Kehidupan Nabi Muhammad SAW -

SEJARAH

Secara goegrafinya Tanah Arab terbahagi kepada 2 bahagian iaitu utara dan selatan. 2 kawasan ini dipisahkan dengan gurun yang sangat luas. Orang yang tinggal di kawasan utara hidup secara nomad atau berpindah-randah kerana lingkungan itu tidak sesuai dan serba kekurangan untuk pertumbuhan tamadun sehingga memaksa penduduknya berpindah-randah mencari sumber makanan dan minuman. Para penduduk di selatan pula, mereka memiliki ilmu pengetahuan dan mempunyai adat istiadat, undang-undang, perlembagaan, dan tatacara.

Pada masa abad pertama selepas Christ, ajaran Yahudi dan Kristian telah muncul di kawasan itu dan bersaing untuk menjadi agama yang terpenting keatasnya dan melibatkan dua kuasa lain iaitu empayar Rom dan Parsi yang menentang musuhnya, orang-orang Habsyah. Akibatnya Yaman tetap berada dibawah pengaruh Parsi sehingga kedatangan Islam di negeri itu.

MENJELANG ISLAM

Kearah pertengahan abad ke-6 selepas Masihi dunia semakin bertambah gelap dengan khurafat dan tahyul. Sifat tamak dan kekejaman menyebabkan keadaan moral, dan penindasan telah melemaskan majoriti penduduk yang tinggal didalamnya. Dalam zaman itu, hamba abdi, wanita dan kanak-kanak mempunyai hak yang sedikit didalam prinsip kepercayaan manusia.

Allah berfirman:”Dan kami tidak mengutusmu (Muhammad SAW) melainkan sebagai rahmat kepada sekalian alam.

ABDULLAH, BAPA NABI

ABDUL MUTALIB menguasai hampir kesemuanya yang diimpikan oleh semua lelaki. Kesihatan tubuh badan. harta kekayaan, kuasa dan dihormati oleh suku kaumnya. Tetapi dia amat bersedih kerana mempunyai seorang sahaja anak lelaki. Pada masa itu bangsa Arab amat berbangga jika mempunyai ramai anak lelaki. Dia memerlukan anak yang ramai untuk membantunya didalam jawatan yang mulia yang telah diamanahkan kepadanya. Semua anak-anaknya amat disayangi olehnya terutamanya, Abdullah, anak yang paling bongsu, yang telah meningkat dewasa menjadi seorang pemuda tampan dan menjadi kebanggaan suku Quraisy. Apabila Abdullah telah berumur 24 tahun, bapanya yang telah tua membuat keputusan untuk mengahwinkannya, lalu dia pun memilih Aminah, anak ketua Bani Zuhrah kerana ia layak menjadi isteri kepada anak ketua suku Quraisy dan pemimpin seluruh Makkah.

Abdullah tidak tinggal lama dengan isterinya kerana terpaksa berdagang ke Gaza diutara. Abdullah jatuh sakit ketika pulang dari berdagang di Madinah semasa berhenti melawat saudara-maranya di sana dan kafilah lain pulang memberitahu bapanya, Abdul Mutalib. Setibanya Abdul Mutalib di Madinah, didapati Abdullah telah sebulan meninggal dunia dan dikebumikan di Perkampungan Bani Wajjar. Ketika itu Aminah sedang mengandungkan seorang anak yang tidak dapat menatap wajah bapanya.

TAHUN GAJAH

Selepas kemenangan keatas perang dengan tentera Abrahah, Nabi Muhamad telah dilahirkan ketika semua penduduk bergembira meraikan kemenangan. Abdul Mutalib terlalu gembira dan membawa nabi mengelilingi Ka’bah sebanyak 7 kali lalu berkata:

“Hai anak yang diberkati, aku akan namakan engkau Muhammad. Kelahiran anak ini mengiringi kemuliaan dan kemenangan untuk Rumah Suci, semoga ia diberkati!”

Pada hari ke-7 selepas kelahiran Muhammad SAW, datuknya telah mengadakan jamuan secara besar-besaran menurut adat istiadat bangsa Arab.

IBU SUSUAN

Sementara menunggu kedatangan mereka, Aminah memberikan bayinya kepada Thuwaibah, seorang hamba Abu Jahal, kerabat Muhammad SAW untuk menyusukannya. Thuwaibah hanya dapat menyusukan Muhammad selama beberapa hari sahaja. Apabila tiba ibu susuan yang baru, mereka hanya memilih bayi yang mempunyai bapa kerana mereka mengutamakan ganjaran.

Tetapi Halimah mengambil Nabi dengan keizinan suaminya yang berpendapat bahawa nabi mungkin membawa kebaikan kepada mereka dan memang benar kata-katanya suaminya kerana semua tanaman Halimah menjadi, binatang ternakan menjadi gemuk dan orang mulai cemburu terhadap Halimah. Semasa nabi berumur 5 tahun, Halimah telah menemui beberapa lelaki dari Habsyah yang kelihatan begitu tertarik dengan Nabi dan sentiasa bertanya tentangnya. dan kemudian mereka berkata:

“Anak ini akan menjadi seorang yang sangat penting, kami akan membawanya pergi ke negeri kami bersama-sama kami. Kami telah mendengar berita tentangnya sebelum ini. ”

Halimah sangat bimbang dan tidak yakin dapat menyelamatkan Muhammad SAW, lalu dia pun mengembalikannya kepada ibunya di Makkah kerana merasakan bahawa Muhammad SAW lebih selamat berada di sana.

KEMBALI KE MAKKAH

Apabila baginda dikembalikan ke Makkah, datuknya yang sangat tua telah memeliharanya dengan baik dan memberi sepenuh perhatian dan sepenuh kasih sayang terhadapnya. Ketika nabi berumur 6 tahun, Aminah membawa nabi melawat sanak saudaranya di Yathrib bersama hamba Abdul Mutalib iaitu Ummu Aiman serta melawat kubur bapa nabi. Setelah sebulan di Yathrib, mereka menuju ke kampung yang bernama Al-Abwa, dan

Aminah telah jatuh sakit serta meninggal dunia disana dan dikebumikan beberapa batu dari tempat bapa nabi dikebumikan. Selepas ibunya meninggal dunia, nabi dijaga oleh datuknya dengan penuh kasih sayang. Ketika nabi berumur 8 tahun, datuknya pula meninggal dunia dan dijaga oleh bapa saudaranya iaitu Abu Talib dan selalu mengikut bapa saudaranya pergi berdagang ke seluruh negeri. Pada suatu hari, nabi telah mendapat gelaran AL-AMIN (yang boleh dipercayai) di kalangan kaum Quraisy kerana mempunyai tingkah laku yamg baik, mulia, jujur, dan tidak pernah berbohong dalam berkata-kata.

KEHIDUPAN DI MAKKAH

Peperangan hanya berlaku beberapa hari sahaja di Makkah dikalangan suku-suku pada setiap tahun. Penduduk di Makkah gemar berfoya-foya, minum arak, serta berseronok dan menikmati kehidupan secara umum.

BERNIAGA UNTUK KHADIJAH

Bapa saudara nabi mendapat tahu bahawa Khadijah ingin mengupah orang untuk bekerja dengannya. Setelah berbincang denagn nabi, nabi bersetuju untuk bekerja denagn Khadijah dengan bantuan bapa saudaranya. Nabi mula berniaga dengan pembantu Khadijah, iaitu Maisarah. Abu Talib berpesan kepada Maisarah supaya menjaga nabi ketika pergi berniaga. Nabi mendapat keuntungan yang banyak ketika berniaga dengan sifatnya yang jujur dan rendah diri membuatkan orang ramai suka padanya.

BERKAHWIN DENGAN KHADIJAH

Berkahwin dengan Khadijah ketika berumur 23 tahun di mana rakan baik Khadijah, Nafisah menyampaikan isi hati Khadijah kepada nabi. Setelah berfikir panjang, nabi bersetuju dan pergi ke rumah khadijah bersama bapa saudaranya untuk menetapkan tarikh perkahwinan, setelah dipersetujui, Abu Talib telah menikahkan mereka berdua dan membacakan khutbah serta Nabi memberikan mas kahwin sebanyak 20 bakras menurut adat istiadat orang-orang arab pada masa itu.

KEHIDUPAN SOSIAL

Khadijah adalah seorang wanita yang istimewa. cinta nabi terhadapnya semakin bertambah dari hari ke hari walaupun Khadijah telah berkubur. Mereka merupakan pasangan yang secocok walaupun mereka hanya dikurniakan 4 anak perempuan. Nabi berusaha untuk mencari calon suami yang baik untuk anak-anaknya. Nabi hidup bermasyarakat dengan kaumnya. Pada masa itu orang-orang Quraisy amat sibuk terhadap Kaa’bah kerana berlaku banjir besar yang turun dari kawasan pergunungan dan menyebabkan kerosakan pada bangunan itu.

Masalah timbul ketika hendak meletakkan kembali Batu Hajar Aswad di tempatnya yang menyebabkan berlakunya pertengkaran sehingga hampir-hampir menyebabkan pertumpahan darah diantara suku-suku tersebut. Ketika itu Nabi telah menjadi orang pertama yang melalui tempat itu dan dilantik untuk membuat keputusan dan menjadi hakimdi antara mereka siapa yang layak dan berhak meletakkan kembali batu tersebut di tempatnya.

“Berikan aku sehelai jubah”’kata baginda

Kemudian, Nabi meletakkan Batu Suci itu di atas jubah tesebut dan menyuruh tiap-tiap seorang dari ketua suku Quraisy memegang tepi jubah berkenaan dan meletakkan batu itu ditempatnya.

KEINGINAN UNTUK BERSENDIRIAN

Walaupun mendapat keuntungan yang berlipat kali ganda, keuntungan tersebut tidak dapat menarik minat Nabi kerana Nabi ingin menyendiri, berfikir dan bertafakur. Khadijah bersimpati terhadap suaminya dan memahami mengerti bahawa hati suaminya itu tidak ada dalam perniagaan. Lalu beliau pun menyuruh suaminya melepaskan tugasnya itu agar baginda dapat melakukan kesenangan yang lama diinginkan. Akhirnya baginda mendapat kebebasan untuk pergi bertafakur dan beribadat di atas puncak gunung Gua Hira’ dan baginda menghabiskan seluruh bulan Ramadhan setiap tahun disitu.

TURUNNYA WAHYU AL-QURAN

Baginda ingin sangat mengetahui kebenaran, rahsia alam sejagat ini, ciptaan yang luas ini tetapi apa yang dilakukan hanyalah berdoa dan menanti agar Kuasa Agung memimpin hatinya supaya kebenaran itu dapat diturunkan kepada dirinya. Muhammad SAW telah menjangkau usia 40tahun. Pada suatu hari ketika di Gua Hira’, Muhammad telah melihat malaikat dengan sebuah

kitab ditangannya. Malaikat itu berkata, ”bacalah!”, ”Aku tidak boleh membaca, ”kata Muhammad SAW

Malaikat memeluknya sehingga baginda sukar bernafas. Kemudian baginda dilepaskan, lalu malaikat itu berkata lagi, ”Bacalah, ”katanya

Aku tidak boleh membaca, ”kata Muhammad SAW lagi.

Malaikat itu memeluknya sekali lagi, kemudian melepaskannya dan berkata, ”Bacalah”

Muhammad yang sedang ketakutan itu pun berkata, ”Apa yang harus kubaca?”

“Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu Yang Menciptakan, Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan tuhanmulah yang paling pemurah, yang mengajar (manusia) dengan perantaraan kalam. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya. ” (Al-Alaq:1-5)

Ayat diatas adalah ayat yang mula-mula sekali diturunkan. Muhammad SAW pun membaca ayat-ayat tersebut sehingga tersemat didalam hatinya dan malaikat itu pun pergi.

LAGI TENTANG AL-QURAN

Muhammad SAW seorang yang buta huruf seperti kebanyakan orang di zaman itu. Setiap ayat yang turun selepas itu diingati dengan penuh hati-hati seperti barang yang sangat berharga yang mungkin hilang jika baginda tidak dapat menguasainya. Hal ini berterusan selama beberapa lama sehingga turun ayat-ayat Al-Quran yang memberi jaminan kepada baginda bahawa tiada surah atau kalimah yang akan hilang dari dada baginda kecuali dengan kehendak dari Allah SWT.

KEMBALI KEPADA KHADIJAH

Muhammad SAW bangun dengan rasa takut terhadap pengalaman yang telah dialaminya. Baginda pun lari keluar dari gua dalam keadaan ketakutan dan berjalan di tepi gunung. Baginda berasa amat takut kerana dimana baginda berada beliau akan ternampak malaikat di depan baginda. Baginda mendapatkan iaterinya sambil menggeletar ketakutan dan kebingungan serta berkata”Selimutkan aku, selimutkan aku”. Setelah baginda pulih dari kejutan itu, beliau menceritakan kepada Khadijah apa yang terjadi terhadapnya apa yang dilihat dan didengar. Kemudian baginda berkata, ”Hai Khadijah, apakah yang telah berlaku kepada diriku ini?”

Dan Khadijah pun berkata:”Bergembiralah sepupuku, sesungguhnya demi Dia yang menguasai jiwa Khadijah, aku memang berharap engkau adalah nabi kaum ini. Allah tidak akan menghinakan engkau kerana engkau berbuat baik terhadap kaum kerabat, bercakap benar, menolong orang susah dan lemah, dan menjawab seruan orang yang tertindas”.

Mendengar kata-kata Khadijah itu, Muhammad Saw berasa tenang dan kembali tidur. Khadijah bercadang untuk pergi menemui kepada sepupunya, Waraqah bin Naufal seorang yang luas ilmu pengetahuannya, tidak menyembah berhala, gemar mengkaji agama-agama dan seorang penganut ajaran Nasrani. Dia juga boleh menterjermah sebahagian dari kitab Injil ke dalam bahasa Arab.

ISTERI-ISTERI NABI SAW

KHADIJAH BINTI KHUWAILID

Berasal dari golongan yang cerdik dan bijak pandai. seorang yang cantik dan mewarisi harta kekayaan bapanya. Beliau mempunyai perniagaan yang maju yang tdak dapat di lakukan oleh wanita-wanita yang lain. Khadijah banyak membantu Nabi ketika berada di dalam kesusahan. Contohnya ketika pertama kali Nabi mendapat wahyu dari Allah, beliau menderita dengan penuh sabar apabila di dipulaukan selama 3tahun di bukit-bukit, oleh kerana tidak biasa dengan keadaan sebegitu kesihatanya terjejas dan meninggalkan Nabi.

Nabi berasa amat sedih dengan kematian Khadijah. Perkahwinan mereka berakhir selama 27tahun. Selepas kematian Khadijah Nabi berasa amat sunyi dan tiada siapa yang memahami dirinya. Manakala kematian Abu Talib secara serta merta juga menambahkan tekanan kepada Nabi dan tentangan daripada kaum Quraisy.

A’ISYAH DAN SAUDAH

Selepas 3 tahun perjuangan Nabi, seorang kerabatnya bernama Khaulah menemui baginda dan mengatakan bahawa rumah baginda tidak terurus dan anak-anak baginda memerlukan seorang ibu untuk menguruskan mereka tetapi baginda tidak pernah terfikir untuk berkahwin lagi.

“Siapakah yang boleh menggantikan tempat Khadijah?Baginda bertanya.

“Aku cadangkan Aisyah anak Abu Bakar, ”kata Khaulah

Abu Bakar adalah sahabat Muhammad SAW yang paling rapat dan telah banyak mempertaruhkan nyawanya untuk Nabi termasuk juga harta bendanya untuk Islam. Muhammad SAW ingin memberi penghormatan kepada Abu Bakar. Tetapi anak Abu Bakar itu baru berusia 7tahun, masih terlalu kecil dan Nabi agak keberatan menerima cadangan Khaulah.

Khaulah mencadangkan baginda mengahwini Saudah, janda Sakran bin Amr. Dia merupakan wanita pertama berhijrah ke Habsyah demi untuk mempertahankan agamanya telah menanggung banyak kesengsaraan demi Islam. Selepas kematian suaminya, dia terpaksa tinggal bersama bapanya yang telah tua. Saudah berusia dalam pertengahan usia, berbadan agak gempal dan mempunyai sifat periang dan baik hati. Maka Muhammad SAW memberi keizinan

kepada Khaulah untuk membincangkannya kepada Abu Bakar dan Saudah tentang perkara tersebut.

Kedua-dua pihak menerima cadangan Khaulah kerana merasakan penghormatan yang besar bagi mereka. Saudah tinggal di rumah baginda dan menguruskan anak-anak baginda manakala Aisyah ditunangkan dengan Nabi dan tetap tinggal di rumah bapanya bermain anak patung. Beberapa tahun selepas Muhammad SAW berhijrah ke Madinah, Aisyah dikahwinkan dengan Muhammad diatas permintaan Abu Bakar.

Ketika berada di rumah, Muhammad mendapati bahawa Aisyah seorang yang sangat pintar dan berkeinginan kuat, mudah faham serta mempunyai daya ingatan yang tinggi. Aisyah menjadi seorang yang sangat terpelajar sehingga salah seorang yang sezaman dengannya pernah berkata sekiranya ilmu pengetahuan Aisyah diletakkan di sebelah timbangan dan ilmu Aisyah pasti lebih berat lagi. Selain seorang yang terpelajar, Aisyah juga lemah lembut dengan wajah yang cantik.

Pada suatu hari, seorang wanita tua telah datang melawat Nabi dan berasa sangat gembira dengan kedatangan wanita tersebut. Setelah wanita itu pergi, Aisyah bertanya kepada nabi”siapakah wanita itu?”dan Nabi menjawab”Dia biasa menziarahi kami ketika Khadijah masih hidup”. Aisyah merasa cemburu lalu berkata”Khadijah itu wanita yang telah tua dan Allah telah memberikan engkau yang lebih baik. ”

“Demi Allah, kata baginda. ”Tuhanku tidak memberikan aku isteri yang lebih baik darinya. Dia beriman kepadaku ketika orang lain menolak, dia mempercayaiku ketika orang memandang hina, dia menghiburkan aku dengan wangnya ketika orang menghalangku, dan Allah memberikan aku anak dengannya. ”

Aisyah berkata”Sejak itu, aku belajar menahan lidahku dari memperkecilkan Khadijah

UMMU HABIBAH BINTI ABU SUFYAN

Ummu Habibah adalah anak Abu Sufyan, salah seorang musuh Nabi dan Islam yang sangat degil dan seorang lelaki yang memimpin pasukan tentera menentang baginda dalam banyak peperangan. Ummu Habibah masuk Islam bersama suaminya dan berhijrah ke Habsyah bersama-sama. Disana, suaminya keluar dari Islam dan masuk Kristian. Islam memerintahkan bahawa wanita Islam tidak boleh berkahwin dengan seorang lelaki yang kafir. Beliau tinggal dalam keadaan tersisih dan melarat, namun demikian dia tetap teguh berpegang kepada ajaran Islam.

Pada suatu hari, Ummu Habibah didatangi seorang lelaki yang bernama Abrahah mengetuk pintu dan berkata bahawa dia diutus oleh Nabi Muhammad telah meminangnya, dan sekiranya dia bersetuju, dia mencari seorang yang Muslim sebagai wakilnya di Habsyah. Ummu Habibah berasa sangat gembira dan berasa menerima penghargaan yang sangat besar dan tambahan pula dia menerima bantuan kewangan dari Nabi walaupun Nabi tidak dapat bertemu dengan isterinya itu.

HAFSAH BINTI UMAR

Hafsah merupakan anak kepada Umar Al khattab yang juga merupakan seorang sahabat yang amat rapat dengan Nabi selepas Abu Bakar. Suami Hafsah telah mati syahid dan meniggalkannya sebagai janda ketika ia masih terlalu muda. Pada mulanya Umar berjumpa dengan Abu Bakar untuk mengahwinkan anaknya dengan anak Abu Bakar, tetapi Abu Bakar menolak. Kemudian, Umar pergi berjumpa dengan Uthman B. Affan, tetapi ditolak juga. Ini merupakan penghinaan kepada pihak kaum perempuan dan Umar pergi menemui Mauhammad dan mengadu tentang 2 sahabatnya yang menolak pinangannya. Lalu Nabi memberanikan diri meminang Hafsah. Kemudian, apabila Umar pergi berjumpa dengan Abu Bakar, Abu Bakar memberitahunya keinginan Nabi untuk mengahwini Hafsahdan kerana itulah dia menolak tawaran Umar.

Ringkasan tentang ahli keluarga nabi muhammad saw

Bapa nabi-abdullah
Datuk nabi-abdul mutalib
Ibu nabi-aminah
Ibu susuan nabi-halimah
Hamba datuk nabi-ummu aiman
Bapa saudara nabi-abu talib
Pembantu khadijah-maisarah
Sepupu khadijah-waraqah b naufal
Sahabat paling rapat dengan nabi-abu bakar dan umar al-khattab
Isteri-isteri nabi-1-khadijah binti khuwailid
2-aisyah dan saudah
3-ummu habibah binti abu sufyan
4-hafsah binti umar
5-ummu salamah
6-zainab

Wafatnya ahli keluarga nabi ketika baginda:
Dalam kandungan-bapanya, abdullah
6 tahun-ibunya, aminah
8 tahun-datuknya
50 tahun-isteri tercintanya, khadijah

Prepared By: ’Aini Dalini Zainol

Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau
PERLIS
MALAYSIA

H: 013-4006206
P: 04-9882701
abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
http://abdazizharjin.blogspot.com