Rahsia Dan Khasiat Bismillah -

Bismillaahirrahmaannirrahiim….. 

Ayat ini sering digunakan dalam masyarakat Islam di dunia ini. Bismillaahirrahmaanirrahiim bermaksud dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang. Tanpa kita sedari, huruf Bismillah ada 19 huruf iaitu Ba, siin, mim, nuun-alif, laam, roo, haa, yaa, miim dan setiap huruf-huruf itu mempunyai khasiatnya yang tersendiri kerana malaikat yang mengurus neraka ada 19 malaikat. 

Barang siapa membaca Bismillah dengan ikhlas dan penuh dengan keyakinan, maka terhindarlah dia dari seksaan isilmalaikat Zabaniah. Terdapat tujuh rahsia dan hikmat Bismillah yang dapat kita ketahui iaitu hikmat membaca Bismillah dari sudut rezeki, keselamatan, penawar penyakit dan sihir, akal yang waras, rezeki yang banyak, menolak bahaya orang zalim, dan hajat. Antaranya ialah:

Dari sudut rezeki, 

Dan barangsiapa menyebutkannya banyak di dalam suatu maksud, khusus untuk mendatangkan rezeki. Nescaya diberi rezeki oleh Allah dengan mudah dan tidak diduga-duga. Dan diberi kurnia kehebatan di hati manusia dan disisi alam yang tinggi (malaikat) dan alam yang rendah (manusia, haiwan dan lain-lain) . 

Dari ayat ini kita boleh lihat betapa pentingnya Bismillah ini dalam kehidupan kita. Bacaan Bismillah ini mempengaruhi kurniaan rezeki kepada individu-individu. 

Manusia yang mempunyai sifat pelupa sering mengabaikan ayat ini ketika menggunakan rezeki kurniaan Allah. 

Dari sudut keselamatan pula ialah, 

Barangsiapa membacanya ketika mahu tidur 21 kali amanlah ia pada malam itu dari syaitan terkutuk. Dari kejahatan manusia dan jin dari kecurian, kebakaran, dari penyakit, mati mendadak. Dan tertolak daripada tiap mala petaka. 

Dan barangsiapa membacanya 100 kali atas penyakit dari penyakit apa sahaja atau orang yang kena sihir, tujuh hari berturut-turut atau lebih, nescaya Allah hilangkan penyakit dan sihir itu. 

Selain itu terdapat juga rahsia di sebalik sebutan atau ucapan A’udzu yang dapat di perjelaskan lagi dengan lebih lanjut melalui cerita ini. Pada suatu hari, sultan Ibrahim sedang memburu di dalam hutan. Sedang baginda duduk berehat dan ingin menjamah makanan, tidak semena-mena dating seekor burung gagak menyambar makanan baginda lalu dibawa terbang. 

Baginda tidak jadi makan. baginda berasa hairan dengan kejadian itu lalu baginda mengikut dan mengejar burung itu dengan menggunakan kuda. Burung gagak itu semakin lama makin tinggi gagak itu terbang. Baginda berasa marah. baginda terus mengikuti burung itu tanpa menghiraukan anak isterinya. Tanpa disedari perjalanan baginda semakin lama semakin jauh tapi dalam fikiran baginda itu semua tidak penting baginya, yang pengting dia ingin mengetahui apa yang sedang berlaku itu. naluri hatinya bertanya apakah yang berlaku di sebalik peristiwa yang dialaminya. 

Akhirnya sampailah baginda di bawah sepohon pokok. Baginda berasa terkejut kerana di situ didapati sesusuk tubuh manusia yang diikat kaki dan tangannya. Keadaan lelaki itu yang terbaring keletuhan membuatkan baginda berasa simpati, lalu baginda memotong tali yang telah diikat di tangan dan kaki lelaki itu. Lalu baginda bertanya pada lelaki itu apa yang telah terjadi sehingga dia diperlakukan sedemikian rupa. Lelaki itu menceritakan hal yang sebenarnya, rupa-rupanya lelaki itu adalah seorang pedagang. Lelaki itu telah di rompak oleh sekumpulan lelaki. Mereka tidak berpuas hati dengan merampas wang dan barang-barang pedagang itu, lalu diikatnya kaki dan tangan pedagang itu. Lelaki itu juga menceritakan bahawa selama ini burung gagak itulah yang telah banyak menolong dia. Burung gagak itu lah yang telah memberi dia makan sehingga lah baginda menemuinya. 

Kemudian baginda mengajak lelaki itu ke khemahnya dan berehat di sana. Selepas itu baginda memberinya sejumlah wang untuk dijadikan modal perniagaannya. Dari peristiwa ini kita dapat lihat bahawa jika orang yang beriman dan bertakwa kepada Allah, walau dalam apa jua keadaan Allah sentiasa memberi perlindungan dan pertolongan kepada hambaNya dimana sahaja dan bili-bila masa sahaja. 

Cerita di atas dapat diambil pelajaran bahawa kita sebagai hamba ini wajib beriman dan bertawakal kepada Allah walau dalam apa jua keadaan. Orang yang tidak mahu bertawakal itu dikatakan orang yang sombong kerana dia tidak mahu pertolongan dari Allah SWT.. bertawakal bermaksud meminta pertolongan dari Allah baik dari kejahatan perbuatan mahupun dari perbuatan syaitan yang dapat dilihat mata. Oleh tiu, Rasulullah SAW. menggalakkan kita membaca Quk-a’udzu birobbil falaq dan Qul-a’udzu birobbin naas. 

Abu Zar pernah bertanya kepada Rasulullah SAW. apakah ada syaitan manusia?. Maka baginda menjawab. ``Syaitan manusia lebih jahat dari syaitan jin? Apabila orang mengucapkan A’udzu billaahiminasy-syaithoonir rojiim, lalu syaitan berkata : patahlah tulang belilangku dan hilanglah kekuatanku, ’’

Maka haruslah kita mengamalkan membaca A’udzu kerana banyak faedahnya. Mulai sekarang hedaklah kita mengamalkannya kerana ia akan membuat hati kita bersa lebih tenteram dan tenang kerana sesungguhnya Tuhan adalah Maha Berkuasa dan Allah amat membenci hambaNya yang berada dalam kesusahan tetapi tidak mahu meminta pertolongan dari Allah dan berdoa kepada Allah. Selain hikmah mengucapkan A’udzu, menulis ungkapan Bismillah juga mempunyai pahalanya. Untuk pengetahuan anda. Kitab-kitab yang diturunkan di bumi ini adalah sebanyak 104 kitab. Kitab-kitab ini diturunkan dalam bentuk lembaran. Shuhuf adalah lembaran untuk Nabi Syits iaitu 60 lembar. Nabi Musa AS. 10 lembar. Nabi Ibrahim 30 lembar. Kemudian kitab Taurat, Injil, Zabur dan Al-quran. 

Boleh dikatakan seluruh erti Al-quran terhimpun dalam surah al-Fatihah manakala seluruh erti al-Fatihah terkandung dalam Basmallah manakala erti Basmallah terkandung dalan huruf ba’ iaitu Akulah terwujud benda-benda yang telah ada dan oleh Akulah akan berwujud sesuatu yang bakal wujud. Abdullah bin Mas’ud pernah berkata, ``barangsiapa diselamatkan Allah dari Zabaniyyah maka hendaklah ia membaca Basmallah agar Allah menjadikan setiap hurufnya sebagai perisai dari neraka’’. Dari sini kita dapat lihat betapa kuat nya ucapan Basmallah ini di sisi Allah. 

Selain itu kita dapat mengetahui teknik mengucapkan Bismillah secara khusyuk. Malaikat Jibril pernah menyuruh Rasulullah untuk membaca `Bismillahirrahmannirrahiim’ dengan mengingati Allah dengan berdiri dan duduk. Tiga cara mengucapkan Bismillah ialah pertama dengan mengingati Allah Tuhan kita kemudian menyebut ‘Bismillahirrahmannirrahiim’ secara perlahan dan resapkan apa yang difahami dari ucapan Bismillah dan rasakan apa yang terasa di dada. serahkanlah sepenuhnya apa sahaja yang akan berlaku kepada Allah SWT.. 

Lakukan teknik ini sebanyak tiga kali. Ketika kita mengucapkan Bismillah, kita haruslah usahakan sekhusyuknya dan merendahkan diri dan hormat di hadapan Allah. Ucapan di dalam hati lebih baik daripada ucapan melalui mulut kerana hati kita lebih suci daripada kurniaan Allah yang lain. Mengucapkan ucapan Bismillah di dalam hati sahaja sudah cukup tetapi jika diucapkan secara serentak melalui mulut dam hati, maka ia akan lebih sempurna. Ucapan di mulut dan disertai dengan ucapan di hati dikenali sebagai ucapan di dalam yang disertai dengan ucapan di luar. 

Bila ingatan kita terus kepada Allah dan mengucapkan sesuatu dalam hati kita maka Allah akan segera menjawab ucapan itu. Jawapan yang dijawab oleh Allah tak dapat didengar melalui telinga tapi dapat didengar oleh hati yang suci dan kalbu. Apabila kita mengucapkannya dengan khusyuk maka akan tenanglah hati kita, akan damai la hati yang tidak tenteram tetapi jika hati kita dipenuhi syaitan maka tidak akan tenang la hati kita, bertambah sesak la hati kita dan kita akan berasa susah hati dan sedih. Jika kita tidak dapat merasakan di dalam hati bermakna kita tidak melakukan ia sepenuh hati kita atau kita hanya bersahaja mengucapkannya. Jika kita telah mendapat jawapan dari Allah SWT., kita haruslah berserah kepada Allah dan bertawakal kepada Allah dan walau apapun yang terjadi adalah dalam jaminan san perlindungan allah SWT. 

Kebanyakkan orang mengucapkannya dalam keadaan mata terpejam kerana dalam keadaan itu kita akan lebih khusyuk tetapi jika kita sudah membiasakan diri kita dengan mata terbuka juga boleh. Jika semua itu masih tidak berkesan, mintalah pertolongan daripada orang yang lebih berpengalaman dan Insya Allah kita akan dapat menikmati kebesaran Allah SWT.. 

Selain itu Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, Bismillah adalah sebagai senjata untuk melemahkan musuh dan syaitan. Sedia maklum bahawa syaitan atau pun iblis diciptakan dari api iaitu syaitan yang menganggap api itu lebih mulia dari manusia. Syaitan yang ingkar perintah Allah SWT. untuk sujud kepada Adam telah dikeluarkan dari syurga. Syaitan itu juga telah meminta kebenaran dan keizinan daripada Allah SWT. untuk menggoda manusia melakukan kemungkaran. 

Syaitan lebih suka menggoda manusia dari sujud kepada Adam. Syaitan tekad untuk memusnahkan manusia kerana bagi dia, dia adalah lebih mulia dari manusia. Senjata untuk memusnahkan syaitan adalah dengan berzikir atau mengingati Allah. Jika kita mengingati Allah, syaitan akan melarikan diri dari kita kerana syaitan itu takut akan Allah. Zikir yang baik merupakan senjata yang berkesan kepada syaitan dan pengikutnya. 

Bismillah merupakan senjata yang dapat mengecilkan syaitan sehingga sebesar seekor lalat. Hal ini dapat diperjelaskan lagi dalam sabda Rasulullah SAW. :

Janganlah engkau berkata ‘celaka syaitan’. Sesungguhnya bila engkau katakana ‘celaka syaitan’ bertambah besarlah ia lalu berkata ‘akan kubinasakan dia dengan segala kekuatanku’, dan bila engkau mengucapkan ‘bismillah’, akan mengecil syaitan itu, sampai menjadi seperti seekor lalat. 

Dari hadis ini kita dapat mengetahui bahawa Bismillah merupakan senjata yang ampuh untuk mengecilkan syaitan dan jika kita dapat merasakan nikmat Bismillah, ini dapat menambahkan lagi keyakinan diri kita untuk melawan Syaitan yang direjam. 

Disediakan oleh: Noorafifa Bt Mohd Isa

Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau 
PERLIS
MALAYSIA

H: 013-4006206
P: 04-9882701
abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
http://abdazizharjin.blogspot.com