Hak & Kewajipan Perempuan Dalam Islam -

Disediakan untuk: Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Disediakan oleh: Shazwani Bt Ahmad

Hak dan kewajipan perempuan dalam Islam’ adalah sebuah buku yang menjelaskan tentang kewajipan- kewajipan kaum perempuan serta tanggungjawab mereka. Selain itu juga, ianya menjelaskan tentang layanan ke atas perempuan semasa Peradaban Kuno iaitu peradaban Cina, India, Babylon, serta Yunani.. 
Status perempuan juga diperjelaskan dengan lebih lanjut lagi dalam status perempuan bagi agama Yahudi, Kristian serta pagan (tiada agama) . Ianya dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu perempuan dalam peradaban kuno, bahagian kedua, hak-hak perempuan dalam Islam, dan bab ketiga kewajipan perempuan mengenai kewajipan perempuan dalam Islam. 

Didalam bahagian pertama ianya mengambarkan status kaum perempuan dalam peradaban kuno. Perempuan umumnya selalu ditindas disamping tidak mendapat keadilan yang sewajarnya. Kaum perempuan kehilangan hak sebagai warga dan juga hak asasi manusia bermula dari sebagai bayi, remaja, para isteri mahupun sebagai ibu. Bagi Peradaban Cina, sistem feudal telah merubah martabat perempuan dimana mereka ditekankan untuk menurut segala perintah ketua keluarga iaitu ayah tanpa membantah contohnya ayah mempunyai kedaulatan sepenuhnya ke atas tanah dan juga berhak menjual isteri dan anaknya. Bangsa Cina memperlakukan perempuan tanpa rasa hormat dan seolah- olah membebankan mereka dan sangat malu jika memiliki anak perempuan kerana anak lelaki dikatakan mampu menanggung keluarga dan boleh berkerja keras sedangkan perempuan tidak kerana perempuan perlu dibiayai pernikahannya ketika dewasa. Pembunuhan terhadap bayi perempuan merupakan perkara biasa dan akan dilakukan jika melebihi dari daya kemampuan mereka. Selalunya bayi ini akan diletakkan di tengah-tengah ladang dan dibiarkan mati kesejukan atau dibaham binatang buas. 

Begitu juga dengan di Peradaban India, masyarakat India sehingga hari ini masih lagi menyangkal peranan sosialnya dan tidak memberikan hak atau kebebasab kepada kaum perempuan. Weda merupakan kitab suci yang mengandungi ajaran-ajaran agama Brahma. Kitab ini menyebut bahawa terdapat perbezaan diantara lelaki dan perempuan bahawa sepanjang hidupnya perempuan tidak mempunyai apa-apa hak dalam membuat keputusan dalam hidup sekalipun bersangkutan dengan rumahtangganya sendiri. Perempuan perlu tunduk kepada kemahuan lelaki dan perlu dilakukan tidak lebih seperti barang dagangan yang dijual beli. Perempuan India menjadi hak ayahnya sehinggalah ia berkahwin dan menjadi hak suaminya pula, isteri perlu tinggal dan mengabdikan diri di rumah mertua dan menguruskan suaminya dengan penuh kesetiaan. Tetapi apabila kematian suami, keadaan isteri akan menjadi lebih buuruk lagi dimana, dimana dia akan dibakar hidup-hidup bersama-sama mayat suaminya tadi dan dikatakan akan menebus dosa suaminya dan dianggap paling mulia, suci dan terhormat. Jika sebaliknya, dia akan diasingkan dari masyarakat dan dianggap sama seperti binatang, isyarat kejahatan dan makhluk najis yang dapat mengotori apapun yang disentuh. 
Kebanyakan masyarakat kuno memang menunjukan kekejaman yang sama terhadap kaum perempuan. Dari agama Hindu bahawa takdir, angin, kematian, ular serta neraka tidak lebih jahat dari manusia. 

Peradaban Babylon juga sama seperti peradaban yang disebut sebelum ini. Bagi mereka, perempuan yang sudah cukup umur untuk dikahwinkan maka perlu dibawa ke pasar diman para lelaki berkumpul setahun sekali dan penjual yang ditugaskan akan memberikan cirri-ciri umum dari setiap perempuan dan akan menjualnya selalunya dimulakan dengan perempuan yang paling menarikdan dijual dengan harga yang tinggi dengan syarat lelaki tersebut harus mengahwininya. Selain daripada itu, jika didapati seorang perempuan memukul seorang gadis dan kemudian mati maka lelaki itu tidak akan dihukum sebaliknya anak perempuan lelaki itu yang akan dihukum mati. Tradisi yang memalukan yang disebut Durant yang menghancurkan martabat perempuan dimana setiap perempuan perlu tidur di kuil paling tidak sekali dalam hidupnya dan diharuskan melakukan hubungan seksual dengan orang yang sangat asing baginya. Perempuan tidak dibenarkan memilih mana lelaki tetapi sebaliknya lelaki akan memilih mereka dan perempuan tidak boleh menolaknya. Perempuan yang mempunyai rupa paras yang cantik akan dapat pulang lebih awalnya manakala yang kurang bernasib baik harus menunggu sampai beberapa bulan bahkan bertahun-tahun lamanya. 

Walaupun Bangsa Yunani, percaya terkenal dengan kepandaian yang lebih maju serta serta penemuan ilimiahnya, mereka tetap memperlakukan perempuan secara tidak adil dan memalukan. Perempuan yang melahirkan anak cacat akan dihukum mati dan perempuan yang tidak melahirkan anak yang kuat juga akan dihukum mati. Bangsa Yunani sudah maju di bidang ilmu dan sastera namun mereka mencegah anak-anak gadis untuk memperolehi ilmu pengetahuan. Begitulah kehidupan dalam peradaban kuno, mereka dipaksa dan dikerah untuk bekerja dengan kaum lelaki tanpa mendapat apa-apa kebaikan sebaliknya penindasan yang berterusan dn berkekalan sehingga sekarang terdapat segelintir masyarakat yang masih mengamalkan kepercayaan kuno ini hasil adaptasi daripada nenek moyang mereka. 

Perempuan-perempuan dari Agama Yahudi serta Kristian tidak terkecuali daripada penindasan serta amalan karut ini. Si ayah boleh menyewakan anaknya bagi beberapa tempoh yang dikehendaki walaupun anak perempuan masih lagi kecil dan juga seorang ayah berhak membunuh anak perempuannya tanpa sebarang hukuman dan alasan. Bagi agama Kristian, mereka memberikan lebih penekanan terhadap isu-isu perempuan. Mereka lebih memaksa perempuan untuk tunduk kepada kaum lelaki dan menggangap lelaki sebagai pemimpin mereka. Agama Pagan pula merujuk kepada bangsa Arab sebelum kedatangan Islam dimana mereka kebanyakan melakukan pembunuhan terhadap bayi perempuan samada dengan cara dikubur hidup-hidup semasa dilahirkan. Al-Quran ada menyatakan hal ini sangat memalukan dan menjijikan disamping perbuatan terkutuk yang sangat dikecam Allah SWT. Daripada ini jelaslah kaum perempuan tidak ada nilainya dan dilakukan dengan kasar tanpa sebarang rasa kehormatan disamping hak-hak kebebasan mereka dirampas. Akan tetapi setelah kedatangan Islam, menciptakan peningkatan dalam status perempuan. Islam mengakui hak-hak kaum perempuan dan membuat peraturan untuk melindungi mereka dari kekejaman dan penindasan. 

Gambaran status perempuan dalam peradaban kuno jelas kelihatan bahawa perempuan selalu ditindas dipisahkan dan ditentang keberadaannya. Hal ini berlangsung sehinggalah kedatangan Islan, dimana Islam dating untuk menluruskan pengertian-pengertian yang salah, melaksanakan hukum dan memulihkan kehormatan wanita. 

Hak hak perempuan dalam Islam telah digariskan dalam Al-quran dan Sunnah bahawa perempuan mempunyai martabat yang tinggi dalam Islam samada sebagai ibu, wanita, anak serta seorang isteri. Ianya melingkupi samada hak untuk hidup, mendapat pengasuhan, pendidikan, mencari pekerjaan, kebebasan memilih pasangan hidup dan hak untuk mendapat jaminan sosial. Manusia baik laki-laki mahupun perempuan dimuliakan melalui penciptaannya, Seseora ng itu berhak mendapat keistimewaan dan dan kehormatan yang samarata. Selain daripada itu perempuan mempunyai cirri-ciri yang istimewa seperti pemalu, kesukaan untuk berhias dan kelemahan saat bertengkar. 

Allah SWT mengutuk keras bahawa sesiapa yang menganggap kelahiran seorang bayi perempuan sebagai tanda kejahatan. Malahan Allah SWT mendorong ibu bapa untuk menyambut gembira kelahiran bayi perempuan dan bertanggungjawab menjaga, mengasuh serta memberi pendidikan kepada nya. Oleh kerana itu jugalah, seorang isteri yang hamil yang diceraikan perlu dinafkahi demi kepentingan anak yang dikandungnya. Hak untuk mencari ilmu pengetahuan juga diketengahkan dimana, ilmu pengetahuan itu sendiri adalah wajib bagi setiap muslim dan muslimat kerana ilmu itu sangat dijunjung tinggi dan dihormati dalam Islam. Ilmu pengetahuan sangat penting sebagai halatuju kehidupan pada masa depan dan juga ibadah kepada Allah dengan benar. 

Islam memberikan hak pewarisan juga kepada para isteri, ibu dan anak perempuan tanpa persoalkan usia, status atau pun jumlah yang diwarisinya. Islam juga membebaskan kaum perempuan dari ketidakadilan dan penindasan kaum laki-laki dan memneri hak-hak yang sama rata. Selain daripada itu juga, hak perempuan dalam memilih suaminya. Hal ini dinyatakan dengan jelas dalam Al-Quran dan hadits Nabi. Perempuan muslim memenuhi syarat menjalankan hak dan kewajipan yang sama dengan kaum lelaki dan mereka berkuasa penuh atas segalanya. Sesungguhnya Islan telah memberikan kaum perempuan hak yang lebih besar lagi iaitu hak untuk berlindung, dimana ianya menyamakan dengan status lelaki. 

Bab tiga pula menfokuskan kepada tugas-tugas kaum perempuan dan rahmat disebaliknya. Islam mempercayai seorang gadis di bawah pengawasan walinya yang diharapkan dan bukanya ditindas untuk menguasai hartanya. Islam telah pun mengakhiri zaman eksploitasi kaum lelaki yang zalim sewaktu zaman jahiliah dahulu diman waktu itu kaum perempuan bergantung kepada lelaki yang memperlakukan mereka seperti mengikut kemahuan sendiri tanpa batasan. Sudah menjadi lumrah sehingga kini isteri diceraikan suami sesuka hati tanpa syarat apapun oleh itu Islam membataskan sampai tiga kali penceraian dan setelah itu tidak boleh dirujuk oleh bekas suami tadi. Lelaki dan perempuan amat berbeza dalam beberapa perkara namun ianya tidak mengubah kesamaan dalam hal kemanusiaan, ketuhanan, serta kebaikan. Malahan ianya kebijaksan Allah SWT yang menetapkan sifat-sifat mereka yang mempunyai fungsi yang berbeza-beza. 

Hak-hak kaum perempuan Islam dijamin oleh Allah SWT dan tidak akan berubah mahupun digantikan. Kaum perempuan telah memperolehi hak-hak ini tanpa harus melakukan pemberontakan atau pun memperjuangkan ketidakadilan terhadap mereka seperti yang dilakukan oleh bangsa Yunani dahulu dan kaum perempuan Barat sehingga sekarang. Oleh itu kita seharusnya bersyukur pada masa kini di atas setiap kenikmatan serta peluang yang diperolehi dimana kini hak-hak kaum perempuan dipandang berat serta dipelihara tidak seperti di sesetengah negara di dunia ini yang mana masyarakatnya masih lagi mengamalkan adat-adat lama tanpa merujuk kepada landasan yang betul. Alhamdullilah, Islam merupakan agama yang lengkap dan padat kerana tanpa kedatangan agama yang suci dan betul ini baik kaum perempuan mahupun kaum lelaki masih lagi dibelenggu pengetahuan yang cetek dan penuh dengan keraguan serta kesesatan tanpa pengadilan. 

Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau 
PERLIS
MALAYSIA

H: 013-4006206
P: 04-9882701
abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
http://abdazizharjin.blogspot.com