Akal Alat Dan Pemimpin Orang Mukmin -

Akal merupakan asas kepada pembentukan seseorang manusia yang dijadikan oleh Allah, akal jugalah yang membezakan seseorang manusia itu dengan haiwan kerana manusia menggunakan akal untuk menjalankan sesuatu aktiviti seperti makan, minum, main dan segalanya, sedangkan haiwan tidak menggunakan akal kerana haiwan tidak memiliki akal seperti manusia, oleh hal yang demikian maka haiwan menggunakan nafsu untuk menjalankan aktivitinya seperti makan, minum dan sebagainya. 

Sebagai seorang mukmin yang beragama islam kita di suruh mempergunakan, menjaga dan memelihara akal sebaik-baiknya, supaya akal itu tidak rosak dan dicemari oleh perkara-perkara yang tidak kita ingini. Akal merupakan alat dan pemimpin orang mukmin kerana setiap manusia dikurniakan dengan akal yang suci sejak dilahirkan dan setiap dari seorang manusia itu mempunyai pemimpin dan pemimpin orang mukmin adalah akal yang sihat. Hal demikian telah diriwayatkan oleh Ka’ab dan Abu Hurairah bahawa meraka datang menemui Rasulullah SAW dan bertanya kepada Baginda:

“wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling pintar?”dan Rasulullah SAW menjawab”orang yang berakal. ”

Mereka bertanya lagi kepada baginda:”siapakah oarng yang paling berbakti”dan baginda menjawab”orang yang berakal. ”

Para sahabat bertanya lagi kepada baginda”siapakah yang paling utama?”maka baginda menjawab”orang yang berakal kerana setiap daripada kamu mempunyai pemimpin dan pemimpin orang mukmin adalah akal. ”

Rumusannya setiap manusia mempunyai tujuan dan yang utama bagi hamba Allah ialah akal (khayatul qulub) . Menurut saidatina Aisyah bahawa akal itu mempunyai sepuluh bahagian iaitu lima bahagian nampakan dan lima bahagian lagi tersembunyi. Secara terperincinya, bahagian yang Nampak itu terdiri daripada lima perkara iaitu pertama ialah diam, sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang berbunyi”barangsiapa diam, maka selamatlah dia, barangsiapa yang banyak bicaranya, maka banyak pula kesalahannya”. 

Kedua ialah sabar, sebagai seorang yang beragama islam kita harus menggunakan akal untuk melakukan sesuatu supaya kita tidak dikawal nafsu dalam tindak tanduk kita seperti cepat marah dan cepar hilang sabar oleh hal demikian akal dikurniakan supaya kita dapat mengawal perasaan yang tidak sepatutnya itu dan yang ketiga adalah rendah diri, sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang berbunyi”barangsiapa berendah hati, Allah akan mengangkat darjatnya dan barangsiapa yang sombong, Allah akan merendahkan darjatnya”. 

Yang keempat ialah takut kepada Allah, sebagai seorang mukmin kita mesti mempunyai perasaan takut kepada Allah pencipta segala isi kandung dalam muka dan diatas muka bumi, makanya sebagai mukmin kita seharusnya menggunakan akal sebaik-baik supaya kita tidak dilatnati Allah dan kelima ialah mengawal hawa nafsu. Dari Hadith Mu’adh bin Jamal iaitu sesungguhnya engkau sentiasa sejahtera selama engkau diam. Tetapi apabila engkau berkata, ditulis bagi engkau atas engkau (yang baik atau yang jahat) . 

KELEBIHAN MENGGUNAKAN AKAL

Akal dikurniakan kepada manusia supaya digunakan dengan sebaik-baik dalam menjalankan aktiviti harian seperti menyelesaikan sesuatu masalah dengan betul dan tepat. Hal demikian supaya manusia itu tidak melanggari norma-norma sebagai manusia yang mempunyai akal. 

Selain itu kita juga menggunakan akal untuk berdaya saing dengan orang lain dalam pelbagai bidang, dengan ini manusia itu akan menikmati kejayaan atas usaha dirinya sendiri, dengan cara ini kita akan Berjaya dan cemelang dalam kehidupan kita didunia dan di akhirat. 

Akal juga boleh memberikan seseorang rasa penuh dengan keimanan dan ketaqwaan sentiasa meningkat dalam kehidupan manusia itu, tambahan lagi akal juga memboleh seseorang itu mengawal tingkah laku seseorang untuk melakukan kebaikan dan meninggalkan keburukan. 

AKIBAT TIDAK MENGGUNAKAN AKAL BERLANDASKAN SYARAK

Akibat terhadap diri sendiri, tanpa penggunaan akal yang sepatutnya boleh menyebabkan seseorang itu rosak imannya dan juga boleh memesongkan akidahnya. Hal ini juga boleh menyebabkan seseorang mempunyai perasaan pentingkan diri sendiri tanpa memikirkan hal disekelilingnya atau dalam bahasa yang mudah tidak ambil tahu hal orang lain. Penggunaan akal tidak berlandaskan hukum syarak juga boleh menyebabkan seseorang itu tidak mempunyai matlamat hidup. 

Akibat terhadap keluarga, lantaran penggunaan akal tanpa berlandaskan hukum syarak ianya juga mampu menggangu gugat talian kekeluargaan seperti merosakkan hubungan antara ahli keluarga kerana tanpa penggunaan akal seseorang ahli keluarga itu mungkin mudah merasa marah dan bergaduh antara ahli keluarganya. Selain itu ianya juga mampu meruntuhkan intitusi kekeluargaan yang telah dibina sebagai contohnya masalah harta, tanpa pengguna akal yang sepatutnya pembahagian harta tidak dapat dilakukan dengan betul. Hal ini juga mampu mempenggaruhi seseorang itu melakukan penderaan keatas kanak-kanak atau anak-anaknya. 

Manakala akibat terhadap masyarakat pula ialah masyarakat itu mungkin berada dalam keadaan yang porak-peranda dan berlakunya penganiayaan dan kezaliman berleluasa dalam masyarakat. Selain itu ianya juga mampu melahirkan masyarakat yang tidak bermoral dan mementingkan diri sendiri, malah boleh menjurus kepada persengketaan dan pecah belah dalam masyarakat amnya. 

Hal ini juga bakal meningkatkan impak yang besar kepada sesebuah Negara seperti tidak aman, mudah diserangi anasir luar, kemajuan tidak dapat dilaksanakan sebaiknya dan juga hilang perpaduan dalam kalangan masyarakat amnya. 

PUNCA AKAL ROSAK MELALUI MAKANAN

Sebagai seorang mukmin kita buka sahaja di suruh menjaga hati malah juga akal kita daripada sebarang bentuk yang mampu mmerosakkan akal kita, terutamanya melalui makan yang kita pada setiap hari amnya. Lantaran itu antara factor yang mampu mempengaruhi perkembangan otak adalah sering mengambil makanan atau buahan yang sudah masam atau yang sememangnya masam, hal demikian kerana makanan atau buahan yang masam mengandungi kandungan asid yang tinggi yang mana mampu melemahkan perkembang sel dalam otak utamanya. Antara makanan yang masam adalah epal hijau (tuffah) secara berlebihan mampu melemahkan daya ingatan atau menyebabkan seseorang cepat lupa, menurut iman az-zuhri. 

Bukan sekadar itu sahaja memakan bawang besar secara mentah dan berlebihan juga membahayakan sel otak. Pengambilan candu, dadah, rokok, tembakau dan sebagainya juga membawa kepada kesan yang sama. Hal ini juga berkaitan dengan memakan atau meminum bahan yang telah dikotori oleh haiwan perosa seperti lalat, tikus, lipas dan semut. 

Rasulullah SAW menggalakkan umatnya memakan makanan yang di masak di rumah dan tidak menggalakkan umatnya makan makanan yang di masak di luar seperti kedai atau gerai hal ini kerana ianya lebih terjamin kehalalannya dan kesucinya. Sabda Rasulullah SAW bermaksud”kebiasaan (amalan) makan dan minum di pasar adalah suatu yang merendahkan martabat seseorang itu”hadis riwayat Ad-dailami. 

Dewasa ini, banyak makanan yang mengandungi bahan perisa tambahan seperti monosodium glutamate (MSG) dan bahan pengawet yang sudah pastinya meningalkan kesan yang begitu ketara kepada sel otak malah menurut kajian MSG mampu menyebabkan kansel otak, hali demikian juga akan berlaku jika seseorang itu mengambil minumam bergas. 

Malah dalam islam juga tidak menggalakkan umatnya memakan kepala ikan terutamanya insang ikan dan bahagian dalaman haiwan, ini kerana bahan-bahan tersebut boleh menyebab kerosakkam sel dan menyebabkan seseorang mudah lupa. Bahagian insang ikan dan bahagian dalaman kerana bahagian ini banyak mengandungi bahan toksid yang tinggi. Kesan yang hamper sama juga akan berlaku kepada akal kita jika kita banyak memakan makanan yang sepertimana di atas amnya. 

Walau bagaimanapun ada juga petua yang boleh digunakan dalam menjaga akal, menurut Prof. Aman dalam Medical Secret Of Your Food, telur kuning berkesan mengatasai masalah penyakit yang melibatkan otak atau akal serta sel saraf dalam badan kita, antaranya masalah lemah daya ingatan, lemah daya tumpuan, benak (akal tumpul) , sering lupa, sering tidur semasa membaca, pasif, dan kanak-kanak degil. 

RAHSIA MENGUATKAN AKAL/ INGATAN BAGI SEORANG PELAJAR

Bagi seorang pelajar memilikan akal yang cergas dan sihat adalah satu kelebihan baginya dan ini juga merupakan kunci kejayaan bagi seorang pelajar dan ini juga di sokong oleh agama islam. Sebagai mukmim apabila pembelajaran sedang dijalankan maka pemberi tumpuan sepenuhnya adalah penting ini kerana akal yang sihat mampu membuat penilaian antara perkaitan antara subjek pembelajaran dengan keadaan sekeliling. Akal yang sihat juga mampu memberikan keselesaan kepada seseoang insan itu untuk berfikir dan memkir seseuatu yang berlaku terhadap dirinya atau orang lain berlandaskan hukum dan syarak yang betul dan tepat dalam membuat keputusannya. 

Selain itu, sebagai makluk ciptaan Allah kita perlu memohon kepadanya agar dikurniakan ingatan yang kuat dan sihat seluruhnya. Sebagai seorang mukmin kita juga perlu berusaha bukan hanya sekadar berdoa tanpa diikuti dengan apa-apa usaha yang sepatutnya, usaha yang boleh dijalankan sebagai seorang muslim yang masih belajar adalah membuat latihan dan belajar dal kumpulan. 

PETUA MUDAH MENGHAFAL

Nabi Muhammad SAW menegaskan bahawa barangsiapa ingin mudah menghafal ilmu, maka dia harus menjaga lima perkara utama:

Pertama megerjakan solat malam sekurang-kurangnya dua rakaat dan kedua, sebelum membaca atau menghafal hendaklah dia berada dalam keadaan yang suci (berwudhu) . Ketiga, dia hendaklah sentiasa bertakwa kepada Allah baik dalam keadaan yang sembunyi atau terang-terangan serta tunduk dan patut pada segala perintah Allah dan tinggalkan segala larangannya atau menjauhinya. 

Keempat, niat makan untuk beribadah kepada yang maha esa dan bukanya makan itu untuk menurut kehendak hawa nafsu semata-mata. Hal yang demikian kerana makan secara nafsu adalah makan dengan syaitan musuh dalam islam. Kelima, selalu bersiwak atau bersugi. 
MASA TERBAIK UNTUK MENGHAFAL BAGI AKAL YANG SIHAT

Bagi mukmin yang mempunyai akal yang sihat harus mengetahui masa yang terbaik bagi akal itu untuk menghafal sama pelajaran tau menghafal Al-Quraan antara masa yang terbaik adalah sewaktu subuh sebelum terbitnya fajar siddiq, selepas solat subuh, sebelum tidur malam, malam yang sunyi, suasana sekitar yang tidak sibuk, di antara waktu maghrid dan isyak dan jauh daripada sesuatu yang boleh menganggu seseoarng itu daripada focus dalam apa perkara yang sedang di buatnya. 

RUMUSAN

Rumusannya di sini mempunyai akal yang kuat dan sihat adalah kurniaan daripada yang maha esa, yang maha bijaksana. Akal dikurniakan untuk digunakan kearah kebaikan bukan digunakan untuk menindas orang lain. Akal yang dikurniakan adalah kelebihan yang membezakan manusia itu dengan haiwan, maka gunakan akal itu sebaik-baiknya sebagai makluk ciptaan Allah. Dalam menguatkan dan meningkatkan kepintaran maka bacalah ayat kursi jika dibaca pada hari jumaat selepas solat asar akan dikurniakan kepadanya kepintaran akal dan kebajikan serta diselamatkan mindanya daripada dipengaruhi oleh pemikiran yang jahat. Imam syafie RA berkata”aku mendapati kelupaanku dalam pelajaran ketika aku dewasa, sedangkan tidak sewaktu kecilku. Kiranya dibelah dan dibedah hati yang diajarkan ketika kecil, tentunya akan diperolehi garis-garis pengetahuan sebagaimana tulisan pada batu. 

Disediakan Untuk : Ustaz Abd Aziz Bin Harjin
Disediakan Oleh : Mohd Shukri Bin Halim

Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau 
PERLIS
MALAYSIA

H: 013-4006206
P: 04-9882701
abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
http://abdazizharjin.blogspot.com