Islam adalah agama Allah yang diturunkan dengannya kitab-kitab suci yang terakhir dan diutuskan Rasulnya yang penutup untuk mengeluarkan manusia dari kegelapan kepada cahaya dan keizinan tuhan mereka ke arah jalan yang benar lagi mulia lagi terpuji.
Hukum-hukum islam adalah himpunan tanggungjawab dan ajaran yang diserukan oleh Rasulullah SAW serta disampaikan kepada umat melalui AL-Quran dan melalui lidah Rasulnya yang terdiri daripada hakikat –hakikat kewujudan dan alam ghaib yang mempunyai hubungan dengan ketuhanan atau kenabian dan juga akhirat.
Hukum-hukum islam tidak terbatas dalam aspek amali atau perundangan sahaja seperti ibadat dan ia juga tidak terbatas dalam aspek teori atau akidah (ilmu tauhid atau ilmu kalam ) . Dalam aspek kerohanian atau akhlak yang dibincangkan didalam ilmu tasawwuf atau akhlak. Sebaliknya hukum-hukum islam merangkumi semua itu secara seimbang, sepadu, dan serasi.
Al-Quran al –hakim al- sunnah al-nabawiyyah merupakan dua sumber asasi yang maksum yang menjadi punca pengambilan hokum-hakam islam keseluruhannya. Al-Quran adalah sumber pertama dan Al- sunnah adalah sumber kedua.
MENGAPAKAH ALLAH MENURUNKAN AL-QURAN?
Allah SWT menurunkan Al-Quran al-karim lantaran keberkatan dengan menbacanya, bukan semata-mata untuk menghias dinding-dinding dan bukan semata-mata untuk dibaca keatas mereka yang telah meninggal dunia supaya Allah merahmati meraka.
Sebaliknya, Al-Quran diturunkan adalah untuk mengatur perjalanan kehidupan dengan pertunjuknya, berhukum dengan hidayah dan agama yang benar yang diturunkan bersamanya, memandu umat manusia dengan menunjukkan kearah jalan yang lurus serta mengeluarkan manusia dari kegelapan kepada cahaya.
Al-Quran sendiri telah menentukan motif –motif diturunkan oleh Allah SWT untuk dilaksanakannya di dalam kehidupan dan manusia di dalam ayat-ayat yang amat jenis dan pelbagai.
Contohnya, dalam surah AL-MA’IDAH ayat 15-16 yang maksudnya;
Maksudnya; ‘Sesungguhnya telah datang kepada kamu cahaya kebenaran (Nabi Muhammad ) dari Allah, dan sebuah kitab (Al-Quran ) yang jelas nyata keterangannya. Dengan (Al-Quran ) itu Allah menunjukkan jalan –jalan keselamatan serta kesejahteraan kepada sesiapa yang megikut keredaannya, (dengannya ) Tuhan keluarkan mereka dari gelap-gelita (kufur ) kepada cahaya (iman ) yang terang –benderang, dengan izinnya dan (dengannya juga) tuhan menunjukkan mereka kearah jalan yang lurus. (Al-Ma’idah;15-16 )
Adalah menjadi satu keperluan (agar kita dapat beramal dengan Al-Quran dan megikut petunjuknya dengan baik ) kita hendaklah jelas apa yang dikehendaki oleh Allah SWT dari kita di dalam kitabnya. Ini bergantung kepada sejauh mana kita memahaminya dengan baik serta ketepatan dalam pentafsiran kita terhadap ayat serta hukum-hakamnya hinggalah kita tidak menyatakan sesuatu yang tidak dikatakan oleh Al- Quran atau mengandaikan apa yang tidak diandaikan olehnya atau kita menambah sesuatu yang bukan darinya atau mengurangkannya, atau mendahulukan apa yang dikemudiankannya, atau mengkemudiankan apa yang didahulukannya. Ini memerlukan kapada kaedah dan disiplin tertentu yang dapat menghalang permainan orang-orang yang ingkar, putar-belit,, orang-orang yang jahil, dan penyelewengan orang-orang yang menyeleweng.
AJARAN AL-QURAN TIDAK BOLEH DIPISAH-PISAHKAN?
Ajaran Al-Quran tidak boleh dipisah-pisahkan. Ajaran-ajaran dan hukum-hukumnya saling berkait dan melengkapi antara satu sama lain bagaikan kesatuan antara tubuh badan yang satu Setiap anggota tersebut mempengaruhi antara satu sama lainTidak harus dipisah-pisahkan satu bahagian atau lebih dari bahagian –bahagian yang lain.
Akidah menbuahkan ibadat dan ibadat mnbuahkan akhlak. Semua perkara itu menbuahkan aspek amali dan perundangan didalam kehidupan. Satu perkara yang pasti tanpa tiada perbezaan, pandangan tentangnya dan termasuk didalam perkara-perkara agama yang diketahui secara ‘dharuri’ dalam erti kata ia tidak perlu kepada dalil untuk menbuktikannya lantaran ia diketahui oleh orang tertentu dan orang awam, bahawa semua ajaran Al-Quran adalah wajib dilaksanakan. Tiada perbezaan antara yang dinamakan ‘kerohanian’ dengan apa yang dinamakan ‘kebendaan’. Tiada perbezaan antara ‘urusan agama’ dengan apa yang dianggap sebagai ‘urusan dunia’ dan juga tiada perbezaan antara apa yang berkaitan dengan kehidupan ‘individu’dengan apa yang berkaitan dengan kehidupan ‘masyarakat’.
Sesiapa yang menbuka lembaran mushaf dan menbaca surah AL-FATIHAH, kemudian dia menbaca surah AL-BAQARAH dia akan mendapat perkara pertama yang dilihatnya ialah sifat-sifat orang yang bertaqwa lagi mengambil pertunjuk dari kitab Allah.
Ayat tersebut menggandingkan antara aspek akidah iaitu ‘beriman’ dengan perkara ghaib’dengan aspek syiar iaitu ‘mendirikan solat’ serta aspek ekonomi iaitu ‘serta membelanjakan (mendermakan ) sebahagian dari rezeki yang Allah berikan kepada mereka.
KEHUJAHAN AL-SUNNAH DI DALAM PERUNDANGAN DAN AJARAN ISLAM.
Al-Sunnah merupakan manhaj nabawi yang terperinci dalam menberikan pengajaran tentang islam, melaksanakannya serta mendidik umat islam diatasnya. Al-Sunnah adalah sumber kedua bagi islam selapas Al-Quran. Al-Sunnah adalah penjelasan secara teori dan partikal bagi Al-Quran. Justeru itu, hukum-hukum dan ajaran –ajarannya wajib diikuti dan diamalkan. Ketaatan Rasul dalam Al-Sunnah adalah satu kewajipan sebagaimana kedudukan mentaati ayat-ayat Al-Quran yang disampaikan oleh baginda.
PERBEZAAN ANTARA AL-SUNNAH DAN AL-QURAN.
Jika Al-Quran dan Al-Sunnah merupakan sumber Rabbani bagi hidayah dan perundangan, sudah tidak syak lagi kedua-duanya tidak berada pada satu kedudukan dan terdapat perbezaan –perbezaan asasi antara keduanya.
• Al-Quran ‘qati al-thubut ‘ (kewujudannya secara qatie ) kerana ia diriwayatkan secara mutawatir dan diyakini dari satu generasi ke satu generasi yang lain. Sementara Al-Sunnah amat sedikit antaranya yang wujud secara mutawatir. Kebanyakannya wujud dengan jalan tidak mutawatir.
• Al-Quran keseluruhannya wujud dengan jalan wahyu yang jelas dengan perantaraan turunnya malaikat jibril (pembawa wahyu ) kedalam hati Rasulullah SAW. Al-Sunnah antaranya wujud melalui jalan ilham dan tiupan kedalam hati antaranya ada yang datang melalui mimpi yang benar.
• Lafaz dan makna Al-Quran adalah dari Allah SWT sementara hadith lafaznya dari Nabi Muhammad SAW. Justeru itu, tidak dibenarkan meriwayatkan Al-Quran melalui makna. Ini menbezakan Hadith atau Al-Sunnah.
• Pemuliharaan Al-Quran adalah secara menyeluruh dan terperinci termasuklah lafaz dan maknanya berdasarkan janji Allah yang jelas. Manakala bukti pemeliharaan Al-Sunnah adalah tersirat didalam pemeliharaan Allah terhadap Al-Quran memandangkan kedudukannya sebagai penjelas kepadanya.
• AL-Quran bercirikan mukjizat. Ia merupakan bukti terbesar kebenaran Nabi Muhammad SAW. Berbeza dengan Hadith sekalipun ia terletak di puncak gaya bahasa manusia.
HADITH YANG SAHIH TIDAK BERTENTANGAN DENGAN AL-QURAN.
Lantaran Al-Sunnah adalah penjelas kepada Al-Quran atau pengukuhannya atau penentu bagi hukum-hakam yang tersendiri didalam skop matlamat dan kaedah Al-Quran, tidak bertentangan dengan Al-Quran. Tidak terdapat mana-mana Hadith yang sahih yang bertentangan dengan Al-Quran. Jika terdapat yang sebegitu bererti ia adalah Hadith yang sahih tetapi tidak jelas (tidak sarih ) atau jelas tetapi tidak sahih. Hadith yang tidak sahih tidak mempunyai nilai, sementara Hadith sahih yang tidak jelas (tidak sarih) mestilah ditafsirkan dengan tafsiran yang Al-Quran, kerana Al-Quran adalah asal dan cabang tidak boleh menyalahi asalnya.
Dalam kitab I’IAM AL-MUWAQQI’IN menerangkan berkenaan dengan hubungan al-sunnah dan al-quran.
• Bertepatan dengan Al-Quran dari segenap aspek. Oleh sebab itu kewujudan ayat-ayat Al-Quran dan Hadith terhadap hukum yang satu adalah termasuk di dalam perkara ‘banyak dalil terhadap hukum yang satu’
• Al-Sunnah menjadi penerang dan pentafsir kepada kehendak Al-Quran.
• Al-Sunnah mewajibkan atau mengharamkan sesuatu hukum yang tidak terdapat penentuan didalam Al-Quran tentangnya. Al-Sunnah tidak akan terkeluar dari bahagian –bahagian ini dan tidak akan bertentangan dengan Al-Quran sama sekali.
Sesuatu yang lebih dari penentuan Al-Quran, ia merupakan penentuan hukum yang datang dari Rasulullah SAW yang wajib ditaati dan tidak dihalalkan perlanggarannya. Ini bukanlah satu tindakan melaksanakan apa yang telah diperintahkan oleh Allah iaitu mentaati Rasulnya. Jika Rasullullah SAW tidak ditaati maka tidak bererti lagi ketaatan kepada baginda dan gugurlah ketaatan yang secara khusus buat baginda. Jika tidak wajib mentaati baginda melainkan dalam perkara-perkara yang bertepatan dengan Al-Quran tidak dalam perkara yang melebihi ketentuan Al-Quran maka ketaatan khusus kepada baginda tidak ada lagi.
Allah berfirman;
Maksudnya;”Sesiapa yang taat kepada Rasulullah, maka sesungguhnya ia telah taat kepada Allah” (al-Nisa’ : 80 )
RUJUKAN AL-SUNNAH ADALAH AL-QURAN.
Ini merupakan kedudukan al-sunnah berbanding al-quran. Kedudukan adalah sebagai penjelas kepada yang diperjelaskan. Al-quran adalah asal sementara al-sunnah adalah pengulas dan penjelasnya. Setiap apa yang terdapat di dalam al-sunnah adalah kembali kepada al-quran dalam semua aspek. Perkara ini telah dijelaskan oleh al-Imam al-Syatibi di dalam kitab al-Muwafaqat. Beliau telah mengemukakan dalil-dalil dan contoh.
Pengharaman berkahwin sekaligus dengan seorang wanita bersama ibu saudaranya sama ada sebelah ibu atau bapa umpamanya adalah salah satu bentuk qiyas (analogi) terhadap hukum al-quran di dalam pengharaman berkahwin sekaligus dengan seorang wanita bersama saudara perempuannya lantaran persamaan dari segi alasan hukum yang telah diingatkan oleh Hadith;
Maksudnya:”Sesungguhnya jika kamu melakukannya bermakna kamu telah memutuskan tali sillaturrahim kamu”
Memberi hak perwarisan kepada nenek sama seperti bahagian ibu ketika ketiadaan ibu merupakan qiyas kepada ibu kerana nenek juga laksana ibu dari satu aspek.
Pengharaman setiap binatang buas yang bertaring adalah satu bentuk perlaksanaan firman Allah SWT :
Maksudnya;”Dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang buruk. ” (al-A’Raf ;157)
Pengharaman memakan dan meminum dari bijana yang diperbuat dari emas dan perak atau seumpamanya merupakan perlaksanaan kepada sejumlah celaan di dalam al-quran yang diajukan kepada golongan yang bermewah-mewah (melebihi keperluan ) dan menganggap kemewahan sebagai salah satu faktor kefasadan dan keruntuhan umat manusia sehinggalah akan berlaku kehancuran yang besar.
Pengharaman bersendirian dengan wanita asing (bukan mahram) merupakan perlaksanaan kepada firman Allah SWT;
Maksudnya ;”Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan ) ” (al-Isra’;32)
Larangan didalam ayat tersebut”Dan janganlah kamu menghampiri”bererti larangan dari segala pendahuluan yang menjerumuskan ke lembah perzinaan yang antaranya ialah bersendirian antara lelaki dan wanita.
Umpamanya lagi ialah Rasulullah SAW telah melaknat sembilan orang lain bersama peminum arak. Ia termasuklah di dalam kehendak firman Allah SWT berkenaan dengan arak.
Maksudnya;” (Sesungguhnya) adalah kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya. ” (al-Ma’idah:90)
Menjauhi adalah lebih mendalam maknanya dari meninggalkan. Ia merangkumi tindakan memerah, menuang, membawa, menjual, dan lain-lain tindakan yang seumpamanya.
Ibn Barrajan telah berkata ;”setiap apa yang disabdakan oleh Nabi SAW terdapat di dalam al-quran, di dalamnya terdapat asalnya sama ada jauh atau dekat, sama ada difahami atau tidak.
Maksudnya;”Tiada kami tinggalkan sesuatu pun di dalam al-kitab ini”. (al-An’am;38)
Tiada sesuatu pun dari al-sunnah yang terkeluar dari kehendak al-quran apatah lagi untuk menyalahinya. Di dalam al-sunnah terdapat apa yang menjelaskan keijmalannya (intisarinya) , mengkhususkan keumumamnya, atau membataskan kemutlakannya.
KEPERLUAN KEPADA AGAMA (AL-DIN)
PENGERTIAN AGAMA.
Menurut Syeikh Dr. Muhammad Abdullah Darraz didalam kitab ulungnya ‘al-din’beliau mengemukakan tarif al-din yang merangkumi semua agama, sama ada benar atau salah dan sama ada agama tersebut berdasarkan kitab-kitab atau berdasarkan berhala.
Beliau (Rahimahullah ) telah berkata ;“Al-din ialah kepercayaan terhadap kewujudan satu zat atau lebih, yang bersifat ghaib lagi tinggi yang mempunyai perasaan dan bebas bertindak. Zat ini mempunyai kuasa mentadbir perkara-perkara yang berkaitan dengan manusia. Kepercayaan ini mestilah mendorongnya untuk mengagungkan zat yang mulia itu dengan penuh rasa keinginan serta dengan penuh rasa rendah diri dan kebesaran. Dengan ungkapan yang lebih ringkas ialah ‘keimanan kepada zat ketuhanan yang layak diberi ketaatan dan pengabdian’. Ini jika kita melihat al-din itu beri aspek psikologi dalam erti beragama. Tetapi jika kita melihat al –din itu sebagai satu realiti yang luar dari manusia kita katakan sebagai sejumlah peraturan secara teori yang menentukan sifat kekuatan ketuhanan tersebut dan sejumlah kaedah secara amali yang menentukan bentuk peribadatan kepadanya.
Tarif ini merangkumi semua agama sekalipun ia berdasarkan kepada kesyirikan dan keberhalaan. Ini kerana al-quran telah menamakannya sebagai agama (al-din) sepertimana firman Allah SWT;
Maksudnya;”Sesiapa yang mencari agama selain islam maka ia tidak sekali-kali akan diterima darinya” (Ali’Imran;85)
AGAMA –AGAMA SAMAWI DAN PERSAMAANYA.
Pertama;Agama semawi atau kitabi yang bermaksud agama yang mempunyai kitab yang diturunkan dari langit yang menbawa petunjuk kepada manusia. Umpamanya –agama yahudi yang diturunkan oleh Allah mengenainya kitab Taurat kepada Rasulnya Musa AS. Umpamanya agama Nasrani yang telah diturunkan oleh Allah mengenainya kitab Injil kepada Rasulnya Isa al-masih AS. Begitu juga dengan agama islam yang diturunkan oleh Allah mengenainya al-quran kepada penutup para rasul dan nabinya Muhammad SAW.
Perbezaan antara islam dengan agama-agama kitabi yang lain ialah Allah Taala telah memelihara usul (prinsip ) islam dan sumber-sumbernya sebagai risalah terakhir kepada umat manusia. Ia tidak dicemari oleh sebarang penyelewengan dan perubahan. Sementara itu, sumber-sumber agama kitabi lain tidak dipelihara oleh Allah. Kitab –kitab sucinya telah diselewengkan dan diubah-ubah atau telah hilang sama sekali.
Kedua ;Agama –agama berhala atau ciptaaannya yang dikaitkan dengan bumi bukannya dengan Allah. Umpamanya agama Budha di Jepun dan China, agama Hindu di India dan agama Majusi di Parsi pada suatu masa dulu serta agama-agama lain yang terdapat di Asia dan Afrika.
Asalnya. semua agama Semawi adalah sama dari segi asas-asas kepercayaanya sekalipun syariatnya berbeza berdasarkan perbezaaan masa. Inilah yang telah dijelaskan dan ditegaskan oleh al-Quran;
Maksudnya ;”bagi tiap-tiap umat yang ada diantara kamu, kami jadikan (tetapkan ) sesuatu syariat dan jalan agama (yang wajib diikuti oleh msing-masing) ”. (al-Ma’idah;48)
Bahkan al-quran telah menegaskan bahawa agama Allah hanyalah satu, untuknya diturunkan semua kitabnya dan diutuskan semua Rasulnya iaitu”islam”sepertimana firman Allah SWT ;
Maksudnya;”sesungguhnya agama (yang benar dan diredai ) disisi Allah ialah islam”
Setiap Rasul Allah adalah muslim dan mereka menyeru kearah islam; Maksudnya ;”dan nabi Ibrahim pun berwasiat dengan agama itu kepada anaknya dan (demikian juga) nabi Ya’qub (berwasiat kepada anaknya) berkatanya;”wahai anak-anak ku ! sesungguhnya Allah telah memilih agama Islam, ini menjadi ikutan kamu, maka janganlah kamu mati melainkan kamu dalam keadaan islam”.
Muhammad SAW merupakan penutup segala nabi diutuskan dengan islam (agama bagi para rasul keseluruhannya sebagai membenarkan apa yang telah dibawa oleh agama-agaam terdahulu serta mengukuhkan kandungan kitab –kitab agama tersebut yang terdiri dari hakikat –hakikat agama dan peraturan –peraturan perilaku. Al-quran memperbetulkan penyelewengan lafaz dan makna kalimah-kalimah Allah yang terdapat pada kitab-kitab tersebut. Selain itu, al-quran menjadi pelengkap kepada kemulian akhlak yang telah dibawa oleh para Rasul sebelumnya sehingga ia dapat mencapai matlamatnya setelah mana manusia telah mencapai tahap yang tertinggi dan sempurna akalnya.
KEPERLUAAN MANUSIA KEPADA AGAMA
Keperluaan manusia kepada agama secara umumnya dan kepada islam khususnya bukanlah keperluan sampingan. Ia adalah keperluan asasi yang berkaitan dengan inti kehidupan rahsia kewujudan dan persoalan terpenting buat manusia. Keperluaan kepada agama didalam kehidupan manusia
• Keperluan akal untuk mengetahui realiti –realiti penting di dalam kehidupan
• Keperluan fitrah manusia
• Keperluan manusia kepada kesihatan jiwa dan kekuatan kerohanian
• Keperluan masyarakat kepada dorongan dan peraturan akhlak
• Keperluan masyarakat kepada semangat kerjasama dan setiakawan
Pensyarah:Ustaz Abd Aziz Bin Harjin
Nama :Nurul Na’illah Bte Mohd Tayazi.
Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau
PERLIS
MALAYSIA
H: 013-4006206
P: 04-9882701
abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
http://abdazizharjin.blogspot.com