Agama Islam amat memberi perhatian yang berat terhadap pengawalan individu dengan cara mengawasi segala unsur pembentukan individu itu sendiri sama ada material atau bukan material iaitu dikawal jiwanya, dikawal muru’uh dan kemulian dirinya, dikawal apa yang menghayatkanya seperti harta benda dan apa yang dimilikinya. Di kawal asas pertama bagi kemulian dirinya iaitu keturunannya dan hubungan kekeluargaannya.
Keempat empat aspek tersebut merupakan sikap Agama islam. Ia amat jelas kepada kita betapa tingginya nilai perundangan Islam yang sudah pun melangkah maju lebih jauh di dalam kes pengawalan individu dan dasar-dasar pembentukannya, lebih jauh dari segala perundangan lainnya di dunia ini. Daripada Allah kita berharap pertunjuk ke jalan yang benar dan lurus di dalam usaha- usaha kita
• Jaminan Islam Terhadap Nyawa Individu
Kesungguhan Islam Di Dalam Mengawal Jiwa Individu
Syariat Islam di dalam kesungguhannya mengawal jiwa individu sudah sampai ke suatu tahap yang lebih maju kalau dibandinkan dengan syariat-syariat lain di dunia ini sama ada baru atau lama.
Jelas kepada kita kesungguhan syariat islam ini di dalam hukuman Duniawi dan akhirat yang dikenakan di dalam setiap bentuk pembunuhan, bermula daripada pembunuhan yang tidak sengaja sehingga kepada pembunuhan yang tidak diketahui pembunuhnya.
Di dalam para yang akan datang ini, pertama-tama kita akan sentuhkan hokum-hukum Islam di dalam pembunuhan sengaja, dan ketiganya hukum-hukum Islam yang berhubung dengan pembunuan yang tidak diketahui pembunuhnya.
Kemudian kita akan sudahi dengan secara ringkas tentang hukum-hukum Islam yang menyentuh peperangan, dan penjelasan-penjelasan lain yang menampakkan betapa tinggi dan luasnya hukum-hukum Islam di dalam mengawal jiwa raga manusia secara mutlak.
Hukum-hukum Islam Di Dalam Kes Pembunuhan
Syariat Islam mengenakan hukuman yang paling berat di dalam kes pembunuhan sengaja iaitu hukuman bunuh yang dikenali dengan istilah: al-qawad atau al-qisas. Di dalam hukuman ini sebagai tindak balas terhadap pembunuh dan di samping menyempurnakan keadilan, bakan Islam memandang kepada hukuman tersebut sebagai satu jalan untuk menakut nakutkan pembunuh dan mengawal kehidupan individu, juga menjamin kestabilan kemajuan manusia.
Islam tidak membezakan di dalam hukumannya sama ada yang dibunu itu atau perempuan, yang sudah dewasa atau kanak kanak, yang siuman akal fikiranna atau gila, yang alim atauy jahil, yang mulia atau hina, yang merdeka aytayu hamba abdi, yang islam atau bukan Islam tetap akan di hukum dengan hukuman qisas.
Dari sini jelaslah di dalam Islam, amat menghormati hidup manusia secara penuh mutlak, dan menghormati hak asasi manusia untuk hidup ini di buktikan dengan adana hukum qisas. Hukum qisas ini dilaksanakan sebagai satu jalan untuk mengawal hidup manusia tanpa memandang kepada bangsa orang yang dibunuh, umurnya, statusnya dan juga agamanya.
Syariat Islam di samping mengenakan hukuman qisas terhadap pembunu yang sengaja, mewajibkan juga hukuman kedunian yang lain, antaranya iala mengharamkan pembunuh daripada mendapat harta pesaka dan hak menerima wasiat dari orang yang dibunu andainya dia berhak mendapat salah satu di antara keduanya. Malah si pembunuh akan di murkai dan di laknat oleh Allah SWT dan akan menerima azab yang berpanjangan di hari akhirat nanti. Di dalam Al Quran menegaskan bahawa azab si pembunuh di akhirat nanti samalah dengan azab menyengutukan Allah.
Hukum-hukum Islam Di Dalam Jenayah Yang Tidak Dapat Dikesani Pembunuhnya
Sehingga di dalam kes pembunuhan yang tidak dapat dikesani pembunuhnya pun Islam tidak lepaskan manusia dari tanggungjawab dan balasan. Dengan hanya berlakunya pencabulan kepada jiwa raga manusia maka mengikut pandangan Islam sudah tersedia balasan seksanya, idak kira dapat di tentukan sesudah itu orang yang melakukan pencabulan itu atau tidak. Apabila didapati sesorang terbunuh di satuy tempat dan tidak dapat dikesani pembunuhnya, seramai lima puluh orang dari penduduk di tempat itu yang dipilih oleh wali si mati dikehendaki bersumpah dengan nama Allah saya tidak membunuhnya dan tidak mengetahui pembunuhnya. Bila mereka bersumpah begitu maka gugurlah hukuman qisas ke atas mereka, tetapi kesemua penduduk tempat itu wajib membayar diah. Perlakuan yang sebegini mengikut kebiasaan fuqaha’ di namakan dengan istilah”Al-Qasamah”.
Di waktu tidak ada jalan untuk menentukan siapa yang menjadi pembunuh, dan tidak ada tanda-tanda yang kuat yang boleh dijadikan bukti bahawa pembunuh itu seseorang yang tertentu dari sesuatu kumpulan, maka Islam meletakkan tanggungjawab jenayah itu ke atas Negara kerana kecuaian memelihara jiwa rakyatnya, oleh itu Negara tersebut dikehendaki membayar diah si mati dengan menggunakan wang perbendaharaan Negara iaitu wang baitulmal.
• Jaminan Islam Terhadap Harta Benda
Kesungguhan Islam Mengawal Harta Benda Dan Tanda-tanda Kesungguhan
Kesungguhan Islam di dalam mengawal harta benda tidaklah kurang dari kesungguhannya mengawal jiwa manusia itu sendiri, kerana harta benda itu adalah punca kehidupan manusia, tidak akan sempurna pengawalan terhadap jiwanya kalau tyidak diberi kawalan yang sama terhadap harta bendanya.
Kesungguhan Islam di dalam mengawal harta benda dapat dilihat melalui tiga aspek tersebut:
Pertama : melarang sebarang bentuk pencerobohan ke atas hak milik dan mengenakan balasan seksa dunia dan akhirat yang keras terhadap semua jenis pencerobohan.
Kedua : menghormati kekalnya hak pemilik
Ketiga : menghormati kebebasan pemilik mengurus harta bendanya
i) Larangan Islam Terhadap Sebarang Pencerobohan Ke Atas Hak Milik
Islam telah mengadakan satu kawalan yang sungguh kemas dan rapi bagi menjaga hak milik seorang Muslim dan Kafir dhimmi, dan mengenakan balasan seksa yang keras ke atas penceroboh hak milik seseorang, tanpa membezakan jenis-jenis pencerobohan yang berlaku. Hukuman Islam telah mengadakan hukuman potong tangan di dalam kesalahan mencuri.
Sebenarnya hukuman potong tangan ini tidak akan dijalankan melainkan dengan adanya beberapa syarat. Antara syarat syaratnya ialah ada hubungan dengan barang yang dicuri, dan ada juga yang ada hubungan dengan harga barang yang dicuri, ada yang ada hubungan dengan tempat di mana barang itu dicuri, dan ada juga yang berhubung dengan pencuri itu sendiri, tuan harta yang dicuri, hubungan di antara pencuri dan tuan harta yang dicuri.
Memang benar syarat-syarat tersebut sukar didapati, dan tidak akan dijalankan sebarang hukuman potong melainkan sesudah tidak ada lagi kesamaran. Kiranya ada kesamaran biarpun sedikit dan rendah nilainya, tidak sah dijalankan hukuman balas seksa itu (hukuman hudud) .
ii) Islam Menghormati Hak Pemilik Dan Miliknya Yang Kekal
Islam menghormati hak pemilik sepanjang hidupnya. Dan Islam juga menyusun perpindahan hartanya kepada waris-warisnya dan kepada orang oranng yang diwasiatkan hartanya selepas ia mati.
Di dalam hal ini Islam telah mengenakan beberapa syarat halangan yang menjaminkan terlaksananya keadilan sosial dan menyekat kekuasaan kaum pemodal, di samping menjauhkan mereka dari punca punca yang dapat mengembangkan kekuasaan dan pengaruh mereka.
Syarat syarat halangan yang dikenakan oleh Islam untuk menjamin kekalnya milik terdapat di dalam peraturan peraturan yang diatur didalam bahagian hal ehwal wasiat dan warisan harta pusaka. Satu warasan yang kemas telah diperuntukkan oleh Islam yang dapat menjamin pembahagian pusaka secara adil di antara manusia. Peraturan ini dapat menyekat perkembangan harta dan terkumpulnya didalam satu milik yang kecil, di samping ia juga dapat menghapus jurang perbezaan di antara lapisan masyarakat.
iii) Islam Menghormati Kebebasan Pemilik Mengurus Harta Bendanya
Islam menghormati kebebasan hak pemilik di dalam mengurus harta bendanya sama ada dengan berjual beli, hibah, pinjaman, sewaan atau gadaian dan sebagainya. Islam juga menghormati haknya menikmati faedah faedah hartanya dengan berbagai bagai cara.
Tetapi walaupun begitu, Islam mengenakan beberapa syarat tertentu di dalam kebebasan mengurus harta benda yang diberikan kepada pemilik agar kebebasan itu tidak mengganggu gugat hak orang orang lain dan maslahat umum, Hal ini samalah seperti syarat syarat yang dikenakan di dalam jaminan kekalnya hak milik yang telah kita bincangkan di dalam beberapa para yang lalu bertujuan untuk mengurangkan jurang perbezaan yang terdapat di antara lapisan masyarakat.
Dengan kerana itu Islam melarang pemilik harta membuat sesuatu urusan hartanya yang boleh menimbulkan kemudaratan atau boleh mengganggu kebebasan orang lain. Bahkan apabila pemilik menyalahgynakan haknya maka Islam mengharuskan supaya dirampas hak miliknya sekiranya tidak ada jalan lain untuk menyekatnya.
• Jaminan Islam Terhadap Kemulian Insan
Kesungguhan Islam Mengawal Kemulian Diri Manusia Dan Tanda Tanda Kesungguhan Itu
Islam telah member kawalan yang ketat t erhadap kemulian diri (muru’ ah) manusia, iaitu satu kawalan istimewa yang menyentuh suatu daripada hak hak asasi manusia. Kawalan seperti ini jelas terdapat di dalam hukuman hukuman balasan seksa yang keras yang dikenakan ke atas beberapa kes, seperti zina, pencemaran kemulian diri dan tuduhan berzina. Dan juga jelasnya kawalan tersebut di dalam kesa-kes yang lain seperti pengharaman mengumpat, merisik rahsia, mencaci, member gelaran yang tidak elok dan apa yang seumpamanya yang menyantuh muru’ah dan kemulian diai manusia. Sepertimana jelas juga kawalan tersebut di dalam sikap Islam yang menghina orang orang yang melakukan dosa dosa di atas, dan janji janji seksa yang keras terhadap mereka di hari Qiamat nanti.
Hukum Hudud Dan Balasan Seksa Yang DiTentukan Ke atas Perbuatan Zina Dan Pencemaran Terhadap Kemulian Diri
Syariat Islam tidaklah memada dengan mengenakan hukuman bunuh terhadap penzina yang sudah pernah berumahtangga, malah diwajibkan supaya hukuman baklasan seksa ini di jalankan dengan cara yang paling ngeri dan menyeksa orang yang terlibat iaiatu dengan merejamkannya dengan batu sehingga mati. Tetapi sekiranya orang yang melakukan dosa ini orang yang belum berkahwin, maka balasan seksa yang dikenakan oleh Islam terhadapnya ialah sebat seratus kali di hadapan khalayak ramai.
Hukuman zina yang dikenakan ke atas orang yang sudah dan belum berkahwin tidak dijalankan melainkan dengan adanya beberapa syarat tertentu yang jarang jarang terkumpul kesemuanya, bahkan memang susah untuk berkumpul kesemuanya. Di dalam syariat Islam hukuman zina tidak akan di jalankan melainkan dengan adanya empat orang saksi yang bersifat adil yang melihat perlakuan zina tersebut dengan mata mereka sendiri berlaku dengan sempurna, atau perlakuan zina itu thabit dengan pengakuan sendiri oleh orang yang melakukannya. Tetapi jarang sekali, malah boleh jadi mustahil keempat empat saksi itu dapat menyaksikan perbuatan perbuatan zina itu dan mempastikannya dengan sempurna, kerana perbuatan itu sering dilakukan dengan cara sembunyi dan penuh hati-hati dari orang yang melakukannya supaya tidak terbuka rahsia mereka, Dan begitu juga jarang terdapat orang yang melakukan perbuatan terkutuk itu mengaku sendiri dengan perbuatan mereka, kerana ia sudah mengetahui bahawa pengakuannya itu akan menyertnya menjalani hukuman rejam sekiranya ia sudah berkahwin atau hukuman sebat seratus kali di hadapan orang ratusan manusia sekiranya belum berkahwin.
Hukum Hukum Hudud Dan Balasan Seksa Islam Terhadap Jarimah Tuduhan
Syariat Islam telah menetapkan bahawa sesiapa yang menuduh seseorang lelaki atau perempuan yang bersih (yang tidak melakukan zina ) yang mencemar kemulian diri masing masing, seperti menuduh salah seorang dari mereka melakukan perbuatan zina dan yang menuduh tidak berupaya membuktikan tuduhannya dengan dalil-dalil yang terang (dalil yang terang yang di kehendaki oleh Islam di sins memanglah sulit hendak di adakan, kerana tuduhan seperti ini tidak akan terbukti melainkan dengan adanya empat orang saksi yang adil, yang menyaksikan dengan mata kepala sendiri perbuatan zina itu di dalam keadaan yang tidak boleh di syakki lagi) maka yang membuat tuduhan akan dikenakan dua hukuman yang sangat hina, satu antaranya, balasan sementara yang akan di terima oleh tubuh badannya, iaitu hukuman sebat sebanyak kapan puluh kali, dan hukuman yang kedua ialah gugur keahlian menjadi saksi. Bermakna beliau tidak akan di terima saksiannya sepanjang hidupnya biar pun sesudah ia bertaubat kepada jalan Allah.
Di dalam hukuman Islam tidak membezakan antara orang orang yang membuat tuduhan itu, sama ada orang itu mulia atau rendah martabatnya, apakah ia terkenal sebagai seorang yang lurus dan benar atau tidak.
Mengikut hukuman Islam sesiapa yang menjalani hukuman hudud atau menjalani hukuman denda dan ia mati semasa menjalani salah satu hukuman tersebut atau semasa menjalani kedua dua hukuman tersebut maka matinya adalah percuma sahaja.
Pengharaman Islam Terhadap Perbuatan Atau Perkataan Yang Menyentuh Kemuliaan Diri Manusia
Islam telah mengharamkan dengan keras perbuatan mengumpat, merisik rahsia, mencaci, mengkeji, juga member gelaran kepada orang lain dengan gelaran yang tidak elok dan apa apa yang seumpamanya yang menyentuh kemuliaan diri manusia. Dan lagi Islam amatlah menghina orang orang yang melakukan dosa dosa ina di samping menjanjikan mereka dengan azab yang pedih di hari Qiamat nanti dan menganggap mereka sebagai orang orang yang fasik. Ini di buktikan dengan firman Allah yang ber maksud :
“Kecelakaanlah bagi setiap pengumpat lagi pencela”Surah al-Humazah, 104 : 1.
Dan FirmanNya lagi yang bermaksud :
“Dan Janganlah kamu ikuti setiap orang yang banyak bersumpah lagi hina, yang banyak mencela, yang kian kemari menghembur fitnah, yang banyak menghalangi perbuatan baik, yang melampaui batas lagi banyak dosa. ”Surah al-Qalam, 68 : 10 – 12
FirmanNya kepada RasulNya yang bermaksud :
“Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihstsn dan hati semuanya akan diminta pertanggungjawabnya. ”Surah al-Isra’, 17 : 36
• Jaminan Islam Terhadap Keturunan
Kesungguhan Islam Mengawal Keturunan Manusia Dan Tanda Tanda Kesungguhan Tersebut Dan Matlamat Akhirnya
Satu perhatian yang bersungguh sungguh telah diberikan oleh Islam kea rah menguatkan susunan kekeluargaan, menjauhkan dari faktor-faktor kelemahan, dan melindungi dari apa sahaja yang dapat menjamin keharmoniannya. Sehingga tidak ada satu sudut pun dari susunan kekeluargaan itu yang di biarkan tanpa ada peraturan-peraturan yang sempurna, yang dapat melenyapkan semua bentuk peraturan kekeluargaan yang dipakai yang dipinjam daripada syariat-syariat lama. Peraturan-peraturan itu kadang kala menjadi penghalang kepada keturunan dan kestabilan keluarga manusia.
Apabila keturunan manusia itu dianggap sebagai punca kekuatan sesuatu keluarga dan sebagai tali penghubung kepada seluruh anggota keluarga itu sendiri, maka Islam cukup berhati-hati mengawal keturunan manusia daripada dicampuradukkan dan mengakibatkan akan terjejas kemuliannya. Paling penting ialah dasar penghapusannya trehadap lima tradisi masyarakat yang buruk yang terdapat di dalam syariat-syariat lama, dan yang masih kekal lagi di dalam syariat-syariat sekarang ini, seperti tradisi pengambilan anak angkat, tradisi pengakuan anak, tradisi dakwaan terhadap anak, tradisi menuntut cerai, dan tradisi menghilangkan keturunan wanita sesudah kahwin.
Sikap Islam Terhadap Tradisi Mengambil Anak Angkat
Tradisi ini membolehkan manusia mengambil satu individu yang bukan daripada asal keturunannya sebagai anak angkat, dan diberi layanan kepada anak angkat itu sepertimana layanan yang diberikan kepada anak-anak kandungannya sendiri, diberi hak untuk menikmati kesemua hak asasi anak-anaknya, dan bapa angkat bertanggungjawab menunaikan segala bebanannya seperti yang dilakukan terhadap anak-anaknya sendiri.
Sikap Islam Terhadap Dakwaan Dan Khulu’
Berhubung dengan tradisi dakwaan, ia adalah mengharuskan bagi ketua keluarga menerima orang asing masuk menjadi ahli keluarganya, dan ia diberi hak dan tanggungjawab yang sama dengan anggota-anggota lain.
Berhubung dengan tradisi khulu’ pula ia mengharuskan bagi ketua keluarga menyingkirkan mana-mana ahli keluarganya dan memutuskan langsung hubungannya dengan keluarga itu dan tanggungjawab keluarga terhadapnya. Dengan ini orang yang dikenakan hukuman khulu’ ini menjadi orang asing kepada keluarga tersebut di dalam semua aspek.
Di sini tidaklah diragui lagi bahawa tradisi ini menyebabkan timbulnya campuraduk di dalam keturunan, melemahkan hubungan darah dan silaturrahim. Dengan sebab-sebab di atas Islam telah mengharamkan kedua-duanya sekali dan memandang bahawa hubungan kekeluargaan itu bukanlah sesuatu hebah yang diberi dan bukan pula sehelai rob yang dengan senang boleh dilucutkan.
Kawalan Islam Terhadap Keturunan Wanita Yang Sudah Berkahwin
Islam telah menetapkan bahawa keturunan wawnita tidak akan diganggu oleh apa-apa perubahan sesudah berkahwin. Wanita Islam tetap kekal sesudah berkahwin iaini memelihara namanya, nama keluarganya, dan juga nama keturunan asalnya, dan ia tidak akan menggunakan nama suaminya biar tinggi mana pun keduduknnya.
Di sini jelas kepada kita ketinggian perundangan Islam dan sejauh mana kesanggupan kawalwnnya dalam memelihara keturunan manusia kalau dibandingkan dengan syariat-syariat lain yang merendah-rendahkan keturunan wanita sesudah perkahwinan.
Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau
PERLIS
MALAYSIA
H: 013-4006206
P: 04-9882701
abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
http://abdazizharjin.blogspot.com