunaikan semasa mereka masih hidup, mereka hendaklah berusaha menunaikan janji janji dan wasiat tersebut untuk memberi manfaat kepada arwah ibu bapa mereka. Tetapi dalam melakukan demikian, anak-anak hendaklah memastikan agar mereka menunaikan hanya janji-janji dan wasiat yang berkenaan, jikalau tidak mereka akan mencederakan ibu bapa mereka dan diri mereka sendiri

Hadzrat Abdullah Zubair RA tidak pernah alpa dari melaksanakan tanggungjawab ibu bapanya walaupun setelah mereka meninggal dunia. Hadzrat Zubair (ayahnya) ialah seorang yang berada. Selalunya sebaik sahaja seseorang itu meninggal dunia, anak-anaknya berkerumun meminta bahagian masing-masing. Tetapi Hadzrat Abdullah RA tidak bimbang tentang perkara ini apabila ayahnya meninggal dunia. Ia boleh bergembira dengan bahagian harta yang bertimbun tapi ia sebaliknya bimbang tentang hutang-hutang ayahnya yang ingin dijelaskannya tanpa kecuali.

Oleh itu langkah pertamanya ialah menyelesaikan hutang-hutang ayahnya dari harta pusaka peninggalannya. Dengan serta merta pewaris-pewaris lain memarahinya kerana mereka ingin mendapatkan bahagian mereka daripada harta pusaka itu. Tetapi Hadzrat Abdullah RA memberitahu mereka hendaklah menunggu selama empat tahun. Dalam tempoh itu, Hadzrat ‘Abdullah RA mengumumkan kepada jemaah haji supaya datang dan mengambil hutang-hutang mereka sekiranya arwah ayahnya ada berhutang kepada mereka. Selepas semua ini selesai barulah ia akan membahagikan baki harta kepada saudara mara.

Hadzrat Anas bin Malik RA berkata Rasulullah SAW bersabda, ”Sesiapa yang ingin hidup lama dan mendapat rezeki yang cukup hendaklah berlaku baik kepada ibu bapa dan sanak saudara mereka. Dunia ini adalah tempat bagi orang-orang Muslim untuk mendapatkan rahmat Allah SWT dan menjadikan kehidupan Akhirat Berjaya. Panjang umur dan senang-senang kerana berkhidmat kepada ibu bapa semestinya merupakan ganjaran yang tidak ternilai dari Allah SWT. Allah member peluang serta kemudahan kepada mereka untuk menambahkan amalan soleh dan kelayakan diri mereka menerima kekayaan Maha Pencipta. Menurut Hadrat Muadz bin Anas RA, Rasulullah SAW bersabda, ”ada khabar gembira kepada orang orang yang berkelakuan baik terhadap ibu bapa mereka, Allah akan melanjutkan usia mereka”.

Kedua ibu bapa memainkan peranan dalam membesarkan anak-anak mereka dengan bersusah payah. Si ayah merasa gembira membelanjakan wang pendapatannya kepada mereka manakala si ibu menyusukan mereka. Jadi anak anak dibesarkan hasil kerjasama, kasih saying, kasih saying kedua ibu bapa. Al Quran dan As Sunnah menegaskan supaya supaya anak-anak memberikan layanan yang terbaik kepada ibu bapa.

Adalah menjadi satu kenyataan iaitu ibu memberikan lebih banyak pengorbanan dan menanggung lebih banyak kesusahan daripada ayah semasa membesarkan anak-anak. Ia menyusukan mereka dan menjaga mereka dengan mengorbankan keselasaannya di siang hari dan mengorbankan tidurnya di malam hari tanpa ada perasaan tamak, ia semata mata didesak oleh perasaan sayang dan cinta.

Pada zaman Hadzrat Usman bin Affan RA, salah seorang dari empat Sahabat besar Rasulullah SAW, harga buah tamar melambung tinggi. Pada masa itu orang ramai melihat Hadzrat Usman bin Zaid sedang mengambil air dari pokok tamar dengan cara menebuk pokok itu dengan menggunakan pisau. Orang ramai bertanya kepadanya kenapakah ia merokkan pokok itu sedangkan pokok itu sangat mahal pada masa itu. Ia memberitahu ia berbuat demikian kerana ia melaksanakan hajat ibunya yang meminta dibawakan air kepadanya. ”Bagaimankah boleh saya mengenepikan keinginan ibuku?”

Hadzrat Abu Tufail RA meriwayatkan, ketika Rasulullah SAW membahagikan daging di Ja’ranah, ada seorang wanita menghampirinya. Baginda menghampar kainnya untuk wanita itu pun duduk di atasnya. Hadzrat Abu Tufail RA bertanya kepada orang ramai tentang wanita itu. Mereka memberitahunya bahawa wanita itu adalah ibu angkat Rasulullah SAW. (Abu Daud)

Dalam dunia hari ini di mana berlaku peperangan antara ma’ruf dan munkar, di sana ada kemungkinan ibu bapa anak-anak Muslim terdiri dari orang orang bukan Muslim. Dalam keadaan seperti ini bagaimanakah caranya anak-anak melayani ibu bapa bukan Muslim?Ini ialah soalan yang berkaitan yang mesti disoal dan dijawab oleh masyarakat kita. Berhubung dengan Iman dan Deen, Kitab Suci Al-Quran memberikan hukum yang jelas dan muktamad. Menurut Al-Quran, kalau ibu bapa memaksa anak-anak mereka meninggalkan Islam, maka anak-anak diharamkan mematuhi ibu bapa mereka. Semestinya Allah SWT mempunyai hak yang lebih dari ibu bapa. Ibu bapa hendaklah mengetahui hakikat ini dan mereka hendaklah mematuhiNya kerana Dia adalah Pencipta. Seorang Muslim tidak dapat membayangkan keadaan di mana ia mentaati ibu bapanya tetapi ingkar kepada Pencipta. Menurut Al-Quran, ”Dan kami wajibkan manusia berbuat kebaikan kepada kedua ibu bapanya. Jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan Aku dengan sesuatu yang tidak ada pengetahuanmu tentang itu, maka janganlah kamu mengikut keduanya”. Surah Al-Ankabut 29:8

Dalam hal-hal yang bertentangan dengan Islam, ibu bapa tidak boleh ditaati. Tekanan, paksaan dan ketidaksenangan ibu bapa tidak boleh dianggap penting tetapi berhubung dengan hal keduniaan, ibu bapa hendaklah dituruti, dilayani dengan baik untuk mendorong mereka memeluk Islam, Deen akan memberikan kedudukan yang lebih penting.

Hadzrat Asma’ binti Abu Bakar RA meriwayatkan, pada suatu masa ibunya yang musyrik menziarahinya. Beliau bertanya kepada Rasulullah SAW. ”Ibuku datang menziarahiku dan dia membencikan agamaku. Bolehkah saya berkelakuan baik kepadanya?”Baginda memberitahunya, ”Ya berlaku baiklah kepada ibumu. Hadis ini mengisyaratkan, ibu bapa musyrik mestilah dilayan sama baik dengan ibu bapa Muslim. Anak-anak tidak boleh berganjak mentaati, menghormati dan melayani mereka dalam perkara-perkara selain dari perkara Aqidah.

Dosa yang terbesar selepas syirik ialah keengkaran kepada ibu bapa. Ini ialah dosa yang ingin ditolak oleh orang Muslim sejati. Berterima kasih, berhati lembut dan mengenang budi baik adalah tiga sifat yang menjadikan manusia sempurna. Orang yang tidak menyemai sikap ini di dalam dirinya tidak boleh dipanggil seorang insan. Orang seperti ini tidak disukai oleh Allah SWT kerana ia tidak dapat menunaikan tanggungjawabnya terhadap Allah atau masyarakat. Jadi, orang Muslim yang mentaati Allah SWT tidak boleh mengingkari atau mengabaikan ibu bapanya.

Hadzrat Abu Bakrah (Nafie bin Haris) RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bertanya, tidakkah patut ia memberi amaran kepada mereka tentang tiga dosa besar?Semua orang yang hadir berkata, ”memang patut”. Lalu Rasulullah SAW bersabda, ”menyekutukan sesuatu dengan Allah, mengingkari ibu bapa. ”sambil menegakkan tubuhnya Rasulullah SAW bersabda, ”bercakap dusta atau memberikan kesaksian palsu. ”Baginda terus bercakap pada masa yang lama sehingga kami berharap agar baginda SAW berhenti.

Ibu bapa adalah manusia dan mereka juga terdedah kepada kelemahan dan hawa nafsu. Mereka mungkin berkata atau melakukan sesuatu yang salah atau menyakiti hati anak-anak mereka. Dalam hal-hal begini, anak-anak hendaklah melupakan tindakan-tindakan dan perkataan-perkataan ibu bapa mereka. Mereka tidak harus marah bila berhadapan dengan perkara ini dan mengambil langkah mencaci atau memaki ibu bapa mereka. Apa sahaja yang dilakukan oleh ibu bapa terhadap anak-anak, anak-anak hendaklah mengawal perasaan mereka dengan mengingatkan kesukaran-kesukaran dan ujian-ujian yang telah ditempuh oleh ibu bapa ketika membesarkan mereka.

Tidak dapat dinafikan memang ibu bapa, dengan kelakuan mereka tidak baik, boleh melahirkan keadaan-keadaan yang menimbulkan kemarahan dan keengkaran anak-anak terhadap mereka. Terutama sekali apabila si ayah berkhawin lagi dan anak-anak terpaksa tinggal dengan ibu tiri yang tidak bertimbang rasa dan tidak bertolak ansur. Seringkali kelihatan ibu tiri cuba membuat si ayah sakit hati terhadap anak-anaknya. Dalam kebanyakan hal, si ayah, oleh kerana sayangkan isteri baru, mengubah sikapnya terhadap anak-anaknya dan tidak melayani mereka dengan saksama. Mereka bertukar menjadi ayah tiri kepada anak-anak sendiri. Begitu juga halnya apabila si ibu berkhawin lain setelah bercerai atau kematian suaminya, suami kedua tidak suka isterinya melayani sama rata anak-anaknya dan anak-anak isteri barunya itu. Untuk menyenangkan hati suaminya, isteri yang kebingungan itu terpaksa mengambil sikap yang berlainan terhadap anak-anak suaminya.

Dalam hal-hal seperti ini, ibu bapa patut dipersalahkan. Adalah menjadi tanggungjawab saudara mara dan orang-orang yang mengambil berat menyedarkan ibu bapa ini tentang kesilapan mereka dan mengingatkan mereka tentang kewajipan mereka. Orang-orang ini hendaklah mendesak ibu bapa, melalui tekanan keluarga atau social, supaya melayani anak mereka dengan baik. Pada masa yang sama anak-anak hendaklah mengawal perasaan mereka. Mereka hendaklah terus menghormati ibu bapa mereka dan mengelak dari mengambil tindakan yang tidak baik terhadap ibu bapa kerana mereka diwajibkan menghormati dan mantaati ibu bapa mereka.

Rahmat Allah yang terbesar bagi orang-orang Muslim ialah ibu bapa mereka. Selain dari Allah SWT, ibu bapalah pihak yang menjaga anak-anak mereka. Oleh kerana itu, jika anak-anak tidak berterima kasih kepada ibu bapa mereka, maka mereka dianggap tidak berterima kasih kepada Allah SWT. Bersyukur kepada ibu bapa tidak berbeza dari berserker kepada Allah SWT. Jika seseorang menyenangkan hati ibu bapanya ia dengan sendirinya telah menyenangkan hati Allah SWT. Ia boleh memperolehi keredaan atau menerima kemurkaan Allah dengan cara menyenangkan atau membangkitkan kebencian ibu bapanya.

Layanan yang baik dan pertolongan yang diberikan kepada ibu disamakan dengan amalan jihad malah lebih besar dari itu dalam setengah-setengah keadaan. Dengan berkhidmat kepada ibu bapa, seseorang akan mendapat kedudukan Mujahid (orang yang berjuang pada jalan Allah)

Ibu yang kurang pengetahuan Islam mempunyai pandangan hidup yang sempit. Ia hanya memikirkan tentang kehidupan keduniaan dan tidak mengetahui tentang kehidupan di athirst kelak. Ia hanya mengasihi anak-anaknya kerana itu ialah sifat semulajadinya. Ia memelihara anak-anaknya kerana dengan berbuat demikian bangs ianya akan terpelihara dan apabila anak-anaknya menjadi. mereka boleh menjaganya pula. Anak-anak itu dilatih untuk menghadapi kehidupan masa depan mereka.

Tapi bagi ibu Muslim, di samping semua pengharapan terse but, ia membesarkan anak-anaknya dengan menerapkan kaeyakinan kepada Akhirat ke dalam jiwa anak-anaknya. Jalan pemikirannya sama sekali berbeza. Ia menyedari bahawa sekiranya ia mendidik anak-anaknya menu rut ajar an Islam, ia akin diberi ganjaran oleh Allah di Akhirat kelak. Ia berfikirdengan berbuat demikian ia akin mendapat keredhaaan Allah, yang akin mengampuni dosa-dosanya dan memberikan ganja ran Syurga kepadanya kerana ia telah menunaikan tugas suci yang diamanahkan oleh Allah SWT. Ia merasa takut kalau sekiranya ia tidak membesarkan anak-anaknya menurut titah perintah Allah dan ajaran Rasulullah SAW kerana ia akan dimurkai Allah dan akan dimasukkan ke dalam Neraka

Memang tidak dapat dinafikan, memnuhi Keshena fizikal anak-anak adalah tugas yang berharga dan penting bagi ibu bapa anak-anak. Walaupun anak-anak cukup makanan dan pakaian, ini tidak bermakna mereka telah dilatih dan diberi pelajaran. Anda telah lalai seminary anda meringankan-ringankan perkara ini. Pembentukan fizikal anak anda adalah satu proses semulajadi, manakala pemikiran dan kelakuannya lahir dari proses social. Idalam ibu bapa bertanggungjawab melatih dan mendidik anak-anak mereka dengans empurna supaya mereka menjadi orang-orang Muslim yang soleh, bertamadun, berkebudayaan, mulia, berlemah-lembut, mematuhi Syariah, menjadi warganegara yang bertanggungjawab dan anggota penting dalam masyarakat pada masa depan.

Disediakan oleh: Nor Izzati Bt Mokhtar

Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau
PERLIS
MALAYSIA

H: 013-4006206
P: 04-9882701
abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
http://abdazizharjin.blogspot.com