Pendahuluan
• Maksud perkahwinan dari segi bahasa ialah Himpun/cantum. Dari segi istilah ialah akad yang menghalalkan persetubuhan antara lelaki dan perempuan mengikut syarat-syarat tertentu.
Hukum-hukum Nikah
• SUNAT – seorang yang mampu zahir dan batin, mempunyai keinginan untuk berkahwin tetapi masih lagi dapat mengawal diri daripada zina.
• WAJIB – seorang yang mampu zahir dan batin dan yakin tidak dapat menahan diri daripada zina jika tidak berkahwin.
• HARAM – seorang yang yakin tidak mampu melaksanakan kawajipan terhadap isterinya bahkan menzaliminya.
• MAKRUH - tidak mempunyai keinginan untuk berkahwin kerana lemah syahwat, berpenyakit, terlalu tua atau bimbang tidak dapat melakukan tanggungjawab.
• HARUS – seorang yang seimbang perasaannya, jika tidak berkahwin tidak akan berzina danjika berkahwin tidak menzalimi isteri.
HIKMAH PERKAHWINAN
Perkahwinan merupakan suatu ketentuan dari ketentuan-ketentuan Allah di dalam menjadikan dan menciptakan alam ini. Perkahwinan bersifat menyeluruh, umum, berlaku tanpa kecuali baik bagi manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Antara hikmah perkahwinan ialah:
• Untuk memelihara jenis manusia
Dengan perkahwinan, manusia dapat melangsungkan kelanjutan jenis keturunannya, dengan jalan berkembang biak dan saling berhubungan antara satu sama lain, dalam rangka mewariskan bumi Allah dengan segala yang ada di atasnya. Dan tampak dengan jelas bahawa berkembang biaknya dan keterpautan satu dengan lainya ditujukan untuk memelihara kelanjutan jenis kehidupan manusia, sebagai salah satu bukti hasil perkahwinan ini iaitu melakukan pendidikan anak-anak, baik tentang jasmani mahupun tentang akhlaknya.
• Untuk meemlihara keturunan.
Dengan perkahwinan sebagaimana yang telah diatur oleh syariat Allah SWT kepada hamba-hambanya, anak-anak itu sentiasa berbangga dengan keturunannya orang tua mereka. Jelas disini bahawa garis keturunan ini menentukan bentuk pendudukan yang dapat mengekalkan kemuliaan bagi setiap keturunan. Seandainya tidak ada perkahwinan sebagaimana telah ditentukan oleh Allah untuk meramaikan masyarakat dengan anak-anak, kemuliaan dan keturunan jenis manusia akan punah. Dengan garis keturunan ini, pertanggungjawaban pendidikan akhlak dan memelihara segala bentuk kejahatan.
• Menyelamatkan masyarakat dari kerosakan akhlak
Dengan perkahwinan, masyarakat dapat diselamatkan dari kerosakan akhlak dan mengamankan setiap individu dari kerosakan pergaulan. Tampak dengan jelas bahawa tabiat manusia sentiasa condongkepada jenis lainnya, Hal ini tidak dapat dipenuhi kecuali dengan jalan perkahwinan yang diatur dengan syariat Allah. Dengan perkahwinan ini, uamt dapat diselamatkan, baik secara individual mahupun social, dengan budi pekerti yang mulia, inilah salah satu dari fungsi risalah yang telah dibawa oleh Rasulullah saw. Amat tetap apa yang disabdakan Nabi saw dalam para pemuda agar mereka melakukan perkahwinan.
• Menyelamatkan masyarakat daripada sebarang penyakit.
Dengan perkahwinan, masyarakat dapat diselamatkan dari bermacam-macam penyakit yang dapat menjalar dengan cepat, yang berjangkit diantara aggota masyarakat akibat perzinaan, pergaulan keji, dan haram. Diantara bentuk penyakit ini ialah penyakit sipilis, penyakit raja singa, dan penyakit keturunan yang dapat mengancam orang-orang dewasa dan anak-anak.
• Utuk mententeramkan jiwa setiap individu.
Perkahwinan dapat mententeramkan jiwa cinta kasih yang dapat melembutkan perasaan antara suami-isteri, tatkala suami selesai bekerja pada siang hari dan kemudian kembali kerumahnya pada waktu petangnya. Ia dapat berkumpul dengan isteri dan anak –anaknya. Hal ini dapat melenyapkan semua kelelahan dan deritanya pada siang hari. Dan begitu juga isteri ketika berkumpul dengan suaminya, dan berjumpa dengan suaminya pada waktu tersebut. Demikianlah yang dapat diperoleh pada setiap pribadi suami isteri. Mereka saling melindungi dan mententeramkan serta membahagiakan.
• Untuk menjalin kerjasama suami-isteri dalam membina keluarga dan mendidik anak-anak.
Isteri bertanggungjawab terhadap pekerjaan tertentu, yang sesuai dengan tabiat dan wataknya seperti mengatur rumah tangga dan mendidik anak-anak. selain itu, suami bertanggungjawab terhadap pekerjaan tertentu, yang sesuai dangan tabiat dan kondisi fiziknya, seperti berusaha mencukupi keperluan belanja keluarga, bekerja berat dan mencagah keluarga dari pengaruh buruk. Dengan ini, kerjasama yang harmonis antara suami-isteri, untuk mencapai hasil yang baik, mendidik anak yang soleh memiliki iman yang kuat dan roh islam yang kukuh maka, lahirlah rumah tangga yang tenteram dan bahagia.
• Menyuburkan rasa kasih saying ibubapa.
Perkahwinan dapat menyuburkan diri ibubapa dengan perasaan kasih sayang. Dari perasaan kasih sayang ini, lahirlah perasaan yang saling memberi dan menerima antara satu sama lainnya. Dengan akal yang sihat dan perasaan yang halus, sebagai n hasil kasih sayang akan mampu melahirkan keturunan yang mulia dan cerdik.
HAK DAN KEWAJIPAN SUAMI ISTERI
Apabila berbicara tentang hak dan kewajipan suami isteri, harus terlebih dahulu mempertautkan masalah ini dengan masalah-masalah yang terlebih dahulu Sebab kehidupan keluarga menurut islam merupakan satu system yang utuh. Bahagian-bahagiannya saling berpaut dengan lainnya. kerana itu, membahas masalah hak dan kewajipan suami-isteri mempunyai pertautan dengan fisiologi, psikis dan fungsi antara laki-laki dan wanita, juga mempunyai hubungan langsung dengan cinta dan kasih saying sebagai landasan perkahwinan, serta kriteria-kriteria dalam menentukan calon suami dan calon isteri.
Dengan demikian masalah hak dan kewajipan suami isteri merupakan tindak lanjuk dari kehidupan keluarga yang didirikan atas landasan cinta dan kasih-sayang. Dengan satu kesandaran, masing-masing pihak (suami-isteri) menyedari bahawa antara lelaki dan perempuan mempunyai perbezaan samada dari segi fisiologi, psikologi mahupun fungsi. Kerana itu, hak dan kewajiapn suami-isteri harus didirikan diatas prinsip-prinsip itu.
Apabila ketentuan-ketentuan tersebut telah diterima oleh kedua belah pihak, suami dan isteri, hak dan kewajipan yang harus dipikulnya menjadi ringan dan sederhana. Bukankah telah terbukti sepanjang sejarah bahawa rasa cinta yang murni mampu memberikan motivasi seesorang untuk berkurban secara maksima, kalau perlu mengorbankan jiwa sekalipun? Jika rasa cinta telah tertanam di hati, tidak ada tugas yang berat dan sulit. sesmua permintaan kekasih akan dapat dilaksanakan. Apalagi, jika rasa cinta disertai dengan kesedaran yang penuh tentang perbezaan fisiologi, psikologi dan fungsi suami isteri, maka hak dan kewajipan masing-masing hanya merupakan akibat yang wajar dari kehidupan berumahtangga.
Istilah hak dan kewajipan yang biasa dikenal didunia barat mempunyai pengertian yang berbeza dengan istilah hak dan kewajipan dalam terminology Islam. Bagi konsepsi barat tradisional, definisi hak-hak dan kewajipan-kewajipan dapat dibentuk dengan criteria (ukuran) imperatif atau subjektif, tradisional atau oksional dan dengan begitu akan berbeza-beza dengan manusia. Kewajipan untuk menghormati hak-hak perorangan dalam batas-batas yang dianggap sebagai kebaikan umum, mendapatkan kekuatan pelaksanaannya dari sebab-sebab sosiologis, khususnya hal-hal ang dapat bercampur dengan moral, kerana membawa ciri tradisi kebudayaan, aspirasi psikologis dan kepastian ideologis. Jaminan hak-hak perorangan juga disokong oleh reaksi atomatis yang kadang-kadang juga bercampur dengan kekerasan, yang dilancarkan oleh masyarakat atau perorangan, jika tidak begitu, akan timbul kepada ketidak seimbangan antara hak-hak preogatif manusia dan kewajipan kolektif.
Dalam islam, hak-hak dan kewajipan-kewajipan, dan perintah-perintah semuanya bersifat agama. sepintas lalu tampak bahawa hubungan timbul harus tegas, sebab hukum yang diwahyukan itu berlaku untuk segala keadaan. Tetapi hukum islam dari segi individual dan koletif dalam dua konsep yang tidak berbeza.
Prinsip-prinsip yang tedapat dalam Alquran tentang keadilan dan kejujuran menimbulkan kewajipan bagi tiap-tiap anggota masyarakat islam. prinsip-prinsip tersebut menimbulkan suatu iklim saling menghormati dan menjaga timbal balik, yang merupakan praktik memerintahkan yang baik dan melarang yang jahat (amar makruf dan nahi mungkar, member kepada masyarakat Islam suatu sifat dan kebiasaan paternalis (kebapakan) .
Kesimpulannya, dapat disimpulkan bahawa Islam lebih mengutamakan dan menonjolkan kewajipan daripada hak, kerana sacara prinsip menurut islam, kewajipan yang ditunaikan di satu pihak, bererti penerimaan hak kepada pihak lainnya. Bahkan kalau seseorang tidak mahu menggunakan hak-haknya, ia boleh dipaksa oleh pihak-pihaknya supaya orang yang bersangkutan menggunakan haknya. sekian……
Nama : Nor Fazliyana Bt Zulkifli
Nama Pensyarah: Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau
PERLIS
MALAYSIA
H: 013-4006206
P: 04-9882701
abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
http://abdazizharjin.blogspot.com